Monday, April 23, 2012

Duniaku Sendiri (Yang Cute)

Tarik nafas. Turun nafas. Tarik nafas. 

Phewww~

Aku tak tau aku kuat berangan, atau aku hanya suka perhatikan. Sambil jalan, kalau aku dah start menyanyi kecil, aku boleh tenggelam dalam dunia aku sendiri tak perasan orang.

Buruk.

Kalau aku leka perhati satu benda, hatta deretan semut, aku tak ingat dah alam sekeliling.

Buruk.

Dan aku rasa tabiat aku ni makin melampau lampau jadinya sekarang. Jadi penyakit pun ada. Sekarang nurses pun dah kenal tabiat aku yang satu nih. Oh, sape yang tak kenal aku mesti rasa aku pelik. Dan siapa yang kenal aku, akan berganda-gandalah rasa aku pelik.

Ya. Saya suka gila budak budak yang boleh buat saya senyum sepanjang jalan. Ya, seperti kurang siuman senyum sengih sendirian. Macam autistik pun ada. -.-"

Makanya, rutin setiap pagi mengadap bayi adalah syurga. Kini, setiap pagi masuk nurseri, bukan lagi ololololo cik huda dah sampai. No. No. No. Tidak lagi. Apabila pagi, ayat begini akan buat aku lagi nak senguh sampai hujung dunia.

Ayat ini.

Ya anak anak sekalian. Mama awak semua dah sampai...!

Cute kan?

Cute kan?

Cute kan?

Saat paling aku suka adalah tolong tengok nurse mandikan bayi, dan aku akan buat kerja buka balutan bayi sebelum mandi, dan tolong wrapkan balik lepas mandi. Well, tak kisahlah kalau nurse kena buka balik sebab.. hmmm, ye aku tahu aku buat hodoh.

HAHAHA.

Berbalik pada tabiat yang dah menjadi penyakit ni. Bayi sangat mudah nak kena demam kuning. Jangan tanya aku patofisiologi. Yang tu sila tanya doktor. Bayi yang kena kuning ni, salah satunya treatmentnya adalah letak bawah lampu biru; phototherapy. Lampu ni bahaya kalau kena mata, jadi mata bayi akan ditutup macam ni.


Dan kemudiannya akan diletakkan bawah lampu biru lebih kurang macam ni gambarnya. Gambar aku ambil kat google. Bayi akan diletakkan terbalik, atau macam orang bersujud. Kau imaginelah sendiri tapi lebih kurang lah macam kat bawah ni.




http://www.3quarksdaily.com/3quarksdaily/2009/11/health-care.html




Aku ni jenis pesen, kalau aku stress nanti lunch hour aku naik nurseri, tak main ngan baby pun tak pe. Dapat perhatikan baby pun jadilah. Sampailah satu hari, aku duk perhati macam mana bayi ni survive nak terbalikkan kepala dari kanan ke kiri atau vice versa. Aku perhati, macam mana kaki dia menendang, angkat kepala, tertelangkup muka, angkat semula, survive!

Aku perhati macam ada aku dan baby tu je dalam nurseri. 

"Huda?"

"Huda?"

"Huda?!"

"Heh?"

"Haaaa berangan!

Errrr.

"Awak tengok apa?"

Tak ada jawapan. Malas nak explain pun.

"Penutup mata tu terbuka,"
"Eh?"
"Haih, punya lama berdiri kat situ, tak perasan?"

Malas jawab, malas explain.

Sengih.

"Berangan apa ni?"

Malas jawab. Malas explain.

"Kenapa. Bahaya eh?"
"Iyelah,"
"Oooo mana Huda tahu,"
"Ni ingat apa ni?"

Malas jawab. Malas explain.














Well, simptom autistic macam ni cute kan?

Errrrr...

Okay, tak yah jawab. Tak yah explain.

Babai.

Friday, April 20, 2012

... [38]

Maafkanlah bila hati,
Tak sempurna mencintaiMU!

Wednesday, April 18, 2012

Dilemma

Masa aku belajar, beria aku nak ambil PTPTN sebab memang sorrylah nak kerja government. Angkuh. Sekali tuhan balas dapat sakit itu ini, tengok sendiri susah payah orang susah, sama berair mata bila patient menangis... hati terus, I meant for this job and I meant to be in the goverment sector; to serve the nation. Ecececeh.

Despite my good pointer, I was not really interested to apply for scholarship as.. well, I think government might take few months maybe a year therefore it would be better I get a job first then at that time which I think will be the right time; I will come back to government. Easy. Anyway, my life principle is this... stand on your own feet as long as possible.

From month to months and to year, still no news from government and waiting for a little longer would not help.  So I make my mind, enough is enough, it was the time already to make a move. I apply job a lot, really a lot until when I get calls, I was like.. hmm.. which hospital is this?

I gave up several hospitals including the nearest country which I could make money for goodness know how much. There was one hospital I cried for not being success to be selected, but now I thanked for that to happen. The others, I couldn't even care less. Well, life works in a mysterious way, kan?

It was difficult for my very first permanent job. A lot of tears to begin with and a lot more to come (oh please just don't). But thinking of my life journey that never be easy since day one I breath, so I choose to move on and face it!

Now, I would say; Alhamdulillah. I made it till this far.

And out of sudden, I received an email from government; you were chosen to be interviewed this coming bla bla bla. Ni buat aku dilema dengan kata-kata Masuk government banyak kemudahan, bayak faedah, banyak itu ini. Kalau perempuan, better masuk government, ada masa untuk family. Macam sama maksud, hidup later on tak mencabar kan? Urgh! Hidup terjamin, ada pencen.

Tarik nafas.

Then aku fikir and aku jawab; kalau macam tu, better Huda kerja swasta, husband kerja government. Seimbang dan stabil. Ololololo. Sweet je bunyi. HAHAHA.

Buatnya aku tercampak Sabah Sarawak, tak ada sedara mara? Oh...~ Dah lah muka ni jenis keluar masuk hospital. Aduai.

Come on, why now?

After I gave up on you, why now?

After too long time wasted, why now?

After I am starting to happy and settle in, why now?





You get the interview and not going; blacklisted.
You go for interview and selected and not going; blacklisted. -.-"

Since I pray hard for my 'jodoh', it is easy to calm myself.. maybe, just maybe... there're someone somewhere waiting?

Hek hek hek. Macam pepatah Dil To Pagal hai; "Someone, somewhere is made for you,"

Mudah gile kan nak pujuk hati aku?

Easy-peasy!





Pesan Kecik: Anyhow, baru interview baiii.. dapat tidak, belum tentu lagi. Gelabah je lebih kau ni, Huda. :P

Pesanan Besar: He knows BEST! Jelaskan matlamat, ikhlaskan hati, Du'a... Tawakkal. Life never been easy anyway, but worth it!

Tuesday, April 17, 2012

Quick

Banyak sungguh benda dalam kepala otak nak cerita, terutamanya benda benda sweet, yang merelakskan otak dan tidak akan menyebabkan diabetes. Banyak. Contohnya masa pergi seminar persatuan audiologis se Malaysia hari tu; more or less lebih kurang beginilah dialognya.

"Saya Huda,"
"Huda... Mus... taffar kan?"
"Errr...,"
"Saya baca blog awak,"

Olololololo.

Cute sungguh. Hai awak.... terima kasih tau baca blog picisan kitew. Blushing pipi kitew masa awak kata awak baca. Malu laaaaaa....~

Lempang sebijik baru tahu.

Hmmm... apa aku nak cerita tadi eh? Pelupa lagi tua sungguh.







Boooo!

Sunday, April 15, 2012

Oh Please...!

Sure I really want to do this. Well, I made a status at my Facebook that later, a good friend of mine pointed out that it wasn't nice. Really it wasn't. I even reconsider before I posted it, I changed the spell therefore I would feel less guilty. Maybe.

Why?

Here are the reasons why I was/still am angry for those with stupid attitude during driving. Yes. Possibly us. Me. Maybe. But till this far, I've never drive since my last small accident 6 years back if I remember correctly.

Every day, I go to work with my daddy. The earlier working days, daddy asked me if I wanted to go with car since I am working with the high class hospital. But goodness knows how bad the traffic is, so being stuck in it is the last dream ever in my life. So, motorcycle then.

Well you'll feel the same too and who doesn't? It's ridiculous huh, when walking is faster than driving!

First and foremost, oh please, please, please watch your distance! Those who know me know that I am not that big-in-size girl, yet not that small. And now, please imagine how close the distance was when my knee can touch the car's door! How stupid the driver was?! Watch your distance! I know the traffic was sooooo freaking bad close to not even moving at all, but that doesn't mean touching my knee wasn't wrong!

What if suddenly you move and I fall?

Second, is it too difficult to give signal when you want to change lane? Do yo know how dangerous it is to change lane so sudden? Do you know how many times I've witnessed the badly injured motorcyclist let alone the dead bodies due to your laziness just to dance you finger up and down to that signal button?!

Please! Please do let us know. Don't jeopardize others life please. :'(

There are a lot more I want to write, but I am still shocked... watching the news.. the football player died suddenly, atas padang, heart attack.









Pesanan besar: Hidup, sekejap kan?

Sunday, April 8, 2012

Wwll... Eh silap, Well~

Kitew adew bendew nak ceritew, tapi kitew penat lew.







Penat sebab taip cenggitu. Kkeekekkee.

Thursday, April 5, 2012

Sengih Lebar-Lebar


"Any other illnesses apart from hearing?"
"Yes,"
"Apa ye?"
"Diabetes,"
"Okay, since when? "
"Now,"
"Eh?"
"Huda maniiiiiiiissssss sangat,"









Olololololo...~

Wednesday, April 4, 2012

Titanic



The unsinkable Titanic, sank!
But well, the never-give-up-thingy, remains.






p/s: My BFF preggy already. Oh, please nak kawen. :P

Sunday, April 1, 2012

Canteeeks

Hari Ahad. Hanya satu hari untuk berehat. Berehat dari tanggujawab harian. Selain dari rutin yang paling aku gemar; melihat bayi bayi yang membuatkan aku selalu tidak sabar untuk masuk pejabat, ini adalah kecintaan. 

Pemandangan.




Hahhahahaha. Comel tak pemandangan dari ofis aku?   

Hah?

Ye lah. Yelah. Aku bagi gambar senonoh sikit.





Aku pernah cerita dulu, aku ada kegemaran untuk membayangkan aku berada di puncak bila hati aku rasa tak best. Aku ada kegemaran merenung awan, saat aku buntu. Aku ada kegemaran perhati segala tanaman, bila aku perlukan ketenangan. 

Ya, pemandangan kurniaan tuhan mengasyikkan.
Di Kelantan ada pantai, di sini ada kanvas langit.
Indah.





Okay, ni gambar super senonoh of the day. Heheks~



Eh, penuh lak muka aku entry kali ni. Kekkekekke. Layankan aja. :P

Saturday, March 31, 2012

Bahagia

Dapat satu, mahu satu lagi. Dapat setingkat, mahu cepat ke puncak. Dapat sebelah, mahu semua. Dapat sedikit, mahu sebanyaknya. Mampu senyum, mahu ketawa. Mampu berjalan, mahu berlari. 

Ah, hidup.

Ini cerita hati bercerita. Ini cerita tanpa bicara hanya bisu suara. Ini cerita, buat aku tertanya. 

Ada hari, aku mahu sendiri. Sendirian di tengah kesibukan. Manusia bising, hiruk pikuk, tanpa bunyi aku memerhati. Tarik nafas panjang. Menjadi manusia di tengah, tanpa tahu sisi mana perlu diambil. Sukar. Pening. Loya.

Menjadi hakim bukan mudah. Timbang bahu pasti dikira. Punya emas sebanyaknya, hingga mampu membeli satu dunia, belum mampu. Belum mampu. Belum mampu. Punya harta seluasnya, boleh ketawa, mampu memiliki dengan hanya menunding jari. Belum mampu. Belum mampu. Belum mampu. Punya saudara seramainya, boleh bergelak ketawa bersama menghabis masa, belum mampu. Belum mampu. Belum mampu.

Beli bahagia.

Aku mahu hidup, biasa-biasa saja. Tidak perlu jadi hakim menduga. Tidak mahu pendampingku seramainya. Tidak perlu ada wang juta-juta. Tidak perlu emas perak mahupun gangsa. Tidak mahu satu dunia. Tidak mahu hatta sebutir permata sebagai belanja.

Hanya beri aku satu. Satu. Satu.






Bahagia.

Thursday, March 29, 2012

Sama tak dengan sekolah kau?

Aku tak tau ni apply pada semua sekolah asrama, atau sekolah asrama tertentu contohnya sekolah aku dulu. Okay, ketawa kecil tersipu malu...

Ehemmm.

Sekolah aku dulu kan sekolah agama. Sekolah wajib pakai tudung labuh, tangan kacing, kaki stokin. Sekolah yang telah merampas walkman Mydin RM4.90 aku sampai aku pun dah tak tahu berapa banyak aku beli sebenarnya. Sekolah yang phewww, tangan kaki berbirat dilibas. Sekolah yang peraturan dia mak eh ketat tapi sempat lagi langgar. Sekolah aku rindu. Full stop.

Aku nak cerita apa dah. Oh, ni ha..

Sekolah aku satu lagi unik dia. Kan zaman kita mude mude dulu, famous lagu UNIC, INTEAM, Mestika dan seangkatan.. yang kalau depa nyanyi, lagu tangkap leleh. Alaaa... lagu jiwang jiwang, cinta ana enta enti tu laa.. Ala buat buat tak tahu pulak, bencilah kitew taw macam ni!

Haaa. Ingat pun. Lagu tu lah. Lagu macam kasih kekasih tu. *blushing*

Tampar sebijik baru tau.

Haa. Tu lah rutin setiap pagi sebelum pergi sekolah, dan setiap petang sebelum pagar tutup pergi prep.  Kalau weekend, sehari suntuk lah kena tadah telinga. Kumpulan nasyid jiwang nilah menghiasi sinar pagi dan redup petang, ewahhhh. Kalau masa UNIC baru keluar album, sebulan lah berkumandang sampai nak termuntah aku duk hadam lagu-lagu kaset tu hari hari. HAHAHAHHA.

Tapi masa tu kalau keluar lagu jiwang, hati terus macam olololololo sweetnye lirik, comelnyeeee! Sambil basuh kain, menyanyi kecil dan hati berbunga-bunga. Berbunga kat siapa, I have NO idea. Tapi satu macamlah perasaan dia, perasaan sweeeettt gitew.

Okey, sila salahkan feromon.

Now dah habis zaman tu, bila sesekali terdengar... ada satu perasaan rindu dalam hati. Sakit. Kalaulah boleh diulang. Makanya, aku layan youtube sambil mengenang zaman itu. Aku lompat dari satu nasyid ke satu nasyid sampailah bertembung dengan lagu ni. Memang tak berapa nak sesuailah untuk aku sebab ni lagu untuk perempuan. Tapi, tapi, TAPI......... lirik dia, buat hati terdetik...

Cuma ku damba,
Insan yang sepadan...

Olololololo...


Okay, salahkan feromon aku sekali lagi.
Salahkan umur aku yang dah 25 tahun ni jugak.















Bukan salah aku kan? Kan? Kan?
Heheks~

Wednesday, March 28, 2012

Confuse

Aku tak tahu kalau korang pernah lalui sama dengan aku, tapi lately... aku macam selalu dapat benda ni. Confuse.

Aku perasan ada beza zaman belajar dengan zaman bekerja. Dulu, kalau penat bagai nak gila sekalipun, still ada masa nak hang out, tengok movie, buang masa. Sekarang, penat gila tu maknanya penat menggila. Setiap detik masa adalah rugi kalau tak digunakan untuk tidur. Macam tulah.

Selalunya, kalau maghrib aku tunggu nak solat Isyak sebab elok je lepas tu memang selamat tinggal dunia, hello alam mimpi. But lately, lepas maghrib, pantang kalau aku letak kepala je... memang alamatnya pukul 3, 4 pagilah Isyak aku. Kalau sekali ngan tahajjud sedap juga aku dengarrrrrr tapi memang taklah kan.

Disebabkan dah tak berapa nak betul jadual lelap aku, jadilah satu malam aku tunggu Isyak sambil baca novel. Masa baca novel, hati aku tak sedap jadi aku pesan lepas azan sila solat.

Tiba-tiba aku terbangun pukul 4 pagi, terus pergi bilik air ambil wuduk, masuk semula bilik dan confuse. Eh, aku dah solat ke belum? Dah ke belum? Dah ke belum? Aku tengok kain sembahyang aku dan sejadah, elok tergantung. Hmmm. Tengok baju, elok dah pakai baju tidur. Tengok novel (takut-takutlah terlelap masa baca), elok terletak tepi bantal siap penanda buku aras aku baca. Tengok lampu, dah bertukar dari lampu bilik ke lampu tidur. Tarik nafas.

Kalau ikut pada bukti-bukti yang dah ada, maknanya aku dah solat. Aku ni dah semayang ke belum? Untuk mengelakkan was was, aku semayang jugak. Nampak benar tak khusyuk tadi. -.-"

Sampai sekarang aku duk fikir, apa jadi sebenarnya. Aku dah semayang ke belum. Oh! Heh.

Lepas kejadian tu aku jadi beringat. Sebenarnya satu je penyelesaian terbaik, nabi dah ajar pun saja buat degil suka ikut syaitan. -.-" Nabi ajar;

Solatlah di awal waktu.








Okay, sila tampar muka sendiri laju-laju.

Sunday, March 25, 2012

Lemah Lembut

Kenapa kita kena berlemah lembut? Kenapa? Kenapa? Sebab dengan berlemah lembut, orang tengah berapi pun boleh basah lenjun. Oh metafora! Kau tu macamlah lembut sangat?

Yep. Aku dan lembut sangatlah tidak sepadan. Aku cuma ayu je. Eh?

Hahhahaa. 

Pernah tak kau jumpa orang tengah berapi, cakap sampai nak terputus anak tekak, kau pun apa lagi, naik sama, balas cakap dengan penuh perasaan sampai tak sangka, dah bergegar pejabat? Ye. Sape suka kena marah kena tengking? Hey beb, aku ada maruah oleh kerana itu aku tengking semula. Okay, mari tengking menengking!

Oh reaaaallly yesss!

Well, aku pun macam tu jugak dulu. Pantang sungguh kalau lain sikit, mula nak berapi. Nasib dah meletus senang padam. Tapi, bila dah makin tua ni, dah tak ada masa nak berapi sama. Aku lagi rela diam, senyap, pendam dan anggaplah orang yang tengah berapi tengah menunjukkan kebodohan sendiri tanpa sedar. Yep. I did that, and for some reason, it works! Yeay!

Namun, kadang-kadang tak tahan juga. Memilih untuk naik suara sama? Phewww, memang tidaklah. Tak guna. Oleh itu, haruslah kita mencari kawan yang memahami dan boleh memberi solusi yang of course, level desibel suara dijaga. If you ask me, yep I have one. Beb, aku tak tau kau baca lagi ke tak blog aku tapi sungguhlah aku terima kasih sebab sudi membaca mesej saat gunung berapi aku nak meletus sebab nak marah orang. You know who you are. :)

Pernah pekerja kedai buat silap lupa letak mentol dalam lampu tidur aku beli. Esoknya aku jumpa balik bertanya, namun pekerja lain telah mengambil tempat. Maka, aku jelaskan permasalahan aku yang telah dilakukan oleh rakan sekerjanya. Guess what? Aku yang pegang title pelanggan ni yang terima suara kurang sedikit je dari level tengkingan?

Kalau dulu memang siaplah. Dah tua tua ni malas.

"Tak apa. Kalau tak ada tak apa. Saya beli lain. Lagipun dua ringgit je. Kalau encik marah, masalah tak selesai,"

Terdiam pekerja naik angin itu dan tidak semena-mena malu sendiri.

See? Aku rasa tak susah pun untuk tidak menengking. Menyesal pulak dulu senang naik angin.

Sekarang, aku rasa suka nak dengar orang bercakap lemah lembut. Siapa yang tak suka? Kalau ada orang tak suka, sah dia gila. Aku suka kalau pesakit aku cakap lemah lembut. Orang sekeliling aku cakap lemah lembut. Even aku jugak suka kalau anak-anak aku cakap lemah lembut. Sebab, aku akan sama berlemah lembut. Maka, satu dunia aman dan bahagia untuk didiami.

Cop, sejak bila kau beranak?



Setiap hari, rutin aku naik nurseri untuk screening babies. Setiap kali aku melangkah masuk nurseri, telinga aku dijamu oleh tangisan yang masyallah bingit! Beb, baby kalau menangis sangat high frequency dan boleh mencecah 100decibels okay! Pulak tu, tangisan bayi ni very infectious. Sorang menangis, yang lain menyambung.. maka jadilah okestra tangisan! Terbaik.

Situasi ini menyumbang kepada masalah utama sebab untuk aku saring pendengaran, bayi kena bertenang dan suasana kena diam. Macam mana nak bertenang, kalau serentak bayi menangis mengamuk lapar? Menangis mengamuk samalah maksudnya bayi tengah marah maka beliau mula menengking; melalui tangisan.

Apa aku buat?

Aku akan mula bercakap dengan bayi. Tanya kenapa? Tanya how they doing? Tanya apa khabar dia hari ni. Tanya lapar ke? Tanya dan berbual. Yep. Bayi bukan boleh jawab but that doesn't mean it's a foolish thing to do. Namun, itulah keajaiban berlemah lembut, because the babies will start to lower down their high-pitch cry! 

Kalau tak jalan jugak?

Yep.

Kalau aku bertuah, diorang akan senyap till the end of the test. Tapi, yang selalu jadi bayi lower down sekejap je, then naik semula pitch tangisan! Huewwww. Maka, langkah kedua di ambil. Aku angkat angkat bayi dari baby cot, and start berzikir (I have my very own zikir which works all the time, well of course if the baby's hearing is fine.) Slowly I rock my hand and start my soothing voice dengan berzikir. The baby will lower down his/her voice dan mula diam mungkin untuk mendengar atau mungkin mula tenang. I don't know. Maybe.

And if I am lucky enough, this cute little creature will start to drift into sleep. 

See the miracle of berlemah lembut?






Even the babies know!

Wednesday, March 21, 2012

Kan?

Aku rasa blog ni sangat membantu aku keep track histories dan significant dates. Sekarang, aku dok selongkar satu satu entry sebab nak cari the real date regarding certain things; especially all the warded and operations. Heh.

It's good to have journal like this one kan, but currently?

Sigh.

Sunday, March 18, 2012

Dear, Dear..

Dear me,
Another one year.
Another next stop, next point, next beginning,
Happy twenty fifth!

I wish you good luck.
Good days.
Another start,
And wonderful end.





Oh please,
Bring me my future wonderful zauj.
I think I want one.

No.
I need one.

Teheeeee...!



Happy another one year older, dear!


Saturday, March 17, 2012

Inersia

Kalau kita nak keluarkan sos seciput dalam botol, kita akan tonggengkan botol dan angkat tinggi tinggi, gerakkan secepatnya lantas berhenti dengan mengejut. Pertama kali, mungkin sos tidak terkeluar. Cubaan pertama, kedua dan ketiga, mungkin berjaya.

Pergerakan cepat dan berhenti mengejut; INERSIA.

Ini mungkin inersia positif. Atau inersia usaha. Atau ape apelah.

Jalan raya kosong, kau bawak motor dengan speed gila macam nak terbang. Tiba-tiba kau perasan ada lori rosak tengah tengah jalan dan kau tekan brek mengejut. Walaupun tayar berhenti, motor tetap laju berlari dengan bunyi streeeeeeeeeeeeeetttttt, BANG! Kenapa kau masih bergerak walhal kau dah tekan brek?

Inersia.
Dan menyakitkan.

Dua analogi, sama prinsip fizik.

Kemudian aku terfikir. Satu hari kau jatuh hati dan kau mendapat balasan yang sama. Seronok. Namun kau sedar yang dunia tak selalu cerah maka kau wajib belajar melupakan. Hari gembira yang kau lalui seharian, kini  DIPAKSA BERHENTI dari teruskan.

Sakit.







You move, and HAVE TO stop very sudden.

Well, regardless the analogies, that is still inertia.
Isn't it?

Saturday, March 10, 2012

Thursday, March 8, 2012

Madam

"Madam,"
"Yep?"
"Banyak busy?"
"Tak lah,"

Muka lelaki bangladesh ini aku pandang tajam.

"Saya mahu tanya soalan buleh?"
"Kenapa? Tanyalah,"
"Saya ada kawan, telinga ada masalah, tarak boleh dengar,"

Aku pandang dalam lagi.

"Dah jumpa doktor?"
"Sudah, madam,"
"Audiologis?"

Kerut kening.

"Orang cek kita dengar okay atau tak. Orang macam saya. Saya audiologis,"
"Doktor ada. Orang macam madam, tarak tahu,"

Analisis wajah.

"Dah lama?"
"Sudah,"
"Doktor kata apa? Orang tak boleh dengar ni, ada dua keadaan. Sementara atau kekal,"

Cuba cari rona faham kalau ada. Kalau tidak, mahu cari ayat mudah.

"Sudah. Sudah. Doktor suruh pakai alat,"
"Oh,"

Aku senyum.


"Madam,"
"Ya,"

"Alat itu berapa harga? Satu ratus, dia ratus?"
"Kawan awak nak beli?"

Angguk.

"Kalau awak beli dekat sini mahal. Tapi kalau awak nak, saya boleh bagi alamat kedai kawan saya. Mungkin ada yang murah,"

Aku senyum. Pahit sungguh untuk telan. Ini bukan cerita manjatuhkan. Ini cerita kemanusiaan.

"Kawan saya duduk Bangladesh madam. Saya mahu tanya harga,"
"Awak tak boleh beli suka suka. Kena cek dulu, kena setting betul betul. Suruh dia jumpa audiologis kat sana,"

Hati ragu ragu. Ada di sana? Bagaimana akses kepadanya?

"Madam banyak mahal eh itu alat?"
"Di sini, ya. Tapi ada lebih murah. Tapi jangan sebab murah awak beli. Kena cek dulu,"
"Ooo. Terima kasih madam,"




Berlalu seorang manusia. Berjujuran berderai air mata. Oh tuhan, andai dalam mampuku dan jika masih belum berubah hati manusiaku, nescaya akanku bantu dalam dekat capai tanganku...

Wednesday, March 7, 2012

Boleh

"Ayah, boleh ke kita doakan orang kafir masuk Islam? Dekat tempat angah, banyak doktor bukan islam baik baik,"
"Kenapa pulak tak boleh?"
"Angah rasa macam pelik kalau angah doa, Ya Allah bukakanlah pintu hati Dr. X dan Dr. Y untuk menerima Islam,"

Otak fikir macam macam.






"Nabi pun doakan Umar supaya dapat hidayah..."

Tuesday, March 6, 2012

Worry

"Don't worry, the device is working now. Anyway, your mom got smiley face-lah.  "
"Just like you, Huda,"


---


"Its 630 pm already,"
"Don't worry. If it takes up to 11pm, I will still wait,"
"Have you eat?"
"Yep. Lunch. Don't worry,"
"Here. Actually I bought dinner for you,"


---


"Good job big boy! Don't worry his hearing is fine,"
"Thank you Huda. You're so friendly,"


---


"Just call me,"
"This is your handphone number?"
"When I pick the phone up, means I am ready to answer. It's okay, don't worry,"


---


"Huda, thank you and sorry for the mess,"
"Sure. Don't worry. That can be cleaned up,"






I always say, just don't worry.
But, why am I worrying so much?!

Tuesday, February 28, 2012

... [33]

Kurniakan ketabahan,
Hadirkan kesabaran.

Andai ini yang terbaik,
Mudahkan hati dan perasaan.

Kalau ada yang  lebih molek,
Titipkan langahku,
Satu persatu,
Kearah itu...

Saturday, February 25, 2012

Aduhai

Bongek betul bila tertidur lepas solat asar (penat giler), dalam mimpi nurse hantar folder patient sambil berkata, tolong cepat sikit, doktor nak tengok. Pantang betul kalau suruh cepat cepat, kerja tak concentrate!

Kemudian, dengar suara mak, heh bangun dah nak maghrib. Terus tanpa rasa bersalah dengan serabut ingat kerja tak sudah.

"Kejap, ada patient lagi,"

Mak pandang dalam, kerut kening, geleng kepala.

"Patient apanye nih maghrib maghrib?

Eh?

Friday, February 24, 2012

Doaku


Ya Allah,
Permudahkanlah urusanku,
Urusan pesakit-pesakitku,
Jika benar mereka tiada masalah pendengaran,
Senangkanlah urusan diagnosisku.
Agar aku tidak menambah kebimbangan yang tidak perlu.


Dan jika benar sekalipun mereka mempunyai masalah pendengaran,
Permudahkanlah jua urusan diagnosisku,
Agar aku dapat membantu,
Dengan segala ilmu kurniaan-MU,


Amin ya rabbal 'alamin.







Sometimes, besides try harder... 
It's the matter of hope and ask..

Wednesday, February 22, 2012

Manessssss

Semalam saya tidur awal, makanya saya solat Isyak dalam pukul 5 pagi. Sambil saya tunggu Subuh, saya tertidur atas sejadah. Dan saya mimpi benda sangat manissss! Sangat!

Masa saya terbangun, azan Subuh berkumandang. Saya macam, alahai, tak leh mimpi lama lagi ah?

Masa saya bangun, saya ingat satu satu. Bagusnya mimpi manis ni, sebab saya pergi kerja dengan tersenyum. Saya senyum banyak sangat, sampai patient puji saya, Cik Huda suka senyum kan. Saya nak je cakap, sebab saya mimpi manisssss. 

Namun dah malam ni, saya hanya ingat satu part je. Tsk.





Kan bagus kalau mimpi boleh record.
Dapat tengok ulang kali. 

Tuesday, February 21, 2012

Senyum


Otak kita ni kecik je kan, tapi bila datang serabut, Subhanallah... rasanya kapasiti otak ni besar sangat. Besar sampai rasa nak muntah once teringat!

---

Here, at my workplace... ada sorang doktor pakar mata. There's a lot of stories I heard but who cares? I don't care. Well, just to hear not to take it serious. It's none of my business.

I already make it as my habit to smile regardless my feeling. You know, when we smile, we get smile back. It is very rare (almost none), when we smile from our heart, we get a bad face in return.

Back to this pakar mata. Everytime I meet her (accidentally), I just can smile because I don't think any other else to do. So smile is the best and easy way. Just now, I met her again.

"You always smile, nice,"
"Thank you, prof,"
"I always see you smile. She's got a beautiful smile, hasn't she?"

Nurse mengangguk.

"Janganlah puji. Malu saya,"
"Betul. I cakap benda betul. Orang selalu senyum ni ahli syurga tau. Nabi tak akan mula bercakap kalau tak senyum dulu,"






Amiiiinnnn. But deep down I ask myself; do I have any other choice?

Sunday, February 19, 2012

... [32]









One step closer...








One step closer....

Thursday, February 16, 2012

Memoria

"Huda, can you come to my room kejap?

Dup dap dup dap.

"Sure,"

Slowly following the footsteps.

"This is handsome medical student. Dia buat attachment dekat ENT. Now, for today, he will be with you. I want him to observe hearing assessments for pediatric. Tomorrow I'll ask him and if he can't answer, then jaga you,"

Sengih.

"Insyallah,"
"Now, you'll be following her okay?"

Angguk.

"Come to my room, I'll show you then,"

Out of sudden, aku rindu USM. Kalau budak medik datang, mana ada sorang sorang ni; segerombolan terus. Sekarang, jumpa sorang (once in a while), happy. Rasa zaman belajar balik sekejap. Sekejap pun jadilah. Sehari pun tak apa.

"Awak boleh cakap melayu kan?"
"Boleh,"
"Saya terang dalam bahasa melayu eh? Saya bukan fasih sangat pun,"

Ingat pesan Dr. R; Rendah diri, sabar, buat kerja semua kerana Allah.

"Okay, saya rasa saya dah terang semua. Ada soalan?"
"Erm, bunyi dia macam mana doktor,"
"Saya bukan doktorlah, saya audiologis,"

Senyum.

"Okay, awak jadi patient saya. Saya akan buat semua test, so awak boleh alami dan mudah faham, senang ingat. Nanti next time, atau kalau Dr. tanya, awak boleh jawab,"
"Boleh,"





I did all the tests. I answered all the questions. I explained all the reasons, and suddenly my heart cried; I want to be a lecturer and yet... I'm still here.

Wednesday, February 15, 2012

Aku Serius Weh!

Hhahahahhaa. Sekarang bila aku fikir-fikir balik, macam kelakar pulak. Gila berani beb. Semalam, aku berborak dengan salah seorang anak Prof, lecturer kesayangan aku. Asalahnya borak pasal benda lain, kemudiannya, biasa le, kalau aku berborak dengan dia ni macam-macam cerita boleh keluar. Ni berlaku since zaman belajar dulu.

Dalam banyak banyak topik, aku ada cerita seriusnya aku nak cari pasangan kan before? Hahhahahaha. Tiba-tiba terkeluar pulak semalam.

"Saya rasa saya dah fikirlah, saya nak kahwin,"
"Awak serius ke?"
"Seriuslah. Saya nampak main-main ke?"
"Saya tanya betul ni,"
"Ye, serius,"

Aku fikir kejap, ye, aku memang serius. Lagipun aku dah 25 tahun, dah tua. Hoho.Dan aku malas nak jawab soalan mak aku, let alone orang kampung. Apa kau ingat kawen ni main main, Huda?

"Kalau awak serius, saya bagitahu ayah saya. Dia suka kalau orang nak bina masjid ni,"
"Alaa segannya,"
"Okay, saya bagitahu mak saya,"
"Alaaa segan jugak,"
"Haaaa... adik ipar saya,"

Since aku tak kenal sangat, actually pernah jumpa borak-borak, cuma tak de lah rapat sangat, aku pun... hmmmm.

"Bolehlah,"
"Insyallah saya sampaikan,"
"Heee... Insyallah. Doakan ajelah,"
"Amiinnnnnnnnn!"





Sekarang aku macam musykil, aku ni biar betul?

Tuesday, February 14, 2012

I am a Mommy Now!

Hahhahaaa. Tajuk nak vogue. Semua orang masa zaman kecik kecik kan mesti ada geng dalam berkawan. Kan Kan Kan? Aku macam tu jugak. Dulu kalau korang pernah baca entry aku pasala kawan sampai syurga, korang ingatlah. Itu pun kalau korang ingat.

Hhahahhaha.

Tu bukan ceritanya anyway.

Kawan aku dalam geng kawan samapi syurga selamat melahirkan anak sulung. Masa belajar dulu-dulu, kitorang dah janji, bila dapat anak, otomatik semuanya akan jadi mak angkat. Hahhahaha. Now, my friend, Timah, dah selamat menjadi ibu, semua rebut gelaran.

Well, aku dari dulu nak mommy. Even kalau aku dapat anak saudara, aku akan bahasakan diri mommy. Aku rasa comel. Terpengaruh dengan novel english padahal. Kekekke.

This cute little baby girl nama Nur Syifa' Mardhiah now has 5 moms now! Ibu for Fatimah, her biological mom.

So, this is Umi Thia and Mama Zati.



And two others, Kak In and Nad need to think another nick name. Bonda mungkin? Kekkekkee.

And now, ehemmm... presenting the new mom....


 Mommy Huda!




Aku punya blog haruslah nama aku besar.

Sunday, February 12, 2012

Dear Diary: Wish


Dear Diary,

Today is a beautiful day. At least up to the moment I am writing now. Well, there are 7 quotes that I put in front of my room's door, and one of that really inspired me to stay strong; I don't own all the problems and what others think is none of my business.

Which work, sometimes.

My clinic (if my rezeki is not here than it will be not mine) has a very nice view. Very nice. It's facing the KLCC twin tower, with the clear blue sky and flying birds sometimes that make it more cheerful.

I love to stare in the emptiness of the blue color. It exactly looks like a plain blue canvas, I wish I can show you but I won't. Sometime, my finger dancing with one of my eyes closed to get the exact point,  pretending I'm touching the top of the KLCC building.

It is childish, I know, but it works too sometimes.

And then I try to imagine, what will it looks like at the night, The pitch black night. Will the stars be visibly clear and the sky will be amazingly beautiful with it shines? I don't know but I believe, at night, looking out from my clinic's transparent window, it will be incredibly wonderful.

How I wish I can stay sometimes but well No! I won't. I am afraid of hospital and no, I wont because it's enough to spend the whole day. Isn't? What a lifeless day if 24/7 be in the hospital?

So, I will pretending at the other place then.

Till meet the next pen. So bye-bye for now.



Wednesday, February 8, 2012

Sigh


I used to write. I write when I am happy. I write when I'm angry. I write when I'm sad. I write when I'm desperate. I write when I feel uneasy. I write when I'm guilty. I write when I'm ashamed. I write for sure when I'm scared.

And yes, I have all those feeling mixed up now. Right now. And I have no idea how should I handle it. Well, I read the psychosomatic thing, that you'll be having the ilnesses even you're not that ill. Like upset stomach, sore throat, headache, so on and so on.

I frequently noseous and in my stomach, I can feel there's a hole. It is small but getting larger when my feeling isn't settling. It's upsetting.





And I don't know how to continue now. Can I get married?

Sunday, February 5, 2012

Seriously?

Hek hek hek.

Dalam klinik tempat aku kerja ada masalah bunyi aircond tiba-tiba kuat. Biasalah, kalau dah nama nak cek kau dengar ke tak, haruslah bilik sunti sepi. Jadinya, bila jadi macam ni, aku mati kutu. Maka terpaksalah menelefon mereka yang sepatutnya naik melawat.

Datang dua pekerja, sorang kurus sorang gaya rambut dan tubuh badan sejibik macam Hafiz si Awan Nano, rambut menggerbang pakai cekak.  Kalau korang kenallah Hafiz tu (pssttt aku pun baru kenal kekekke). Makanya mereka berdua membaikilah dan okay. 

Namun aku perasan, masa first time dia nampak aku dan ketika dia baik, mulut tak berhenti nyanyi lagu Najwa Latiff, Cinta Muka Buku.

Aku senyum sendiri sambil dan terdetik ololololo hepi benar baik aircond.


"Kak, tandatangan boleh?"
"Mana?"

"Kat sini. Ni tanda kitornag buat kerja,"

Arghh. Esoknya pagi-pagi aku sampai klinik, berbunyi lagi. Maka terpaksalah aku menelefon kembali dan datanglah juga dua orang manusia ni lahi.

"Sori lah akak kena panggil awak lagi. Bunyi bising,"
"Tak pe kak, takpe,"

Aku kembali ke meja dan....

"Kita berkenalan dalam laman muka buku, kau hantar pesan suruh aku terima kamu ooo oooo,"

Sekali lagi aku layankan aja dan senyum.

Selang dua hari, klinik berbunyi lagi. Berasap jugak kepala aku ni tapi tak apalah. Nama pun orang baru, nak buat lebih lebih memang tak lah.


"Boleh hantar technician naik tak? Bilik ni aircond kuat semula. Maaflah selalu complain,"


Actually tak perlu pun aku minta maaf. Tapi. agaknya peribadi aku macam tu kot. Tak sampai hati.

"Awak, awat selalu jadi macam gini?"

Uishhh. Now lagi kelakar. Kalau salah seorang tengah bercakap dengan aku, yang satu lagi akan nyanyi lagu si Najwa Latif. Kiranya setiap kali aku bercakap, akan ada background muziklah. Kalau terjumpa sekitar hospital, dia boleh berhenti tanya khabar kau dan dalam masa yang sama background musik Cinta Muka Buku tu tak lekang. 

Tapi aku tak ambil pusing pun. Agaknya mamat dua orang ni minat gila dengan lagu tu. Sampailah Sabtu, klinik bising kembali.

"Banyak persoalan yang bermain di minda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja..."

Aku senyum.

"Akak, akak nak tahu sesuatu tak?"
"Apanya?"
"Gaya akak macam Najwa Latif lah,"

HAHAHHAHAHHAHAHA.

Aku gelak besar.

"Najwa Latif muda, akak dah tua,"
"Betul kak, gaya akak macam Najwa Latif,"
"Oooo sebab tu lah awak selalu nyayi lagi tu bila jumpa akak?"
"Hehhehehhehe,"

Aku pandang muka dia sebab aku nak tergelak. Entah celah mana macam Najwa Ltif pun aku tak tahu dan tetiba aku terasa nak kenakan dia balik.

"Apa apa je lah Awan Nano,"
"Eh?" 























Like Seriously?

Kirenye aku comellah macam tu kan? Hahhahaa.

Thursday, February 2, 2012

Bisakah


Finally, the first tear dropped down...

I know how stupid I am,
How clueless I am,
How bad I am...

I know.





And,
It hurts...

Wednesday, February 1, 2012

... [31]





Somehow I really hate that I can't share stories here like I used to.

Tuesday, January 31, 2012

Cycle

To get used, to understand, to keep on track, to be patient, to laugh, to be yourself and to train yourself, to... get used.

It's a cycle. Continuously.  Life too, it is a cycle. That's why it has been called a cycle since day one I breath. Cycle has no end, perhaps it does have but attach to each other's end and make the end invisible.

I have no friend here, no no, I have. It just different from friends that I used to have. My friends normally share longer time than I have here. The friends that sometime share the same clothes, sleep on the same bed, cry on each other's shoulder, and laugh for goodness know how sincere it sounds.

It faded away.

Everyday I pray, Oo Allah give me husband (that's sound weird but to call it as 'jodoh' in my dua'a it doesn't sound weird anyway). A man whom can I call friend (permanent maybe? I'll be sharing 24-hour friend will I?), can chat and complain and laugh and cry... together.

Exactly like I did with all my bestfriends.

Did?

The past tense that sound even weirder now.






Cry.

Monday, January 16, 2012

Sunday, January 8, 2012

Tak Ada Kerja

Euwww. Pleaselah!

Hahahhahaha. Mula-mula nak marah lepas tu kelakar. Macam-macam. Haish. Rindu amat pada Kelantan, tapi bila fikir sakitnya, terselit juga, kalau balik apa jadi? Awak, sampai hati awak unfriend kite pastu awak cakap macam gitu. Tskkk. Rasa macam nak, heh mari duduk semeja tomoi bersama?

Kecik ati.

Untung ada blog, boleh luahkan perasaan hati kat sini. Kekkekeke.


Thursday, January 5, 2012

...

Shine my day, oh please....


Monday, January 2, 2012

Tahun Baru Dah?

Oh, dah tahun baru ek?

Sesetengah orang meraikannya. Sesetengah orang, tidak. Macam aku. Tahun baru, hari lahir, ianya hanyalah pertukaran satu hari yang aku tak ambil pusing sangat. But then, yeap, I do hope for something better.

Oh tahun ni aku harap, ada orang melamar aku. Jadinya, tak payahlah susah-susah aku kena sengih sengih setiap kali orang tanya, haaa adiknya pengantin bila lagi?

Hahahahhahahah!

---

Adalah menjadi kebiasaan pertanyaan sebegini diutarakan kepada seorang gadis dipertengahan usia 20-an. Yang ni aku olah mengikut keadaan dan situasi akulah kan. Kalau situasi laki, aku tak tau. Ye lah, man's life begins at 30 lah kan. Hee.

Okay. Why it is seriously bothers us. 

Apart from weight, this is hohohoho very sensitive issue (untuk orang-orang macam akulah, debok and single). Kekkeke. Jadi masyarakat kat luar sana, marilah aku menterjemahkan persoalan mengapa mengikut pandangan dan persepsi aku, hamba yang hina.

Ecehhh.

Wanita ni, dunia dia bila habis belajar NORMALNYA (normal aku emphasize besar besar) adalah keluarga. Jadi bila dia dah habis belajar, tak ada calon lagi, maka adalah satu kerunsingan besar apatah lagi kalau sentiasa disogok sogok soalan berbaur hai cik adik, bila lagi?

Mungkin sipenanya tak berniat pun (memang selalu tidak, somehow saja jadi asama garam berbasa basi ramah tamah), but then hati yang ditanya ni.. haih, macam bunyi, awat hang tak laku laku ni?

Oh makkkkkk.

Tendency manusia adalah suka mencompare-compare. Tak kiralah siapa, hatta aku sendiri. Kalau bab-bab macam ni, tipulah kau sebagai perempuan tak terasa bila kawan-kawan kau dah berumah tangga. Oh let alone lah kalau dah beranak pinak sweet je bila dengar ala anak mama sayangggg.

Kan?

Adalah sukar mengalihkan panggilan nama apabila anda tidak berkeluarga. Seperti aku, despite umur aku baru (?) 24, muka aku macam 30-an. Kesian. Dan ramai orang membahasakan anak-anak mereka kepada aku sebaga 'aunty'. Itu peralihan yang besar kerana keadaan ini menjadi peralihan zaman yang belum berlaku tapi dipaksa berlaku. Zaman 'cik' dan zaman 'mak'.

Bunyi aunty memang nice. Tapi mak cik macam, bukan tua, cuma pelik untuk aku yang perangai pun bertukar lagi dengan budak patbelastahun. Tapi, aku tak kisah pun sebab dah get used sangat bahasa aunty/makcik dari zaman belajar.

Agaknya tu sebab panggilan 'makcik' digunakan. Mak, merujuk kepada taraf kau dan 'cik' sebab kau tak kahwin lagi. Kekekkekeke.

Okay, now being realistic. Kita, wanita wanita hebat (yang selalu sangat dikaitkan dengan emosi), haruslah buka mata buka hati. Kita kena redha dan fikir, Allah duga kita belum berjodoh sebab dia tahu kita belum bersedia. Allah kurniakan kita masih sendiri, sebab DIA nak kita merintih meminta kat Dia. Dia suka orang minta, serah diri, rasa hamba. Kita kena yakin, sebab kan jodoh salah satu perkara Allah dah tentukan sebelum kita uwek uwek atas dunia lagi.

Dan, mungkin Dia tengah merancang seseorang untuk kita cumanya masa belum tiba? Who knows?

Sebab tu jangan lekang berdoa,

"Rabbana, hablana min azwajina, wazuriyyatina qurrata'ayun, waj'alna lilmuttaqina imama,"

Okay sweetheart?

Oh, kalau ada yang dah melekat kat seseorang tapi samar samar jalannya, pun kena berdoa. 

"Ya Allah,
Jika benar kau taqdirkan dia (nama dialah ouch!) baik untukku,
Baik untuk agamaku,
Baik untuk dunia dan akhiratku,
Dekatkanlah,
Permudahkanlah,
Jadikanlah dia suami yang mampu mendidikku,
Ayah yang mendidik anak-anakku,
Namun jika tidak Ya Allah,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan,
Gantikanlah dengan yang lebih baik..."

Tapi, kalau orang macam aku asal tengok orang je jatuh hati, aku tak tahulah maqbul ke tak doa aku ni. Rambang mata. :P

Alright bebs? Tak apa, jodoh belum sampai. Tak dinafikan itu maslaah, tapi bukan kiamat kehidupan. Kan sweetie?




Jom, cari jodoh?  Atau ada yang nak rekemenkan aku so takyah lah susah susah aku nak sengih sengih menjawab di tahun baru.

Ehemmm!