Wednesday, December 28, 2011

Imaginasi

Common sangat budak-budak kecil ada imaginasi. Eh, budak budak besar pun ada cuma macam terhad. Aku lain. Imaginasi aku over, sebab tu aku paranoid pada banyak benda dan perkara. Sebab tu aku selalu dapat mimpi, peluh merenek atas dahi. Sebab tu walaupun usia aku dah nak membongkok tua, imaginary friends aku masih setia. Sebab tu  tengah tengah aku kena lecture, boleh kena tegur heh, Huda dah sampai mana? Sebab tu kalau aku buat kerja, aku suka kerja yang fokus, sebab aku boleh fikir macam-macam di pertengahan jalan.

Ye.

Cerita tak berapa nak manfaat perihal imaginasi.

Masa aku kecik kecik dulu, area lapan, sembilan tahun, aku kenal satu hidupan. Spora. Aku tak tahu mana aku dapat tahu perihal spora atau macam mana rupa bentuknya. Yang aku tahu, spora adalah berbahaya. Yang macam haaaa kau hidu dia, matilah kauuuuu!

Macam tulah.

Then satu hari aku nampaklah bintik-biktik putih pada tali buaian adik aku and immediately aku tahu itu spora. Satu hari mak aku basuhlah tali tu.

"Mana tali tu?"
"Mak basuh,"
"Mak basuh?"

Senyap. Masuk bilik terus duduk berdoa (ek enen naif ohhh), sambil berair-air mata. Takut gila oh. Terasa macam spora tu akan makan segala organ mak aku. Asal teringat, nangis. Kalau mak batuk sikit, terus over-concerned takut takut keluar darah ke apa.

Aku tak tahu kalau ini termasuk dalam cerita imaginasi (aku rasa iya).

Kenapa imaginasi masa budak-budak sungguh naif, tapi bertukar seratoslapanpuloh dorjah bila besar?











Aku nak olah tapi aku malas. 
Babai.

Monday, December 26, 2011

Yawnnnn!

Tutup mulut masa menguap.

Haih. Mahu merepek apa? Nak review buku.
Yawn!

Nak membebel?
Yawn!

Nak mengeluh.
Yucks!

Hahhahaa.

Hallo peeeps. Hai handsome, pretty sekalian.

Wednesday, December 21, 2011

Wednesday, December 14, 2011

Fikir Dulu

Aku rasa kalau aku tulis ni, aku pun sama bodoh, tapi tak apalah. Hahhahahhaha. Kan ke dulu aku ada cerita yang kenapa kita suka salahkan Yahudi bila umat Islam rosak akhlak? Now, aku rasa aku nak komen satu benda lain lagi yang tak ada kena mengena (mungkin) tapi tak apalah.

Aku pernah tanya pada seorang ustaz ni bila dia cakap satu benda pasal berhati-hati dengan benda-apa-aku-lupa, tapi yang pasti perhal yahudilah. Simple, soalan aku, mana ustaz tahu?

And jawapannya, saya kaji.

Errr?

Sungguh tak relevan antara jawapan-saya-kaji dengan statement yang dikeluarkan.

Fine aku cetek ilmu dan aku malas nak dicop sesat so, fine.

Bila aku tak setuju, aku tinggalkan. Simple. Kalau kita sama naik, maknanya kita sama bodoh. That's it. Macam tu juga kalau kita tak puas hati, instead of berbengkeng, apa kata cari sumber lain dulu?

Because it is soooo hard; agree to disagree.

Well, dulu aku suka sangat menegakkan benda  aku rasa benar yang aku tahu habis-habisan. Dulu, masa zaman study. Those yang kenal aku, tahulah. Tapi bila dah melangkah keluar zaman belajar formal, dan dah jumpa orang yang boleh buat kau sakit otak, sometimes, stay silent and stay away works!

Sometimes my mouth so itching to say something, tapi masa tu juga otak aku rational, that's it that's it that's it! Wonderfulkan, untuk terus senyum dan terima? Fuh, very wonderful! Aku rasa kejayaan besar bila ditegur, dinasihatkan, aku boleh dengar dan belajar. Bangga.

So now, the point of this entry.


‎"Agree to disagree," 

HAHAHAHAHA. Kadang-kadang kelakar, bung bang cakap, tapi terpalit ludah sendiri. Tak kisahlah ustaz ke, rakyat biasa ke, ilmuwan ke, yang penting... akal.

Dulu masa tengok laman sosial, aku rasa fun sangat. Fun nak tulis macam-macam, tapi fun tu lama-lama hilang. Manusia kan mudah bosan. Itu tak apa lagi, tapi kemanakah hala tuju fun tu akhirnya?


Bercerai-Berai
Oh tak payah cakaplah kat mana, Malaysia saja dah cukup bukti. Dalam baiknya laman sosial menghimpunkan semua kenalan zaman merangkak sampailah zaman bertongkat, buruknya tetap ada. Jumpa kekasih lama?

Ouch!


Menunjukkan Keangkuhan
Ini antara sedar atau tidak, atau antara sengaja atau tidak. Kalau dalam kalangan rakyat jelata macam aku, tak apa lagi. Tapi kalau dalam golongan ilmuwan, hmmmm? Mari kita beri satu contoh.

"Oh terima kasih ya Allah, dapat aku tolong orang buta melintas,"

Like seriously??! Oh, kau terima kasih kat laman sosial, siapa yang baca. No no no. Motif awal-awal lagi kau tulis? Okay, kau tak berniat pun nak riak kau tolong orang buta, kau just nak orang contoh. Alhamdulillah. Aku pun used to nak share ridiculous thing (to me it is), bila makin tua ni, macam macam fikir. Kita kan kena ikhlas buat kerja, baru ikhlas tu diterima, kan peeps?

Satu lagi yang menunjukkan keangkuhan adalah bila kita tak setuju dengan orang, maka kita tulis terang-terangan. Tak kiralah kau siapa, kadang-kala apa yang kita tulis, orang lain tak setuju (mungkin tak faham), tapi bila kita acknowledge dalam bentuk emosi (of course kita deny kita emosi), apa perasaan orang  yang menulis yang hakikatnya mungkin dia hanya perlukan penerangan.

Ini golongan ustaz-ustazah kena ambil extra cautious perihal sabar dalam menjawab, orang boleh tahu anda melenting dalam menulis walaupun hujungnya smiley!


Menunjukkan Kebodohan
Oh sungguh terang tak perlu bersuluh. Kita tak setuju dengan seseorang, dan kita terganggu dengan kehadiran dia yang dalam masa yang sama, kita tahu dia juga terganggu dengan tulisan kita yang asalanya mungkin memberi ilmu (?). Maka, ada komen kita yang tercuit hati maka merajuklah ia.

"Hidelah status kalau macam tu,"
"Button unfriend kan ada?"
"Terima kasih kepada si polan bin polan (ni tag okay, tulisan kaler biru) kerana akhirnya unfriend saya dengan sukarela,"

What-the-heck?! Kau bersyukur dia remove, perlu ke kau simbah petrol dalam api rajukan dengan tulis besar besar jelas jelas kesyukuran kau itu? Sungguh tak profesional, apatah lagi menunjukkan kebodohan dalam meluahkan. Kemudian hadirlan batu batu berapi (mungkin tanpa niat) memujuk biarkanlah dia, ambil haluan sendiri. Kitapun jawab,

"I okay you, tak faham betul kenapa nak emosi emosi ni,"

Seriously? Kau tulis kesyukuran kau besar besar, kemudian tak emosi? Tarik nafas, hembus, tarik, hembus, cuba fikir semula, dalam kita rasa kita cerdik, ops, kita pun bodoh sama?


Menghasilkan Puak
Ni lepak je untuk nobody macam aku, tapi kalau somebody macam ilmuan, bahaya. Orang yang bertanya dengan kita lain tingkatan fahamannya. Kadang-kala kita dah jelas sehabis baik, tapi mungkin dia tak faham. Orang bila tak faham, angin dia satu macam, maka kita yang cerdik pandai ni lah seharusnya meaminkan peranan meredakan, bukan sama naik.

Datang pula seorang yang bertanya dan alhamdulillah dia memahami dengan sekali petik. Kita pun bersyukur lalu membalas, cakap dengan you lagi bagus, cepat tangkap cepat faham!

Bayangkan  perasaan si polan pertama yang bertanya? Jangan zahirkan ayat-ayat menusuk begitu. Kita cerdik, maka kita mengajar, bukan menyindir. Kita tidak sedar (mungkin), tapi itu bukan alasan. Pasti tiada siapa mahu terasa di diletakkan dalam puak yang hmmm tidak bijak?

Melipat-gandakan Salah Sangka
Ini contoh mudah orang yang gatal tangan nak bagitahu benda lepas tu, hujungnya tergantung. Pertama, kalau kau bukan sesiapa, tak apa. Kedua, itu annoying, bila kau meluahkan perasaan marah kecewa, bila orang baca banyak spekulasi. Ketiga, entah fikir sendiri.

Sayang, kan kita kena jauhkan dari menimbulkan fitnah? 





Kan aku kata entry ni menunjukkan kebodohan aku juga, sebab aku pernah juga buat benda yang sama, ingat atau tidak je persoalannya.

Okay, sekian terima kasih.

Sunday, December 11, 2011

Tahan Diri

Masa zaman Friendster, trend berkongsi cara Friendster. Sekarang zaman Facebook, phewwww... trend berkongsi sungguh melampau. Kalau yang sweet comel tu boleh dimaafkan sebab tak bagi kesan pada sesiapa dengan cara negatif.

Tapi?

Pelbagai perkongsian yang beberapa peratus sahaja yang ilmiah (ada juga ilmiah negatif geng geng illuminati heee), yang lain?

Kenapa tidak boleh/tidak digalakkan?

Menyakiti Hati Sesama Manusia.
Tak kisahlah kau Islam ke siapa, terutamanya Islamlah (kan kita dah diajar terang terang adab dan akhlak?). Kadang-kadang kita berkongsi, kita tidak tahu kita sedang menyakiti dalam diam. Contohnyalah, kita dapat video orang panjat bangunan KBMall pastu threatening nak bunuh diri, then kita pun haaa rakam rakam rakam post rightaway kat FB. Kita rasa lepak lepak je, ala orang lain buat tak pe. Macam orang makan taik, kau makan jugaklah kan? Then, kita sebarkan. 

Kita lupa, satu hari nanti, mungkin orang yang kita rakam dan pos itu insaf dan menyesal, tapi kesan dari sebaran tu? Sempat ke kita nak cari dia minta maaf. Ye, kita tak berniat, tapi kita memang terang-terang dah sakitkan hati. Dia salah, dia dengan tuhan. Kita siapa?

Menyebarkan Berita Palsu
Ini khas untuk orang yang main share je tak tengok mana hala sumber betul ke tidak. Mungkin niat kita nak orang lain tahu tu mulia, tapi lagikan kalau nak buat assigment cari sumber dari internet pun kena double-checked, ini kan kalau melibatkan hal hal lebih serius?

Kita baca, boleh. Tapi sebelum tangan gatal nak klik share tu, fikir dulu. Betul ke nak share? Boleh ke nak share? Okey, peeps?

Mensukahatikan Hak Privasi
Ni satu hal. Yang ni memang ampun tak boleh maaf. Kau pakai tudung, aurat terjaga. Kawan kau tak. Satu hari, kau bangun tengok tengok ada gambar ditag (lagi horror kau tak private kan tagged pics), kau tak pakai tudung?!

What the????! Apa perasaaan? Tu contoh senanglahkan. Sama juga benda-benda lain, kita rasa amik gambar suka-suka hati dalam bilik kawan kita and upload nak tunjukkan kita tengah happy bersama. Kita lupa, kita secara tidak langsung tengah mensukahatikan benda mungkin orang lain MUNGKIN tak suka. Dan dan tag pulak kawan kawan yang lain. Haaaa?

Itu satu hal, ini ingatan untuk mereka mereka yang berada dalam line deal dengan orang lain. Kalau ada masa mungkin boleh baca isu CLEO bulan ni perihal kau boleh kena buang kerja sebab FB. Bagus isu tu, buat kita pandang mata. Dan aku dalam lane kesihatan, aku suka nak ingatkan kadang kadang kita tak sedar  kita dah across the ethics, sebar gambar patient, actually mungkin kita tak berniat pun, tapi background belakang kita ambil ringan, share betapa excited kita buat begitu begini dengan details patient, share dengan nama kawan kawan lain. Kan kita belja ethics kan ladies and guys sekalian?

Merosakkan Kesihatan
Hah? Overlah kau ni Huda sampai merosakkan kesihatan segala!

Iye. Kau tengok video yang hujung jalan bangggg gambar hantu? Tu tak kira kalau kau pakai headphone max volume? Kau tak perasan jantung kau berdegup kencang? Kau tak perasan adrenaline kau meluncur laju. Kau sihat tak apalah.

Kalau yang kau share, yang tukang tengok sakit jantung? Ehemmm. Mungkin kau tak kisah kot kalau dalam surat mati ada tulis. 

Punca kematian: Serangan jantung kerana menonton video dikongsikan oleh si polan polan.

Menjaga Hak Asasi
Ni aku tak perlu teranglah kot. Ni trend baru berlaku beberapa hari ni. Orang terjun kolam terhantuk ke apa, pastu muka pecah. Heh, seminggulah nightmares aku nampaknya. Tu tak masuk lagi guna ayat mulia kekuasaan-Allah semua untuk nampak sebaran tu halal. Tak. Tu dah kira dua kali salah. Salah sebarkan, salah mempergunakan.

Cuba fikir perasaan keluarganya? Lagipun kan akhlak ajar jangan sebarkan benda benda tak baik? Semua orang ada hak dia, bila kita intrude masuk, samalah macam kita menafikan hak dia. Kan? Kau kita kat tempat dia? Tu belum kira kalau melibatkan aib, contoh kawan tidur berdengkur kita post untuk ketawa-ketawa, hmmm~

Kadang kala Allah dah tutup aib kita, alih alih kita yang bangga cakap habis tu cane?



Ni mungkin sebahagian. Aku rasa benda benda macam ni common sense, tapi manusia manusia hari ni macam lack of common sense pun ada. Benda ni tak payah diingatkan sebab normal manusia akan ada terselit atau terlintas perasaan eh tak boleh ni. But most of the time, kita ignore.

Jadi saling mengingatkan adalah terbaik. :)

Friday, December 9, 2011

Review: Growing Up Bin Laden



"There will be always two sides of flipping coin. Same goes to every story,"


Sejak tahun 2001 ketika peristiwa Pentagon dirempuh, saya sering tertanya-tanya bagaimanakah kehidupan isteri dan anak-anak Osama bin Laden? Pertanyaan itu menjadi rahsia tersimpan tiada jawapan. Akhirnya saya menemui buku ini setelah 10 tahun menyimpan soalan! 

Growing Up Bin Laden memaparkan bagaimana liku-liku anak-anak Osama membesar dan isteri-isterinya, namun difokuskan lebih kepada isteri pertama dan anak keempatnya dalam buku ini. Kisah benar sebagaimana yang diceritakan oleh salah seorang anak Osama, Omar dan isteri pertamanya, Najwa adalah cerita dari satu pihak lagi yang tidak pernah bersuara didunia. Beberapa fakta telah dilengkapkan/dibetulkan/pandangan tersendiri dilontarkan oleh Jean Sasson penulis buku ini yang juga merupakan penulis bestseller Princess. 

 Teringinkah anda mengetahui bagaimana budaya pergaulan lelaki dan perempuan, suami dan isteri, anak dan ayah dari beberapa negeri timur tengah? Apakah perasaan anda menjadi isteri seorang jutawan kemudian berubah menjadi masih isteri jutawan namun hidup dalam suasana yang bukan seumpamanya. Bagaimanakah seorang isteri membesarkan anak-anak apabila dinafikan segala kemodenan dan perlu hidup luar dari norma alam rumah tangga? Apakah keperitan menjadi seorang anak pejuang, berumahkan istana luasnya, namun terhad langkah merdeka? Pernahkah anda dibesarkan dalam kehidupan dimana perkataan 'tidak', tidak boleh ada dalam kamus hidup seorang anak?

 Jika anda berminat perihal sejarah namun mahukannya dalam bentuk cerita, selamilah buku ini. Jika anda mahu merasakan perit peperangan tanpa perlu melalui pedihnya, hadamilah buku ini!

---

That's the formal part. Actually, aku post review buku ni dekat Nasi Lemak Kopi O which I doubted lah kan depa akan baca. Politik bebs politik. Well, I think otherwise. Kalaulah hidup ni senang bila nak tau kebenaran, sumpah tak kan ada hakim, mahkamah, peguam segala. 

Tapi, nak cari kebenaran ni susah. Gila susah. In fact, kadang-kadang kita rasa betul dah apa yang kita tahu,  alih alih salah? This is life.

Okay Huda, stop talking about life.

Aku jenis manusia (Urgh, I swear I'll stop talking about me me and me despite this is MY blog!), peduli-apa, aku tak boleh benda benda ditindas menindas ni. Aku tak boleh tengok benda benda kejam. Lagikan tengok Saddam kena gantung aku muntah seminggu, ni pulak kalau benda melibatkan bebudak yang aku ada melting point dalam hati once perihal budak budak dibicarakan.

Okay, back to the story.

There was during 2001, aku tingkatan satu, masa tu tengah bercuti sekolah. Aku tengok sorang-sorang tv kat ruang tamu yang out of sudden ada berita terkini. Heh? Berita terkini tengah tengah malam? Normally Berita Terkini TV3 pagi tengahari petang to those wo ask.

Aku macam aa? KLCC kah? Tapi syukur, bukan. Dan sebenarnya aku tak pernah tahu pun menatang apa Pentagon. Kamon beb, masalah dunia belum masuk dalam otak aku. 

Macamlah sekarang masuk.

Tu satu hal. Then, Osama Laden jadi femes. Kontroversi sebenarnya bukan Osama yang buat. Sebenarnya Amerika sendiri kalau tak kenapa 5000 jews amik cuti that day, when the incident happened.

I doubted that.

Well, aku tak nak get attached sangat because apa apa benda yang aku fikir, will lead to nightmares. Yeap. Aku dapat setahun nightmare, repeated bad dreams regarding plane-crashed. Ridiculous, I know. Yeap. I know. Should I complaint or accept the way it happened, to me?

Baru aku baca paper semalam, Afghanistan kena bom kat 8 (kalau tak silap) tempat. Lagi pelik kes mengebom ni adalam dalam kalangan mereka sendiri. In fact, while reading this book, ironi sungguh  bila baca sesama muslim boleh berperang, membunuh.

Then, no wonder muslim tak pernah menang pun zaman sekarang. Really!

Okay, this thing might be a bit controversy but truth is truth, agree to disagree is another thing. Dalam buku ni, ada satu part dimana satu ketua dengan bangganya berkata, kita tanam dadah ni bukan untuk kita, tapi nak jual pada American so biar rakyat jelata depa rosak akhlak, rosak kesihatan.

Ahaaa.. yeap, terkejut gue. Kita asyik-asyik salahkan Yahudi itu ini, tapi bila aku baca kes ni, aku rasa tak salah pun apa yang aku ragu-ragu selama ni. Yang ni judge orang ni begini begini, yang sendiri buat begitu begitu halal pula? Sekali lagi, no wonder Islam tak pernah menang.

Aku perasan kita ni selalu kalau orang kita sokong, kita sokong habis-habisan, lantaklah apa dia buat. Kalau dia buat benda tak betul sekalipun, mati mati kita pertahankan. Sama juga macam orang kita benci. Kalau dah benci, gila gila kita benci. Dia buat baik pun, kita maki. Maki okay lagi. Ni bawak cerita mulut busuk, hati hanyir, tu buat tu ada maknalah tu!

Aku bukan baik sangat, sebab tu aku guna 'kita', termasuk aku sekalilah.

Memang kita tegar salahkan orang lain dari muhasabah diri. Selalu kita dengar sebab Yahudi, muslim perangai teruk. Ni semua agenda yahudilah ni. Muzik, rokok, lalai, semua Yahudi punya pasal. Tu tak termasuk semua ridiculous theory yang geng geng illuminati buat. Tolonglah. Oh come on! Kau yang tak nak ikut agama, kenapa kau nak salahkan orang lain?!

Okay, aku bukan nak menangkan mana-mana pihak. Tak. Al Quran pun dah ada terang-terang tulis (kang ada jugak orang kata aku sesat), tapi, sebabkan kau tak nak ikut agama, jangan tunding jari pada orang lain. Senang senang judge itu ini, padahal sikit pun tak nak cermin diri bila muka tercalit najis sendiri.

Sekali lagi, kalau kita sendiri sayang agama, yahudi buatlah apapun, tak akan goyah. Masalah sekarang, kita sendiri, attitude kita sendiri kena muhasabah balik.

Kan ke kita kena tepuk dada tanya iman?



Haaaa. Iman jawab apa?




p/s: Sebab dah terlampau banyak sangat buku aku dah baca, aku pilih pilih mana aku nak review dan of course, tertakluk pada tahap kerajinan aku. Teheee.

Wednesday, December 7, 2011

Pengajaran

Sebenarnya apa beza pelajaran dengan pengajaran? Macam pengajaran yang aku terima, pelajaran yang aku terima?

Whatever.

Dulu aku ada kawan (depends on definisi kawan), aku suka dia. Aku suke apposite thoughts dia, more or less yeap, aku suka dia. Kadang-kadang lebih better kita kawan dengan orang tak ramai kawan. Somehow, safe. That's the issue now.

Safety.

Kita tend to pujuk hati, atau sebenarnya nak orang assume mungkin? Kita nak orang rasa kita tak ada apa-apa, lepak, chill! Aku, kau, kita mungkin boleh fake the feelings, fake the language-used, fake the smile, tapi boleh kau tipu diri?

Sebelum tu, tipu diri dan pujuk diri adalah dua perkara yang berbeza.

Kita tak boleh tipu diri, tapi kita selalu pujuk diri. Pasti-ada-hikmah, common phrase. Tak salah.

Back to the pelajaran atau pengajaran, which one suits well. Masa aku ada kawan yang aku suka sebab berbeza, aku ada satu perasaan macam heh, kenapa macam ni? Now, aku rasa aku dah faham. Mungkin aku dah lama faham, tapi ignore. Ignorance is bliss, kan?

He raised one issue. Actually I raised a lot than he did, but this one I remember clearly that it was from him. Purely. Ukhwah atau persahabatan muslim sort of aku lupa. Aku bukan marah, cuma aku fikir, fikir, fikir. Maybe that time I was surrounded with what so called true friends. 

Yes. That's the reason.

Kita boleh ada sejuta kawan, tapi belum tentu satu pun akan stand still beside us no matter the burden we have. Pernah orang kata, bila kahwin suami/isteri itulah sahabat, teman, kawan bla bla bla. If so, why divorce?

Still aku nak kahwin someday, aku normal sekian terima kasih.

Mungkin dia tak percaya ukhwah, that's his right. Aku percaya, firmly! Ukhwah wujud, cuma nilai tu kurang dan makin lama lesap. Sebab dunia kita hidup hari ini, dunia benda. Dunia kalau kau ada sesuatu, kau boleh dapat sesuatu.

Macam sistem barter!
Ya!
Sistem barter tapi versi kejam!

So, ukhwah-ukhwah ni tolak tepi.

Aku percaya semua orang, tapi aku tak percaya kejahatan yang mungkin timbul kecuali kalau dunia ni syaitan tak ada then yes, semua orang adalah mulia.

Point aku luah perasaan hari ni selepas berbulan bulan pendam, don't trust people who close to you in the short time. Semua orang tahu kau baik, naif. Tapi satu sudut hati kau mesti, mesti, MESTI kena ada doubt about people kau rapat. Maybe some exceptional, contoh pada unconditional love parents? Tu takpe. Selainnya, mesti kena ada ragu ragu.

Why?
Why?
Why?

While try to be nice, orang mungkin take for granted but not in the way the take-for-granted always happens. But this take-for-granted, happens beyond my naive (?) thought! Macam mana kau boleh tahan bila alasannya ialah sebab kau baik, kau jadi kaunter aduan.

Kaunter aduan okay lagi.

Kaunter umpatan?

Now, this is not ukhwah whatever. This is ridiculously bullshit and I am sad, because the sins to hear all the bad words still called the SINS. There's not such thing as DOSA MULIA.

I wish I have friend like him here, so I can sort of certain thing that I always ignore for the sake of I-don't-know, happy maybe? I can keep myself at the right track with the unique different ways, THINKING why people are different. Ye.

Bila aku fikir pada soalan kenapa, regardless who or when or where, aku jumpa banyak benda atau jawapan pada soalan yang lain along the way. Silent thank you.

This is not the dedication entry oh please but the fact that he was right after all can't be denied. At least I can't! And I miss him.

Tuesday, December 6, 2011

No Tittle

Well.
Well.
Well.

I stared to my (not my anyway) keyboard hardly thinking, assuming, learning and danggg.. you see the 'x' sign, in red colour, kat atas sekali belah kanan tu?

Yeah.

I talk too much but never be heard and never want one,  and still I manage to have my litle smile on my lips around my face. Life. I forced myself not to think much and reading a lot of books instead. Yeap. I read like crazy. I feel safe with  a book and slowly drive me into another world.

I managed to read two novels, 400 pages each. One, on the way to Kelantan and another one for returning. And who life-less-full people read one novel a day? Not to mention hundreds ringgit went unnecessary (maybe necessary but this one, addicted?). I thought I will stop writing as I'm afraid that people will think me as the same. I mean, me, the one in the internet-life, and me, the one with the real-life.

Despite it somehow connected, it will never ever be the same.

I make a certain boundary. Definite. Real life, writing life, social life, FB-Twitter-whatsnot life, is never the same.

Don't judge.