Showing posts with label Aiskrim Cair. Show all posts
Showing posts with label Aiskrim Cair. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

What To Say Eh?






"Hmmm... Why do you think hearing is important?"

"As said by Helen Keller, when you lost your sight, you lost interaction with things. But when it's hearing, you lost interaction with human. To live this life fullest, we need each other. But, I'd rather not losing any of them, sir,"

"Why did you choose to come for this interview when you already working at the nice place now?"

"Life is the matter of choices. Life is the matter of choosing which one suits you best, sir,"

"Working at the government sector is easy, you clock in 8 you go back home at 5, everyday,"

"Well, if you ask me, it depends on how you think it and I think differently. There're a lot of patients queuing and it is up to you on how to manage it. There is no easy way to be easy regardless where you work. It just you yourself, to challenge you yourself, and to make every single day better for you yourself. I'd rather take it that way, to challenge myself, to be better,"

"Okay, thanks Ms. Huda for coming today,"


"Thanks again for giving me this opportunity, sir,"


"Are you married?"

"Nope. Not yet. Someday, maybe,"

"Well, it's easy to place you then, maybe you can find you Mr. Right there,"

"Insyallah. Hahahahaha,"









Hhahahaha. Make it that hospital then. :P



Monday, April 23, 2012

Duniaku Sendiri (Yang Cute)

Tarik nafas. Turun nafas. Tarik nafas. 

Phewww~

Aku tak tau aku kuat berangan, atau aku hanya suka perhatikan. Sambil jalan, kalau aku dah start menyanyi kecil, aku boleh tenggelam dalam dunia aku sendiri tak perasan orang.

Buruk.

Kalau aku leka perhati satu benda, hatta deretan semut, aku tak ingat dah alam sekeliling.

Buruk.

Dan aku rasa tabiat aku ni makin melampau lampau jadinya sekarang. Jadi penyakit pun ada. Sekarang nurses pun dah kenal tabiat aku yang satu nih. Oh, sape yang tak kenal aku mesti rasa aku pelik. Dan siapa yang kenal aku, akan berganda-gandalah rasa aku pelik.

Ya. Saya suka gila budak budak yang boleh buat saya senyum sepanjang jalan. Ya, seperti kurang siuman senyum sengih sendirian. Macam autistik pun ada. -.-"

Makanya, rutin setiap pagi mengadap bayi adalah syurga. Kini, setiap pagi masuk nurseri, bukan lagi ololololo cik huda dah sampai. No. No. No. Tidak lagi. Apabila pagi, ayat begini akan buat aku lagi nak senguh sampai hujung dunia.

Ayat ini.

Ya anak anak sekalian. Mama awak semua dah sampai...!

Cute kan?

Cute kan?

Cute kan?

Saat paling aku suka adalah tolong tengok nurse mandikan bayi, dan aku akan buat kerja buka balutan bayi sebelum mandi, dan tolong wrapkan balik lepas mandi. Well, tak kisahlah kalau nurse kena buka balik sebab.. hmmm, ye aku tahu aku buat hodoh.

HAHAHA.

Berbalik pada tabiat yang dah menjadi penyakit ni. Bayi sangat mudah nak kena demam kuning. Jangan tanya aku patofisiologi. Yang tu sila tanya doktor. Bayi yang kena kuning ni, salah satunya treatmentnya adalah letak bawah lampu biru; phototherapy. Lampu ni bahaya kalau kena mata, jadi mata bayi akan ditutup macam ni.


Dan kemudiannya akan diletakkan bawah lampu biru lebih kurang macam ni gambarnya. Gambar aku ambil kat google. Bayi akan diletakkan terbalik, atau macam orang bersujud. Kau imaginelah sendiri tapi lebih kurang lah macam kat bawah ni.




http://www.3quarksdaily.com/3quarksdaily/2009/11/health-care.html




Aku ni jenis pesen, kalau aku stress nanti lunch hour aku naik nurseri, tak main ngan baby pun tak pe. Dapat perhatikan baby pun jadilah. Sampailah satu hari, aku duk perhati macam mana bayi ni survive nak terbalikkan kepala dari kanan ke kiri atau vice versa. Aku perhati, macam mana kaki dia menendang, angkat kepala, tertelangkup muka, angkat semula, survive!

Aku perhati macam ada aku dan baby tu je dalam nurseri. 

"Huda?"

"Huda?"

"Huda?!"

"Heh?"

"Haaaa berangan!

Errrr.

"Awak tengok apa?"

Tak ada jawapan. Malas nak explain pun.

"Penutup mata tu terbuka,"
"Eh?"
"Haih, punya lama berdiri kat situ, tak perasan?"

Malas jawab, malas explain.

Sengih.

"Berangan apa ni?"

Malas jawab. Malas explain.

"Kenapa. Bahaya eh?"
"Iyelah,"
"Oooo mana Huda tahu,"
"Ni ingat apa ni?"

Malas jawab. Malas explain.














Well, simptom autistic macam ni cute kan?

Errrrr...

Okay, tak yah jawab. Tak yah explain.

Babai.

Thursday, March 29, 2012

Sama tak dengan sekolah kau?

Aku tak tau ni apply pada semua sekolah asrama, atau sekolah asrama tertentu contohnya sekolah aku dulu. Okay, ketawa kecil tersipu malu...

Ehemmm.

Sekolah aku dulu kan sekolah agama. Sekolah wajib pakai tudung labuh, tangan kacing, kaki stokin. Sekolah yang telah merampas walkman Mydin RM4.90 aku sampai aku pun dah tak tahu berapa banyak aku beli sebenarnya. Sekolah yang phewww, tangan kaki berbirat dilibas. Sekolah yang peraturan dia mak eh ketat tapi sempat lagi langgar. Sekolah aku rindu. Full stop.

Aku nak cerita apa dah. Oh, ni ha..

Sekolah aku satu lagi unik dia. Kan zaman kita mude mude dulu, famous lagu UNIC, INTEAM, Mestika dan seangkatan.. yang kalau depa nyanyi, lagu tangkap leleh. Alaaa... lagu jiwang jiwang, cinta ana enta enti tu laa.. Ala buat buat tak tahu pulak, bencilah kitew taw macam ni!

Haaa. Ingat pun. Lagu tu lah. Lagu macam kasih kekasih tu. *blushing*

Tampar sebijik baru tau.

Haa. Tu lah rutin setiap pagi sebelum pergi sekolah, dan setiap petang sebelum pagar tutup pergi prep.  Kalau weekend, sehari suntuk lah kena tadah telinga. Kumpulan nasyid jiwang nilah menghiasi sinar pagi dan redup petang, ewahhhh. Kalau masa UNIC baru keluar album, sebulan lah berkumandang sampai nak termuntah aku duk hadam lagu-lagu kaset tu hari hari. HAHAHAHHA.

Tapi masa tu kalau keluar lagu jiwang, hati terus macam olololololo sweetnye lirik, comelnyeeee! Sambil basuh kain, menyanyi kecil dan hati berbunga-bunga. Berbunga kat siapa, I have NO idea. Tapi satu macamlah perasaan dia, perasaan sweeeettt gitew.

Okey, sila salahkan feromon.

Now dah habis zaman tu, bila sesekali terdengar... ada satu perasaan rindu dalam hati. Sakit. Kalaulah boleh diulang. Makanya, aku layan youtube sambil mengenang zaman itu. Aku lompat dari satu nasyid ke satu nasyid sampailah bertembung dengan lagu ni. Memang tak berapa nak sesuailah untuk aku sebab ni lagu untuk perempuan. Tapi, tapi, TAPI......... lirik dia, buat hati terdetik...

Cuma ku damba,
Insan yang sepadan...

Olololololo...


Okay, salahkan feromon aku sekali lagi.
Salahkan umur aku yang dah 25 tahun ni jugak.















Bukan salah aku kan? Kan? Kan?
Heheks~

Saturday, March 17, 2012

Inersia

Kalau kita nak keluarkan sos seciput dalam botol, kita akan tonggengkan botol dan angkat tinggi tinggi, gerakkan secepatnya lantas berhenti dengan mengejut. Pertama kali, mungkin sos tidak terkeluar. Cubaan pertama, kedua dan ketiga, mungkin berjaya.

Pergerakan cepat dan berhenti mengejut; INERSIA.

Ini mungkin inersia positif. Atau inersia usaha. Atau ape apelah.

Jalan raya kosong, kau bawak motor dengan speed gila macam nak terbang. Tiba-tiba kau perasan ada lori rosak tengah tengah jalan dan kau tekan brek mengejut. Walaupun tayar berhenti, motor tetap laju berlari dengan bunyi streeeeeeeeeeeeeetttttt, BANG! Kenapa kau masih bergerak walhal kau dah tekan brek?

Inersia.
Dan menyakitkan.

Dua analogi, sama prinsip fizik.

Kemudian aku terfikir. Satu hari kau jatuh hati dan kau mendapat balasan yang sama. Seronok. Namun kau sedar yang dunia tak selalu cerah maka kau wajib belajar melupakan. Hari gembira yang kau lalui seharian, kini  DIPAKSA BERHENTI dari teruskan.

Sakit.







You move, and HAVE TO stop very sudden.

Well, regardless the analogies, that is still inertia.
Isn't it?

Saturday, February 25, 2012

Aduhai

Bongek betul bila tertidur lepas solat asar (penat giler), dalam mimpi nurse hantar folder patient sambil berkata, tolong cepat sikit, doktor nak tengok. Pantang betul kalau suruh cepat cepat, kerja tak concentrate!

Kemudian, dengar suara mak, heh bangun dah nak maghrib. Terus tanpa rasa bersalah dengan serabut ingat kerja tak sudah.

"Kejap, ada patient lagi,"

Mak pandang dalam, kerut kening, geleng kepala.

"Patient apanye nih maghrib maghrib?

Eh?

Wednesday, February 15, 2012

Aku Serius Weh!

Hhahahahhaa. Sekarang bila aku fikir-fikir balik, macam kelakar pulak. Gila berani beb. Semalam, aku berborak dengan salah seorang anak Prof, lecturer kesayangan aku. Asalahnya borak pasal benda lain, kemudiannya, biasa le, kalau aku berborak dengan dia ni macam-macam cerita boleh keluar. Ni berlaku since zaman belajar dulu.

Dalam banyak banyak topik, aku ada cerita seriusnya aku nak cari pasangan kan before? Hahhahahaha. Tiba-tiba terkeluar pulak semalam.

"Saya rasa saya dah fikirlah, saya nak kahwin,"
"Awak serius ke?"
"Seriuslah. Saya nampak main-main ke?"
"Saya tanya betul ni,"
"Ye, serius,"

Aku fikir kejap, ye, aku memang serius. Lagipun aku dah 25 tahun, dah tua. Hoho.Dan aku malas nak jawab soalan mak aku, let alone orang kampung. Apa kau ingat kawen ni main main, Huda?

"Kalau awak serius, saya bagitahu ayah saya. Dia suka kalau orang nak bina masjid ni,"
"Alaa segannya,"
"Okay, saya bagitahu mak saya,"
"Alaaa segan jugak,"
"Haaaa... adik ipar saya,"

Since aku tak kenal sangat, actually pernah jumpa borak-borak, cuma tak de lah rapat sangat, aku pun... hmmmm.

"Bolehlah,"
"Insyallah saya sampaikan,"
"Heee... Insyallah. Doakan ajelah,"
"Amiinnnnnnnnn!"





Sekarang aku macam musykil, aku ni biar betul?

Sunday, February 5, 2012

Seriously?

Hek hek hek.

Dalam klinik tempat aku kerja ada masalah bunyi aircond tiba-tiba kuat. Biasalah, kalau dah nama nak cek kau dengar ke tak, haruslah bilik sunti sepi. Jadinya, bila jadi macam ni, aku mati kutu. Maka terpaksalah menelefon mereka yang sepatutnya naik melawat.

Datang dua pekerja, sorang kurus sorang gaya rambut dan tubuh badan sejibik macam Hafiz si Awan Nano, rambut menggerbang pakai cekak.  Kalau korang kenallah Hafiz tu (pssttt aku pun baru kenal kekekke). Makanya mereka berdua membaikilah dan okay. 

Namun aku perasan, masa first time dia nampak aku dan ketika dia baik, mulut tak berhenti nyanyi lagu Najwa Latiff, Cinta Muka Buku.

Aku senyum sendiri sambil dan terdetik ololololo hepi benar baik aircond.


"Kak, tandatangan boleh?"
"Mana?"

"Kat sini. Ni tanda kitornag buat kerja,"

Arghh. Esoknya pagi-pagi aku sampai klinik, berbunyi lagi. Maka terpaksalah aku menelefon kembali dan datanglah juga dua orang manusia ni lahi.

"Sori lah akak kena panggil awak lagi. Bunyi bising,"
"Tak pe kak, takpe,"

Aku kembali ke meja dan....

"Kita berkenalan dalam laman muka buku, kau hantar pesan suruh aku terima kamu ooo oooo,"

Sekali lagi aku layankan aja dan senyum.

Selang dua hari, klinik berbunyi lagi. Berasap jugak kepala aku ni tapi tak apalah. Nama pun orang baru, nak buat lebih lebih memang tak lah.


"Boleh hantar technician naik tak? Bilik ni aircond kuat semula. Maaflah selalu complain,"


Actually tak perlu pun aku minta maaf. Tapi. agaknya peribadi aku macam tu kot. Tak sampai hati.

"Awak, awat selalu jadi macam gini?"

Uishhh. Now lagi kelakar. Kalau salah seorang tengah bercakap dengan aku, yang satu lagi akan nyanyi lagu si Najwa Latif. Kiranya setiap kali aku bercakap, akan ada background muziklah. Kalau terjumpa sekitar hospital, dia boleh berhenti tanya khabar kau dan dalam masa yang sama background musik Cinta Muka Buku tu tak lekang. 

Tapi aku tak ambil pusing pun. Agaknya mamat dua orang ni minat gila dengan lagu tu. Sampailah Sabtu, klinik bising kembali.

"Banyak persoalan yang bermain di minda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja..."

Aku senyum.

"Akak, akak nak tahu sesuatu tak?"
"Apanya?"
"Gaya akak macam Najwa Latif lah,"

HAHAHHAHAHHAHAHA.

Aku gelak besar.

"Najwa Latif muda, akak dah tua,"
"Betul kak, gaya akak macam Najwa Latif,"
"Oooo sebab tu lah awak selalu nyayi lagi tu bila jumpa akak?"
"Hehhehehhehe,"

Aku pandang muka dia sebab aku nak tergelak. Entah celah mana macam Najwa Ltif pun aku tak tahu dan tetiba aku terasa nak kenakan dia balik.

"Apa apa je lah Awan Nano,"
"Eh?" 























Like Seriously?

Kirenye aku comellah macam tu kan? Hahhahaa.

Tuesday, January 31, 2012

Cycle

To get used, to understand, to keep on track, to be patient, to laugh, to be yourself and to train yourself, to... get used.

It's a cycle. Continuously.  Life too, it is a cycle. That's why it has been called a cycle since day one I breath. Cycle has no end, perhaps it does have but attach to each other's end and make the end invisible.

I have no friend here, no no, I have. It just different from friends that I used to have. My friends normally share longer time than I have here. The friends that sometime share the same clothes, sleep on the same bed, cry on each other's shoulder, and laugh for goodness know how sincere it sounds.

It faded away.

Everyday I pray, Oo Allah give me husband (that's sound weird but to call it as 'jodoh' in my dua'a it doesn't sound weird anyway). A man whom can I call friend (permanent maybe? I'll be sharing 24-hour friend will I?), can chat and complain and laugh and cry... together.

Exactly like I did with all my bestfriends.

Did?

The past tense that sound even weirder now.






Cry.

Wednesday, December 28, 2011

Imaginasi

Common sangat budak-budak kecil ada imaginasi. Eh, budak budak besar pun ada cuma macam terhad. Aku lain. Imaginasi aku over, sebab tu aku paranoid pada banyak benda dan perkara. Sebab tu aku selalu dapat mimpi, peluh merenek atas dahi. Sebab tu walaupun usia aku dah nak membongkok tua, imaginary friends aku masih setia. Sebab tu  tengah tengah aku kena lecture, boleh kena tegur heh, Huda dah sampai mana? Sebab tu kalau aku buat kerja, aku suka kerja yang fokus, sebab aku boleh fikir macam-macam di pertengahan jalan.

Ye.

Cerita tak berapa nak manfaat perihal imaginasi.

Masa aku kecik kecik dulu, area lapan, sembilan tahun, aku kenal satu hidupan. Spora. Aku tak tahu mana aku dapat tahu perihal spora atau macam mana rupa bentuknya. Yang aku tahu, spora adalah berbahaya. Yang macam haaaa kau hidu dia, matilah kauuuuu!

Macam tulah.

Then satu hari aku nampaklah bintik-biktik putih pada tali buaian adik aku and immediately aku tahu itu spora. Satu hari mak aku basuhlah tali tu.

"Mana tali tu?"
"Mak basuh,"
"Mak basuh?"

Senyap. Masuk bilik terus duduk berdoa (ek enen naif ohhh), sambil berair-air mata. Takut gila oh. Terasa macam spora tu akan makan segala organ mak aku. Asal teringat, nangis. Kalau mak batuk sikit, terus over-concerned takut takut keluar darah ke apa.

Aku tak tahu kalau ini termasuk dalam cerita imaginasi (aku rasa iya).

Kenapa imaginasi masa budak-budak sungguh naif, tapi bertukar seratoslapanpuloh dorjah bila besar?











Aku nak olah tapi aku malas. 
Babai.

Wednesday, December 7, 2011

Pengajaran

Sebenarnya apa beza pelajaran dengan pengajaran? Macam pengajaran yang aku terima, pelajaran yang aku terima?

Whatever.

Dulu aku ada kawan (depends on definisi kawan), aku suka dia. Aku suke apposite thoughts dia, more or less yeap, aku suka dia. Kadang-kadang lebih better kita kawan dengan orang tak ramai kawan. Somehow, safe. That's the issue now.

Safety.

Kita tend to pujuk hati, atau sebenarnya nak orang assume mungkin? Kita nak orang rasa kita tak ada apa-apa, lepak, chill! Aku, kau, kita mungkin boleh fake the feelings, fake the language-used, fake the smile, tapi boleh kau tipu diri?

Sebelum tu, tipu diri dan pujuk diri adalah dua perkara yang berbeza.

Kita tak boleh tipu diri, tapi kita selalu pujuk diri. Pasti-ada-hikmah, common phrase. Tak salah.

Back to the pelajaran atau pengajaran, which one suits well. Masa aku ada kawan yang aku suka sebab berbeza, aku ada satu perasaan macam heh, kenapa macam ni? Now, aku rasa aku dah faham. Mungkin aku dah lama faham, tapi ignore. Ignorance is bliss, kan?

He raised one issue. Actually I raised a lot than he did, but this one I remember clearly that it was from him. Purely. Ukhwah atau persahabatan muslim sort of aku lupa. Aku bukan marah, cuma aku fikir, fikir, fikir. Maybe that time I was surrounded with what so called true friends. 

Yes. That's the reason.

Kita boleh ada sejuta kawan, tapi belum tentu satu pun akan stand still beside us no matter the burden we have. Pernah orang kata, bila kahwin suami/isteri itulah sahabat, teman, kawan bla bla bla. If so, why divorce?

Still aku nak kahwin someday, aku normal sekian terima kasih.

Mungkin dia tak percaya ukhwah, that's his right. Aku percaya, firmly! Ukhwah wujud, cuma nilai tu kurang dan makin lama lesap. Sebab dunia kita hidup hari ini, dunia benda. Dunia kalau kau ada sesuatu, kau boleh dapat sesuatu.

Macam sistem barter!
Ya!
Sistem barter tapi versi kejam!

So, ukhwah-ukhwah ni tolak tepi.

Aku percaya semua orang, tapi aku tak percaya kejahatan yang mungkin timbul kecuali kalau dunia ni syaitan tak ada then yes, semua orang adalah mulia.

Point aku luah perasaan hari ni selepas berbulan bulan pendam, don't trust people who close to you in the short time. Semua orang tahu kau baik, naif. Tapi satu sudut hati kau mesti, mesti, MESTI kena ada doubt about people kau rapat. Maybe some exceptional, contoh pada unconditional love parents? Tu takpe. Selainnya, mesti kena ada ragu ragu.

Why?
Why?
Why?

While try to be nice, orang mungkin take for granted but not in the way the take-for-granted always happens. But this take-for-granted, happens beyond my naive (?) thought! Macam mana kau boleh tahan bila alasannya ialah sebab kau baik, kau jadi kaunter aduan.

Kaunter aduan okay lagi.

Kaunter umpatan?

Now, this is not ukhwah whatever. This is ridiculously bullshit and I am sad, because the sins to hear all the bad words still called the SINS. There's not such thing as DOSA MULIA.

I wish I have friend like him here, so I can sort of certain thing that I always ignore for the sake of I-don't-know, happy maybe? I can keep myself at the right track with the unique different ways, THINKING why people are different. Ye.

Bila aku fikir pada soalan kenapa, regardless who or when or where, aku jumpa banyak benda atau jawapan pada soalan yang lain along the way. Silent thank you.

This is not the dedication entry oh please but the fact that he was right after all can't be denied. At least I can't! And I miss him.

Saturday, November 12, 2011

Derrrrr~

Benda paling aku tak suka!
Arrange majlis kahwin!

Huh!

Wednesday, November 2, 2011

Kita Kita

Bila orang putih cakap melayu dengan tatabahasa yang betul,
Kita orang melayu kata wow, hebat sungguh!

Tapi bila kita orang melayu cakap melayu dengan tatabahasa yang betul,
Kita orang melayu kata ek eleh sasterawan ke apa?

Bila orang putih cakap melayu tunggang tebalik,
Kita orang malayu kata bagusnya diorang mencuba bahasa kita.

Tapi bila kita orang melayu cakap melayu tunggang terbalik,
Kita orang melayu kata ni la dia, tak sayang bahasa!

Bila orang putih cakap inggeris grammar betul,
Kita orang melayu kata english dia fuhhh terbaikkkk!

Bila kita orang melayu cakap inggeris grammar betul,
Kita orang melayu kata skemmmmm gila!

Bila orang putih cakap english lintang pukang,
Kita orang melayu kata cool, man! Yaw yaw yaw!

Bila kita orang melayu cakap english lintang pukang,
Kita orang melayu kata, nak cakap omputeh kononnnnnn!

Dah tu macam mana?

Friday, October 28, 2011

Tunggang Terbalik!

Aku tengok tengok website for adopting baby. Don't ask me why. Habit aku tengok gambar baby bawa aku ke sini. Dan masa aku tengok beberapa senarai manusia yang tengah menunggu atau mempromote diri untuk menjadi adoptive parents, cuba teka apa aku jumpa.




Bilangan keluarga normal dengan 
PROUD lesbo and gay parents 
adalah sama banyak! What the....?!

Oh dunia... :'(

Thursday, October 20, 2011

Budak Kan Jujur

I like to tease and play and quiz and entertain all the kids that come to me. Sometimes (most of the time), I like to ask nonsense questions because no matter how stupid it sounds, they answer honestly.


"Kita main lukis lukis okay?"
"Nak lukis apa?"
"Lukis Kak Ngah,"

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

"Nah,"





p/s: Padanlah bila aku tanya aku comel ke tak, diorang jawab comel. Memang comel pun err.. lukisan tu. :P

Monday, October 17, 2011

Fobia

Aku claustrophobic. Takut tempat sempit.
Aku acrophobia. Takut tempat tinggi.

So bila campur dua tu, aku sangat anti dan fobia dengan lif. Aku rela naik tangga kalau tak lebih 5 tingkat. Lagilah aku lupakan lif, bila aku dapat balance disorder. But then, kaki aku pulak putus ligamen. Nak tak nak, naik lif.

Dari situ aku mula berani sikit sikit despite the muntah and nausea lepas naik lif. Tu belum lagi aku akan pejam mata atau tunduk try to shift my mind away. Try to get rid the feeling that I'm in the elevator. I hate that. But since dapat balance problem, dia macam terapi bila aku perlahan lahan belajar adapt dengan lif.

Dan sejak sejak aku kena buat MRI, aku boleh ease a bitlah claustrophobia ni. Sebab nak jaga air muka dengan doktor oh come one takkan mula legend aku ni takut dengan tempat sempit?

The moment they pushed me in, aku cuba fikir benda lain sebab sumpah aku terus rasa tak boleh bernafas, so aku cuba cakap dengan sendiri. Sometimes aku humming for the sake of the test results. Ada satu moment tu aku paksa tidur, tapi MRI tu bunyi kalau merdu tak apa gak.

Aku takut macam orang gila sorang sorang dalam tu, and ada masa masa aku termenangis. Pastu cakap sorang sorang, pastu humming perlahan lahan melodi lagu lagu aku suka.

Sampai satu tahap, aku dah tak boleh bertahan, then aku nak push the emergency button the placed in my hand but then tadaaaa, satu doktor masuk.

"Okay tak?"

Angguk. Cis, dan lagi kau nak jaga air muka kau?

"Dah siap eh?"
"Belum. Sepuluh minit lagi,"

Whattttt!

"Saya nak masukkan ubat,"

Aku hulur tangan.

"Kenapa?"
"Nak masukkan contrast lagi sikit,"

Menatang apa pun aku tak tau. Tapi angguk jela.

"Okay baringlah. Sekejap lagi,"

Sekali lagi nafas aku tak berapa nak menentu. Try to hum another song pujuk mata jangan mengada nak berair-airlah.

---

Sekarang aku okay sikit dengan claustrophobia and acrophobia. Well maybe I used to hum or manage how to deal with those phobias. 

Tapi baru baru ni, aku dapat satu benda tak best dengan lif like stupid lif! Aku masuk sorang sorang, so macam biasa aku akan berdiri dekat satu corner dan tunduk dan start to hum sesekali angkat kepala sambil perhati nombor dalam tu menandakan tingat berapa lif naik turun.

Aku nak ketingkat 6, so lif naik ke atas. But this time aku boleh rasa dia naik tu extra laju dan tiba tiba dia bergegar dan berhenti kat tingkat 5, turun dengan cepat sambil berbunyi "Going down,"

Kalau kau tengok muka aku, mesti kau tengok mayat. Aku dah nak termuntah ketakutan. So aku tekan je tingkat lima dengan harapan lif terbuka, tapi vroooommm dia naik laju dan bergegar, "Going down," dan turun dengan laju.

Berhenti.

Aku pandang segala benda yang mungkin boleh selamatkan aku. Tak ada.

Elok aku nak tekan loceng kecemasan. Lif terbuka perlahan. Aku berdoa dengan harapan dia tak terbuka antara bangunan. Syukurrrrr.

Aku keluar dengan terus bersandar dekat tepi cuba  stabilkan diri.

"Okay tak ni?"

Terkejut aku bila ada orang tegur aku. Aku pakai white coat so diorang mesti ingat aku staff situ.

"Yeah,"
"What's wrong?"
"Nothing,"

Lelaki yang tegur aku senyum dan mula melangkah masuk lif aku naik tadi.

"Err.. I think it's better for you to use that one,"
"Why?"
"Errmmm. It's not working. No no.. it's working, it just.. it's better you use that one,"
"Okay. Are you sure you're okay?"
"Yes. I'm fine. Thanks for asking,"

Dia macam resist nak naik tapi aku senyum and angguk to reassure. 

Thank to the elevator. Now, my phobias come back. Thank you.







---

Lepas aku tengok cerita medik bersiri House and Grey's Anatomy, baru aku tahu doktor boleh tengok kita dalam MRI tu. Cop cop cop! So adakah doktor nampak aku menagis dan dengar aku humming as well?

Oh, damn~

Monday, October 3, 2011

Bila Fikir Fikir Balik

Dulu semua benda nak tulis. Setiap hari rasa istimewa je. Dululah. Dulu masa kat USM. Tiga tahun pertama, oh mungkin setahun pertama tak berapa menarik but yes roughly, 3 tahun pertama was so heaven. Setiap benda rasa macam benda baru. Semua benda nak abadikan dalam blog.

Okay. Now dah ada FB. Bila tengok balik, FB dah buat since tahun 1 lagi tapi apa benda rupa tak pernah tahu. FB is just one account created because somebody invited. That's it. Kan ke masa tu famous Friendster?

Bila ingat ingat balik, masa tu semua benda nak tepek kat Friendster, especially gambarlah. Tapi fungsi Friendster limited, jadinya tak adalah seghairah FB sekarang.

Sekarang, bila dah nak cecah 25 (Oh my...!), bila fikir fikir balik, bila baca baca balik, bila tenung tenung balik, euwww benda macam ni pun kau nak mengadu? Benda macam ni pun jadi bahan cerita. Tak peliklah kawan aku pernah kata masa mula mula dia baca blog aku, dia rasa aku gedik. Alah, macamlah sekarang tak, kan? Perkataan gedik tu dia bagi aku sampai sebati. Kalau dia tak cakap aku gedik, lain pulak rasa. Hahhahhaa. Dan bila fikir balik, bila makin dewasa, makin kuranglah untuk rasa enjoy tentang benda benda kecil. No wonder orang tua, makin tua. 

There's a saying said (I forgot where I read it), more or less lah; budak budak enjoy semua benda dan masa yang diorang ada, which very few adults do. No wonder adults will never look younger lah kan?

Tapi people change. The mind pun berubahlah kan? So, aku masa dulu, dengan aku masa sekarang of courselah sikit sebanyak ada berubah. Macam bila FB keluarkan previous status on this date, aku kadang kala ketawa. Olololo naifnya, tampar sedas baru tahu.

Dulu semua benda jadi perhatian, sekarang pun semua benda jadi perhatian, tinggal lagi nak speak out or jadi passive observer. Observe orang lalu lalang, observe doktor doktor, observe another staffs, observe patients of course, observe bloggers, observe Facebookers, observe yang paling penting, diri sendiri.

Aku bahagikan pada dua, bila observe orang yang bergerak, orang atau makhluk dalam dimensi 3D, itu observe hidup. Observe alam maya, itu silent observation. Dulu masa kelas psikologi, ada soalan dari pensyarah aku. Not really soalan lah, dia suruh student dia bagitahu 2 kelebihan diri sendiri. When  my turn came to me I told him.

"I am creative and I can read people,"

Statement first tak adalah undang benda benda tak best not that the second point will, it just when my lecturer said that I can't judge a book by its cover, I knew immediately that I shouldn't say that. Simple. Don't be different. Don't tell different. Don't act different. 

Kadang kadang kita lupa, people somehow is predictable. Kan?

Predictable like what happen now. All the final year PPSKs dah start their theses. Especially my juniors, the FB wall mostly all about the theses. Is it predictable? Okay, few weeks earlier, kebanyakan rakyat FB akan mula borak atau tulis status regarding konvo (including me), will upload photos, giggles all over and banggg! Yep, it happened! Is it predictable? And USM buka, medical students start mengeluh regarding the timetables, the postings and banggg! It happened too. Is it predictable?

It is. Itu for my silent observation.  

This is excludedlah kan for those Facebookers' yang keep on posting hari ni makan nasi bersama husband (Aww awak je ada husband), esok nak keluar jejalan (there is no other day but tomorrow), lusa nak balik kampung (hello pencuri, help yourself!).

Ini untuk pengamatan hidup. It is predictable too. Macam aku jalan dengan orang tak suka aku, I can sense it. We all can sense it. Atau orang marah kita, even that people tak buka mulut sepatah pun, kita boleh rasa. Kita boleh predict perasaan dia. Itu sebab dalam bahasa, dia bukan hanya ada bahasa, bahasa. Kita ada bahasa tubuh, bahasa mata, bahasa mulut. Almost semua orang boleh faham bahasa selain bahasa bahasa, kecuali orang ada penyakit macam Right Hemisphere Syndrom, tu lain.

The different is level setiap orang membaca bahasa bahasa tersebut. And that level can only be gained by massive observations. So, I questioned myself, when I told my lecturer that I can read people, was I wrong?

I don't think so. Well, maybe I'm wrong. Not that can-read-people wrong, but the level is not that high like he has. Well, he is a counselor for goodness's sake!

Oh not that I'm angry to him okay. My point is, the predictable now becomes unpredictable to me. My point is, bila kita fikir fikir balik (like the above tittle), how time really change us. How time really really really ...

You fill in the blank-lah.




Predictable kan? Dah 3 minggu konvo, upload tetap upload!



I miss my lecturer. This lecturer.

Thursday, September 29, 2011

Sigh

This handsome doctor asked me. Well, he is a doctor, but not my doctor. He is err.. more or less my colleague. Whatever.

"How's your convo?"
"It just a convo,"

He looked at me. Right into my eyes and widen his eyes.

"It just a convo. Seriously. It just me on the stage receiving transcribe, or certificate, or whatever,"
"Awak ni. It is once in a lifetime tau,"
"Well, if it stops here then yes. What if I pursue my study? It's no longer once, kan doktor?"

I went back to my clinic and everybody started to ask my convo thing. Like, whoaaa how fast the words spread! Because there were very few people knew that I was on leave to Penang, so it irritated a bit.. for me. Daddy will nag on me if he hears or knows this. Hmm... daddy always mention I'm.. sort of.. hmm.. forget it.


Well. Because he is handsome,and he did open house for Syawal when I was in Penang so it doubles the losing thing. Huh, I lose my chance to meet his handsome son, (if any) because of convo lah kan? Sebab bapak dia handsome, sah sahlah kalau dia ada anak, anak dia handsome kan? Genetically inherited. Ke macam mana? Hahhahaha. 


No. No. No.
HAHHAAHA.
That's not the point.

"Nak sambung bila?"
"I don't know lah doktor. Nampaknya, semuanya belum mengikut plan. But well, I'll tell you,"
"Awak jangan sorok sorok pulak. Hint hintlah sikit,"
"Hhahahaha. Tak de kerja saya nak sorok. But don't worry lah doctor. I will tell you, definitely I will. You will be my first person. But.. no, second,"
"Heh?"
"First gonna be my parents, then you,"

I laughed and I hear he's laughing too when I went off. 
What a day.

Tuesday, September 20, 2011

Alahai Comelnya!

Aku dapat sorang pesakit, lelaki, terus aku teringat dear friend of mine masa kat USM dulu. Fuh, bunyi dulu macam lamo benor. Pakai spek, tinggi bezanya kuruslah kot.

Aku punya senyum sampai malam sampai terus aku tarik keluar handphone text-ed ayat tak masuk akal.

"Salam. Saja tak ada kerja,"

Kekekkeke. Cari pasal buat orang mengamuk.

---

"Encik X, masuklah,"

Normally aku akan tengok muka, gaya, just to predict ada significant hearing loss ke tak. And macam biasa, aku akan rasa a bit tak selesa kalau kena berdua dengan lelaki apatah lagi muda.

"Lama tunggu?"
"Tak apa,"

As I have back-to-back patient, aku punya berdebar lain macam as another patient was waiting outside too. 

"Okay, kita tengok apa ceritanya,"

Sambil sambil aku belek folder baca, aku senyum. Sebab everytime aku guna ayat kat atas tu, aku rasa kau dan patient tak ada barrier. Ayat tu selalu Dr. R guna untuk patient dia dan setiap kali aku observe, aku rasa seronok. Then bila aku sendiri jadi patient dia, sumpah rasa dia macam oh di apprecite sangat.

So, I will keep using it.

And setiap kali aku pandang patient ni, dia senyum je sampai aku terasa aii murah benar senyum. And each time dia nak jawab, atau dia jawab, sangat berhati-hati. Sejibik kawan aku yang sorang tu. Dan setiap kali dia jawab, dia akan tergelak kecil, dan aku kena gelak cover. Aku mana reti gelak kecik kecik nih. Gelak besar je aku reti.

"Spinning sensation?"
"Pernah, masa doktor cuci telinga. Tapi kejap je, lepas tu okay,"
"Oh, datang dengan kawan?"
"Taklah,"
"Tak? Pastu drive sendiri dengan pening macam tu,"

Dia ketawa kecik bila aku kerut kening.

"Ish bahaya tu encik,"
Sebab dia keep on smiling, aku memang tak boleh nak serius. Allolololol.

"Discharge dari telinga ada?"

Dia senyum and ketawa kecil lagi.

"Saya ada tabiat guna cotton bud. Sometimes sampai berdarah darah. Gatal,"
"Hah? Tak sakit ke?"

Dia tak jawab soalan aku tapi keep on senyum. Aku yang dengar ni pun ngilu. Tapi nilah first time aku jumpa pesakit sungguh murah sneyuman. Aku ingat aku je yang murah senyuman bila jumpa pesakit. Kkekekkekeke.

"Tu yang doktor kata dah berlubang,"

Menganga aku, tapi dia kekal senyum. Sumpah aku rasa mamat ni sweet time ni.

Sebenarnya aku tak perlu masuk kerja pun that day, tapi disebabkan nurse call ada patients so aku yang jenis tak boleh dengar benda macam ni, terus okay kan aja since aku pun bukan buat apa dan aku berkebetulan perlu ke hospital untuk setelkan hari graduasi. Damn I hate that.

So padahnya bila aku masuk kerja tak terduga ialah tak ambil breakfast, tak bawak air, tak bring any coklat as I always do.  Dan bila aku tak breakfast masalahnya is this; perut aku menyanyikan lagu rocksss! So that day adalah evil kot aku harap patient will hove at least mild loss so he wont notice that. Despite aku tau (perhaps aku predict je), yang dia masih tak ada anak (or maybe tak kahwin lagi), aku guna jugak sampai aku geli hati sendiri.

"Anak tak ada komen ke kalau encik tengok TV, volume kena kuat ke?"

Kerut kening. Aku ketawa dalam hati.

Geleng kepala.

Now the horror part ialah during the assessments perut aku dah beronar sakan! And kepala aku pening sebab aku dah mula cuba tak makan after 8pm so sekarang dah 1230 pm, maunya aku tak separuh pengsan?

 I laughed off as the patient started to notice.

"Kesian doktor, tak sempat makan eh?"

DEMIT! 

Bila 5 minit keadaan tak okay so aku terpaksa buat kerja gila, tengok handphone utnuk masa. mintak maaf kena keluar kejap perhaps hoping ada emergency or look like that. Benda ni takkan setel and aku tak ada masa nak makan ke or whatever as I had another patient waiting.

And I went to toilet so guess what I was doing?

HAHAHA.
HAHAHA. HAHAHHA.
HAHAHA. HAHAHA. HAHAHA!

HAHAHAHAHHAHA!






Aku pergi tandas minum tiga teguk air paip lepas tu aku rasa nak muntah starightway!

Monday, September 19, 2011

Banyak Cantik?

Tak adalah beautiful mana just hmm.. hanging out with dear friends masa zaman zaman belajar and text-ed the others to let them what? Jealous? Haaa. 

We decided to watch movie yang dah tentu tentu aku yang pilih cerita.

"Kak Hud. Ni?"
"Aku tak layan melayu, sorry,"
"Huda, yang ni?"
"Urgh.. tak layan komedi,"

Sudahnya aku pilih Contagion yang aku dah tahu and boleh predict jalan cerita. Nak pilih Final Destination 5, kang ada yang termuntah dalam tu kang. Cliche sangat kot cerita macam ni. Well, cerita a bit slow, bosan for another word. Virus datang, jumpa cure, dunia stabil kembali. Simple. Bukan takat simple, lembab pun iye.

Hahahha.

Well, aku cuba tengok perspektif berbeza. Sebenarnya nak kasi alasan biar worth spend tiga belas hinggit. Actually, aku terasa cerita ni berbaur politik pada awalnya. Blogger-politician-citizen. Makin lama aku tengok, makin ternampak jelas yeppp, it's more or less.. political issue.

Itu satu hal.

Satu hal yang lain, aku sedar yang nilai normal manusia amat mudah terjejas bila keadaan mendesak. Salah satu scene yang buat aku telan air liur, wuu macam mana merusuh boleh jadi sesenang dan secepat sekelip mata? Like whoaaa?

Aku yang pernah terperangkap dalam deruan manusia yang tiba-tba membanjiri kawasan beg aku tengah pegang, pun dah cukup lemas terus larikan diri. Inikan pulak rusuhan yang dah sah sah kalau  kau mati siapa nak peduli?

Huh! Sebab tu aku tak suka Jusco buat Happy Hour! Nanti aku lemas tengah jalan. Jantung laju, peluh menitik, kepala berdenyut.  Eh, tetiba.

Dan aku terfikir, berapa ramai pemimpin yang sanggup berkorban macam yang ada dalam cerita ni. Jauh panggang dari api kot. Yang ramai adalah yang bila naik jadi pemimpin, maka parti heyy mari mengumpul harta habis habisan.

Kalau apa yang aku cakap ni salah, maka seharusnya tidak terjadilah rampasan juta jutaan Tunisia, ataupun tidak terjadilah emas kilo kilo-an Libya. Dan, tak adalah baju dinner saja 14 almari, 36 rak, dan 117 stor. Tu baru dinner. Lunch? Breakfast? Supper?

Kalau ada sepuluh waktu makan, sepuluh jenis almari lah kan. Belum masa berpuluh-puluh jenis perayaan. Tak kira lagi yang enterpremmmmmm punya pakaian.

Macam kalau jadi pemimpin maknanya kau kaya. Kan? Nasib tak nampak dosa dosa sendiri atas kepala. Belum masuk dosa rakyat berat bahu pikul, berat lagi otak ketakutan nanti. Kalaulah tuhan bagi nampak satu dosa kau buat, tinggg keluar suara! Sila ambil peringatan, satu dosa telah dibuat, sila top up dengan 2 kali pahala agar nilai timbangan anda mencukupi untuk masuk syurga.

Tak adanya orang nak jadi perdana menteri siap tawar diri oh lantiklah aku aku aku!

Tuhan tak buat macam tu. Sebab tu ada dosa pahala syurga neraka. 
Kalaulah ada sistem macam ni, sumpah tak ada orang nak jadi ketua.







Kejap. Bukan kau nak cerita pasal movie Contagion ke?

Monday, August 22, 2011

Baru Masuk Kandang, Biasalaaahhhhh

Ada banyak tepung.

Tepung gandum.
Tepung jagung.
Tepung beras.
Tepung pulut.
Tepung kastard.

Tepung kastard paling menarik! Bila campur dengan air, tukar kaler warna kuning wooo.

Very MAGIC!