Wednesday, February 15, 2012

Aku Serius Weh!

Hhahahahhaa. Sekarang bila aku fikir-fikir balik, macam kelakar pulak. Gila berani beb. Semalam, aku berborak dengan salah seorang anak Prof, lecturer kesayangan aku. Asalahnya borak pasal benda lain, kemudiannya, biasa le, kalau aku berborak dengan dia ni macam-macam cerita boleh keluar. Ni berlaku since zaman belajar dulu.

Dalam banyak banyak topik, aku ada cerita seriusnya aku nak cari pasangan kan before? Hahhahahaha. Tiba-tiba terkeluar pulak semalam.

"Saya rasa saya dah fikirlah, saya nak kahwin,"
"Awak serius ke?"
"Seriuslah. Saya nampak main-main ke?"
"Saya tanya betul ni,"
"Ye, serius,"

Aku fikir kejap, ye, aku memang serius. Lagipun aku dah 25 tahun, dah tua. Hoho.Dan aku malas nak jawab soalan mak aku, let alone orang kampung. Apa kau ingat kawen ni main main, Huda?

"Kalau awak serius, saya bagitahu ayah saya. Dia suka kalau orang nak bina masjid ni,"
"Alaa segannya,"
"Okay, saya bagitahu mak saya,"
"Alaaa segan jugak,"
"Haaaa... adik ipar saya,"

Since aku tak kenal sangat, actually pernah jumpa borak-borak, cuma tak de lah rapat sangat, aku pun... hmmmm.

"Bolehlah,"
"Insyallah saya sampaikan,"
"Heee... Insyallah. Doakan ajelah,"
"Amiinnnnnnnnn!"





Sekarang aku macam musykil, aku ni biar betul?

4 comments:

tomoko said...

wah wah wah..ni baik punyer calon klu dia cari kan.

act jejaka pilihan dh ada kan..cuma nk confess je..hehehe

:.Yus.: said...

insyaAllah moga dipermudahkan.xsabar nak makan nasi minyak Huda..hehe

DarkArtz said...

amin.......
xsabar nak tengok akak najwa latip ni kawen.....
ngehehehe......

INFINITY said...

Ika: Tak de maknanya. Tunggu lama-lama tua saja aku. Hahhahaha

Kak Yus: Heee. Aminkan aja. :D

Azahiri: Ouch. Femes aku rupanya. Kekkekkee