Wednesday, December 18, 2013

Hari Hari

Gua setiap hari kerja,
Gua kunci jam tiga jenis.
Paling pagi.
Sebelum subuh.
Dan setengah jam sebelum tujuh.

Yang nombor tigalah yang paling selalu.
Paling kerap.
Paling tak pernah kurang.
Yang selesa dipilih akal.

Sebab tu nama dia—
Kritikal!


Dan yang tu jugak.
Yang setengah jam sebelum tujuh.
Yang tu.

Masih sempat gua snooze—

Sunday, December 15, 2013

Buku

Gua—
Habis empat ratos hengget untuk buku.
Murah.

Tapi,
Enam puloh hengget untuk kasut.
Bapak mahal!

Biarpun buku belum tentu gua baca sampai habis.
Tak apa.
Gua suka rak gua penuh.

Rak kasut penuh pun gua suka.
Tapi kalau nak guna duit gua?

Memang tak aaa—



Thursday, December 12, 2013

Sebab



Sebab—
Tak tau mati kita,
Bila.
Bagaimana.
Di mana.

Wednesday, December 11, 2013

Kalah

 


Boss suh bukak semula.
Sebab keja.
Dan sebab bos gua baik.
Maka gua rela—

Selagi

Selagi belum mati.
Selagi belum pergi.

---

Gua,
Bila berjalan terjumpa orang buta,
Orang tiada dengar,
Gua selalu berfikir,
Terfikir—

Kalau tuhan benarkan dia lihat semula,
Dengar semula,
Pada usia dia,
Bagaimana?

Bulan depan,
Gua akan 'switch on' buat pertama kali,
Untuk gua dan untuk patient gua,
Pertama kali pada usia tua.

Ahhhhh.
Bagaimana nanti?

Menangiskah dia?
Tersenyum kah dia?
Takutkah dia?

Kemudian buat gua teringat patient kesayangan gua.
Yang tak mampu dimplan apa apa,
Kerana anatomi dia—




Dan gua, 
Teringat cinta gua.

Semula—


Tuesday, December 10, 2013

Hari Ini

Bangun pagi cari ventolin,
Ventolin pula expired harinya,
Apa nak buat dah terlalu ingin—
Disedut dengan tawakkal sahaja.



Monday, December 9, 2013

Rasional

Gua skang pandai bersosial. Gua jatuh hati untuk melepak dengan keluarga keluarga kelainan upaya bahagian gua kerja.

Attend family day
Anugerah akhir tahun.
Screening event.

Begitulah—

Dia buat syukur gua sebab dikurnia lengkap cukup sifat walau penuh jerawat atas muka.
Dia buat gua ingat air mata gua yang tertitis belakang pintu atau di balik tudung.
Dia buat gua sedar semula kenapa gua pilih kerja ni.

Ini satu cerita.

Gua ada satu patient.
Yang gua sendiri impress dengan diri gua. Betapa gua taknak give up dengan patient ini. Gua fight sampai fight gua jadi fight besar dengan exboss gua. Sampai gua berhenti kerja.

Gua kan—

Gua dah jatuh sayang dengan bekas patient gua.
Sampai sayang gua extend pada bapak dia juga.

Hahhahaha—

Jangan le bapak dia baca blog gua.
Gua rasa nak ada jodoh dengan dia.
Supaya gua ada 24 jam masa dengan patient kesayangan gua nih.




Tetiba gua rasa.
Gua,
Gila—

Saturday, December 7, 2013

Tak Apa


Gua ada satu penyakit.
Penyakit pikir banyak lepas buat salah.
Takut itu takut ini.
Takut begitu takut begini.

Kemudian.
Gua belajar.
Its okay to make mistakes.
Just, don't repeat.

Susah nak mati nak ubah ni ohhhh!

Tapi--
Somehow bile selow selow gua belajar to just don't care. Ada peace datang bila mula nak start pikir bukan bukan, gua mampu nak cakap ni;

"Lantaklaaaaaa,"

Friday, December 6, 2013

Rama-rama

Now.
Cuak gua terjawab.
---

Aku.
Kalau kau nak impress orang.
Go ahead.
Aku tak peduli.
Kerja aku,
Hari hari langkah keluar dari rumah,
Mintak--

Tuhan.
Biarlah kerja hari ini,
Ikhlas hanya untuk kamu.

Titik.

Jadi,
Nak impress orang,
Sila.
Tapi kalau nak heret aku sama untuk nampak kau hebat.
Memang celaka!

Berterbanganlah!

Haih.
Wa sangat menyampah bila tetiba gua rasa cuak. With or without reasons. Lepas tu selsema and nose blocked. The perfect imperfect. Puii.

---

Ya.
Boleh kot.
Insyallah.
Nanti gua try.


Maaflah ayat ayat begitu gua bagi,
Yang jauh terselit dekat hati,
Sebenarnya

Masih dalam dua.
Tak pasti.

Gua dengki,
Untuk lepas.
Jadi gua curik selit masa.

Sebab.
Gua sayang.

Tapi--



Thursday, December 5, 2013

Babbling

Tak nak tolong takpe.
Mulut.
Jangan bagi banyak bunyik--
Sumpah sumbang!


Well

Not so bad.
Well, we'll see how it goes.

---

Aku tak mintak sikit pun kesian kau.
Sikit pun tak.
Cuma.
Jangan beza beza,
Dunia kau hidup.
Dengan dunia aku hirup.

Beza.
Memang berbeza.

---
Tagline iklan apa dah tu?

Wednesday, December 4, 2013