Monday, November 18, 2013

Bebel

A lot in my to-do-list
Yet to lazy to even start.

I was thinking to enroll part time masters. I suppose to go to Kinokuniya, buy some scientific research proposal books. But. Heh.

Somehow, I guess my whining from previous post did kick in. Like a magic. Everyone stops asking the question of when. Well, lets finger-crossed it will take longer time. Perhaps, until the real person does exist. -..-

I feel like wanna migrate day by day.
Am I crazy?


Friday, November 15, 2013

Jangan Tanya Aku Kenapa Aku Tak Kahwin Lagi Boleh Tak?

"Huda, bila nak kahwin?"
"Awak ni, nak tunggu sampai bila?"
"Hish awak ni, masak tak reti, buat tak reti, padanlah tak kahwin,"
"Awak tak boleh jawab macam ni, nanti orang tak berani nak recommend awak anak teruna,"

At first, it was funny.
Later, annoying.
Third I tend to defend.
And then, realize it was useless.

---
Aku kan, sumpah hangin now.

Aku ada perangai macam gini.
Kalau orang tanya aku pandai buat kek ke tak.
Aku jawab tak. Buang masa.
Sebab banyak gula.
Takkan nak didik anak bergula gula makanannya.
Sebab aku suka gula.
Dan dibahagian kesihatan aku kerja.
Jadi, aku jawab buang masa.
Kasar di telinga.
Tapi itulah, dah tanya.
Aku jawab apa dalam kepala.

Kalau orang tanya pandai masak ke tak.
Aku jawab tak.
Orang condemn tak berapa perempuan.
Sebab itu.
Yang betulnya.
Deria rasa orang berbeza.
Tekak aku spaggeti (tak reti eja) sedap gila.
Tekak bapak aku makanan jenis apa kau masak ni nak?
Kari aku masak pekat tekak.
Mak aku kata not bad.
Jiran depan rumah ada anak handsome kata boleh tahan.
Nampak?
Kalau aku kata pandai,
Orang rasa tak sedap.
Jadinya baguslah aku tidakkan pandai,
Dan bonus bila orang iyakan sedap.
Sebab, memag aku tak pandai masak.
Bila masak resepi harus disebelah.
Dan perempuan mana atas dunia boleh claim dia pandai masak kalau setiap step sampaikan gula banyak mana kena letak pun dia rujuk buku?

Tak pandai dan tak mencuba.
Benda lain.
Stop.

Aku tak reti bershopping.
Aku jawab no.
Aku rela bagi duit dekat mak kakak adik aku untuk belikan.
Okay sebetulnya,
Disebabkan aku jenis all-or-none law,
Sila bayangkan berapa juta duit aku boleh habis guna law ni.
Kedua. Aku ada migraine.
Aku tidak gemar orang ramai crowded bersempit sempitan untuk barang.
Kau bagitahu aku shopping mall mana manusia tak ramai.
Jangan sebut butik juta juta sebab bukan aku mampu.
Bukan aku mahu.
Siapa ada migraine akan tahu kenapa.
Jadi.
Jangan judge kenapa aku tak suka.
Bila aku kata buang masa.
Iya.
Window shopping, bukan sama maksud dengan buang masa?
Kemudian dinasihatkan kesian suami aku nanti.
Eh, pandai pandailah dia beli sendiri.
Maka dikata pula, dia mengharapkan awak.
Dan perempuan bagaimana aku ini shopping pun dibenci?
Haih.
Benda masa depan.
Benda aku tak tau, tak jamin, tak ada plan.
Who knows bila dah bersuami nanti,
Berubahlah jadi hati.
Kerana berdua.
Apa dibicara dikongsi halal semua.
Jadi.
Berhenti.

Bila aku mengharapkan ayah aku menghantar ke sana kemari.
Dikata aku tidak berdikari.
Oh kesian suami nanti nanti.
Kau tahu berapa banyak hati aku menyumpah itu ini?
Bila diterangkan bertahun tahun aku merantau membesar sendiri.
Tak cukup ke lagi itu untuk terjemahan berdikari?
Dijawab pula elehhhhhhhhh ramai je merantau jauh ketika sebaya aku.
Apa bezanya disitu?
Speechless.
Dari tingkatan satu hingga habis ijazah aku berjauh.
Aku bukan makin muda, keluarga pula semakin tua.
Berapa lama masa berbaki?
Kalaulah tidak berdikari didefinisi.
Maka, tidak berdikarilah diri.

Kemudian dikata kata manja.
Kesian suami nanti,
Ke sana kemari kena berteman meneman.
Eh,
Bukan ke itu tanggungjawab dia?
Memanja isteri setiap masa?

Aku jawab pula ok fine saya takut nak memandu.
Kemalangan kecil di kisah lalu.
Elehhhh saya dulu lagi dahsyat.
Ok je.
Entah.
Kalau dibahas bahas.
Tidak dimenangkan kita malah diseru kalah.
Manusia Tuhan jadikan berbeza.
Kecik dimata kau, besar dimata kita.
Dan bertemankan kisah kawan kawan mati kemalangan.
Betul, maut ditangan tuhan.
Tapi level takut hati kita beza.
Dan kau tahu banyak mana dah aku cuba?

Bila ditanya.
Aku jawab yang jujur yang betul.
Dengan harapan soalan soalan selepas ini tidak ditidak tidakkan.
Tak apa bertanya.
Aku pun tak kisah nak menjawab.
Cuma boleh tak fikir consequence soalan selepas itu.
Sebab bila aku jawab,
Macam mana aku jawab.
Bagaimana aku jawab.
Akhir sekali akan menjadi seolah kurang beradab.
Dan dicondemnkan pula aku untuk itu.

Iya.
Aku kasar.
Tak.
Aku lembut.
Tapi,
Lembut aku bukan boleh tahan lama,
Bila terpaksa menjawab orang yang menggunakan lain bahasa.
Aku ada tendency marilah kita berbodoh bersama.
Aku suka orang tahu buruk aku dulu.
Sebab bila yang buruk diterima,
Marilah merasa baik aku pula.

Ya.
Aku begitu.

Akhir sekali,
Takkanlah tak ada sesiapa dizaman belajar.
Bila aku jawabkan tidak, disangkal pulak.
Memanglah ramai lelaki aku jatuh cinta.
Setiap saat pun ada.
Tapi.
Tapi.
Tapi.
Kalau semua yang lelaki dibenarkan hati untuk suka.
Itu bukan cinta.
Itu admire.

Maka tak.
Tidak.
Tiada sesiapa.

Engkau tak percaya.

Aku pun dah tak tahu nak explain macam mana.

Maaflah skill menjawab soalan aku teruk.
Maaflah skill bertanyakan soalan aku hancur.
Maaflah kalau aku tidak berapa perempuan.
Maafkanlah aku untuk segala kelakian.

Aku tak ada sesiapa.
Boleh tak stop tanya.
Bila jodoh aku akan menjelma?

Sebab sekarang.
Tiada.
Tuhan belum anugerahkan sesiapa.
Titik. Noktah.




---
Sekian,
Post emo minggu ini.

-..-