Friday, October 8, 2010

Bagaimana Mahu Menyambut Hari Lahir Seorang Diri

Pathetic sungguh life bila baca tajuk begitu. Oh, tak kisahlah. Hidup bukan selalu ceria dan gembira. Hidup mesti ada sedih dan kecewa. Barulah dinamakan kehidupan. Kalau ceria dan gembira je hidup, susah nak rasa mendidik hati jadi tegar kepada kegagalan. 

Alah kau faham maksud aku.

Well, dalam sepanjang hidup aku ini, hanya dua kali aku dapat kek hari lahir. Masa tahun satu. Selain dari itu, tidak. Okay bunyi pathetic.

Tapi aku dari kecil ada cara cara menyambut hari lahir yang pathetic ini. Ish. Tak naklah sebut benda benda kesian sebab aku tak rasa kesian pun. It's fun. Long term fun actually. Okay, jom jadikan sesuatu untuk hari lahir kali ini. Ulasan oleh Mak Ngah Huda. Ops.

Bagaimana Menjadikan Sambutan Hari Lahir Paling Diingati

1. Tulis Sesuatu
Okay bukan sebarangan sesuatu. Dulu masa aku tingkatan tiga, aku jot down lima perkara dalam bentuk karangan tak ada orang nak baca. Ceh. Dia kira macam aku tulis essay apa akan jadi dalam masa dua tahun. Haa, macam tu lah. Aku tulis apa entah aku lupa, cukup dua tahun aku buka balik lipatan kertas itu.

Baca sengih sengih. Sungguh comel pemikiran tingkatan tiga yang di baca ketika tingkatan lima.

Tengok. Kau dapat kegembiraan comel pada hari lahir sendiri!


2. Melukis
Hoho. Bagi orang yang tak reti melukis macam aku ni, wajiblah kecomelan itu berganda-ganda! I was once during my birthday I draw hehehe. Rahsia. Well, aku tak rasa apa aku lukiskan tu akan jadi kenyataan so rejectssss!

Eh, kau bolehlah cuba buat. On your birthday, lukis something, pekasamkan barang lima tahun and look at that back. Mesti awww sungguh sweet. Hanya kau yang rasa ke'sweet'an itu di hari lahir yang lima tahun lagi. Hari lahir kau, kaulah yang rasa!


3. Merekod
Ini mungkin comel tapi sesuatu yang sangatlah melukai aku. Ewaaaahhh!

It was during my form five. Yeps. Kan dulu ada kaset kosong boleh rekod selama satu jam? 30 minit satu side and another 30 minutes for the other side. Yeah? Masih ingat? Janganlah zaman mp3 sekarang kau lupakan kaset zaman comel kau.

Haaa. Masa tu ada kenangan manis yang ohhh cepatlah dewasa! So masa hari lahir ke 17 aku, aku telah rekodkan dalam bentuk suara segala impian, segala cerita menarik buruk manis pahit tawar masam, segala kenangan dan harapan, segala yang details pasal future life.

Masa tu, oh bergenang air mata kejap. Siap nyanyi lagu tema (Cis sampai sekarang benci lagu Mungkin by Peter Pan), siap cakap macam ni. Aku dah lupa the real ayat tapi kind of lah. Kiranya masa umur 21 tahun nanti bukan dengar seorang, tapi berdua. Eiii geli gila!

"Mr. F, nanti umur aku 21 baru aku boleh dengar balik apa yang aku dah cakap dan impian usia 17 tahun ni. Rasanya masa tu dah cukup besar untuk aku terima satu benda yang besar dalam hidup. Harap masa tu kau tunggu aku lagi,"

HAHAHAHA.

Sekarang dah umur 23, tak berani langsung nak dengar kaset rakaman hari lahir yang simpan suara sendiri masa umur 17 tahun penuh angan angan Mat Jenin. Kesian Mat Jenin kan? Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Eh, apa kena mengena?

Kaset tu cantik je ada lagi siap tulis 'Hanya Boleh Didengar Semula Ketika berusia 21 Tahun'. Ceitt poodaahh! Penakut sampai umur 23 pun tak dengar dengar simpan cantik cantik dalam keranda kotak.

Yang last ni aku rasa menarik kau buat nanti cukup lima tahun rasa sweet gila pada hari lahir sendiri dengar suara sendiri dan seka air mata ohh impian aku dah semua tercapaaaaiii.

Cumanya harap tak jadi macam akulah.

Aku rasa aku nak buanglah kaset tu. Atau mungkin aku dengar semula masa aku 25 tahun kalau panjang usia ada kesempatan bernafas lagi. Kenapa 25?


4. Belanja Diri Sendiri
Apa barang buat majlis nak enjoykan orang lain? Cis, dasar kedekut. Tak tak. Buat majlis tu bagus bagi makan orang dapat pahala.

Cuma, pergi kedai makan jauh sikit pada orang yang dikenali. Amik satu port kosong tepi tingkap lagi cun kalau pemandangan indah. Belikan diri sendiri satu slice kek paling digemari. Kau beli sebiji kek siapa pula nak telan. Bila order makanan dah sampai, tarik nafas panjang panjang dan dalam dalam.

Cakap dalam hati. Nak cakap terang terang pun boleh, tu pun kalau kau tak malu orang cop kau buang tebiat cakap sorang soranglah.

"Huda, dah 67 tahun dah hidup,"

Tarik nafas lagi. Hembus.

"Apa 67 tahun ni perkara yang paling manis kau pernah ada,"

Recall. Pastu mulalah senyum.

"Dalam 67 tahun ni, apa yang paling sedih sampai hati kena siat siat,"

Recall. Air mata bergenang.

"67 tahun ni, banyak benda berlaku. Pahit manis. Semua benda yang buat kau lemah tersebek jatuh cengeng, itulah juga perkara yang buat kau kuat. Usia 67 tahun Allah bagi, banyak yang kau buang sia sia, tapi ada secebis dua yang Allah terima bila ikhlas bersama. 67 tahun yang berlalu ni, tak datang semula, tapi kekal untuk kau ingat,"

Seka air mata.

"Selamat hari lahir, Huda,"

Pandang kek. Ambil sudu baca bismillah dan makan. Nikmat betul kek hari itu walhal kalau nak kira hari hari bantai kek yang sama. Lagi mantap tiba tiba waiter hantar chicken chop kuah black pepper kau pesan. Yummy! Bermakna sungguh hari lahir ketika itu.


5. Errr..

Sebab fobia aku tak buat dah benda benda manis sambut hari lahir diri sendiri. Eh, aku memang tak berminat pun sambut hari lahir. Itu menunjukkan aku dah nak masuk 67 tahun dah.

Tak cun!






p/s: Tak. Esok bukan hari lahir aku pun apatah lagi hari kelahiran yang ke 67. Tak. Bukan. Kalau dah umur 67 tahun, aku harap aku sambut hari lahir dengan perhati matahari terbit sambil digenggam tangan berkedut (67 tahun dah cukup tua untuk tangan berkedutkan?) my other half, sambil sandar kat bahu.

SWEETTTT!

10 comments:

Fatin Sakura said...

one word = pathetic!

ape nieeee...adoiii... xde entry lain ke nak post hahahaha

INFINITY said...

Ada. Tapi yang ni yang pop out masa nak menulis semalam. HAHAHA.

Lulu Caldina said...

ehmm..sgt simbolik..

ucap advance la yer..

selamat hari lahir yang ke 67..ngee

INFINITY said...

Oh. Terima kasih. Itu kata lain ucapan semoga panjang umurlah ye? Hehehhe.

Apa yang simbolik?

Anonymous said...

tomorrow my birth..sambut sorang juga :)

INFINITY said...

Happy birthday to you!! Eh birthday kite selang sehari.

Heee.

Anonymous said...

yep, happy birthday to you too, sorry lambat wish haha

INFINITY said...

I rarely sambut birthday pun.
And how did you find my blog?

Jarang gila dah kot update.

Anonymous said...

taip kat google "sambut birthday seorang diri" then keluar blog u..saja baca2 tgh boring

INFINITY said...

Hahhaha.
Boleh pulak gitu.

Anyway, semoga dikurniakan tuhan kebaikan dihari hari mendatang.

Amiinn.