Wednesday, March 27, 2013

Rethink

If you're not ready to take it,
Then don't dare to ask in the first place.

You're obviously not going to make things better.
Instead, you make it worst!

Sunday, March 24, 2013

No Title

Having a good night sleep.
Lying down on my bed with favourite magazines.
Listening to nice music.
With mask on face and feet.

What a good holiday!
Lah sangat.

Saturday, March 23, 2013

Manusia

Makin aku besar,
Makin aku sedar,

Aku dikelilingi oleh manusia yang mulut cepat condemn dan complaint.

Manusia yang mulut menjuih nampak salah orang padahal hati sendiri busuk hanyir tak perasan.

Manusia yang berjejer menjaja cerita tak sedar bila bercakap "Oh please, I tak macam tu. Selagi I tak berdepan, I tak percaya cerita belakang,"
Terlupa dialah juara menjaja.

Manusia yang rasa malaikat padahal ada tercuit iblis disitu.

Manusia yang bungbangbungbang betapa berjuta sedekah dia hulur sampai musykil hati, mana ikhlas?

Manusia bila di atas, bercakap bercekak pinggang tak nak mengalah tak nak mendengar tak nak meneliti dan sentiasa hey aku benar aku benar. Tangan kekal bercekak pinggang.

Manusia yang ada jawatan maka berbuih mulut cerita gaji aku mampu gaji kau?

Celaka.

Manusia yang berjanji kita sahabat sejati tapi dibelakang cukup ringan menyampai tiada yang baik untuk dicerita. Tiada. Hanya lemah dan liut. Hanya itu.

Manusia yang buruk orang adalah zikir harian.

Manusia penuh alasan dikata A dijawab B dibicara C disampai EFGHIJKLMNOPblablablaZ.

Manusia yang aku nak jerit go to hell! Find your own life and go away! Shuhhh!

Manusia.
Dan aku juga.
Mohon jauh.
Syuhhhh!

Sunday, March 10, 2013

Belum Susah

Sayang.
Sayang kalau aku nak berhenti sekarang.
Sayang kalau aku pilih putus asa.
Sayang kalau aku menjauh kerana terasa.

Sayang apa khabar denganmu?
Disini ku merindukan kamu.

Sayang.
Sangat sayang.
Sebab aku yakin.
Dengan usaha ibu ayah.
Dengan usaha cikgu mikgu (if such word ever exist).
Dengan usaha rakan yang lain.
Dengan usaha kesayangans (s for plural yaakutamak).
Dengan sedikit cekal hati aku.

Aku yakin.
Sumpah akan senyum sampai telinga.
Satu hari nanti.
Meski bukan hari ini.
Satu hari.
Nanti.
Bila patient a.k.a kesayangans aku mampu cerna bercerita.

"Hai aunty Huda,"

Dengg aku belum mahu give up.
Dengg tolong jangan suruh aku give up.
Dengg jangan tunjuk aksi jijik suruh aku give up.

Syuhh pergi jauh jauh pengaruh busuk suruh give up yeks.

Sumpah aku tak akan.
Sumpah aku tak akan akan.

Wednesday, March 6, 2013

Habis Macam Mana?

Lama dah tak tulis karang mengarang.
Kalau orang kata kena pilih kerja yang kau suka jadi kau tak perlu kerja sepanjang hayat, aku setuju.

Kalau aku tak setuju, aku tak resign kerja lama adapt kerja baru.
Kalaulah aku tak sukalah kan.
Kalau.

Sekarang, aku rasa satu macam. Rasa yang aku tak pasti macam mana nak sebut nak describe. Sebab macam mana aku adjust diri, hujung dia ada sesuatu. Sesuatu yang lawan pada positif.

Aku rasa orang orang yang dekat atas ni ada satu sindrom. Sindrom bos. Sindrom yang susah nak adjust bila dia pilih untuk begitu. Sindrom yang orang cerdik nampak bodoh. Sindrom yang macam beb, tak guna kau belajar tinggi kalau common sense ke laut.

Sindrom yang buat orang macam kau, seinovatif kreatif macam mana pun kau, tetap tak boleh, tetap dipijak lumat lenyek benyek.

Tu. Tu lah benda yang aku face yang aku dah cuba letak diri aku dalam kasut orang itu yang masih aku tak dapat selam. Sebab kasut dia pakai bukan kasut biasa.

Kasut luar biasa.
Yang aku tak biasa.

Yang aku tertanya.
Habis macam mana?