Sunday, June 1, 2008

T-T

Sunday, June 1, 2008 0
kepada pelawat-pelawat yang sangat dikasihi...saya tidak lagi meng'up date' post di blogspot..saya bertukar ke wordpress atas beberapa masalah tertentu...
Walaupun sayang meninggalkan page yang comel ini, apakan daya....T-T
Selamat menjenguk saya di sana ya...=)

Saturday, May 31, 2008

seorang sahabat bernama dia...

Saturday, May 31, 2008 2
Dua tiga hari yang entah apa nak kata. Perkara yang tidak ingin terjadi, berlaku sudah. Ingin ditangisi, bimbangkan terus terluka. Untuk dielak, hati tidak berhenti berbicara.

Petang tadi, satu-satunya rakan sebilik, Hadiah namanya Dia sudah pulang. Pulang bercuti sebulan. Sampai satu saat, saya menjadi menyesal menyumbang tenaga, dalam research ini. Hati, sabarlah kamu! Saya ingin nyatakan ini pada dia,

“Hadiah balik awal, siapa nak dengar cerita Huda lagi?”

Tapi, macam mana pun..dia akan tetap pulang.

Masih teringat masa mula-mula kami berkenalan. Dia seorang yang sungguh senyap, saya pun tidak tahu bila saya menjadi rapat dengannya. Ketika dia mula menghadapi exam perubatannya, saya ada bawakan mug hadiah sebagai semangat. Tapi, saya tidak berikan pun. Tersimpan kemas dalam beg. Saya tak nak beri, kerana tidak mahu tahu dia sudah habis exam. Kerana dia, akan pulang selepas itu..T-T Namun, sepanjang exam, saya tidak menjenguknya. Kerana saya tidak mahu masanya terbuang dek berborak dengan saya. Betapa hati saya meruntun ingin bercerita. Akal saya masih waras mengerti, betapa peperiksaan ini penting baginya. Dan saya menunggu dengan sabar. Bahkan setiap malam saya dedikasikan lagu yang sama, dan juga ucapan yang sama di nasyidfm..

Setelah dia habis peperiksaan, terus saya naik ke bilik lama. Banyak ingin saya bercerita dengannya. Pelbagai perkara. Selalu dia menjadi pendengar yang setia, komennya juga selalu membuatkan saya berfikir. Sungguh, saya tidak tahu bagaimana ingin menerima hakikat bahawa semester yang bakal dibuka, dia bukan lagi rakan sebilik saya.

Dia mungkin tidak terbacakan blog ini, tapi saya harap dia selalu tahu bahawa saya menyayangi persahabatan yang baru terjalin ini lekat terpateri jauh di sudut hati saya.

Sekarang lagu ayat-ayat cinta sedang berkumandang. Tiada apa dengan lagu ini yang menarik hati saya. Namun selepas semalam, lagu ini sudah menjadi lagu kenangan. Masih teringat betapa saya memujuknya menghabiskan masa dengan saya sebelum dia berangkat pulang. (Sejak akhir-akhir ini, hati yang tidak tenang memaksa saya keluar bertenang berseorangan).

Dek kerana kerja CFCS (yang saya tidak tahu apa maknanya), dia tidak berpeluang keluar sekalipun dia sangat berkehendakkan external hardisc. Alhamdulillah, semalam kerjanya siap dan kami keluar berdua. Menunggu bas, kemudia bertukar teksi, melintas jalan yang sibuk, berjalan-jalan, makan, berjalan lagi dan makan lagi..(sudah lama saya tidak makan makanan berat sebegitu, berdietlah kononnya). Akhirnya external siap dibeli, barangan saya dan kiriman kawan-kawannya.

Saya tidak putus bertanyakan dia, tentang pinggangnya. Sepanjang sebilik selalu dia mengadu tentang pinggang yang sakit. Ke klinik sudah, bomoh pun sudah. Akhirnya saya bertanyakan ayah dan ayah mencadangkan dia membuat MRI, alhamdulillah tiada apa yang berlaku. (Kerana kami mengkhuatiri kanser, dan risau juga itu sebahagia reffered pain).

Masih terngiang juga bila dia berkata..

“Bila Hadiah dapat result MRI dan tak ada apa pelik, macam dapat result gagal,”

Saya tersenyum dan ketawa. Manakan tidak, orang akan bergembira kerana bebas dari penyakit. Dia pula sebaliknya.

“Iyalah, kalau tak ada apa pinggang Hadiah ni, kenapalah sakit tak berhenti. Makan ubat doktor kasi pun tak jadi apa,”

Saya cadangkan dia berubat kampung. Simpati saya bila melihatkan dia terbaring diatas lantai kesakitan. Sungguh saya sayangkan antara sahabat yang satu ini. Walaupun dia bakal menjadi doktor, dia juga terkadang sangsi. Lumrah manusia, dan saya juga.

Masih saya ingat ketika appliance yang masih melekat di gigi saya memaksa saya memakan bubur atau sup. Dialah hampir setiap petang meneman saya makan di luar. Sungguh, budi dia tak mampu saya balas.

Dialah manusia pertama yang saya jumpa tersangat innocent. Dia pendiam, bicaranya berhemah, suaranya tidak pernah tinggi, dan dia juga selalu biarkan saya membuat keputusan andai ada perkara perlu di pilih. Teringat ketika dia menangis kerana terasa hati dengan seorang rakan kumpulan. Saat-saat itu saya ingin melempang manusia itu. Saya tidak akan benarkan sesiapa menyakiti manusia senaif Hadiah. Dia tidak pernah merungut dengan walau seorang sahabatnya. Bahkan dia juga selalu menidakkan apa-apa perkara apabila saya kecewa mendengarkan berita itu ini. Walaupun saya tahu dia lebih mengambil hati, tapi saya tidak kisah. Kerana dia adalah dia, dan saya adalah saya.

Jadual study saya juga lain dengan sahabat sebilik. Tatkala mereka study, awal lagi saya sudah tidur. Dan bila mereka masuk tidur, saat itulah saya bangun. Ketika itu, Hadiah juga merubah jadual belajarnya, sama seperti saya. Dan saya punyai kawan study bersama. Saya sudah biasa, jadi jarang benar saya tersengguk. Tapi apabila melihatkan dia tersengguk, saya dengan senang hati akan bancuhkan dia kopi atau Nescafe. Saya benar-benar mahu, graduation day kami sama. Saya tidak mahu dia tersekat di mana-mana, kerana pengajian perubatan sangat sukar!

Petang itu, petang terakhir kami makan bersama. Sungguh saya mahu menangis, tapi saya diamkan. Masih bertanya itu ini terutama audition DJ pada isnin malam ni. (Terima kasih pada DJ Faizal kerana memberi peluang ini).

“Berbaloi ke Huda buat benda Huda minat ni?”

Berbaloi. Kerana katanya saya layak. Dan selalu saya berkemampuan untuk buat apa yang saya mahu. Dia menyokong tanpa membantah. Dan dia membandingkan diri saya dan dia. Kami tidak serupa. Kata dia lagi, dia ingin mengambil specialist neurology tapi ibunya mengkehenndaki dia menyambung Onkologi. Dia akan mengikut pilihan ibunya kerana dia dan saya berlainan. Hatinya lembut berbeza dengan hati saya.

Hadiah, orangnya lembut..tetapi saya kasar.
Hadiah, orangnya naïf, saya pula sebaliknya.
Hadiah, tidak pernah meninggi suara, saya pula kerap melenting!
Hadiah, hanya sekali pernah saya nampak dia menangis, tapi dia terpaksa berhadapan dengan tangisan saya yang bermacam masalah. Dari yang remeh hinggalah tidak.

Hadiah, dia pulang juga semalam. Akhirnya saya hulurkan mug yang saya simpan. Tapi saya tidak menyatakan alasan mengapa saya tidak memberinya awal. Dan bila kami bersalam, gigi saya mengetap meminta bersabar. Dan bila dia melangkah pergi, saya tidak melihat kearahnya apatah memandang mukanya. Saya larikan anak mata tidak menerima langkah selamat tinggal itu. Kerana kelak, saya keseorangan lagi.

“Hadiah selamat jalan,”
“OK. Jaga diri baik-baik,”

Wednesday, May 28, 2008

Dengarkan bicaraku...

Wednesday, May 28, 2008 2
Sahabatku, buah hatiku…
Dengarkan bicaraku,
Jangan biarkan aku didepanmu,
Aku takut aku terlalu laju,
Jangan tinggalkan aku dibelakangmu,
Aku bimbang engkaukan terus berlalu..
Tetapi,
Berjalanlah disebelahku,
Andai aku terkedepan,
Engkau akan menarikku,
Andai engkau terkebelakang,
Aku akan memimpinmu..

Sahabatku, sukaku dukaku…
Engkau pernah berbicara,
Adakalanya kita harus menangis,
Agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa,
Dan, adakalanya..
Kita harus ketawa,
Agar kita tahu mahalnya harga setitis air mata..
Tetapi, duhai buah hatiku,
Aku pernah terbaca,
Andai kita tahu,
Betapa sengsaranya hari muka,
Maka kita tidak punya masa lagi,
Untuk terus tertawa..

Sahabatku, tawaku air mataku…
Andai satu hari nanti,
Aku terlupa,
Aku benar mengharap,
Antara orang yang akan mengingatkan aku,
Adalah kamu…
Dan,
Kiranya satu hari nanti engkau terleka,
Izinkan antara orang yang menegurmu adalah aku…

Sahabatku, rinduku dendamku…
Andai takdirnya aku pergi dahulu,
Aku mengharap,
Antara mereka yang sedih pemergianku,
Adalah kamu..
Antara mereka yang tersenyum teringatkan bicaraku,
Adalah kamu..
Antara mereka yang kirimkan aku bacaan sedekah,
Adalah kamu..
Itulah buktinya engkau jua merinduiku sebagaimana aku,


Kerana,
Andai ketentunNYA engkau lena dahulu,
Antara mereka yang terasa kehilangan sahabat sebaikmu,
Adalah aku..

Tuesday, May 27, 2008

P* bertukar P??!

Tuesday, May 27, 2008 0
Percayakah kamu kepada keajaiban?

Senyap!

Percaya tak?

Senyap! Tidak tahu untuk berkata apa. Ingin menjawab tidak, bimbang tersalah tafsir. Ingin menjawab ya, terkadang hati ingin menafikan.

P* ke P ????!

Ketika result lulus gagal keluar, satu subjek anatomi dan fisiologi untuk manusia saya mendapat P* yang bermaksud lulus bersyarat. P* ini juga menyebabkan hidup saya tidak keruan. Dan, saya mengukir diari hati saya dalam blog kerdil ini. Seharian juga saya menangis. Seharian juga saya kesedihan memandang ibu ayah saya. Bagaimana ingin beritahu mereka? Bagaimana juga harus saya pujuk hati yang kerap kali gagal dalam berusaha. Gagal lagi! Gagal juga!


Saya mengambil keputusan tidak memberitahu mereka. Biarlah. Biarlah menjadi rahsia dahulu. Tidak mahu melihat ibu saya risau. Sekalipun ayat yang bakal dia keluarkan lebih memujuk saya, tapi emak juga bukan ‘penipu’ yang baik. Sama seperti saya. Riak wajahnya lengakap memberitahu saya hatinya sedang berkata apa. Masih ingat saya ketika berada pada zaman kejatuhan asasi tanpa saya mampu untuk bangkit semula,

“tak tahu dah apa nak jadi ngan kimia ni. Dah putus asa rasa. Matematik lagi,”

Dan saya menangis tanpa tertahan. Ketika itu saya mencabut uban emak. Saya boleh menangis tanpa dia tahu, Cuma saya harus menjaga suara.

“Tak apa usaha lagi,”
“Tak reti nak usaha dah. Silap kot masuk asasi ni. Kalau gagal angah ingat nak ambil STPM la. Setahun rugi ni biarlah,”
“Jangan berhenti dulu, buat sampai habis. Kalau gagal juga, kita fikir cara lain masa tu,”

Terus saya menangis tanpa berselindung. (Sekarang pun air mata saya mengalir mengenangkan itu)

“Angah dah letih macam ni, bidang sains ni bukan jalan terbaik kot,”
Makin menggila saya menangis.

“Angah janganlah cakap macam tu. Kalau angah sedih, mak lagi sedih. Usaha dulu,”

Itu emak saya. Emak saya satunya di dunia. Alhamdulillah. Sem dua saya berazam lagi. Positifnya saya disitu. Mudah jatuh, mudah juga bangkit. Saya usaha juga. Tak kiralah kalau gagal lagi. Saya hanya ingin emak ayah saya gembira itu sahaja. Kalau di ikutkan, ini bukan pilihan hati saya pun. Saya cenderung ke bidang sastera. Tapi kalau ini pilihan emak ayah saya, saya akan mula mencipta cinta tidak kira apa sekalipun benda itu. Dan kini, saya boleh tersenyum melihatkan emak ayah saya tersenyum saat menghantar saya ke USM. Bidang kesihatan pilihannya. Ayah tidak mahukan saya ke bidang perubatan. Katanya perubatan tidak sesuai untuk saya. Saya yang hanya boleh tumpukan satu benda untuk satu masa. Tidak boleh dua.

Kata ayah lagi, wanita dunianya di rumah. Kalau mendapat pekerjaan terbaik, itu bonus. Ayah tahu kalau saya masuki bidang itu, barangkali saya hanya ada satu pilihan kelak, keluarga atau kerjaya. Sebagaimana dunia wanita adalah keluarganya, Saya akur. Dan saya mengerti buruk baik diri saya. Nasihat ayah nasihat yang terbaik! Saya akui itu.

Sampai sekarang saya akan bertanyakan itu ini untuk mendapat pedoman. Bimbang. Bimbang tersalah langkah, tersilap atur.

Berbalik pada P*. Setelah mengetahui kegagalan tiada sudah itu, setelah keluar berseorangan menenang perasaan. Akhirnya, mencuri masa berjoging. Lama tinggalkan tabiat baik ini. Bukan ketiadaan rehat, tapi nafsu malas menguasai segala. Tidak sampai 10 minit pun saya berlari, (sedangkan selama ini saya menamatkan jogging hampir 2km itu selama 17 minit sahaja), saya sudah hampir diserang asthma.

Ini mengejutkan saya! Sekalipun penyakit kronik ini selalu melawat, tapi bukan ketika saya berjogging! Bukan! Saya sangat terkejut. Makna apakah itu. Makin kronik yang pastinya. Kenapa jadi begini? Sekali lagi, seolah satu kegagalan lain datang bertandang. Dek kerana inhaler saya tidak bawa (memang sengaja tidak bawa, tapi sekarang kemana-mana saya perlu wajibkan diri membawa ‘buah hati’ ini), saya sekadar berjalan kosong. Basket ball yang selalu saya lantunkan sambil berlari, saya peluk erat. Sesekali saya tekan dada kerana saya terasa ingin muntah.


::teman setia ketika berjogging::

::buah hati tersayang! Ada dua lagi dalam simpanan::


Pernah satu ketika dulu, doktor membekalkan saya 3 inhaler dan disuruh letak di mana-mana saya selalu berada. (masa tu dah ada 3, tambah lagi 3 jadi 6. Doii~) Akhirnya, 5 expired! Sekarang lagi teruk, kalau sudah perlu ke hospital, steroid pula perlu diambil bersama segala jenis warna-warni ubat. Aduhai~ Pembaziran nyata! Dan masa ini saya di tingkatan 1..(saya akan postkan cerita ini bila lapang mengapa sampai 3 inhaler, cerita paling gila melanda saya ketika semuda itu!)

Dan tadi, penantian untuk full result keluar. Tiada nafsu untuk meneliti pun, tapi saya tetap memasukkan angka giliran. Nah!!!! Ajaibnya di situ. P* menyatakan lulus bersyarat bertukar hanya P bermakna lulus. Terkejut!! Allah masih membantu saya. Saya tidak tersangka keajaiban itu! Ingin menangis tapi rakan sebilik melihat bersama. Memang keajaiban yang membahagiakan sekalipun ada dua subjek tidak mencapai target sebenar. Tidak apalah, hanaya tergelincir sedikit dari landasan.

Allah amat mengerti kesedihan hati namun terus memilih menjaga hati emak ayah, Allah juga memahami bagaimana saya berjalan tanpa tujuan seorang itu dan Allah juga tetap mengetahui saat hati saya berkata itu ini, memujuk begitu begini!


Terima kasih Ya ALLAH untuk nikmatmu ini!!

Dan saya terfikir. Allah hanya bergurau meletakkan P* sebelum memberitahu yang lain. Tapi saya terus tergadah memilih terjatuh sementara. Pernahkah dia menutup pintu nikmat, saat saya berjaya dan melupakan DIA? Tidak pernah! Langsung tidak pernah…

T-I-D-A-K!!

Ampunkan daku. Insan lemah, hina, jahil, lupa lalai,leka…(infinity of negatives T-T)

Sekalipun sahabat yang lain, keputusannya jauh lebih baik. Tapi keajaiban ini menutup segalanya! Segala-galanya! Ini diri saya, ini keputusan saya, ini takdir saya dan ini usaha saya! Saya redha dan selalu belajar untuk redha!

25 MEI lepas. Hari lahir ayah saya yang ke-46! Semoga semalam, hari ini, esok dan selamanya ayah dilimpahi berkat, inayah dan dalam redhaNYA selalu! Amiin~

::ayah saya yang paling handsome!!::


p/s:elok dapat result, terus telefon emak. Seperti biasa, ucapan tahniah..(sekalipun result saya pernah ciput, tahniah tidak pernah lekang). Sempat saya demand hadiah dari ayah..hehehehe! ( external hardisc kah??hee~)

Saturday, May 24, 2008

::secebis::kisah::

Saturday, May 24, 2008 4
Semalam, seharian saya terkurung dalam bilik. Kawan sebilik pulang menandakan saharian jugalah saya bermonolog sendirian. Haih! Dan biasanya sebelum saya menulis, saya akan membaca dari satu link ke satu link, dari satu blog ke satu blog, dari yang ada dalam senarai hinggalah tiada. Seronok! Seronok melihat setiap satunya menulis. Saya kagum dengan tulisan umaralfateh, kerana kupasan agama yang mendalam dan ayat yang sentiasa meminta saya berfikir. Hasil garapan leokid, (jujurnya saya berdengki dengan manusia ini..hee~ maaf ya KID), tulisan Dr. Adz tentang jalan hidupnya walaupun saya terpaksa membuka kamus membaca sebahagian ayat. (Tinggi level tulisan). Tulisan sahabat-sahabat junior saya di sekolah. Dalam meniti kehidupan, saya mengerti betapa payahnya menghadapi kegagalan. Oleh itu, saya kerap juga bertandang walaupun terkadang sedikit hampa kerana ketiadaan post terbaru. Itu kata hati, kata akal lebih mengerti tentang kesibukan mereka. Syukran ya amnee dan annees..(ini gelaran saya yang terbaru untuk kamu)

::sepanjang petang saya berfikir::


Dan, petang semalam, ketika jam menghampiri 6, saya berbaring di atas katil. Hajatnya saya ingin berjoging, tapi hati saya seolah tidak ada perasaan ke arah itu. Saya merenung tingkap bilik saya, dan terpandanglah saya sebatang pokok itu. Mulanya saya sekadar pandang menikmati panorama alam. Sekadar merehatkan mata dan minda. Tapi, jarang benar otak saya terbiar kosong. Dan tidak lama saya teringat kata-kata sahabat saya yang saya teramat rindukannya. Namun entah di manalah dia…Kata-kata yang selalu dia berikan saat saya terjatuh sukar untuk bangun,

“….cuba tengok pokok-pokok di bukit, ingat senang nak membesar setinggi itu? Diorang kena usaha, berebut dan bertanding. Akhirnya, berdiri megah di situ. Tapi selalunya tidak lama. Sama ada manusia akan menumbangkannya, atau putaran alam tidak mengekalkannya di situ…”

Dan, pernah juga saya mengatakan kembali ayat itu saat dia terjatuh. Tapi, biasanya dia akan gelakkan saya. Atas sebab meniru ayatnya kerana bercakap dan melalui adalah tidak sama. Selalu saya geram dan marah.Hanya kerana nasihatnya selalu saya ambil dan terkesan di hati,tapi apabila saya yang menasihat? Saya bukan penasihat yang baik. Itu layaknya. Rindunya pada manusia ini.

Sepanjang saya tengok pokok itu, saya mula ingin menyangkal ayat yang saya pernah terima itu. Gambar pokok yang saya ambil seolah tidak perlu untuk berusaha pun. Tidak perlu bertanding, tidak perlu payah merebut sinaran mentari, tidak perlu itu dan tidak perlu ini. Dia diletakkan di situ, segala kemudahan diberikan. Ditatang bagai 'pokok emas'. Sekejap kemudian saya menidakkan semula fikiran saya. Siapa kata? Saya tidak di tempat pokok yang sebatang itu. Bagaimana saya boleh mentafsirkan dia? Haish. Betul. Sebagaimana mereka melihat saya tersenyum tidak bermasalah, berkasar seolah tidak berperasaan. Itu silap. Selagi kita tidak di tempat sesiapa, bukan keputusan yang bijak untuk mengatakan itu ini.

::senja yang tetap tenang, namun hati?::

::itu bangunan bilik sebelum ini. Saya merindukan kehidupan disitu::


Ketika malam mula mengakhirkan hari. Saya bangun untuk menutup jendela. (kalaulah tidak, dua kali ganda nyamuk akan singgah)! Saat itu, akal terus berkata, sehari sudah berlalu. Sehari yang sia-sia. Apa perlu saya jawab di hadapan tuhan kelak. Bukan untuk hari ini sahaja, hari semalam, semalam lagi, hari esok dan bakal esok? Tersenyap saya. Termenangis juga. Bila insaf bertandang, mudah juga mata mengalir. Tapi manusia begitulah. Insaf yang tidak lama. Hati, insaflah kamu selalu.

Bangun tadi, saya terasa ingin berjalan. (Biasanya kalau hati saya tidak tenteram, saya akan keluar berseorang. Dan keluar berseorang itu sudah jadi tabiat saya). Saya buka laptop (dan inilah rutin harian). Membaca emel, menjawab mana perlu, melihat mana mampu, dan saya akan bermain satu game selalunya lebih. aduhai.. Itulah tabiat yang saya tidak tahu buruk atau baik. Terkadang ianya menguji, terkadang juga melalaikan. Entahlah!

Sambil menunggu bas, sya selesaikan sudoku. Ada beberapa pasang mata memerhatikan saya. Saya sedar itu tapi biarlah. Itu mata mereka walaupun saya tidak suka diperhatikan begitu. Biarlah. Agak lama menunggu dan saya selalu bencikan itu. Apakan daya. Saya yang memerlukan bas, bukan dia perlukan saya. (Tapi, dalam masa yang sama dia juga perlukan penumpang. Jadi, saling memerlukan logiknya).

Sekarang, sambil menulis saya sedang menikmati sup. (program berdiet). Pedas yang amat! Hee~

Sepanjang jalan juga saya berfikir. Hati yang tidak tenang selalu mengakibatkan saya semakin terus berfikir. Kadang-kadang saya sendiri tidak pasti saya fikirkan apa dan apa pula keperluannya. Menjadi kemestian kalau saya menaiki bas (saya tidak berani dan tidak pernah berani untuk menaiki teksi), saya akan meneliti setiap satu benda yang saya jumpa. Dan sepanjang perjalanan tadi, dan entah berapa kali saya menarik nafas panjang, keletihan memikirkan ragam manusia. Seronok melihat muda mudi melangkah masuk ke dalam bas dengan fail-fail ditangan. Pasti ke tuisyen barangkali. Sayangnya, baju yang dipakai. Malu saya untuk menulis dengan jelas. Saya tidaklah baik, tapi saya belum mahu menjadi jahat sekalipun terkadang, bukan terkadang, selalu saya melakukannya. Belum lagi melihat rambut yang hijau, biru, merah warna pelangi.

Inilah yang dikatakan pemikirang kelas ketiga. Benda yang tidak betul, bila selalu dikatakan, akan menjadi betul. Lihat saja situasi saya ini. Kalaulah saya bangun menegur, saya salah atau adik-adik muda mudi ini yang silap? Tepuk dada, tanyalah masa. Masa sekarang. Mampukah saya? Sudahnya selemah imanlah yang saya pilih, menegur dan membenci di dalam hati. Sayangnya saya pada mereka, ini generasi saya. Kalau sudah rosak begini, mimpilah kalau saya ingin melihat generasi selepas saya nanti generasi islamik. Satu lagi yang menjengkelkan, elok turun dari bas, tudung disaut. Makna apakah ini? Dunia hari ini. Sedihnya. Salah siapa?

Ibubapa? guru-guru? Zaman? Pemimpin? Diri sendiri? H-I-B-U-R-A-N?

"Esok besar adik nak jadi apa sayang?"

"Adik nak jadi PENYANYI!!!"

Sampai juga saya di tengah bandar KB. Perkara pertama yang ingin saya selesaikan sudah selesai. Sayangnya kena ke sana lagi bulan depan. Tanpa tujuan, saya ke Pantai Timur. Tahu mengapa? Saya sangat suka ke tempat seperti ini. Sangat suka. Lihat gambar-gambar comel dibawah. Yang curi-curi saya ‘snap’. Hee~

::stokin kecil hijau cute!::


::pelbagai peralatan baby yang mengujakan!::


::sayangnya tak ada budak kecil kat rumah, kalau tak memang dah beli kasut ni::

Inilah tabiat saya. Saya sangat-sangat teruja melihat apa-apa berkenaan bayi, apatah lagi melihat mereka. Perkara yang paling utama saya buat kalau melihat bayi kecil, adalah tangan dan kaki mereka. Kecil! Dan saya akan meletakkan tangan saya bertentangan rapat dengan tangan mereka. Jauhnya beza. Dan selalu saya teruja menggila. Kecilnya tangan. Kaki pula tak ubah seperti buah anggur yang bulat dan kecil. Comel!!


“dulu dalam perut, sekarang dah keluar,”
Selamat Datang Ke Dunia Baru!!!!

Hampir sejam juga saya berpusing dari satu barang terus ke satu baju. Sesekali saya tersenyum mengenangkan pelbagai persoalan yang bermain di fikiran. Saya tahu mesti jurujual itu pelik, pertama kerana senyuman saya meleret, dan kedua mungkin mereka tertanya, takkanlah saya mengandung?? Hee~ Fikirlah apa yang hendak difikirkan. Dari tingkatan satu saya begitu. Itu antara pengubat jiwa gelisah saya. Maaf juga ya jurujual, kerana hanya menilik dan tidak membeli!! (sekarang pun saya sedang tersenyum). Inilah tempat yang selalu saya pergi bila tidak tenang. Tidak ada orang yang tahu, jadi sesiapa yang membaca..pssst!! Jaga rahsia ini ya! Haaaahahahaha =)


….setiap kali kamu jatuh, mulakanlah kembali….


Dan, antara sebab saya mencintai bayi, kerana hidup mereka baru bermula. Permulaan yang baik untuk pengakhiran yang baik. Bila saya berpeluang mencium mereka, selalu saya bisikkan.. “terus membesar dan jadi orang baik-baik ya! Ingat pesan kakak ni” Hee~ Ini satu lagi rahsia yang tiada orang tahu. Jaga juga ya! Dan selalu, bila saya kegagalan, saya akan mengingati bayi-bayi ini dan berazam saya perlu mulakan semula.

Bukanlah satu kesalahan sekiranya kamu terjatuh, tapi kesilapan besar andai kamu tidak bangun semula~

Saya kemudiannya turun dan seperti biasa membeli milooooo! Hee~ kegemaran saya dari dulu. Pernah emak ceritakan bagaimana geramnya dia ketika zaman kecil saya yang suka curi-curi meratah milo. Bukan itu yang emak marah, tapi dek kerana saya membasahkan jari dengan air liur dan mencelupkan jari itu kedalam tin milo. Berulang kali, ala-ala chupachup gitu. Hee! Pengotor. Sampailah satu hari, emak letakkan saya dengan setin milo dan suruh saya habiskan. Gembira bukan kepalang, tapi lama-lama? Muak juga. Sampai saya tertidur di sisi tin milo tu. Kata emak lagi, dua tiga bulan juga saya fobia dengan milo. Kini tidak lagi! Bahkan ketagih pula. Haish!

::milo dan susu baru beli. Program diet berjalan semula. Hee~::


Saya beli milo keluaran baru yang special untuk program diet terbaru. Sekarang saya perlu lebih menjaga kesihatan. Kedua nenek dan atuk saya, belah ayah dan emak, keduanya menghidap barah. Perginya mereka juga kerana penyakit itu.

::ingredients dititikberatkan. Hee~::


Ketika saya nak membeli anggur, tersenyap sekejap. Saya tidak reti membeli buah. Saat begini, ayah amat diperlukan. Bila menemani ayah, banyak dia berceloteh. Salah satunya kalau membeli buah dan bagaimana untuk memilih yang terbaik, manis, masak dan ada umph! Benarlah, jauh berjalan luas pengalaman. Dan juga benarlah, orang tua lebih dulu makan garam, kerana..

…belajar melalui pengalaman, ibarat melukis tanpa pemadam…


Dan bagaimana mendapatkannya. Pastinya dari mereka yang pernah melalui. Rindu ayah! Saya pula cerewet. Ketika sibuk memilih anggur, mata saya tidak berhenti menilik satu-satu. Ada yang buruk, saya letakkan. Berkulat, saya letak, berair saya letak. Akhirnya tidak tahu ingin ambil yang mana. Terasa ingin menangis kerana lama disitu dan ketandusan cara untuk memilih. Dan saya cuba kembali berfikir secara waras..

….dalam banyak-banyak manusia baik, akan ada juga yang jahat. Begitulah sebaliknya. Macam anggur juga, dalam-dalam banyak yang sihat, cantik dan menarik, pasti ada satu dua yang buruk…

Dan saya mengambil satu daripadanya. Yang saya rasakan terbaik. Kalau ingin terlalu sempurna, sampai sudah kepingin saya untuk makan.

::inilah anggur pilihan saya akhirnya::


Tapi, memang sah saya tidak reti. Memang tak sedap. Sadis sangat! T-T

Baru saya sedar, kebanyakan barangan bayi TADI, saya banyak menyentuh yang hijau. Dan saya perhatikan meja saya ketika pulang. Ya! Hati saya memang gilakan hijau. Lihat saja antara barangan hijau saya. Itu baru sedikit. Haih! Tidak pelik kalau Tiqah menggelarkan saya, ‘bawang hijau’.

::aksesori hijaaaaaau masyuk!hee~::


p/s:hijau itu aman, indah, damai dan tenang. Tak silap saya mencintainya bukan?

Friday, May 23, 2008

::today's talking::

Friday, May 23, 2008 3
::a ‘momento’ day::


Hee~ Wassup huh?? Again, hee~ Owya..today, I was the research assistant, (but, Dr. Asim said that not really R.A, if that, we’ll paid a little bit higher -_-” .
Whatever, as long as helping, it’s still ‘assistant’. Haaa! =)

A MOMENTO day! Haih, again those stupid2 mosquitoes keep on biting me the night before. Isk..isk! Sakit plus tension, then as usual that ‘sedutan’! Haish. I am wondering for myself, until when? I don’t even like to show off this sickness‘es’, but since I gotta blog, means I have another diary! (Before and before this, I do write all of my day especially the sad one), and now goes to the same way but a little bit modern, hee~ Here you go!! Blogging!

…the best relief ever when writing what inside’s talking, huh!.. .

Today’s story!

At around 0820 we arrived at primary Zainab’s School! Know what, the colorful school I’ve never see. Very impressed for the first, second and third sight. No wonder their students are smart and can answer all of our tests seriously shocked us. Just see at my pictures that I took when I’d to be the ‘tukang jaga’. Hee~ That one is the only one‘s’, there are still many that I didn’t have enough time to have a look..aduhai!

Iklan..jap lagi nasyidfm.net bacakan ucapan and lagu..hee~ seronok! (syukran DJ faizal, ada harapan jadi DJ nih…hee~)

"...matahari terbenam lebih cantik dari matahari terbit, tetapi bermulanya satu hari adalah lebih baik dari berakhirnya hari itu..."

::Tak accurate pun, ada ke saya 138 cm, tu kurang 10 cmlaa. Taulah pendek!hee::

:: here I’ve made conversation and checking student list, haih..i’ve never can do two works at the same time::

::see the beautiful of knowledge::



The best thing was when Prof. Dr. Zalina send an sms,

“…congrates! VC was very impressed with all of you! We will meet next week to discuss..Prof. Dr. Zalina..”

Happy! Berbaloi! We went out for lunch then. But, as I’m on diet so I went to POPULAR and bought these books for Jun.

::A BOOK FOR AN OCEAN OF KNOWLEDGE!::

Thursday, May 22, 2008

Tajwid Alquran

Thursday, May 22, 2008 0
Link

::satu cerita::

Banyak sangat ingin saya bicarakan, namun hati makin tidak tenang. Mungkinkah kerana result yang telah dan bakal keluar. Hai hati, bertenanglah kamu. Dan bila hati begini, mudahlah saya menjadi ‘bukan’ saya.

…Seandainya, dunia tiada warna, tetapkan kukagumi.

Inilah lagu yang selalu menghiburkan saya. Selalu dan sentiasa.

::Kata ayah, muka saya tidaklah cantik, tapi bertambah hodoh bila sakit. Ditambah bila bermasalah begini..haish!::



Hahaha..ayah juga kata, muka saya pada pandangan mata dialah, hanya manis bila tersenyum. Seingat saya dia mengatakan itu, ketika saya tingkatan 2. Hee~ Dia berbicara dengan emak di dalam kereta, dia tidak sedar masa itu saya telah tersedar. (Bila memulakan perjalanan, mata saya akan kuyu serta-merta =P)

Ajaibnya, sampai sekarang saya suka tersenyum..(apakah ingin kelihatan comel? hahaha~) Lihat saja pada gambar itu, saya sendiri yang mengambil, dan memang muka saya muka yang tidak boleh menipu. Itu kata kawan-kawan saya, dan saya tidak pernah menafikannya.

Senyuman yang paling manis, adalah senyuman ketika ditimpa musibah. Saya sendiri tidaklah termampu. Apa saja situasi ekstrem pada saya, ulang, ekstrem PADA saya..saya lebih suka menangis. Sekalipun itu kelihatan lemah, tapi air mata itu kekuatan saya. Dan kemudiannya saya akan memilih tidur. Sebenarnya dengan harapan, apabila bangun segalanya akan berubah seperti sedia kala. Dan, tabiat itu benar-benar mengekori hingga ke hari ini. Bezanya, saya sedar keadaan tetap tidak akan berubah, bangun atau tidur, sebelum atau selepasnya..

…namun kasihMU menyedarkan, aku tak pernah sendirian.

Dan, saya akan terus memilih untuk bertatih di jalan yang paling selamat. Paling selamat. Paling…….selamat……T-T


::saya selalu sukakan warna ini. Selalu dan sentiasa::


Cantikkan daun sebesar hampir satu tapak tangan saya. (Sebenarnya tapak tangan saya tidak besar pun. Kata ayah, “tangan angah kecik, badan besar,”. Dan saat-saat itu saya mula bertekad akan berdiet. Tapi tak pernah berjaya pun =P). Daun itu saya terjumpa di perkarangan taman asrama blok B, bilik dua orang yang mengantukkan sekarang. Hee~ Bile duduk sikit, selesanya untuk belajar (sebenarnya saya lebih suka lepak di perpustakaan walaupun hawanya bak di London. Iya ke?). Tapi bila tidak belajar, beginilah jadinya.Saya paling takut bila keseorangan ketika gembira. Kerana saya gembira itu pasti tidak lama. Namun, tabiat saya, ketika tidak selesa, atau menghampiri tidak selesa, atau bakal tidak selesa, atau bakal, akan, telah, mungkin membuatkan orang lain tidak selesa, saya sangat SELESA keseorangan. Sekalipun, berjalan di tengah bandar. Dan, selalunya saya begitu. Menikmati hari-hari saya rasakan istimewa, saya juga suka keseorangan. Pelik bukan.

“…apabila takutkan keseorangan, ingatlah kamu bermula dengan bersendirian. Dan kamu menangis. Kemudian kamu mula berteman..bergembira dan ketawa sehingga akhirnya terlupa. Pergimu juakan bersendirian..”

Berbalik kepada daun itu, sedang saya asyik berborak dengan ayah saya tentang multiple intelligence..(dan esok bermulalah saya menjadi pembantu penyeidikan prof saya. Sayangnya, kerana saya mudah mengambil hati budak-budak sebagaimana hati saya memang mencintai mereka, terutamanya 3 bulan keatas, saya ditugaskan untuk menjaga, tidak menguji. Tidak apalah, saya yakin apabila saya menerima dengan tenang, yang terbaik pasti menunggu. Kerana zaman dulunya, apabila saya tidak mahu, maka tidak mahu! Saya sudah besar, sudah 21 tahun pun. Perlukah bertindak seperti zaman itu lagi?). Haish, terpesong lagi! Daun itu! Ya daun itu, sedang saya asyik berbual, terberhenti seketika. Daun itu cantik, bertambah cantik dengan embun setitis di atasnya. Pantas saya mengambil wajahnya. Saya gilakan apa sahaja berwarna hijau, tapi daun itu menyebabkan saya terkenangkan sesuatu yang saya tidak pasti..saya lupa apa namanya, mata pelajaran psikologi yang entah kemana tercampak bukunya. Aduhai..~

“…setitis embun selalunya akan hilang ketika terik, namun hadirnya tetap menjadi penyumbang pada seri alam. Dan begitulah kamu, sekalipun tiada siapa-siapa peduli, kamu tetap penyumbang pada keunikan pentas, persinggahan dunia…”

Hari ini baru saya sampai. Pagi tadi pada pukul 6.30 pagi, sampai juga ke bandak Kubang Kerian ini. Sepanjang 7 tahun, setiap pagi bagaikan sudah biasa menjejaki kaki ke stesyen bas. Semuanya di Kelantan, bezanya tempat, Dulunya Pasir Puteh, SMU (A) Saniah,, kemudiannya Kota Bharu, SMU (A) Maahad Muhammadi, dan kini, Kubang Kerian, USM. Benar-benar rakyat Kelantan!

Itu bukan point utama sebenarnya. Suasana di dalam bas yang memang sejuk menggila, dengan keadaan dua tingkat dan saya berada diatasnya, dengan kelajuan yang cukup mengecutkan hati, bimbang berlaku perkara yang tidak terduga (sejak-sejak kelemasan beberapa bulan yang lepas, saya mula menghargai kehidupan. Hikmahnya di situ, dan saya mula mengerti mati itu tidak senang. Langsung tidak!). Juga ketakutan kerana semua penumpang turun di KB. Tinggallah saya bersendirian di dalam bas sebesar itu ke Kubang Kerian. Memegang title seorang gadis lagilah menambah ketakutan, namun saya tetap saya, manusia yang selalu mengambil risiko. Dan sepanjang perjalanan, terngiang kata-kata ayah,

“…hidup macam bintang, dan kita macam bintang. Tiada satu manusia pun yang perasankan bintang yang malap, dan itulah kita…”

Dunia hari ini yang makin tidak selamat. Masih terkejut dengan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kaki dan tangan sudah membuktikan di tahap mana keselamatan tempat ini. Dan selamat itu, jika ALLAH mengkehendaki selamat, maka di dalam gaung berapi sekalipun, pasti selamat. PASTI! Maka, bagaimana harus difikirkan lagi?

Ketika, melalui jalan keluar dari bengkel bas Transnasional itu, melihatkan bas tersusun rapi. Dan ada sesetengahnya sudah memulakan operasi, udara pagi telah tercemar, saat itu juga saya terfikir, kasihan paru-paru lemah saya, kasihan paru-paru mereka yang lain juga. Dan hasilnya, dua sedutan terpaksa diambil. Aduhai, makin kritikal jadinya akhir-akhir ini. Dan saya terfikir lagi, rindunya saya pada udara ketika kecil dahulu. Rindunya saya pada zaman kanak-kanak. Rindunya saya pada zaman yang tidak perlu berfikir masalah begitu begini. Rindunya saya pada segalanya. Namun pada masa itu saya sering berkata, “…tak sabarnya nak besar!”

Menangis lagi! Memang hati yang tidak keruan. Saya sebenarnya takut memikirkan, bagaimana kalau kakak saya berkahwin. Saya juga gelisah bila melihatkan adik saya semakin tinggi. Saya bertambah risau bila mendengar ayah saya batuk dan saya tidak boleh menipu untuk tidak bimbang bila emak mengadu penat. Kerana semua itu bermakna saya semakin membesar. Itu bermaksud saya semakin jauh dengan zaman kecil comel itu. Itu juga bererti saya sangat takut menghadapi kehilangan. Saya takut memikirkannya. Saya takut. Jujur saya ngeri. Kerana itu, apabila membesar, sejak akhir-akhir ini khususnya, saya ingin selalu berada di rumah. Walaupun emak selalu merungut saya bangun lewat, saya tetap ingin melihatnya. Kerana saya, kita tidak pernah tahu keadaan esok. Saya atau dia yang dijemput dulu. Selalu emak dan ayah bertanyakan itu ini, berbagai kemudahan dia hulurkan. Namun, saya tetap gagal. Itu barangkali menyebabkan hati saya makin gila sekarang. Aduhai…

Dan cuti yang baru lepas ini, saya pulang kerana kakk juga pulang. Saya merancangkan perkara yang tidak pernah saya atau kakak atau adik lakukan. Kalaupun kami buat, tidaklah sebesar ini. Kata adik, saya ialah ‘mastermind’ plan menyambut hari lahir mak dan ayah serentak. Kerana cuti kakak dan saya berlainan. Berkebetulan hari lahir ayah sama pada bulan hari ibu. Hari lahir emak pula, bulan depannya bersamaan hari bapa. Satu kebetulan yang membawa kemujuran. Ayah dan emak sebaya Cuma ayah tua beberapa hari. Jadi untuk menghias kek juga mudah. (Saya yang menghabiskan hampir separuh. Hee~)

Perkara yang paling menyusahkan ingin membeli hadia sama harga ayah dan emak. Ayah mudahlah juga (selalunya paling payah kerana ayah cerewet, dan begitu saya). Tapi, adik ada memberitahu ayah asyik menyentuh baju batik ketika bla..blaa.. saya tidak tahu kerana saya tidak disitu. Kami membawa baju batik kesukaan ayah untuk mengelakkan tersilap saiz. Dan saya yang cerewet ini memerhati satu persatu. Daru cara jahitan hinggalah coraknya. Hahaha..dan emak pula yang bermasalah. Benarlah kalau ibu itu lebih menghargai. Seingat saya, apa sahaja yang saya beri, hatta saya memasak kuih yang menjadi keras, dia tetap memuji dan menghargai. Teringat ketika saya memasak kuih ‘cek mek’ yang tidak sedap. Ayah bising marahkan pembaziran, akhirnya emak makan sampai habis dan berulangkali menyatakan sedap cuma berlaku kesilapan. Saya pula mengamuk kerana marahkan ketidaksedapan itu, ditambah dengan bebelan ayah. Saya tahu ayah bukan marah sangat tapi itulah ayah saya. Malam itu, emak sakit perut. Dek kerana ubi itu. Sampai hari ini, saya ‘avoid’ untuk mengingatinya dan apa-apa yang menyedihkan, kerana saya akan menangis.

Menangis lagi. Emaklah ibu terbaik!

Akhirnya kami belikan handbag, sama harga dengan baju ayah. Tidak terkurang atau terlebih. Simbolik kasih kami pada mereka sama. Tidak ada beza pada keduanya. Rindu untuk pulang lagi!


::saya yang cerewet::

::inilah baju ayah. Inilah citarasanya::

::adik sibuk sms. Padan muka, handsetnya bakal dirampas along. Nak dekat PMR tapi sibuk dengan sms. Padan muka!::


::mastermind cek handbag pula. Memang seksa, kerana citarasa emak dan saya memang kontra::

::pembantu, along!::

::penyibuk! Hee~::

::akhirnya, setelah pusing berkali-kali::


Dan, hari ini saya sudah di USM semula. Rindu saat-saat ayah tersenyum melihatkan baju itu. Gembira mengingatkan emak tertawa terkejut..(plan sambut malam musnah, kerana mak terbangun saat kami berhati-hati masuk kerumah. Mujur dia tidak perasankan selebihnya). Kek? Tak dapat diambil ketika sambutan, tiada seorang antara kami memakai tudung. Jadi gambar dalam kamera saya tidak savekan..hee~

Tadi sibuk menyiapkan untuk tugasa esok. Dalam kesibukan itu, sempat saya menggunting kertas hingga terjadilah satu cerita dalam lukisan buruk ini. Perhatikan jalan ceritanya..(kalau nampak)..ada minus infinity di situ. Apa ya??


p/s: sekarangpun masih tidak tidur lagi. Bagaimanalah esok untuk bangun. Azah dan fifah keduanya mula-mula tidak berjaya memahami sequence cerita itu. Anda? Hahahah. Pengaruh BRAINetwork Prof sayalah ni..hee~

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates Blogger Styles