Monday, February 14, 2011

Antara Tempat Mencari Jodoh

Thanks to Fatin Sakura untuk karakter kartun ini! Sweet gila walaupun gambar ini aku terlebih putih dan .. Atin, forever I hodoh bila berkaca mata anyway. :P




Euwww. Tajuk nak kontroversi. Tapi sungguh! Dulu aku selalu cakap sweet sungguh keadaan begini kalau berlaku. Tapi bila kena betul betul atas batang hidung aku, memang bukan takat sweet lah. Kelat pekat pahit dah muka aku. Tak tahu macam mana nak act.

Sebagai contoh, aku dapat patient sungguh hyperactive. Bila aku cakap hyperactive, ini bermaksud memang active yang diluar kawalan aku. Bila aku cakap diluar kawalan aku, memang tak cukup tangan kaki otak lah.

Tapi lebih mengkelakarkan okay tak kelakar sebenarnya, lebih rasa oh Huda you're no longer cute and sweet okay bila kena buat macam ni. Sila bayangkan kau tak boleh handle yang lari sana lari sini. Klinik audio ni jenis berwayar sungguh sensitif. Bila patient berlari kau hanya fikir dua benda, patient tersadung dan instruments rosak. 

Tolonglah faham kalau satu instrument rosak, satu klinik boleh berkabung!

Patient lari adalah masalah pertama. Patient yang datang bersama mama yang cantik dan abang yang HANDSOME adalah masalah kedua. Masalah di mana kau tidak boleh lagi nampak sungguh cute lagi sweet lagi sopan santun lagi lemah lembut.

Masalah bila tiba tiba kau tak boleh buat apa maka hanya satu yang terfikir..

"Nana suka lagu apa?!"

Bukan nama sebenar dan tanda seru tu memang menandakan suara aku agak tinggi sebab kan dah kata hilang kawalan.

"Tepuk amai amai,"
"Okay Nana. Jom, kakak nak nyanyi ni! Tepuk amai amai belalang kupu kupu. Tepuk Nana pandai nanti malam mama upah susu. Susu lemak manis santan kelapa muda. Nana jangan nangis, mama buat kerja,"

Sila bayang aku berdiri bersama patient, bertepuk amai amai dengan gaya muka sungguh cute dan DI DEPAN ABANG BELIAU YANG KACAK?

Ergh! Sampai sudah aku tak dapat jodoh kalau orang tengok aku dalam situasi ini. Pheww.

***

Tu satu hal. Ini satu hal. Pesakit membawa anak lelaki berlesung pipit bersama ke dalam klinik. Setelah buat segala macam assesments dan management, tibalah saat pesakit pulang ke rumah.

Oh sempat lagi si ayah datang dekat.

"Dah kerja ke ni?"
"Taklah. Belajar lagi,"
"Lama lagi?"
"Insyallah tahun akhir,"
"Ada kekasih dah?"

Perkataan kekasih sungguh tak boleh blah. Like euww uncle why eh so skema? Namun, aku bukan tersenyum manis sebagaimana aku selalu cakap kan sweet kalau benda macam ni jadi.

Tak.
Tak.
Tak.

Senyum sambil fikir; nak cakap dah ada anak dua ke? Nak cakap dah kahwin ke? Nak cakap, akan kahwin ke? Nak cakap apa?

"Belajar tak habis lagi pak cik,"

Dalam senyum kelat.

"Lambatlah nak tungguh habis belajar gak,"

Ewah ewah ewah. Tak apa pakcik, saya dah suka terlalu ramaiiiiii orang lain. Hee.

Somewhere from Google





p/s: So, I would say antara tempat mencari jodoh adalah KLINIKKKKKKK! Teeetttt!
p/s/s: Far beyond lega when my I-always-stalk-and-admire mentioned he's still single. HAHAHHA. Euwww Gila! Eh, suka hati I lah blog I, hati I. :P

6 comments:

Unknown said...

awwww~
nak ikot korang g klinik lah gini! :P

INFINITY said...

Hahahahha. Boleh aja. :P

Unknown said...

yeay!
harus bli baju baru sebab nak ikot kak hud g klinik. *padahal saje cari alasan nak shopping* :P

INFINITY said...

Ecececeh. Dan dan tu lah kannnnn. :PP

Aimi said...

Single walo dah berklinik ratus2 hours sbb;

1. tertanya soklan kurang cerdik kat pt sbb gelabah ade caretaker/saudara HANDSOME perhati kite. kalih2, dia dok men henset. tak pandang kiter pon....tsk!

2. menyanyi lagu kanak2 dgn sweet moga2 jatuh cinta. skali bila tarik suara, kluar suara nyah! Malu mak tau~

3. Main dgn pt je. Pastu kena marah dgn supervisor sbb tak take turn dgn caretaker/abang pt HANDSOME bila main. Hah! terbongkar cover ayu muka plastik bl gelabah main dgn abg HANDSOME. Tercampak bola/toys kat salah tempat....hamboi, terus parkinson tetibe!

DEM!!!

INFINITY said...

Aimi: Nasib kita sama. Hahahaha.