Monday, October 17, 2011

Fobia

Aku claustrophobic. Takut tempat sempit.
Aku acrophobia. Takut tempat tinggi.

So bila campur dua tu, aku sangat anti dan fobia dengan lif. Aku rela naik tangga kalau tak lebih 5 tingkat. Lagilah aku lupakan lif, bila aku dapat balance disorder. But then, kaki aku pulak putus ligamen. Nak tak nak, naik lif.

Dari situ aku mula berani sikit sikit despite the muntah and nausea lepas naik lif. Tu belum lagi aku akan pejam mata atau tunduk try to shift my mind away. Try to get rid the feeling that I'm in the elevator. I hate that. But since dapat balance problem, dia macam terapi bila aku perlahan lahan belajar adapt dengan lif.

Dan sejak sejak aku kena buat MRI, aku boleh ease a bitlah claustrophobia ni. Sebab nak jaga air muka dengan doktor oh come one takkan mula legend aku ni takut dengan tempat sempit?

The moment they pushed me in, aku cuba fikir benda lain sebab sumpah aku terus rasa tak boleh bernafas, so aku cuba cakap dengan sendiri. Sometimes aku humming for the sake of the test results. Ada satu moment tu aku paksa tidur, tapi MRI tu bunyi kalau merdu tak apa gak.

Aku takut macam orang gila sorang sorang dalam tu, and ada masa masa aku termenangis. Pastu cakap sorang sorang, pastu humming perlahan lahan melodi lagu lagu aku suka.

Sampai satu tahap, aku dah tak boleh bertahan, then aku nak push the emergency button the placed in my hand but then tadaaaa, satu doktor masuk.

"Okay tak?"

Angguk. Cis, dan lagi kau nak jaga air muka kau?

"Dah siap eh?"
"Belum. Sepuluh minit lagi,"

Whattttt!

"Saya nak masukkan ubat,"

Aku hulur tangan.

"Kenapa?"
"Nak masukkan contrast lagi sikit,"

Menatang apa pun aku tak tau. Tapi angguk jela.

"Okay baringlah. Sekejap lagi,"

Sekali lagi nafas aku tak berapa nak menentu. Try to hum another song pujuk mata jangan mengada nak berair-airlah.

---

Sekarang aku okay sikit dengan claustrophobia and acrophobia. Well maybe I used to hum or manage how to deal with those phobias. 

Tapi baru baru ni, aku dapat satu benda tak best dengan lif like stupid lif! Aku masuk sorang sorang, so macam biasa aku akan berdiri dekat satu corner dan tunduk dan start to hum sesekali angkat kepala sambil perhati nombor dalam tu menandakan tingat berapa lif naik turun.

Aku nak ketingkat 6, so lif naik ke atas. But this time aku boleh rasa dia naik tu extra laju dan tiba tiba dia bergegar dan berhenti kat tingkat 5, turun dengan cepat sambil berbunyi "Going down,"

Kalau kau tengok muka aku, mesti kau tengok mayat. Aku dah nak termuntah ketakutan. So aku tekan je tingkat lima dengan harapan lif terbuka, tapi vroooommm dia naik laju dan bergegar, "Going down," dan turun dengan laju.

Berhenti.

Aku pandang segala benda yang mungkin boleh selamatkan aku. Tak ada.

Elok aku nak tekan loceng kecemasan. Lif terbuka perlahan. Aku berdoa dengan harapan dia tak terbuka antara bangunan. Syukurrrrr.

Aku keluar dengan terus bersandar dekat tepi cuba  stabilkan diri.

"Okay tak ni?"

Terkejut aku bila ada orang tegur aku. Aku pakai white coat so diorang mesti ingat aku staff situ.

"Yeah,"
"What's wrong?"
"Nothing,"

Lelaki yang tegur aku senyum dan mula melangkah masuk lif aku naik tadi.

"Err.. I think it's better for you to use that one,"
"Why?"
"Errmmm. It's not working. No no.. it's working, it just.. it's better you use that one,"
"Okay. Are you sure you're okay?"
"Yes. I'm fine. Thanks for asking,"

Dia macam resist nak naik tapi aku senyum and angguk to reassure. 

Thank to the elevator. Now, my phobias come back. Thank you.







---

Lepas aku tengok cerita medik bersiri House and Grey's Anatomy, baru aku tahu doktor boleh tengok kita dalam MRI tu. Cop cop cop! So adakah doktor nampak aku menagis dan dengar aku humming as well?

Oh, damn~

2 comments:

LynN LoLa~~ said...

aah laa dear. dr leh nampak law tak silap saye. hihi. get well soon ok!

INFINITY said...

Hahhahaa. Tu la. Macam malu bila teringat balik. -.-"