Thursday, October 13, 2011

From Other Than Us

This is a true story from my dad about an honest Chinese's prospective.

Okay tu je bahasa omputeh, the rest bahasa malaysia. Cop, the rest tu bahasa apa?
Shadap yu.

Bapak guwe melawat kawan bapak guwe a.k.a bapak my ex-monkey's love. Not that I was a monkey, oh please ini bukan kisah teori evolusi manusia dari monyet hokay. Itu hanyalah pepatah melayu yang di alih bahasa kepada cinta monyet like oh come on, binatang lain pun bercinta juga kenapa kau pilih monyet?

Shadap yu. Again.
Now blaming on Yu The Fish.

***

Ayah saya sedang menikmati sepotong setongkol jagung ketika melawat kawan dia di hospital. Sedang beliau menikmati setongkol jagung, ada seorang lelaki cina berpakaian segak duduk di sebelah beliau tapi saya tak pasti beliau menikmati setongkol jagung atau tidak. Tak tertanya.

Suasana ketika itu hanyalah senyap kerana ayah saya makan cepat cepat kerana dia perlu pulang ke pejabat dan masa sudah menghampiri jam dua. Bukan bermakna ayah saya pakai dua jam. Ia memberitahu hoiiiii balik pejabatlah dah pukul dua petang baii!

Tiba-tiba lelaki cina segak itu memandang ayah saya.

"Ekonomi makin teruk sekarang,"

Aik? Ayah saya hanya mendengar dan memakan jagung tanpa menyampuk tapi cuba menjadi a good listener. Okay, sebab cerita ini tak ada saya dan setiap dialog dalam blog ini ada color-coded; my dialog will be green and others will be red but since I didn't do the talking, the green will goes to my daddy.

"Tak semestinya negara okay kalau kerajaan tukar pimpinan. Kalau tak tukar, pun sama juga. Kalau tak tukar, rasuah masih sama, rakyat susah. Kalau tukar, pun banyak susah. Kerajaan baru nak bayar hutang, rakyat susah. Menteri semua duit banyak boeh lari. Duit diorang bukan sini punya bank, luar negara,"

Bapa saya diam lagi sambil senyum mendengar sambil terfikir aik, kau economist ke apa nih? Okay, this isn't political issues or whatsoever eh. This is just a conversation that I found interesting. Hokay? Don't get me wrong.

"Dulu masa saya kerja bank dekat Kelantan bla bla bla,"

Wow! Ada perkataan Kelantan di situ. Actually aku cuba recall cerita part ni berkisarkan apa sebab aku ingat Kelantan, hujan, meniaga atas sampan, bank dia tinggi so tak banjir macam tu. Aku tak boleh nak rearranged the puzzles part neh. So, ampuuun.

Dan bapak aku berkata di dalam hati, padan cakap pasal politik ekonomi segala, orang bank rupanya. Tapi lelaki cina ni terus bercerita despite my dad's only nod his head and cakap sikit sikit je sebab dia kejar masa (which is very rare sebab bapak saya banyak mulut macam sayalah).

Satu je mulut tapi banyak cakap ahhh shadap yu orang fahamlah!

"Saya pun a manya pelik kenapa takut sangat itu hukum hudud,"

Perghh!

"Orang salah saja takut dengan hukum hudud maaa. Lagipun orang bukan islam mahu takut apa? Hukum itu bukan untuk diorang. Lagipun saya percaya ramai sokong,"

WOW!

Tapi bapa saya kena balik office dan terpaksa resist dari berbual panjang. Siapa tak rasa nak berbual panjang lelaki bercakap seperti cina dengan dialek cina bercakap perihal ini?

"Saya kena balik pejabat. Jumpa lagi,"

Bapa saya senyum.

"Tanya satu soalan boleh? You polis ka?"

Bapa saya gelak besar.

"Kalau you mau tangkap, habislah Rashid,"

Errrr. Siapa Rashid? Tapi bapa saya tak tanyalah kan.

"Tak lah. Bukan polislah. Saya jalan dulu ye?"
"Okay. Assalamualaikum,"







Cop. Cop. Cop! Dia bagi salam? Ke nama dia yang Rashid? Dia guna third person bahasakan diri, like me?
Hmmmm, muallaf rupanya.

Muslim ada rasa nak malu sikit sikit tak?

No comments: