Wednesday, December 28, 2011

Imaginasi

Common sangat budak-budak kecil ada imaginasi. Eh, budak budak besar pun ada cuma macam terhad. Aku lain. Imaginasi aku over, sebab tu aku paranoid pada banyak benda dan perkara. Sebab tu aku selalu dapat mimpi, peluh merenek atas dahi. Sebab tu walaupun usia aku dah nak membongkok tua, imaginary friends aku masih setia. Sebab tu  tengah tengah aku kena lecture, boleh kena tegur heh, Huda dah sampai mana? Sebab tu kalau aku buat kerja, aku suka kerja yang fokus, sebab aku boleh fikir macam-macam di pertengahan jalan.

Ye.

Cerita tak berapa nak manfaat perihal imaginasi.

Masa aku kecik kecik dulu, area lapan, sembilan tahun, aku kenal satu hidupan. Spora. Aku tak tahu mana aku dapat tahu perihal spora atau macam mana rupa bentuknya. Yang aku tahu, spora adalah berbahaya. Yang macam haaaa kau hidu dia, matilah kauuuuu!

Macam tulah.

Then satu hari aku nampaklah bintik-biktik putih pada tali buaian adik aku and immediately aku tahu itu spora. Satu hari mak aku basuhlah tali tu.

"Mana tali tu?"
"Mak basuh,"
"Mak basuh?"

Senyap. Masuk bilik terus duduk berdoa (ek enen naif ohhh), sambil berair-air mata. Takut gila oh. Terasa macam spora tu akan makan segala organ mak aku. Asal teringat, nangis. Kalau mak batuk sikit, terus over-concerned takut takut keluar darah ke apa.

Aku tak tahu kalau ini termasuk dalam cerita imaginasi (aku rasa iya).

Kenapa imaginasi masa budak-budak sungguh naif, tapi bertukar seratoslapanpuloh dorjah bila besar?











Aku nak olah tapi aku malas. 
Babai.

3 comments:

Nadiah said...

Budak2 yg banyak imaginasi bila besar cenderung menjadi kreatif insha Allah. Macam khud (ecewahhh!)

Gila skema ayat buku eheh. Tapi cenggitulah yang penah didengar.

:.Yus.: said...

sama cam akak.suka sangat berimaginasi ntah pape.

pastu takut sorg2..huhu ntah pape ntah

INFINITY said...

Nadiah: Kreatifnya aiiii~ Hhahahahhaa. Contoh adik bongsu Nad, tu memang contoh terbaik! :D

Kak Yus: Hahhaha. Samalah kita. Paranoid. :P