Monday, April 23, 2012

Duniaku Sendiri (Yang Cute)

Tarik nafas. Turun nafas. Tarik nafas. 

Phewww~

Aku tak tau aku kuat berangan, atau aku hanya suka perhatikan. Sambil jalan, kalau aku dah start menyanyi kecil, aku boleh tenggelam dalam dunia aku sendiri tak perasan orang.

Buruk.

Kalau aku leka perhati satu benda, hatta deretan semut, aku tak ingat dah alam sekeliling.

Buruk.

Dan aku rasa tabiat aku ni makin melampau lampau jadinya sekarang. Jadi penyakit pun ada. Sekarang nurses pun dah kenal tabiat aku yang satu nih. Oh, sape yang tak kenal aku mesti rasa aku pelik. Dan siapa yang kenal aku, akan berganda-gandalah rasa aku pelik.

Ya. Saya suka gila budak budak yang boleh buat saya senyum sepanjang jalan. Ya, seperti kurang siuman senyum sengih sendirian. Macam autistik pun ada. -.-"

Makanya, rutin setiap pagi mengadap bayi adalah syurga. Kini, setiap pagi masuk nurseri, bukan lagi ololololo cik huda dah sampai. No. No. No. Tidak lagi. Apabila pagi, ayat begini akan buat aku lagi nak senguh sampai hujung dunia.

Ayat ini.

Ya anak anak sekalian. Mama awak semua dah sampai...!

Cute kan?

Cute kan?

Cute kan?

Saat paling aku suka adalah tolong tengok nurse mandikan bayi, dan aku akan buat kerja buka balutan bayi sebelum mandi, dan tolong wrapkan balik lepas mandi. Well, tak kisahlah kalau nurse kena buka balik sebab.. hmmm, ye aku tahu aku buat hodoh.

HAHAHA.

Berbalik pada tabiat yang dah menjadi penyakit ni. Bayi sangat mudah nak kena demam kuning. Jangan tanya aku patofisiologi. Yang tu sila tanya doktor. Bayi yang kena kuning ni, salah satunya treatmentnya adalah letak bawah lampu biru; phototherapy. Lampu ni bahaya kalau kena mata, jadi mata bayi akan ditutup macam ni.


Dan kemudiannya akan diletakkan bawah lampu biru lebih kurang macam ni gambarnya. Gambar aku ambil kat google. Bayi akan diletakkan terbalik, atau macam orang bersujud. Kau imaginelah sendiri tapi lebih kurang lah macam kat bawah ni.




http://www.3quarksdaily.com/3quarksdaily/2009/11/health-care.html




Aku ni jenis pesen, kalau aku stress nanti lunch hour aku naik nurseri, tak main ngan baby pun tak pe. Dapat perhatikan baby pun jadilah. Sampailah satu hari, aku duk perhati macam mana bayi ni survive nak terbalikkan kepala dari kanan ke kiri atau vice versa. Aku perhati, macam mana kaki dia menendang, angkat kepala, tertelangkup muka, angkat semula, survive!

Aku perhati macam ada aku dan baby tu je dalam nurseri. 

"Huda?"

"Huda?"

"Huda?!"

"Heh?"

"Haaaa berangan!

Errrr.

"Awak tengok apa?"

Tak ada jawapan. Malas nak explain pun.

"Penutup mata tu terbuka,"
"Eh?"
"Haih, punya lama berdiri kat situ, tak perasan?"

Malas jawab, malas explain.

Sengih.

"Berangan apa ni?"

Malas jawab. Malas explain.

"Kenapa. Bahaya eh?"
"Iyelah,"
"Oooo mana Huda tahu,"
"Ni ingat apa ni?"

Malas jawab. Malas explain.














Well, simptom autistic macam ni cute kan?

Errrrr...

Okay, tak yah jawab. Tak yah explain.

Babai.

No comments: