Thursday, March 29, 2012

Sama tak dengan sekolah kau?

Aku tak tau ni apply pada semua sekolah asrama, atau sekolah asrama tertentu contohnya sekolah aku dulu. Okay, ketawa kecil tersipu malu...

Ehemmm.

Sekolah aku dulu kan sekolah agama. Sekolah wajib pakai tudung labuh, tangan kacing, kaki stokin. Sekolah yang telah merampas walkman Mydin RM4.90 aku sampai aku pun dah tak tahu berapa banyak aku beli sebenarnya. Sekolah yang phewww, tangan kaki berbirat dilibas. Sekolah yang peraturan dia mak eh ketat tapi sempat lagi langgar. Sekolah aku rindu. Full stop.

Aku nak cerita apa dah. Oh, ni ha..

Sekolah aku satu lagi unik dia. Kan zaman kita mude mude dulu, famous lagu UNIC, INTEAM, Mestika dan seangkatan.. yang kalau depa nyanyi, lagu tangkap leleh. Alaaa... lagu jiwang jiwang, cinta ana enta enti tu laa.. Ala buat buat tak tahu pulak, bencilah kitew taw macam ni!

Haaa. Ingat pun. Lagu tu lah. Lagu macam kasih kekasih tu. *blushing*

Tampar sebijik baru tau.

Haa. Tu lah rutin setiap pagi sebelum pergi sekolah, dan setiap petang sebelum pagar tutup pergi prep.  Kalau weekend, sehari suntuk lah kena tadah telinga. Kumpulan nasyid jiwang nilah menghiasi sinar pagi dan redup petang, ewahhhh. Kalau masa UNIC baru keluar album, sebulan lah berkumandang sampai nak termuntah aku duk hadam lagu-lagu kaset tu hari hari. HAHAHAHHA.

Tapi masa tu kalau keluar lagu jiwang, hati terus macam olololololo sweetnye lirik, comelnyeeee! Sambil basuh kain, menyanyi kecil dan hati berbunga-bunga. Berbunga kat siapa, I have NO idea. Tapi satu macamlah perasaan dia, perasaan sweeeettt gitew.

Okey, sila salahkan feromon.

Now dah habis zaman tu, bila sesekali terdengar... ada satu perasaan rindu dalam hati. Sakit. Kalaulah boleh diulang. Makanya, aku layan youtube sambil mengenang zaman itu. Aku lompat dari satu nasyid ke satu nasyid sampailah bertembung dengan lagu ni. Memang tak berapa nak sesuailah untuk aku sebab ni lagu untuk perempuan. Tapi, tapi, TAPI......... lirik dia, buat hati terdetik...

Cuma ku damba,
Insan yang sepadan...

Olololololo...


Okay, salahkan feromon aku sekali lagi.
Salahkan umur aku yang dah 25 tahun ni jugak.















Bukan salah aku kan? Kan? Kan?
Heheks~

3 comments:

Ciktikah said...

sekolah saya pon macam ni..
btw memg xsalah lg.umor yang layak kawen mmg mcm ni bkn salah feromon ..xsyak lagi..

:.Yus.: said...

rindu kt sekolah saya..

erk sekolah kita.hehe

INFINITY said...

Ika: Hahhahaha. Kita satu sekolah ke? Kenapa macam tak pernah jumpa awak? Mesti awak tak femes neh. :P

Kak Yus: Hhehhehee. Yep~