Dapat satu, mahu satu lagi. Dapat setingkat, mahu cepat ke puncak. Dapat sebelah, mahu semua. Dapat sedikit, mahu sebanyaknya. Mampu senyum, mahu ketawa. Mampu berjalan, mahu berlari.
Ah, hidup.
Ini cerita hati bercerita. Ini cerita tanpa bicara hanya bisu suara. Ini cerita, buat aku tertanya.
Ada hari, aku mahu sendiri. Sendirian di tengah kesibukan. Manusia bising, hiruk pikuk, tanpa bunyi aku memerhati. Tarik nafas panjang. Menjadi manusia di tengah, tanpa tahu sisi mana perlu diambil. Sukar. Pening. Loya.
Menjadi hakim bukan mudah. Timbang bahu pasti dikira. Punya emas sebanyaknya, hingga mampu membeli satu dunia, belum mampu. Belum mampu. Belum mampu. Punya harta seluasnya, boleh ketawa, mampu memiliki dengan hanya menunding jari. Belum mampu. Belum mampu. Belum mampu. Punya saudara seramainya, boleh bergelak ketawa bersama menghabis masa, belum mampu. Belum mampu. Belum mampu.
Beli bahagia.
Aku mahu hidup, biasa-biasa saja. Tidak perlu jadi hakim menduga. Tidak mahu pendampingku seramainya. Tidak perlu ada wang juta-juta. Tidak perlu emas perak mahupun gangsa. Tidak mahu satu dunia. Tidak mahu hatta sebutir permata sebagai belanja.
Hanya beri aku satu. Satu. Satu.
Bahagia.
2 comments:
gedix
Pulak.
Jap, apa yang corrupted?
Post a Comment