Sunday, March 25, 2012

Lemah Lembut

Kenapa kita kena berlemah lembut? Kenapa? Kenapa? Sebab dengan berlemah lembut, orang tengah berapi pun boleh basah lenjun. Oh metafora! Kau tu macamlah lembut sangat?

Yep. Aku dan lembut sangatlah tidak sepadan. Aku cuma ayu je. Eh?

Hahhahaa. 

Pernah tak kau jumpa orang tengah berapi, cakap sampai nak terputus anak tekak, kau pun apa lagi, naik sama, balas cakap dengan penuh perasaan sampai tak sangka, dah bergegar pejabat? Ye. Sape suka kena marah kena tengking? Hey beb, aku ada maruah oleh kerana itu aku tengking semula. Okay, mari tengking menengking!

Oh reaaaallly yesss!

Well, aku pun macam tu jugak dulu. Pantang sungguh kalau lain sikit, mula nak berapi. Nasib dah meletus senang padam. Tapi, bila dah makin tua ni, dah tak ada masa nak berapi sama. Aku lagi rela diam, senyap, pendam dan anggaplah orang yang tengah berapi tengah menunjukkan kebodohan sendiri tanpa sedar. Yep. I did that, and for some reason, it works! Yeay!

Namun, kadang-kadang tak tahan juga. Memilih untuk naik suara sama? Phewww, memang tidaklah. Tak guna. Oleh itu, haruslah kita mencari kawan yang memahami dan boleh memberi solusi yang of course, level desibel suara dijaga. If you ask me, yep I have one. Beb, aku tak tau kau baca lagi ke tak blog aku tapi sungguhlah aku terima kasih sebab sudi membaca mesej saat gunung berapi aku nak meletus sebab nak marah orang. You know who you are. :)

Pernah pekerja kedai buat silap lupa letak mentol dalam lampu tidur aku beli. Esoknya aku jumpa balik bertanya, namun pekerja lain telah mengambil tempat. Maka, aku jelaskan permasalahan aku yang telah dilakukan oleh rakan sekerjanya. Guess what? Aku yang pegang title pelanggan ni yang terima suara kurang sedikit je dari level tengkingan?

Kalau dulu memang siaplah. Dah tua tua ni malas.

"Tak apa. Kalau tak ada tak apa. Saya beli lain. Lagipun dua ringgit je. Kalau encik marah, masalah tak selesai,"

Terdiam pekerja naik angin itu dan tidak semena-mena malu sendiri.

See? Aku rasa tak susah pun untuk tidak menengking. Menyesal pulak dulu senang naik angin.

Sekarang, aku rasa suka nak dengar orang bercakap lemah lembut. Siapa yang tak suka? Kalau ada orang tak suka, sah dia gila. Aku suka kalau pesakit aku cakap lemah lembut. Orang sekeliling aku cakap lemah lembut. Even aku jugak suka kalau anak-anak aku cakap lemah lembut. Sebab, aku akan sama berlemah lembut. Maka, satu dunia aman dan bahagia untuk didiami.

Cop, sejak bila kau beranak?



Setiap hari, rutin aku naik nurseri untuk screening babies. Setiap kali aku melangkah masuk nurseri, telinga aku dijamu oleh tangisan yang masyallah bingit! Beb, baby kalau menangis sangat high frequency dan boleh mencecah 100decibels okay! Pulak tu, tangisan bayi ni very infectious. Sorang menangis, yang lain menyambung.. maka jadilah okestra tangisan! Terbaik.

Situasi ini menyumbang kepada masalah utama sebab untuk aku saring pendengaran, bayi kena bertenang dan suasana kena diam. Macam mana nak bertenang, kalau serentak bayi menangis mengamuk lapar? Menangis mengamuk samalah maksudnya bayi tengah marah maka beliau mula menengking; melalui tangisan.

Apa aku buat?

Aku akan mula bercakap dengan bayi. Tanya kenapa? Tanya how they doing? Tanya apa khabar dia hari ni. Tanya lapar ke? Tanya dan berbual. Yep. Bayi bukan boleh jawab but that doesn't mean it's a foolish thing to do. Namun, itulah keajaiban berlemah lembut, because the babies will start to lower down their high-pitch cry! 

Kalau tak jalan jugak?

Yep.

Kalau aku bertuah, diorang akan senyap till the end of the test. Tapi, yang selalu jadi bayi lower down sekejap je, then naik semula pitch tangisan! Huewwww. Maka, langkah kedua di ambil. Aku angkat angkat bayi dari baby cot, and start berzikir (I have my very own zikir which works all the time, well of course if the baby's hearing is fine.) Slowly I rock my hand and start my soothing voice dengan berzikir. The baby will lower down his/her voice dan mula diam mungkin untuk mendengar atau mungkin mula tenang. I don't know. Maybe.

And if I am lucky enough, this cute little creature will start to drift into sleep. 

See the miracle of berlemah lembut?






Even the babies know!

2 comments:

Anakin said...

Wow..ganas

INFINITY said...

Errr... part mana yang ganas Anakin?