Friday, June 3, 2011

Akhirnya, Kita Asing Kembali...

Hidup ni, memang diciptakan berpasangan. Kaki, tangan, mata, telinga. Namun, dalam yang satu itu, ada satu yang kita harus mencari pasangannya; hati.

Hati.

Minggu ini sahaja, dua berita cukup nak buat hati tersentak dan buat hati aku yang sekeping ini terfikir, kalau inilah ujian untuk aku maka biarlah masa berlalu dengan laju. Selajunya. Kerana aku percaya, masa ada pengubat paling mujarab, paling berkesan dan paling sempurna.

Masa.

Namun tuhan tidak akan dan ttidak pernah akan menguji manusia di luar batas mampu. Apa yang kita telan, adalah apa yang kita upaya. Apa yang kita tahan, adalah apa yang kita terdaya. 

Walau kadang kala kita rasa oh tuhan aku belum tentu mampu atau aku tidak tertanggung, namun kita tetap dan terus bertatih perlahan. Walau kita terkadang bertanya mengapa aku, namun dalam sepi soalan itu, kita terus telan dan mencuba. Kita adalah manusia. Kita lupa. Kita lemah. Kita bukan sesiapa tanpa Dia. Namun dari jauh satu sudut percaya, yakinlah, ujian ini adalah yang terbaik dan sebaiknya.

Berbalik pada asingnya kita satu hari nanti. Inilah dua berita cukup untuk mencarik luka nan satu namun aku percaya hikmahnya tetap ada. Cuma jika aku, jika aku, oh tuhan mohon ku, doaku bukan aku.

Kita boleh berjumpa, dan seterusnya kita jatuh cinta. Telah Allah tetapkan Adam, Hawa pasangannya. Telah Allah tetapkan Yusuf, Zulaikha cintanya. Telah Allah tetapkan Muhammad nan agung, Khadijah temannya.

Kita hanya mengambil sedetik mengenali. Oh cliche bukan bila kita harus mengambil seumur hidup untuk melupakan?

Tapi itulah yang berlaku.

Kau dan aku dan kita; aku ambil contoh kau dan aku bukanlah sebenar-benarnya aku. Kau dan aku asing mulanya. Akhirnya, kita berjumpa dan bersatu maka asing itu menjadi satu istilah indah nan mulia, suami dan isteri.

Dan mengapa dengan satu lafaz; seumur hidup kita menjadi asing kembali?

---

Ini kisah dua. Pada aku kisah lebih buat aku sepanjang hari jadi kurang keruan. Meski bukan aku. Meski bukan, namun hakikatnya, hati dan perasaan wanita, ada satu networking yang luas jalur lebarnya. 

Hati wanita.

Juga kita bermula asing. Berkenalan. Dan kini kita asing semula, dalam dua suasana berbeza. Kau di sana, dan aku masih kekal di sini, menangisi. Kau di sana, dan aku di sini. Di sini yang di sini.

"Kak Huda, normal blood pressure manusia berapa?"
"120/80,"
"Atas ke bawah?"
"Atas, systolic 120. Bawah, diastolic 80,"
"Erm, heart rate?"
"Kalau tak silap 60-100,"
"Kak Huda, dopamine tu apa?"
"Give me a second, I'll find that for you. Just wait,"

Aku bukanlah manusia ada segala macam ilmu dalam dada. Namun berkata tidak sebelum mencari adalah satu pantang yang aku pegang. Never say I-don't-know until the question is a dead end.

Dopamine; something has to do with nerve impulses and heart attack and blood flow due trauma. That word that lead me to another question of why should she asked me those questions? It has nothing to do with her study, neither her patient.

Why?

She left me, unanswered.  

Yesterday, she called me again and and she kept on asking the same question.

"Kenapa?"
"He was accident. The only organ that still functioning is his heart,"

Aku boleh dengar ada tangisan di situ dan aku boleh rasa weird feeling; the unpleasant one running through my whole body.

"How's him?"
"Bad. Really bad,"
"Are you okay?"
"The doctor said, they're waiting for his heart beat to get a little weaker and the doctor..."

She stopped to have deep breath. She stopped so she could be a little bit calm. She stopped, so she could be rationale. I know her. I know this what a typical human will do. And this thing I will do too. Stop for a while, gain energy, speak out, release.

This time is real. This is not one of the series of Grey's anatomy. This is real. She is the one that I know have to face this. She isn't the actress to pretend the scene. She's not holding any script to say. This is the dialogue, the reality that she's forced to speak.

"I read the folder. The life support machine. It has three different colours; the systolic, dystolic and I believe the other one is his heart beat. It's too weak,"
"The blood pressure? Heart rate? The dystolic?"
"The dystolic is 30. That's all I remember,"

Now, I was shocked. It was too low. Too low. I'm not a medical student, but I read and it was dangerous.

"The doctor diagnosed with something that the brain.. bleeding... both sides... nothing's functioning now... nothing... except the heart....,"

I let her cry.

"The doctor said... they're waiting...for the heart.... weaker.. then, they decide to... turn off... his life support machine....."

Aku tak tahu nak kata apa dan perkataan yang aku kena avoid adalah sabar. Sebab macam mana pun keadaan dia, of course dia tengah bersabar dan asked her to be more patient is ridiculous. Aku type mesej dan aku delete dan aku taip semula dan aku delete sebab aku tak tahu nak kata apa.

"Aku doakan yang terbaik untuk kau,"
"Doakan aku, dia,"
"Of course I do. You're my friend,"

Maka seharian aku tersenyap dan berfikir. Inilah kehidupan. Kita tak pernah tahu apa yang akan berlaku dihadapan. Kita tidak pernah akan tahu bila kita kehilangan. Kita sendiri tidak tahu kita kehilangan atau kita sendiri yang hilang. Kita tidak pernah boleh menjangkakan sesuatu sedih, macam ni, unexpected thing to happen.

Kita hanya mampu dan boleh untuk berusaha dan berdoa.

This is life.

One message received.

"Dia dah tak ada,"

Honestly, I didn't know what to say because if I were her, I don't know how... to live at this moment.

"I've been thinking of you the whole day. Kita doakan dia. And for you, Insyallah. Insyallah, time will heal. It will. It always does,"

---







Kita tidak pernah tahu bila dan bagaimana, kita asing semula...

Thursday, June 2, 2011

Am I?

Ayah aku volunteer mengajar dekat masjid depan rumah setiap Isnin dan Selasa. Isnin untuk muslimin dan Selasa untuk muslimat. 

Mati kutu aku duduk rumahmacam ni. Aku bukannya rajin benar nak jadi surirumah dan aku bukanlah manusia suka goyang kaki. Masa masa macam ni dan sibuk rindu sibuk USM. Huuu.



Aku tak berapa nak biasa duduk Selangor or KL. Aku rasa macam ni bukan tempat aku. Macam aku datang melawat sini. Beg kotak semua belum habis unpacked. Bayanglah dah berapa hari sampai rumah masih tak sedar diri yang aku balik like for good. Wohaaaaa.

Aku harap dan berdoa agak semua jalan dimudahkan. Amiin.

Buat masa yang berlebih lebih, nak buka berus kertas dan pensil warna pun belum mahu. Malas benar gayanya. Malas semalas malasnya. Nak sambung belajar boleh tak. Belajar yang formally. Entah bila nak ada life pun tak tahu. Lifeless. Dull. Oh.



Ayah aku dah banyak pesan, mulai sekarang aku kena mula bermasyarakat. Hidup aku bukan lagi asrama-USM-klinik. Hidup aku dah melangkah masuk dewasa yang memerlukan aku kenal jiran tetangga. Alahai bapa aku. Tapi kalau nak ingat, aku memang tak berapa nak keluar rumah.

Sebab aku rasa macam aku punya tempat bukan kat sini.

Hmm.

Namanya aku nak pergi kenduri kahwin tu memang taklah kalau tak kena paksa. Pertama, aku tak suka tempat ramai orang. Kedua, aku tak berapa gemar jawab soalan. Lagi lagi soalan aku malas jawab. Sebab kalau manusia baya baya aku, kalau aku tak nak jawab, aku senyum senyap. Bila bermasyarakat ni, mana mana kau jawab pun ada je soalannya seterusnya.

Macam;
Bila nak kerja?
Buat apa sekarang?
Bila nak kahwin?

Dan ketiga, aku tak terasa dunia.

Ohhhhhhhh!

Aku bukannya pendiam sangat. In fact aku bising. Cumanya, entah.

Disebabkan ayah aku dah bising suruh kenal masyarakat, kenal orang-orang persekitaran dan bersempena dia mengajar muslimat semalam maka arahan mandatori bermula.

"Malam ni ayah mengajar, datang,"
"Hmmm,"
"Pergi dengan adik,"
"Hmmm..."
"Dok hmm hmmm tu, pergi. Kenal sikit orang sekeliling,"
"Hmmmm,"

Dan dan tu aku sibuk kemas barang malam tu. Satu bilik aku punggah tapi separuh jalan sebab saat aku tulis entry ni, bilik aku tak ubah tongkang pecah. Bukan takat bilik aku je, bilik mak pun. Ehee. Nasib adik aku rajin nak hulur tangan.

"Weh dik, ayah mengajar kau pergi ke selama ni?"
"Mana ada. Ayah tak ajak pun. Ni sebab kaulah ni. Adik yang kena ikut jugak,"
"Apsal lak?"
"Ye ah. Kau tu tak reti nak bermasyarakat,"
"Ceh,"

Kau ingat aku pergi?



Creditted here.








Haruslah tidak.

Tuesday, May 31, 2011

Daddy

Biasanya, bila sampai rumah, handphone dan wallet aku merata-rata. Maksud aku, benda tu bukan rahsia macam adik dan kakak aku punya purse dan handphone.




Dan benda biasa berlaku ialah bapa aku membebel dan dia kemas wallet aku as well. Ahaaa. That's my dad. Wehuuu. And he found my extra hidden moneyyyyyyyyy in it!









Miskin gila sekarang. Phew.

Monday, May 30, 2011

Pekak Telinga Tutup Mata

Aku tak pasti apa akan jadi dengan Malaysia hari ini. Phew. Kalau balik dekat USM, kebanyakkan aku tahu isu semasa bukan dari TV. Semua dari akhbar. Itupun kalau aku pergi library dan itupun kalau aku rajin eja satu satu tajuk berita. Selalunya, aku selak sahaja.

Sebab mulut suratkhabar sekarang busuk. Macam bangkai. Walaupun aku tak tahu bau bangkai macam mana, tapi ya.. natijahnya bau bangkai busuk. Hanyir. Jijik.

Tapi bila duduk rumah, walaupun aku online, atau buat kerja lain, telinga aku buka. Berita aku dengar. Walaupun bernanahnya menilai, dengar tetap dengar.

Hari ini, aku tengok bil eletrik rumah meningkat. Oh, betapa terasa dewasa kerana mula ambil tahu benda begini. Hmm. Naik mendadak. Mendadak yang separuh.

Dan malam ini, berita sebarkan tarif elektrik meningkat bermula Jun. What the hell Jun sekarang baru Mei oi! Kau ni nak menipu rakyat pun beragak-agaklah!

Ohooo. Kau kata kenaikan sikit dan tak menjejaskan. Tengkorak kaulah tak jejas. Kau gaji ribu raban ye memanglah tak jejas. Kalau rakyat macam aku ni sampai naik sekali ganda, celah mana tak jejas? 





Cakap kalau pakai otak boleh tak?

Saturday, May 28, 2011

... [7]

Buat masa ini selalu dan sentiasa. Selalu dan sentiasa. Senyum itu ada dalam minda.
 Very big smile!

















Ooo Allah. To you and only you. 
Who knows better.

Thursday, May 26, 2011

Is This Miracle?

I slept at 5.30 am. Well, I know.. it was not night anymore but I only managed to sleep at that time. Finally. I spent the whole night preparing my resume and did multiple laundries and stuffs. I'm going home.. for good.

Aku berfikir sepanjang malam. Sambil basuh baju, sambil tunggu mesin basuh selesai, sambil jemur baju, sambil menaip, sambil makan,  sambil termenung, aku berfikir. Aku taip resume, dan aku masih berfikir soalan yang sama. This is what I want?

Aku boleh apply kerja dekat Hearing Aids Centre, but is this what I want? Aku pegang pendirian aku kena kerja benda yang aku cinta jadi aku tidak perlu berkerja sepanjang hayat yang aku ada.

So, I search for private hospitals. Disebabkan goverment bekukan pengambilan sampai diberitahu semula, so I just need to find any position that suits me or my degree. I just did.

Aku betul betul betul betul betul tak tahu apa yang aku nak, sampaikan aku letak kepala atas bantal pukul 5.30 pagi aku masih fikir. Ada juga aku terfikir apa kata kerja dengan nursery? Atau buka nursery, now that's imposibble. I don't have that much money to start with.

So, I just closed my eyes and started to dream that I was surrounded with kids. They're laughing, and enjoying their childhood and I was in that dream, the happiest ever.

Bunyi telefon and it's Wan.

Terbangun.

Tarik nafas panjang lagi. Is this what I want? I guess yeah but I don't know. It was 10 am and my neck hurts. Aku letak kepala salah angle and sampai sekarang nak toleh kiri kanan pun susah. 

Aku singgah pejabat pos and aku realize yang banyak benda dah berubah. Setem no longer 30 cent, it 70.. more than half. Aku beratur and out of sudden late 40s female berdiri sebelah aku. Aku senyum dan angguk as I nicely ask her to que in front of me. The only thing I can remember her; she has that mamak's look. Muka India muslim. Mamak is better. Whatever.

Lepas aku beli setem, aku cari bangku batu untuk tampalkan pada resume. Masih celaru, dan masih tarik nafas panjang. I didn't know why but it happened.

And again this woman came and sat beside me.


"Rajinnya awak? Buat apa?"
"Tengah cari kerja,"
"Rajinnya,"

"Tak adalah rajin. Hidup, macam nilah,"

Dia senyum. Aku senyum. I am a nice person even sometimes I'm harsh but I am nice. You can deny but I am a nice person. Now, it is irritating, Huda. Well, I just wanne be a little nicer.

"Acik datang sini jumpa doktor apa?"
"Kencing manis,"
"Oh.. dah lama?"

Bla bla bla. The conversation went on and on and on.

"Eh, makanlah,"
"Tak apa, saya dah makan sarapan,"

Dia suakan aku buah and she wanted me to have a bite which was weird. For me, it's weird.

"Baguslah awak ni,"

Again?

"Tak adalah. Saya dah 24 so saya kena fikir macam mana nak hidup sekarang. Government hospital maybe tak akan panggil buat masa terdekat jadi kena work hardlah sikit,"
"Tak apa, cari je dulu. Mana dapat pergi dulu,"

I laughed.

"Okaylah. Pergi dulu. Ni saya bagi nombor telefon nanti telefon eh?"

I was like what? Why should I need to call her? Why she needs to expect me to call her? But unconsciously I grabbed my handphone to take the numbers and all she gave me was one bussiness card.

"I love you,"

And she just went away. Just like that. Wait, did she says I love you to me? What?

Aku simpan kad tu dalam wallet, errr.. okay fine dalam purse without even looking. Aku masukkan resume dalam post box and aku jalan semula dalam keramaian manusia. I guess USM tengah buat satu event sebab manusia sangatlah ramai. 

And out of sudden, again, she was in front of me, smiling.

"See you next time,"

And went away again.

Aku pelik. What's wrong with this woman or what's wrong with me? Am I too bright or too gloomy or too whatever that let everybody start to notice me? Am I too weird? Did I wear something that catch attention?

Definitely not.

And I remember something which was placed in my purse. Aku buka wallet ops, purse dan keluarkan bussiness card tadi.



She has seven kidergartens! 




And now I'm still wondering, ni alamat apa sebenarnya? Ni jawapan apa yang aku nak ke apa? Still aku ada doubt, aku akan kehilangan semua skills aku ke? Ni apa sebenarnya?

I just take it as an option not more. But,







Miracle does happen, doesn't it?

Enough

At least he replied my message and the content? Soooooooooooo good to be read! 












Oh Finally.

Wednesday, May 25, 2011

Either Way

Nobody says this life will be so much easy, but it is worth to try, huh?

---

I don't know if I did try much enough and I also don't know if I hadn't try much enough. I dont know. Up until this moment, I still keep on asking, should I shut my mouth or shouldn't I?









Because either way, it hurts.

Tuesday, May 24, 2011

Pain

Bilik dan tong sampah tiada beza! My biological clock went worse I guess. I can't sleep because I'm having pain in my.. I don't know what name is that bone, but its really hurt. 

Tidur memang statik habis. Solat setiap kali nak qiam memang rasa nak solat duduk. Berjalan macam orang berpantang. Sakit gila! Kena consult ortopedik kah? Oh, tolonglah aku serik.

Aku rasa sebab aku tahan beban banyak kaki kiri so kaki kiri compensate. Dan aku banyak berjalan sehari dua ni, dan banyak duduk dari bergerak, so.. inilah hasilnya. It is painful. Sangat sakit. Sangat.

Tolonglah aku nak balik.






But this pain? Should I came back? Well I still need to come back, for chest clinic.

Sunday, May 22, 2011

Ahaaa, Memang Pathetic!

Aku pergi library berhantar okay hari ni. Thanks Ain. Elok je aku nak masuk, ternampak encik yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesejahteraan library. Dia juga orang selalu tegur Hadiah dan aku dekat meja keluar masuk library. Yang selalu tahu kalau aku pergi library, mesti dengan Hadiah. Ergh. Dan yang suka tanya soalan pasal tulang, sakit pinggang, all medical stuffs dekat Hadiah.

"Ha? Sorang je hari ni? Kawan mana?"
"Dia dah balik, Negeri Sembilan,"
"Oh. Cantik kerongsang kat tudung. Berkelip-kelip,"

Aku tengah sibuk isi nama untuk bawa masuk laptop. I told ya I hate talk about this thing. Benda benda berpisah or kenangan or whatever.

"Murah je. Mydin,"
"Mesti mahalkan?"

What? And aku tengok kerongsang kat tudung aku. Aku sendiri pun tak tahu kerongsang mana yang dia cakap. Dan tak pernah kisah aku nak pakai keronsang apa. Kena match warna ke whatever. Yang aku tahu, kerongsang is kerongsang, yang kena pakai untuk pin tudung. That's it.

I did buy benda benda macam ni. Come oh, aku perempuan okay. It just that bila aku beli, ya aku beli. Then bila aku nak pakai, itu adalah perkara yang lain. Dan biasanya apa yang aku beli, adalah tidak cantik. Dan aim aku beli, mestila boleh dipakai dengan semua jenis baju dan segala jenis warna dan pelbagai jenis keadaan. You know what I mean. You know it.

Tak pernah orang puji taste aku, dan tak semua orang suka taste aku. Dan jarang juga aku suka taste orang. Yeah, even aku dan mak dan dua adik beradik perempuan aku pun tak suka keluar dengan aku. Sebab aku, tasteless. So? Dan, aku tak kisah. Cantik hodoh ni subjektif. Tak percaya? Percayalah. We'll never make it right kalau kena membeli dengan Azah. Cantik kat mata dia like what-the-heck kat mata aku.

Jadi bila pakcik ni puji kerongsang aku, aku tengok balik tudung aku. Wondering.

"Oh. Tak tahu kawan kasi,"
"Kawan kasi. Ohhh..."

Err? Adeh, seminit tadi aku cakap Mydin dan murah. Kemudian aku cakap kawan kasi. Eh, aku memang tak tipu, kawan aku beli kat Mydin dan dia kasi aku. 

"Kawan kasi. Ohhh kawan kasi,"

Now, it sounds weird. Aku tengok dia and angkat kening. What? Okay. Fine. Aku faham. Aduhai. Apa kalau benda cantik-sweet-cute ni mesti lelaki je ke bagi?

"Pakcik nak bagi awak jugalah. Pakcik nak bagi apa eh?"

Aku pandang.





"Bagi saya masuk library cukuplahhhhhhhh,"

Crap!

Never switch on the lamp. Liar. Okay fine, when it's reaching 8 pm then I realize it's too dark. Talk alone. Lonely. Very lonely. Nobody to talk to, except to your imaginary friends. My imaginary friends; that I can yell, I can beat, I can push, I can slap.

Stop.

Did I mention friend... S?






What life is this?

Friday, May 20, 2011

This Is It

Sakit kan perpisahan? Sakit sampai I make myself busy with anything else. To some people, diorang akan tengok bagaimana egonya aku menghadapi perpisahan. The might think I'm too sellfish, too arrogant. It just I hate to make multiple holes in my heart. Its painful.

1. I avoid the farewell.
2. I avoid seeing them in the mean time.
3. I avoid talking about it.
4. I avoid crying. Yeah. This is the uttermost.

I can stop from whatever I'm doin' to see them untuk kali terakhir, but I choose not to. Call me heartless or whatever, I just can't. Forgive me for that.

Instead of let it bursts out, I hold the pain inside. When I was in my primary school, the very last day we had, all of them were hugging each other, cried and told that this is not the last. And what did I do?

Standing at one corner, but sometimes they dragged me in to be part of the crying session. I stood still. I didn't know what I supposed to do? But bet you, it's hurt. It just I didn't know how to let it out. This was too formal.

Masa menengah rendah aku, bila dapat tawaran ke sekolah lain, of course ada gembira. Dan disebalik tu juga, pasti ada sedih menanti. Kenangan kena basuh tandas, kena halau pergi prep, merengek nak peha ayam dengan makcik kantin, etc etc. Kena lalui fasa berpisah, itu lagi sakit.

Dan aku serius tak tahu nak react dengan perpisahan macam mana. Bagaimana yang sepatutnya perpisahan itu seharusnya di sambut. Sebab kebiasaanya, aku avoid. Sabab sakitnya terlalu sakit, sakit yang kau tak tahu nak pinpoint dekat mana tapi kau tahu somewhere, around you heart. You know it. I know it.

And I did celebrate this thing. How do I celebrate it maybe a little bit different. I will spend one time, walk alone and feel the feelings. Dan bila aku tengok benda, atau lalu bangunan, atau smell the scent (whatever it might be), aku keep on tanya diri sendiri; satu hari nanti, aku akan ingat balik tak semua ni? 

Dan biasanya, aku ingat. 

Those yang tiba-tiba terjumpa aku tengah jalan; when it comes to the number two from the lists of avoidance (scroll back), they will realize. I've never use "Good Bye", but I use "See you next time," instead. Dan aku akan beredar cepat. I can't be there. It's hard. I'm sorry for making the situation a little bit harsh and inappropriate. This is me. One of the worst part of being me.

Aku selalu pegang semua barang yang ada kenangan hatta hanya satu sachet coffee. Macam sekarang. Hadiah went back, and Allah knows when will I meet her again. She and I will always in need of caffein to study, or basically before going to library. And if she needs to stay up, dia akan bancuh separuh dari satu sachet kopi.

Aku minum Radix sebab kopi jenama lain memang aku tak boleh masuk sangat, and Hadiah tak boleh dengan Radix. She left one and a half sachet of her Masad caffein in my room and now I'm holding it. You know what is the feeling?

It's bullshit.





I hate this part.

Thursday, May 19, 2011

... [6]

At certain point, I'm asking myself...




Aku nak apa dalam hidup ni?

Wednesday, May 18, 2011

Hek Eleh

Haduhaiii.

Suka gila tengok kau online, tapi takut gila kot nak klik dan... "Apa macam hari ini? Ada baik?"






Sheiihhh!

Huk Alos

I dream I am cool everyday.
I dream of being yak-a-aw super duper extra happy everyday.
I dream of smilin' lotsalot everyday (its a way I create to say ton of numbers. You can read it as 'latsalot' whatever).

Hahahhaha.

Oh. Still. I'm stuck here. I begged to daddy I wanna go home for a while, so I'm thinking of heading to Selangor this Thursday as I have an invitation to Better Speech and Hearing Week (I supposed I recall it right) at Hospital Serdang, and accompany my sister to her new enrolment at UiTM. Finally, one of my siblings get away from this health field. Thank god.

But I wanna my husband from health field for sure. Eheks.

Oh I'm sorry for my bad English and grammar and comprehension and punctuation. I'm so eager to write new story in english. So-in-the-moooooood. Ohoo.  Okay, fine! I admit it; this is thesis-writing syndrome. I wish I'm married with an english teacher now or at least fluent-english-tongue. So I can have a helping hand that can check on my grammar or better; write it for me! Hehehhehe!

Well, past few days (still today and tomorrow and until I'm properly finish my thesis) are the gloomy days. Everything seems went so wrong until I have no idea what is actually going on? I'm nauseous everyday and I'm fully sure I'm damn in stress!

I have trouble finishing my meal. Shuitt!
I have severe head throbbing. Double shuittt!
And I can feel my spectacles doesn't longer help much. Triple Shuitt!

Come on, everybody knows that I hate to take drugs. I have bestfriend from medical side, and guess what.. despite she came out with all the whatever-textbooks-say, still I won't hear. Bet you, Hadiah (my super duper best friend right now) already at the point where she will advise when I ask her to. Or else, she'll say... "Kan Hadiah dah kata,"

She is now in her ORL/ENT (Ear Nose and Throat) posting, and she explained why do I have panda-eyes, and nose-salute ke menatang apa entah, its because I'm so refuse to take my nasal spray and xyzal. Ahaaa. Out of sudden, I'm so compliance with this medications.

Huh. Perempuan dan nak menjadi cantik sihat sungguh sinonim!

Okay. Gud bye. 






p/s: Before I mengarut too much.

Monday, May 16, 2011

Ingat Lagikah Kau?

Hey.

Do you remember when we were really in trouble 6 years back? I was acting cool while you keep on calming me. I was laughing and keep saying that thing will be okay. It will. It will.

You hold the responsibilities on your shoulder while the one who need to face it was me. You said all the things that you think its nice just to make sure that I won't be alone. You will always be by my side no matter how. No matter what. 

You said that.

You said that.



Do you remember when one day you caught me crying? You sat right in front of me. I started to laugh as I was too ashamed to let the tears running down. I kept saying how fool I was to cry when I shouldn't have to.

But, you said.. hey! Keep crying! It's okay to cry. Here, I gave you my shoulder. Go on!

You said that.

You said that.

Well, I didn't do anything.

I did not say how important you in my life. I ignored. It always be my fault to let somebody like you not to see the way you deserve. It's my bad because I chose to hide my feeling while expressing it was the better option.

Therefore, the only way left; learn to let go.







And now at this particular moment, I would say the hardest for this time, I come out with this question.. will you coming back? Blame on stress straightaway. *smile*

No. It's okay. I don't expect any YES answer and I don't wan it to happen that way. Just say NO.




I already move on.

Saturday, May 14, 2011

Today!



I don't wanna be here anymore. Anymore. Anymore. I think I already have had enough. I don't wanna be here. You hear me? You hear me? You hear me?

Take my hand, hold it tightly. Open the door so I can step out safely.

I don't wanna be here.

I have no tears anymore. I let the pain fade away. I let the burden dissapear. I learn to keep the smile. I learn to hide the cry.

I don't wanna be here.

Let me go. Let me free. I ain't strong. I need neither help nor understanding. Just let me be, let me free.

I don't wanna be here.

This ending is beyond my imagination. This ending is the worst nightmare. I'm no longer know how to love. I'd rather pretending than being sincere. I'd choose to fake than make everything clear.

I just don't wanna be here.






Anymore.

Wednesday, May 11, 2011

Mudah Ingat, Mudah Lupa

Haila haih!

Betullah kan, setiap orang ada kelemahan dan kelebihan dia sendiri. Kelemahan terbesar aku adalah apa sahaja yang berkaitan dengan nombor dan arah. Atau senang cerita, jangan kau harapkan aku untuk membaca peta.

Kadang kala aku rasa otak anugerah Allah kepada diri aku ni hebat. Of course lah semua orang hebat. Eh, jap. Ni blog aku kan? Hohoho.

Aku senang cam orang dan aku ingat muka dia. Aku ingat yang betul betul ingat sampai kalau tengah jalan aku boleh terberhenti dan tegur dulu like what? Pastu kalau terserempak tak agak agak nak fikir dulu, pakai tegur je. Ah.

Aku tak tahu apa jenis atau nama bagi kondisi ini, tapi bila ia berlaku, it just happens. Macam tu. 

Aku keluar makan malam, as always dengan one of my best friends, Hadiah. Tengah tengah jalan aku berselisih dengan seorang lelaki dan aku terpandang muka dia dan aku terberhenti dan aku senyum sebab yakin gila aku kenal lelaki tu dan aku yakin dia kenal aku. Macam ada kena mengena atau pernah terlibat dalam satu program sekali. Macam tu lah.

"Macam kenal?"

Dia tengok aku.

"HKB ke?"

Dia tengok lagi.

"Tak,"
"Errr? Tak pelah. Babai,"

Aku memang gila yakin aku kenal dan sampai saat ni aku cuba recall dekat mana aku jumpa namun masalah besarnya... AKU TAK INGAT!

I know him. I know him. I know him! Argh!





Tua benar dah aku ni.

Tuesday, May 10, 2011

Kita


Tak semudah itu.
Tak sesukar itu.

Yau can blame,
And I'll take it....

Monday, May 9, 2011

Dedaunan Itu


Tak apa.
Bagai dedaunan.
Ada hijau.
Ada kuning.
Ada segar.
Ada layu.

Yang hijau bukan berfotosintesis selamanya.
Yang kuning busuk bukan jijik hina.

Hijaukan tua.
Kuningkan merubah baja.

Hijau kuning.
Segar layu.
Hebat dan cela.

Ke tanah jua akhirnya....

Sunday, May 8, 2011

Jangan Biarkan Damai Ini Pergi

Bukanlah nujum aku mampu bicarakan apa akan berlaku esok. Apa akan berlaku lusa. Apa akan berlaku nanti. Bukanlah aku tukang sihir mampu merubah hasil, atau sekurang-kurangnya merubah hati dari perit bertukar senang menangis. Bukan juga aku mulia pada hati yang dapat menahan henti amarah serta merta saat ia terbakar menyala.

Bukan.

Bukan pada hati.

Bukan pada perasaan.

Jauh sekali pada kelakuan.

Namun apa yang ada. Apa adanya. Biarkan ia disitu, meski merobek hati, masih ada megah untuk berdiri memegang kekuatan hadiah buat insan bernama manusia.

Dalam sujud akhir, ada tenang air mengalir basahkan seluruh perit jalanku. Dalam tenang redhaku, nekadku untuk tempuh semua setiap satunya. Dalam berkecai derai hati, ada senyum memaksaku bertatih lagi.  





Oh tuhan, 
Meski apa pintaku belum masa milikku lagi...
Jangan biarkan damai ini pergi...

Friday, May 6, 2011

Stages

5 Stages of Grieving Process.


1. Denial

2. Anger

3. Bargaining

4. Depression

5. Acceptance

Monday, May 2, 2011

Hari Selainnya

Tahap dan takat dan kemampuan manusia ada juga terkadang hampir sampai pada hujung henti. Dan hujung henti selalunya bukan tempat berhenti mutlak. Dalam kata lain, kelemahan kau bukan kekal dan kekuatan kau juga bukan selamanya.

Pasang surutnya kekal ada. Kekal ada. Pasti. Pasti ada.

Aku kira tiga hari sebelum ini adalah tahap tertinggi kelemahan dan daya kekuatan aku bergerak seiring. Bersama-sama. Saat aku jatuh terjelepuk, ada suara berkata okay! Pasti boleh.

Saat aku sudah membina percaya, ada pula bisikan halus, ni tak baca tu tak baca.

Degup jantung kencang dalam hati usah dicerita. Bagai ada beban berkilo bertan-tan dihimpun bersama. Perasan ini, entah perasan apa. Yang pasti, untuk bernafas pun seperti ada sekatan tak membenar selesa.

Asal buka buku, debaran makin kencang. Tak membaca langsung, lain pula kencangnya. Oh!

Maka tiga hari ini, sungguh refuse untuk buka buku. Tak tahu jenis penyakit apa melanda, tapi memang pegang dalam hati kejap lekat, enough with books! Walaupun tahu ilmu yang tak berapa nak ada belum hebat  terletak kemas dalam hati dalam minda, biar! Biar!

Sungguh bergantung pada apa yang dibebelkan dalam diskusi berkumpulan. Itu sahaja ilmu yang dipegang.

Maka, untuk menenangkan hati, malam periksa pergi Wakaf Che Yeh. Like what the heck malam exam pergi WCY? Like kau dah cukup hebat ke nak hadap esok dengan berfoya foya hari ni?

BIAR!

Bila mak ayah tanya tak apa ke nak exam esok? Berani sungguh berkeras, biar! Biar! Tak nak baca buku. Tak nak buat apa! Tak nak.

Macamlah pergi WCY tu tenang. Naik bergegar otak aku dengan manusia. Naik darah aku dengan manusia merata rata. Berjalan ke pasar malam Jumaat depan USM ni pun dah cukup buat aku migrain berjalan pegang dahi, inikan WCY?

Tak pe. Biar. Nak hilang stress jom buat kerja yang tak pernah rasa nak buat selama ni.

Betullah. Stress macam mana mana pun, baliklah pada tuhan. Baliklah pada DIA. Pada DIA ada tenang, ada cahaya, ada harapan.


I'm not going to ask more. YOU gave me more than enough Oo Allah






p/s: YOU give me nice friends too, Oo Allah.

Sunday, May 1, 2011

Friday, April 29, 2011

... [5]

When my patient cries,
My heart...














... is crying too!

Sindrom Penulisan Banyak Effort a.k.a Penulisan Akademik

1. Baca balik segala ayat akademik, rasa nak lempang diri sendiri sebab weh, kau tulis apa ni Huda!

2. Secara tiba tiba sangat berminat dengar radio hidustan, like what the heck? Hamkushuwei, hamkushhuwei, hamkushhuwei!

Apa wei wei?

3. Rasa pening kepala bila nak hadap semula satu satu perkataan. Awak ingat siapa orang yang tolong awak ni yang awak nak subjek subjek kan? Guna /participants/ tolong!

Oh, mana I tahu, jurnal lepas guna sujectsssssss! 

4. Mulalah, eh blog I ni bukan jurnal jugak ke? Aci tak nak hantar buat tesis! Phew! Lempang kang!



p/s: Migraaaaiiiinnnn!

Thursday, April 28, 2011

... [4]



I'm no longer expecting you to help me.
But, please...
Have heart and understand...

Monday, April 25, 2011

The Heart Is Saying

This entry gonna be a long entry (I think so). Ini luahan perasaan which is too heavy to be hold right now. As usual, I'm going to write it down and hoping, the burden will fly away.. away.. away.....

Saya stress. Stress. Saya takleh berfikiran berapa normal. Tapi syukur, orang orang sekeliling masih punya hati murni angkat saya bila saya jatuh. Hulur tangan bila saya tempang. Bagi bahu untuk saya tumpang sendu.

Nadiah. Atikah. Azah. Aimi. Izza. Riduan. Dan Dr. Rosdan, saya sayang anda banyak banyak. Terima kasih jadi pada wanita wanita ini kerana sudi jadi roomates saya. Macam tak sangka malam ni bilik saya sardin. Bilik single ada empat tetamu hadiahkan saya senyuman yang setiap malam sebelumnya, sebelum saya tidur mata saya hanya hold air mata.

Kadang kadang terburai juga. Selalunya tertidur dengan tekanan.

Moga perkampungan kuseharian pagi petang malam di Library membuahkan hasil. Meningkat sabar dan redha.


Saya sungguh sangat lambat nak catch up dengan segala nombor. Dulu masa sekolah, cikgu memang kena ajar one-to-one, tu pun memang saya dah berair mata payah sangat nak paham. Masuk sekolah menengah, senior pula jadi mangsa kena buat one-to-one session sebab lambat benar nak paham satu satu nombor. Kalau dah faham, shift sikit soalan terus saya tak boleh buat.

Bila belajar Learning Disability semester ni, saya rasa memang saya suffer dengan dyscalculia. Mungkin mild, moderate who knows? 

Masuk kelas menengah, fizik memang give up awal awal. Cikgu siap call rumah risau dalam kelas 5 Sains 4 (sekolah saya ada 8 kelas sains), bila saya satu satunya dapat 9/100 untuk add math. Fizik tak payah cakaplah. Budak yang pegang juara tak pernah lulus dalam kelas. Saya bukan tak usaha, tapi saya memang alah dengan nombor. Saya kena gila workout untuk dapat A1 math. Add math dapat C kira dah cukup handal lah tu. Itu pun berapa kali cikgu kena tepuk bahu puji kalau boleh buat, bagi kata semangat kalau saya dah mula tarik muka.

Masuk matrik, satu hal bila PASUM wajib ambil Fizik. Sengsara sekali lagi. Math memang kalau tutor tu tak muak tengok muka aku memang hebatlah sebab memang muka aku lah yang datang mengadap setiap minggu. Kalau dia ajar aku, dia tak guna nombor sebab memang sampai susah aku akan senyap geleng tak geleng.

Dia tukar segala nombor kepada bintang bulan bunga supaya dengan tanpa nombor, aku faham konsep. Syukurlah dapat C+. Okaylah semester 1 dapat C-. Tu pun separuh mati aku hadap nota, cari kawan bijak math.

Sungguh lame bila Biologi A, Kimia A, tiba tiba math C? Sangatlah...

Jadi bila saat ni, saat life universiti saya kena hadap semula nombor ni seorang diri, saya lost tengah dunia. Saya pandang skrin dan saya tak boleh nak capture apa saya tengah buat bila saya kena telan semua nombor bombor bertaburan. Saya tak boleh nak relate, nak pick up, nak translate, nak faham nombor nombor ni.

Saya pujuk hati, tak apa. Perlahan-lahan. Perlahan. Tapi masa hanya memberi opsyen menghambat saya berlari yang pada ketika ini merangkak pun belum tentu lagi.

Sepuluh kali saya baca, belum tentu saya mampu faham. Saya tak tahu ini disorder atau sekadar weakness sahaja. Tapi, cukuplah saya kata, saya sedih...

Keadaan terpaksa macam ni, buat saya tiada bahasa lagi untuk bicara. Takut juga untuk bersuara kerana yang keluar hanya akan yang kasar kasar sahaja. Oh...

Saya tak harap banyak dah. Selalunya bila saya buat kerja, saya hanya pegang dua prinsip, bermain untuk menang atau bukan bermain untuk kalah. Saya dah tak lalu nak hadap semua ni. Saya tak lalu dah. Saya tak lalu dengan perasaan takut yang sentiasa bersarang.

Saya tak peduli kalah menang sekarang. Yang saya peduli saya nak keluar dari sini walaupun saya sedih kena tinggalkan Prof. Din, Dr. Rosdan.

Saya tak sanggup dah nak telan perasaan akan digagalkan. Saya tak sanggup nak fikir benda benda negatif. Saya tak tertanggung dah. Dan saya sangat tabik mereka yang bangun semula selepas jatuh. Lagi saya kagum mereka kawan kawan saya yang medik masih tahan hati, belajar sabar dan redha tinggi.

Kalaulah saya...



Saya tak tipu kalau saya cakap sekarang saya tak larat nak telan lagi...





p/s: Thanks juga kepada Hadiah sebab jadi manusia paling rapat bila aku nak jauhkan diri dari manusia Speech Audio buat sementara. She was behind me in the picture.

Heart you, friend. :')

Wednesday, April 20, 2011

The Stress Life Begins Again

Semua orang tengah stress. Lecturers (I know they do), clinicians, friends and diri aku sendiri. I wont blame anybody kerana stress ini. I wont. Cuma terkadang ada juga rasa ralat. Tipulah kalau tidak, sebab dalam diri aku, aku carry satu perkataan, manusia. Cumanya, aku kena fikir cara menyelesaikan masalah.

Semua orang perlukan some space. Satu ruang untuk diri sendiri. Ruang yang kau tak perlu bermuka-muka. Ruang yang kau boleh hambur perasaan sendiri. Ruang yang kau tak akan rasa orang lain akan misinterprete. Ruang untuk kau bernafas tanpa meninggalkan segala infeksi pada hati.

Dan untuk space dan ruang, aku rasa benda yang paling mudah adalah dengan menjauhkan diri seketika dengan manusia.

Perkara yang paling mengharukan adalah dengan membuat keputusan ketika marah, dan membuat konklusi ketika sedih. Dua duanya, pada akhir keadaan, hanyalah penyesalan.



When I'm stressed out, I wanna be with nobody but babies! This is the only remedy. This is the only way. This is the only solution. 

Benda yang aku suka buat dengan bayi dan kanak kanak adalah bercerita dengan mereka. Bercerita, bercakap. Aku tak kisah diorang tak faham tapi aku akan teruskan bercakap. And I am blessed sebab rumah Azah ada banyak budak and everytime I can't cope with my stress, aku akan minta bermalam di rumah dia.

And above picture captured by Nadiah without I realized it. The pic is so natural and I heart it! Thanks NadNutella. When I asked the little Marisa dia dah makan ke? Mengantuk ke? Tengah buat apa? Suprisingly, this amazing little creature cakap macam macam in her own way (of course aku tak faham).

Oh!
Touched!






p/s: Kalau cerita pasal baby, sampai esok tak habis. Well, at least I'm smiling now.
p/s/s: Serius. How does it feels to be lone ranger eh?

Monday, April 18, 2011

Terkapai Ku Mencari

Andainya esok, bukan milikku lagi...

Disebabkan kita manusia, selalunya nilai baik dan buruk naik dan turun dan naik dan turun dan mohon jauh turun yang tidak naik naik lagi. 

Sejak dua menjak ini, apa yang aku baca, apa yang aku lihat, sesuatu yang tak dijangka telah banyak terjadi. Put aside bencana, dan pandanglah pada satu persatu panggilan Ilahi kadang kala asbabnya sungguh luar pemikiran normal.

Dua tiga hari ni, selepas menrima perkhabaran pemergian sahabatku dalam kemalangan di Gua Musang beberapa minggu lepas, sering terdetik aku bagaimana?

Kita bagaimana?
Bagaimana?

Kat sini, dunia ni, kalau susah ada orang disisi. Paling sikit ada mak ayah bergantung harap untuk ditolong, disayang, dikesat air mata, dan rasa tempat untuk selamat.

Nanti?
Nanti?
Nanti?





Nanti, kita akan jumpa lagi ke, mak?  Nanti, ayah akan selalu protect lagi ke? Nanti, mak ayah akan sayang lagi ke? Nanti.......

Sunday, April 17, 2011

Who's The Caller?

Dalam banyak banyak kenangan sukar mengumpul data demi tesis, ini satu satunya kenangan yang aku rasa paling berjaya mengusik rasa takut yang selalunya lebih peka kepada makhluk bernyawa dari makhluk mistik.

Disebabkan suntuknya masa, aku memilih untuk mengumpul data pada sebelah malam atas tiga kelebihan, aku free, para pembantu yang menjadi subjek juga menmpunya masa untuk membantu dan aku tak payah berebut klinik. Oh terharu kepada mereka yang mesej tanda untuk membantu. Sungguh touching oh.

Ada sekali dua clinician pesan, malam sila hati hati. Ada juga perkataan 'keras' disebut tapi aku ambil kisah tak kisah tak berapa nak ambil pusing.

Sesiapa yang pernah menjadi orag pertama masuk ke dalam lab audio, akan tahu gelap macam mana dan takut macam mana yang kau kena hadapi. Dan, pintu lab adalah automatik kunci apabila dia tertutup. Hari pertama, berjalan lancar. Hari kedua, masih lancar.

Maka secara tidak langsung, rasa gusar kepada makhluk 'itu' sedikit sebanyak terpadam. Hinggalah pada satu hari, aku kerling jam.. hampir 11 malam. Mata dah tak berapa nak celik, runsing juga silap hari bulan tertidur juga aku dalam (oh minta jauh!). Pujuk hati, tepat pukul 11, boleh balik.

"Kriiiiiiiiiiiiiiiiiinggggggg!"

Cepat aku bangun dan menuju ke dalam pejabat. Dah jadi trend aku, asal bunyi telefon dekat klinik, aku lah orang yang rajin angkat. 

"Krrrriiiiiiiiiiiiiiingggggggg!"

Elok je aku nak melangkah masuk, teru terdetik dalam hati.

"Siapa yang rajin nak call office pukul 11 malam?"

Elok je terdetik, terus telefon berhenti berdering. Terus jantung aku bagai nak pecah. Terus baca segala ayat Quran yang ingat. Terus perlahan-lahan kemas barang. Terus oh tolonglah kalau kau nak ganggu aku pun, kau janganlah tunjuk rupa kau. Walaupun handsome tiada tandingan, aku tetap pilih manusia untuk menjalinkan hubungan.

Oh.

Perkara paling menakutkan adalah nak tutup lampu yang mana perjalanan nak switch off lampu dengan pintu keluar adalah jauhhhhhhhhhhhh! Dan suis lampu adalah betul betul depan office. Istighfar panjang panjang bila terfikir kalau kalau lepas aku tutup lampu...?

"Pn. X, En. F, ada call office ke pukul 11 malam?"







"Tak ada,"

Friday, April 15, 2011

Senonoh!


NajemPoyo. Reen. Izzazibang. AzahHia. Zu. Izzah. WanDodot.
HudaComam. IkaYukiko. Ecah. Laili.
NadNuttella.



Haruslah yang buat perangai tak senonoh sekali tu aku.

Harmoninya Kita!

Wohooo. Sekarang musim exam. Bukan undergrad je exam, hak post grad pun ramai. Pergi library, balik balik nampak muka yang sama jah. Huks. Kalau tak nampak doktor Iran, nampak doktor Yaman, tak pun Nigeria (eh macam ni ke eja?). Doktor Malaysia ramai gaks, cumanya hidung doktor Malaysia tak mancung, jadi tak berapa nak attract attention. Hek hek hek. Kacak kurang. Eh?

Aku pun nak exam jugok awok. First papr 19 April. Inilah exam pertama yang aku rasa macam tak exam sebab segala macam kerja masih berjujuk di belakang atas bawah bahu. Macam, weh.. kau ni nak final exam final year ke tak?

Apa nak buat. Allah sayangkan aku lebih. Heee. :)

Bila dah masuk library haruslah yang conquer meja segabak alam adalah aku sorang. Mana boleh share share. Mana boleh meja kecik kecik. Strategi haruslah meja yang mempunya seluas pemandangan library. Maka mata boleh cepat capture manusia kacak. Ops.

Tapi bila dah duduk tengah alam macam tu, mulalah bila nampak doktor ni, doktor tu.. err aku pernah jumpa doktor ni kat mana eh? Ortho? TB? Emergency? MRI? XRAY? Medical? ORL (Tipu gila kau tak kenal Huda oiii!)

Bila dah besar besar ni, okay ye faham, bila dah tua tua ni, terasa sangat nak jaga bonding dengan sekalian doktor dan nurses. Sebab besok besok, kau tak nampak tak jumpa muka lain dah. Muka ni juga.

Antara doktor yang aku jaga sangat, adalah doktor ORL. Dah nama pun doktor telinga. Tak ke mana dah patient aku nak refer kalau bukan kat pakar ni sorang. Dan syukur, setakat ni, hubungan (hubungan?) errr.. ukhwah aku dengan ORL doctors masih dalam tahap cemerlang.

Kiranya kalau aku nak melawak aku comel pun depa boleh gelak ah. Tak pun depa nak melawak aku lagu lagu mana aku boleh gelak. Kira kalau aku perlukan pertolongan dan dan tu boleh terus call. And kalau doktor doktor ni nak pinjam nota nota aku kira aku tak segan langsunglah nak kasi walau nota aku tu penuh dengan lukisan komik tanda sleepy gila dalam kelas.

Kira okaylah kan? Walaupun aku malu gila ohh bila aku selak nota lama ada tulis Huda LOVE ________. Apakah?

Alaaa, kau tulis nama lelaki kau minat pastu kau tulis nama kau pastu kau potong potong huruf ada nombor pastu kau pun kira F.L.A.M.E (Friend, Love, A (amenda ntah), Married, Enemy). Pathetic gila.

Entah apa apa. Aku nak cerita pasa bonding.

Bila kau ada hubungan atau ukhwah yang bagus, kau nak minta tolong senang, kau minta ditolong pun kau tak berat hati.

Contohnya aku dengan doktor ORL terutamanya. Kalau dah kena duduk klinik observe, haruslah datang awal dari biasa. Dah datang awal patient belum panggil, macam tak munasabah kau senyap dia senyap, ni klinik ke rumah mayat? Tapi bila bonding kau bagus, oh nak mulakan kerja sangatlah gembira!

Macam pernah aku baca kata kata ni.

Pilih kerja yang kau suka, maka seumur hidup kau tak perlu bekerja!

Kira macam aku nak jadi ginilah. Bila part patient masuk, kau nak tanya soalan sekarung guni pun tak apa. Kau nak tanya soalan paling bodoh atas dunia pun, tak ada hal. Tak adanya diorang nak judge kau macam macam. Kan kata rakan satu geng. Teheee.

Macam juga diorang datang klinik aku. Diorang tak akan rasa rendah diri pun nak tanya aku. Kenapa nak rendah diri? Of courselah weii.. aku student kot. Grad pun belum lagi. Dia dah nak tahap specialist, haruslah jaga ego.

Tapi! Itu tak berlaku dengan adanya bonding yang cun!

And satu hal. Dengan bonding yang cun, kau tak akan segan meminta kerana kita saling memerlukan. Bila nampak aku duduk tengah library dengan meja penuh kertas, tapi masih rasa bila baca buku ohhh apa aku baca nih. Maka beliau datang merapati aku.

"Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam,"
"How are you?"

Ololololololololo.

"I need your help,"
"Sure. What can I help?"
"I can't understand bla bla bla. And in the clinic what will you do bla bla bla. Does hearing impaired patient bla bla bla,"
"I'm so much sorry I can't remember much. I learnt that during my second year, and now I'm forth year. Too old to hold still every single words, but still cute for sure. Hahahhaa. Don't worry I'll find the book for you. Come,"


Comel tak aku?
Eh?

Monday, April 11, 2011

... [3]

Aku rasa ada sudut dekat hati aku terkoyak sikit. Namun koyakan itu makin melebar. Aku rasa ni semua pasal kerja banyak tak siap. Pastu exam minggu depan. Nota buku haram nak jenguk sebab asal nak baca, ingat kerja. Asal nak buat kerja, ingat nak baca!















Dem!

Thursday, April 7, 2011

Heart Breaking

First year 'head nodding' lab lecture. :P

First year dinner (or sahur?)

First year Family Day!


When everyone is still fresh, innocent, united, together.. It's heart breaking to feel the moment when we need to separate in each different way, sooner or later. Well, we're not leaving each other for truth. We just passed by and accidentally met.

Every year, the number written on our name tag, changed. So does our heart. But the only thing remains still is the memory we hold for these four years journey. I don't know how okay I can make it after facing all sorts of unique obstacles but I can promise one thing, each of you... will never fade away...

First year attending the horror OSCE.


p/s: I miss the old days. :'(

Monday, April 4, 2011

... [2]



When I needed you the most...
The most..
The most....

For the best,
And for the worst,

Forever will be at my side..
Mom and dad..

Saturday, April 2, 2011

...









Ya Allah, 
Sekeping hati ini,
Mohon kau kuatkan.

Thursday, March 31, 2011

Come To Me Now!

Oh, why you look sad?
Tears are in your eyes,
Come on and come to me now.

Don't be ashamed to cry,
Let see me you through,
Cause I've seen the dark side too.

When the night falls on you,
You don't know what to do,
Nothing you confess,
Could make me love you less.

I'll stand by you,
I'll stand by you,
Wont let nobody hurts you,
I'll stand by you...

~The Pretenders


***

Bagi aku masa untuk melakar cerita. Kadang kala, aku rasa biarlah aku tidak tahu dari tahu yang mengundang pilu. Satu ketika dulu, aku tidak tahu kau ke sini menatap satu persatu baris kata. Hingga satu waktu, aku tahu kau punya masa datang menjenguk membaca. 

Kemudian, hari berganti dan aku lupakan segala. Segala dan semua. Semua dan seterusnya. Namun dalam segala kelupaan, aku setia pada hormat aku coretkan. Lakaran hormat kekal walau dalam ragu curiga. Setiap kerutan kening hanyalah berbeza pada dimensi percaya. Sejuta jalan mengharung lain, hujungnya masih sama. Satu. Dan satu satunya.

Entah. Mungkin ingin sembunyi yang satu itu, satu yang lain terpaksa aku reka. Silapnya ada. Mahu mohon agar jangan salah sangka, sudah jauh merentas masa. Pilihan yang ada, hanya telan semuanya.

Ingin sekali menghulur maaf, namun maaf untuk apa? Ingin sekali menjelas segala, namun atas salah yang bagaimana? Ingin sekali merayu jangan ralat, namun pada yang manakah aku silap? Ingin sekali bertutur aku bukan begitu, namun aku tidak tahu yang manakah yang kau tahu.

Oh.

Pada lain kau. 
Pada pelik kau. 
Pada angkuh kau. 
Pada ego kau. 




Never apologize for showing feeling. 
 When you do so, you apologize for the truth. 
 ~Benjamin Disraeli