Haila haih!
Betullah kan, setiap orang ada kelemahan dan kelebihan dia sendiri. Kelemahan terbesar aku adalah apa sahaja yang berkaitan dengan nombor dan arah. Atau senang cerita, jangan kau harapkan aku untuk membaca peta.
Kadang kala aku rasa otak anugerah Allah kepada diri aku ni hebat. Of course lah semua orang hebat. Eh, jap. Ni blog aku kan? Hohoho.
Aku senang cam orang dan aku ingat muka dia. Aku ingat yang betul betul ingat sampai kalau tengah jalan aku boleh terberhenti dan tegur dulu like what? Pastu kalau terserempak tak agak agak nak fikir dulu, pakai tegur je. Ah.
Aku tak tahu apa jenis atau nama bagi kondisi ini, tapi bila ia berlaku, it just happens. Macam tu.
Aku keluar makan malam, as always dengan one of my best friends, Hadiah. Tengah tengah jalan aku berselisih dengan seorang lelaki dan aku terpandang muka dia dan aku terberhenti dan aku senyum sebab yakin gila aku kenal lelaki tu dan aku yakin dia kenal aku. Macam ada kena mengena atau pernah terlibat dalam satu program sekali. Macam tu lah.
"Macam kenal?"
Dia tengok aku.
"HKB ke?"
Dia tengok lagi.
"Tak,"
"Errr? Tak pelah. Babai,"
Aku memang gila yakin aku kenal dan sampai saat ni aku cuba recall dekat mana aku jumpa namun masalah besarnya... AKU TAK INGAT!
I know him. I know him. I know him! Argh!
Tua benar dah aku ni.
2 comments:
sama lah kite..senang ingat muka..tp ksol jugak senang igt arah..hehe
aritue gi wayang..sorang laki tegur..
cam kenal..ksol pun cakap cam kenal
pastu, dua2 tak tau kenal kat mana..haha
tapi rase kenal dia masa MRSM dulu..tapi dia bukan orang kulim..musykil tul
Hahahhaha. Kak sol, jodoh ke? :P
Post a Comment