Monday, April 25, 2011

The Heart Is Saying

This entry gonna be a long entry (I think so). Ini luahan perasaan which is too heavy to be hold right now. As usual, I'm going to write it down and hoping, the burden will fly away.. away.. away.....

Saya stress. Stress. Saya takleh berfikiran berapa normal. Tapi syukur, orang orang sekeliling masih punya hati murni angkat saya bila saya jatuh. Hulur tangan bila saya tempang. Bagi bahu untuk saya tumpang sendu.

Nadiah. Atikah. Azah. Aimi. Izza. Riduan. Dan Dr. Rosdan, saya sayang anda banyak banyak. Terima kasih jadi pada wanita wanita ini kerana sudi jadi roomates saya. Macam tak sangka malam ni bilik saya sardin. Bilik single ada empat tetamu hadiahkan saya senyuman yang setiap malam sebelumnya, sebelum saya tidur mata saya hanya hold air mata.

Kadang kadang terburai juga. Selalunya tertidur dengan tekanan.

Moga perkampungan kuseharian pagi petang malam di Library membuahkan hasil. Meningkat sabar dan redha.


Saya sungguh sangat lambat nak catch up dengan segala nombor. Dulu masa sekolah, cikgu memang kena ajar one-to-one, tu pun memang saya dah berair mata payah sangat nak paham. Masuk sekolah menengah, senior pula jadi mangsa kena buat one-to-one session sebab lambat benar nak paham satu satu nombor. Kalau dah faham, shift sikit soalan terus saya tak boleh buat.

Bila belajar Learning Disability semester ni, saya rasa memang saya suffer dengan dyscalculia. Mungkin mild, moderate who knows? 

Masuk kelas menengah, fizik memang give up awal awal. Cikgu siap call rumah risau dalam kelas 5 Sains 4 (sekolah saya ada 8 kelas sains), bila saya satu satunya dapat 9/100 untuk add math. Fizik tak payah cakaplah. Budak yang pegang juara tak pernah lulus dalam kelas. Saya bukan tak usaha, tapi saya memang alah dengan nombor. Saya kena gila workout untuk dapat A1 math. Add math dapat C kira dah cukup handal lah tu. Itu pun berapa kali cikgu kena tepuk bahu puji kalau boleh buat, bagi kata semangat kalau saya dah mula tarik muka.

Masuk matrik, satu hal bila PASUM wajib ambil Fizik. Sengsara sekali lagi. Math memang kalau tutor tu tak muak tengok muka aku memang hebatlah sebab memang muka aku lah yang datang mengadap setiap minggu. Kalau dia ajar aku, dia tak guna nombor sebab memang sampai susah aku akan senyap geleng tak geleng.

Dia tukar segala nombor kepada bintang bulan bunga supaya dengan tanpa nombor, aku faham konsep. Syukurlah dapat C+. Okaylah semester 1 dapat C-. Tu pun separuh mati aku hadap nota, cari kawan bijak math.

Sungguh lame bila Biologi A, Kimia A, tiba tiba math C? Sangatlah...

Jadi bila saat ni, saat life universiti saya kena hadap semula nombor ni seorang diri, saya lost tengah dunia. Saya pandang skrin dan saya tak boleh nak capture apa saya tengah buat bila saya kena telan semua nombor bombor bertaburan. Saya tak boleh nak relate, nak pick up, nak translate, nak faham nombor nombor ni.

Saya pujuk hati, tak apa. Perlahan-lahan. Perlahan. Tapi masa hanya memberi opsyen menghambat saya berlari yang pada ketika ini merangkak pun belum tentu lagi.

Sepuluh kali saya baca, belum tentu saya mampu faham. Saya tak tahu ini disorder atau sekadar weakness sahaja. Tapi, cukuplah saya kata, saya sedih...

Keadaan terpaksa macam ni, buat saya tiada bahasa lagi untuk bicara. Takut juga untuk bersuara kerana yang keluar hanya akan yang kasar kasar sahaja. Oh...

Saya tak harap banyak dah. Selalunya bila saya buat kerja, saya hanya pegang dua prinsip, bermain untuk menang atau bukan bermain untuk kalah. Saya dah tak lalu nak hadap semua ni. Saya tak lalu dah. Saya tak lalu dengan perasaan takut yang sentiasa bersarang.

Saya tak peduli kalah menang sekarang. Yang saya peduli saya nak keluar dari sini walaupun saya sedih kena tinggalkan Prof. Din, Dr. Rosdan.

Saya tak sanggup dah nak telan perasaan akan digagalkan. Saya tak sanggup nak fikir benda benda negatif. Saya tak tertanggung dah. Dan saya sangat tabik mereka yang bangun semula selepas jatuh. Lagi saya kagum mereka kawan kawan saya yang medik masih tahan hati, belajar sabar dan redha tinggi.

Kalaulah saya...



Saya tak tipu kalau saya cakap sekarang saya tak larat nak telan lagi...





p/s: Thanks juga kepada Hadiah sebab jadi manusia paling rapat bila aku nak jauhkan diri dari manusia Speech Audio buat sementara. She was behind me in the picture.

Heart you, friend. :')