Dalam banyak banyak kenangan sukar mengumpul data demi tesis, ini satu satunya kenangan yang aku rasa paling berjaya mengusik rasa takut yang selalunya lebih peka kepada makhluk bernyawa dari makhluk mistik.
Disebabkan suntuknya masa, aku memilih untuk mengumpul data pada sebelah malam atas tiga kelebihan, aku free, para pembantu yang menjadi subjek juga menmpunya masa untuk membantu dan aku tak payah berebut klinik. Oh terharu kepada mereka yang mesej tanda untuk membantu. Sungguh touching oh.
Ada sekali dua clinician pesan, malam sila hati hati. Ada juga perkataan 'keras' disebut tapi aku ambil kisah tak kisah tak berapa nak ambil pusing.
Sesiapa yang pernah menjadi orag pertama masuk ke dalam lab audio, akan tahu gelap macam mana dan takut macam mana yang kau kena hadapi. Dan, pintu lab adalah automatik kunci apabila dia tertutup. Hari pertama, berjalan lancar. Hari kedua, masih lancar.
Maka secara tidak langsung, rasa gusar kepada makhluk 'itu' sedikit sebanyak terpadam. Hinggalah pada satu hari, aku kerling jam.. hampir 11 malam. Mata dah tak berapa nak celik, runsing juga silap hari bulan tertidur juga aku dalam (oh minta jauh!). Pujuk hati, tepat pukul 11, boleh balik.
"Kriiiiiiiiiiiiiiiiiinggggggg!"
Cepat aku bangun dan menuju ke dalam pejabat. Dah jadi trend aku, asal bunyi telefon dekat klinik, aku lah orang yang rajin angkat.
"Krrrriiiiiiiiiiiiiiingggggggg!"
Elok je aku nak melangkah masuk, teru terdetik dalam hati.
"Siapa yang rajin nak call office pukul 11 malam?"
Elok je terdetik, terus telefon berhenti berdering. Terus jantung aku bagai nak pecah. Terus baca segala ayat Quran yang ingat. Terus perlahan-lahan kemas barang. Terus oh tolonglah kalau kau nak ganggu aku pun, kau janganlah tunjuk rupa kau. Walaupun handsome tiada tandingan, aku tetap pilih manusia untuk menjalinkan hubungan.
Oh.
Perkara paling menakutkan adalah nak tutup lampu yang mana perjalanan nak switch off lampu dengan pintu keluar adalah jauhhhhhhhhhhhh! Dan suis lampu adalah betul betul depan office. Istighfar panjang panjang bila terfikir kalau kalau lepas aku tutup lampu...?
"Pn. X, En. F, ada call office ke pukul 11 malam?"
"Tak ada,"
No comments:
Post a Comment