Monday, April 18, 2011

Terkapai Ku Mencari

Andainya esok, bukan milikku lagi...

Disebabkan kita manusia, selalunya nilai baik dan buruk naik dan turun dan naik dan turun dan mohon jauh turun yang tidak naik naik lagi. 

Sejak dua menjak ini, apa yang aku baca, apa yang aku lihat, sesuatu yang tak dijangka telah banyak terjadi. Put aside bencana, dan pandanglah pada satu persatu panggilan Ilahi kadang kala asbabnya sungguh luar pemikiran normal.

Dua tiga hari ni, selepas menrima perkhabaran pemergian sahabatku dalam kemalangan di Gua Musang beberapa minggu lepas, sering terdetik aku bagaimana?

Kita bagaimana?
Bagaimana?

Kat sini, dunia ni, kalau susah ada orang disisi. Paling sikit ada mak ayah bergantung harap untuk ditolong, disayang, dikesat air mata, dan rasa tempat untuk selamat.

Nanti?
Nanti?
Nanti?





Nanti, kita akan jumpa lagi ke, mak?  Nanti, ayah akan selalu protect lagi ke? Nanti, mak ayah akan sayang lagi ke? Nanti.......

No comments: