Ayah aku volunteer mengajar dekat masjid depan rumah setiap Isnin dan Selasa. Isnin untuk muslimin dan Selasa untuk muslimat.
Mati kutu aku duduk rumahmacam ni. Aku bukannya rajin benar nak jadi surirumah dan aku bukanlah manusia suka goyang kaki. Masa masa macam ni dan sibuk rindu sibuk USM. Huuu.
Aku tak berapa nak biasa duduk Selangor or KL. Aku rasa macam ni bukan tempat aku. Macam aku datang melawat sini. Beg kotak semua belum habis unpacked. Bayanglah dah berapa hari sampai rumah masih tak sedar diri yang aku balik like for good. Wohaaaaa.
Aku harap dan berdoa agak semua jalan dimudahkan. Amiin.
Buat masa yang berlebih lebih, nak buka berus kertas dan pensil warna pun belum mahu. Malas benar gayanya. Malas semalas malasnya. Nak sambung belajar boleh tak. Belajar yang formally. Entah bila nak ada life pun tak tahu. Lifeless. Dull. Oh.
Ayah aku dah banyak pesan, mulai sekarang aku kena mula bermasyarakat. Hidup aku bukan lagi asrama-USM-klinik. Hidup aku dah melangkah masuk dewasa yang memerlukan aku kenal jiran tetangga. Alahai bapa aku. Tapi kalau nak ingat, aku memang tak berapa nak keluar rumah.
Sebab aku rasa macam aku punya tempat bukan kat sini.
Hmm.
Namanya aku nak pergi kenduri kahwin tu memang taklah kalau tak kena paksa. Pertama, aku tak suka tempat ramai orang. Kedua, aku tak berapa gemar jawab soalan. Lagi lagi soalan aku malas jawab. Sebab kalau manusia baya baya aku, kalau aku tak nak jawab, aku senyum senyap. Bila bermasyarakat ni, mana mana kau jawab pun ada je soalannya seterusnya.
Macam;
Bila nak kerja?
Buat apa sekarang?
Bila nak kahwin?
Dan ketiga, aku tak terasa dunia.
Ohhhhhhhh!
Aku bukannya pendiam sangat. In fact aku bising. Cumanya, entah.
Disebabkan ayah aku dah bising suruh kenal masyarakat, kenal orang-orang persekitaran dan bersempena dia mengajar muslimat semalam maka arahan mandatori bermula.
"Malam ni ayah mengajar, datang,"
"Hmmm,"
"Pergi dengan adik,"
"Hmmm..."
"Dok hmm hmmm tu, pergi. Kenal sikit orang sekeliling,"
"Hmmmm,"
Dan dan tu aku sibuk kemas barang malam tu. Satu bilik aku punggah tapi separuh jalan sebab saat aku tulis entry ni, bilik aku tak ubah tongkang pecah. Bukan takat bilik aku je, bilik mak pun. Ehee. Nasib adik aku rajin nak hulur tangan.
"Weh dik, ayah mengajar kau pergi ke selama ni?"
"Mana ada. Ayah tak ajak pun. Ni sebab kaulah ni. Adik yang kena ikut jugak,"
"Apsal lak?"
"Ye ah. Kau tu tak reti nak bermasyarakat,"
"Ceh,"
Kau ingat aku pergi?
Creditted here. |
Haruslah tidak.
No comments:
Post a Comment