Wohooo. Sekarang musim exam. Bukan undergrad je exam, hak post grad pun ramai. Pergi library, balik balik nampak muka yang sama jah. Huks. Kalau tak nampak doktor Iran, nampak doktor Yaman, tak pun Nigeria (eh macam ni ke eja?). Doktor Malaysia ramai gaks, cumanya hidung doktor Malaysia tak mancung, jadi tak berapa nak attract attention. Hek hek hek. Kacak kurang. Eh?
Aku pun nak exam jugok awok. First papr 19 April. Inilah exam pertama yang aku rasa macam tak exam sebab segala macam kerja masih berjujuk di belakang atas bawah bahu. Macam, weh.. kau ni nak final exam final year ke tak?
Apa nak buat. Allah sayangkan aku lebih. Heee. :)
Bila dah masuk library haruslah yang conquer meja segabak alam adalah aku sorang. Mana boleh share share. Mana boleh meja kecik kecik. Strategi haruslah meja yang mempunya seluas pemandangan library. Maka mata boleh cepat capture manusia kacak. Ops.
Tapi bila dah duduk tengah alam macam tu, mulalah bila nampak doktor ni, doktor tu.. err aku pernah jumpa doktor ni kat mana eh? Ortho? TB? Emergency? MRI? XRAY? Medical? ORL (Tipu gila kau tak kenal Huda oiii!)
Bila dah besar besar ni, okay ye faham, bila dah tua tua ni, terasa sangat nak jaga bonding dengan sekalian doktor dan nurses. Sebab besok besok, kau tak nampak tak jumpa muka lain dah. Muka ni juga.
Antara doktor yang aku jaga sangat, adalah doktor ORL. Dah nama pun doktor telinga. Tak ke mana dah patient aku nak refer kalau bukan kat pakar ni sorang. Dan syukur, setakat ni, hubungan (hubungan?) errr.. ukhwah aku dengan ORL doctors masih dalam tahap cemerlang.
Kiranya kalau aku nak melawak aku comel pun depa boleh gelak ah. Tak pun depa nak melawak aku lagu lagu mana aku boleh gelak. Kira kalau aku perlukan pertolongan dan dan tu boleh terus call. And kalau doktor doktor ni nak pinjam nota nota aku kira aku tak segan langsunglah nak kasi walau nota aku tu penuh dengan lukisan komik tanda sleepy gila dalam kelas.
Kira okaylah kan? Walaupun aku malu gila ohh bila aku selak nota lama ada tulis Huda LOVE ________. Apakah?
Alaaa, kau tulis nama lelaki kau minat pastu kau tulis nama kau pastu kau potong potong huruf ada nombor pastu kau pun kira F.L.A.M.E (Friend, Love, A (amenda ntah), Married, Enemy). Pathetic gila.
Entah apa apa. Aku nak cerita pasa bonding.
Bila kau ada hubungan atau ukhwah yang bagus, kau nak minta tolong senang, kau minta ditolong pun kau tak berat hati.
Contohnya aku dengan doktor ORL terutamanya. Kalau dah kena duduk klinik observe, haruslah datang awal dari biasa. Dah datang awal patient belum panggil, macam tak munasabah kau senyap dia senyap, ni klinik ke rumah mayat? Tapi bila bonding kau bagus, oh nak mulakan kerja sangatlah gembira!
Macam pernah aku baca kata kata ni.
Pilih kerja yang kau suka, maka seumur hidup kau tak perlu bekerja!
Kira macam aku nak jadi ginilah. Bila part patient masuk, kau nak tanya soalan sekarung guni pun tak apa. Kau nak tanya soalan paling bodoh atas dunia pun, tak ada hal. Tak adanya diorang nak judge kau macam macam. Kan kata rakan satu geng. Teheee.
Macam juga diorang datang klinik aku. Diorang tak akan rasa rendah diri pun nak tanya aku. Kenapa nak rendah diri? Of courselah weii.. aku student kot. Grad pun belum lagi. Dia dah nak tahap specialist, haruslah jaga ego.
Tapi! Itu tak berlaku dengan adanya bonding yang cun!
And satu hal. Dengan bonding yang cun, kau tak akan segan meminta kerana kita saling memerlukan. Bila nampak aku duduk tengah library dengan meja penuh kertas, tapi masih rasa bila baca buku ohhh apa aku baca nih. Maka beliau datang merapati aku.
"Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam,"
"How are you?"
Ololololololololo.
"I need your help,"
"Sure. What can I help?"
"I can't understand bla bla bla. And in the clinic what will you do bla bla bla. Does hearing impaired patient bla bla bla,"
"I'm so much sorry I can't remember much. I learnt that during my second year, and now I'm forth year. Too old to hold still every single words, but still cute for sure. Hahahhaa. Don't worry I'll find the book for you. Come,"
Comel tak aku?
Eh?
No comments:
Post a Comment