Monday, May 31, 2010

Huda Pencuri?

Kontroversi gila tajuk tapi itulah yang berlaku. Aku pun naik confuse, heh aku duduk Kuala Lumpur ke sekarang ni? Hadei. Aku ingat aku anak menteri, rupanya? Muka pencuri! Busuk nama aku tak pasal-pasal. Heh.
---

Tadi keluar berjalan ke Mid Valley bersama Azah buang masa dek supervisor bercuti. Selamat sehari aku dari bekerja. Hek hek. Masa nak masuk solat zohor, ada seorang wanita pertengahan 30-an tengok aku dengan pandangan yang satu macam.

Tapi aku biarkan dan terus bersolat zohor.

Usai aku solat, wanita tak bertudung itu masih kekal di situ dan pandang aku makan. Aku jadi pelik tapi aku biarkan. Aku fikir barangkali dia pelik sebab aku solat dan duduk antara dua sujud nampak tidak stabil.

Barangkalilah.


"Adik, nama apa?"
"Kenapa?"
"Nama apa?"
"Huda,"
"Tengok IC,"


Apahal pula nak tengok IC aku. AKu dah ada bau-bau cuak sikit tapi haruslah aku buat muka bertenang. Kalau aku kalut, Azah pasti lebih pucat. Yang penting, bertenang. Memang nak jadi ceritalah kan aku tak bawa IC. Oh, memang selalu aku jarnag bawa IC keluar jalan. Semakin melenggang kangkung, semakin aku suka. Sebab tu aku pelik gila kenapa orang suka bawa beg besar. 


"Maaflah IC tak bawa. Lesen ada,"
"IC tak bawa?"


Gila sinis dia punya muka macam aku ni taraf PATI!

"Sini kejap, keluar. Sila bagi kerjasama,"

Agak-agak aku harus ikut ke tak? Aku ni dalam hati, kak oi, saya bukan anak menteri nak culik. Mak ayah saya bukan jutawan atau hartawan atau segala 'wan' yang menunjukkan kaya raya tahap duit buang buang tepi jalan. Akak silap orang ni.


"Tapi kenapa?"
"Keluarlah. Kami nak minta kerjasama,"

Aku suruh Azah bersiap cepat sebab aku risau kalau aku kena culik, at least Azah nampak orang nak culik aku. Gila poyo rasa nak kena culik. Hek hek hek.

"Awak kenal ni gambar siapa?"
"Err. Tak. Kenapa?"
"Bukan awak?"
"Kenapa saya?"
"Saya nak minta kerjasama je ni. jangan marah,"
"Kenapa? Saya tak marah. Ada kecurian ke?"
"Saya tak tuduh awak. Saya cuma nak kerjasama,"
"Tak apa,"

Lepas tu dia panggil security bernama Faez dekat security-security lain. Security lain tengok aku memang bajet oooo, inilah pencurinya! Hadei. Hadei. Hadei. Terus rasa busuk gila nama aku. Tapi, aku gelak gelak je. Masa ni lah nak mengaplikasi kalau tak salah buat apa nak takut.

Bila aku gelak-gelak, security lain macam aik, pahal kau gelak?

Hahhahahhaha. Sudahnya salah orang. Nasiblah aku cool dan comel buat bodoh je dan gelak-gelak cute. Cuba kalau aku jadi Incridible Hulk?

---

Serius aku rasa Kuala Lumpur bukan lagi tempat aku. Aku dari stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) masuk MidValley, tapi bila nak keluar jenuh aku pusing keluar mana-mana pintu. Kekaaaaaaal tak jumpa!

"Encik, nak tanya boleh?"
"Ya, boleh saya bantu?"
"Saya tahu soalan saya bunyi bodoh, tapi kat mana eh pintu keluar ke KTM?"
"Kat tingkat atas, dik,"

Hak hak hak hak hak hak. Malu! Ni nak pindah negeri ni!


p/s: Apsal Shrek 3D aku tengok tak best eh teknologi dia? Biasa je. Huuuu.
p/s/s: Jalan-jalan kat Toy City demi mencari mainan klinikal Prof Din. Gila banyak mainan sampai aku yang teruja lebih. Kalau ada anak esok esok, haruslah aku yang mainnnnnnnn over! Advance kan mainan budak budak sekarang?




Suka gila lagu ni sekarang!


Got to fight another fight
I gotta run another night
Get it out, check it out
I'm on my way and I don't feel right
I gotta get me back
I can't be beat and that's a fact
It's OK I'll find a way
You ain't gonna take me down no way

Don't judge a thing until you know what's inside it
Dont' push me, I'll fight it
Never gonna give in, never gonna give it up no
If you can't catch a wave then your'e never gonna ride
You can't come uninvited
Never gonna give in, never gonna give up no
You can't take me I'm free

Why did it all go wrong?
I wanna know what's going on
And what's this holding me?
I'm not where I supposed to be
I gotta fight another fight
I gotta fight will all my might
I'm getting out , so check it out
Ya, you're in my way
So you better watch out


Pesanan Besar: Sabar sabar sabar sabar!


Friday, May 28, 2010

Apa Dia?


Cuba teka apa ini?






Hardest Part

I guess this was the hardest part after being a practical student for two weeks.

Underestimation


"Saya Huda, saya praktikal dekat sini. Dan ni supervisor saya,"
"Ha, ni saya nak tegur. Sistem hospital ni bla bla bla. You tadi ambil kad ada tengok dulu nama mana you panggil? Ada? I tengok you main ambil je? Sistem ni bla bla bla,"
"Maaflah, salah saya kot saya tak perasan ambil kad tu. Tapi, sistem hospital sini, setiap kali patient sampai, ada masa. Jadi kami ambil patient berdasarkan siapa sampai dulu,"
"I tak nampak pun you buat macam tu tadi?"
"Maaflah, salah saya kot,"


Senyum. 


"You student? Entah apalah korang nak buat dengan saya ni,"
"Tak apa, Insyallah tak jadi apa-apa,"


Senyum.


"Ni pertama kali datang ke?"
"Aah. Hah, tanyalah nak tanya apa,"


Senyum. (Dalam hati, macam ni kan student kena layan. Encik, saya setahun dah praktikal, ni tukar tempat je).


"Encik bla bla bla?"
"Ye.. bla bla bla,"
"Ada pening tak? Bukan pening biasa. Ini pening yang nampak dunia berpusing,"
"Ada. Dulu. Vertigo sekali. You tahu ke vertigo tu apa?"


Senyum. Dalam hati, alahai encik, saya mengadap setahun pasal penyakit ni. Tak apa lagi. Encik, manusia yang encik anggap tak tahu vetigo ni lah yang suffer penyakit ni bertahun-tahun.


"Tahu. Ada ambil ubat apa ye?"
"Entah. I lupa, I tak ingat dah lama. I've many appointments with that sekian sekian doktor,"
"Oh. Okay. Saya tengok telinga encik ye,"
"You pakai tu you tak cuci tak? You main cucuk je telinga patient mana-mana, lepas tu you cucuk telinga I. Nanti I balik tak pasal-pasal dapat infection,"


Tarik nafas panjaaaaaaaaaaaaaaaaaang!

"Encik jangan risau. Kami belajar prevention of spreading disease. Scope ni, setiap kali patient bertukar, kami tukar hujung dia. Kalau tak cukup, kami cuci dan swab dengan alcohol. Insyallah tak ada apa,"

Senyum.

"You jangan buat eksperimen sudahlah,"

Senyum.

Ya. Dengan senyum dan menjawab secara lembut, sopan dan teratur (yang memang bukan sifat aku), akhirnya pesakit aku yang satu ini mula berbual mesra. Tanya aku orang Melaka ke sebab cakap macam Melaka. Bila cakap tak, dan dan tu tanya aku orang Johor ke?

Praktikal kat mana? Oh jauhnya Kelantan. Bila habis? Bla bla bla. Pak cik ada anak lelaki ke nak jodohkan dengan saya?

Oh tak apalah. Kalau ada pun sebab pak cik dan underestimate saya, tsk tsk tsk sendiri jawablah.

Marah

Ada satu test ni memerlukan pesakit tidur; Auditory Brainsten Response (ABR). Biasanya, semua pesakit yang akan melalui ujian ini, kami akan sedate/tidurkan dahulu. Kecuali pesakit yang sangat tak cooperative dan tak tidur walaupun dah di sedatekan. Maka, terpaksalah pesakit ini masuk ubat pelali melalui IV line.

Aku jumpa seorang ibu sedang menidurkan anaknya masa aku handle patient lain. Aku senyum dan beramah-tamah.


"Susah nak tidurkan eh?"
"Tu lah,"
"Dah makan ubat?"
"Tak, I nak tidurkan secara normal,"


Aku dah kerut kening. Kalau tidur normal nanti patient tersedar tengah buat ujian, susah. Dan selalunya bila tersedar test akan prolong which patient kena datang for next appointment dan itu adalah membuang masa dan melambatkan proses diagnosis. Tapi, mungkin anak dia kalau tidur terus deep kot. Sedapkan hati.

Elok nak run test, memang dah kata tadi; pesakit bangun.

Tak pasal-pasal mak dia mengamuk salahkan kami yang pelajar. Tak reti buat sampai anak dia jaga. Ewah ewah, sebelum ni dah berpuluh patient kami buat, tak ada masalah pun?

Ok fine, kitorang pelajar, tapi perlu ke sampai nak mengamuk menjerit jerit bagai nak biar satu hospital dengar? Tak ada adab! Encik puan, ini hospital kerajaan, pesakit ramai. Kalau encik rasa penat menunggu, kami lagi letih merawat! Tolonglah ada sabar.

Yang kau nak tidurkan secara normal bila orang nak sedate juga, kau tak nak mengamuk pula?


Ingat kami ni tak ada perasaan malu kena hambur sesuka hati?
Ingat kami tak ada geram rasa nak terajang pintu?
Ingat bila kami ni student, kami ni bodoh sangat?
Ingat kami malaikat yang baik boleh diam dengar kamu semua memekik dekat kaunter yang penuh dengan staff dan pesakit?


Kamu marah, apa ingat kami tak reti menengking?

Dah kaya tak tahan tunggu sangat, blah swastalah. Kau ambil appointment lepas tu untuk dapat treatment dengan student yang BODOH ni jugak apa kes? Piiirahhhh!

Inilah bezanya pesakit aku dekat KL dan pesakit aku dekat KELANTAN! Jauh panggang dari api! Jauh langit dari bumi. Aku tak kata semua, tapi setakat aku kerja dua minggu ni, banyak beza.

Masa marah terus nak speaking. Apa ingat dengan speaking tu nampak kau hebat gila bijak-macam-hei-pelajar-jangan-main-main, aku boleh speaking maknanya aku hebat dan berdaulat dan kau kena hormat! 

Sorry. Ingat aku tak boleh speaking? Pedulilah kalau speaking aku bunyi hodoh atau tunggang langgang. Aku tak akan speaking dengan orang melayu yang speaking sebab nak nampak dia hebat boleh marah orang sesuka hati. Boleh blah!

Kalau kau speaking arab, ye! Baru aku tabik!

Tapi aku tetap senyummmmmmmmmm!

You're UNDER me!

Ni pun aku tak berapa nak gemar. Kalau kau dapat title meRAWAT, maknanya aku ni kena ikut kau jelah? Mentang mentang kaulah PERAWAT, aku buat kerja harus mengikut telunjuk dan arahan kau? Ikut suka hati kaulah kau nak suruh aku pergi kiri kanan? Yang penting, bila kau kata kiri, aku kena kiri. Bila kau kata kanan, aku tak boleh arah berlawanan.

Hei, aku ada DISIPLIN KERJA aku juga okay!

Kalau kau rasa kau hebat, ya! Itu bidang kau, dan kau tak akan hebat untuk bidang aku. Sebab ilmu tuhan ni luas lagi lebar dan kau tak akan larat nak telan semua!

Kau kerja luar dari masa pejabat, jadi bila aku dah siap-siap sarung kasut nak balik main dengan anak-anak eh dah nak balik jumpa keluarga dan kau perlukan khidmat aku segera, tak boleh minta elok-elok? Dah tak ada budi bahasa sebut MAAF sebab menganggu ruang masa orang lain? Dah tak reti guna perkataan TOLONG dah?

Eh lupa! Aku kan kerja bawah kau! Kau kan hebaaaaaaaaaaaaaaaaaaat!

Hak Dia

Hari ini juga hari yang malap bagi aku kerana sekali lagi terpaksa melepaskan pesakit yang aku ragu tahap kesihatannya hanya kerana sistem bukan sebagaimana sistem aku belajar!

"Puan rasa anak puan ada masalah pendengaran ke?"
"Entah. Kadang-kadang dia respon, kadang-kadang tak. Tu yang ragu tu,"

Aku kerling kanak-kanak tiga tahun setengah ini. Aktif. Aku keluarkan mainan, attract attention dan yup, conditoning untuk procedure test as well.

"Tengok, kakak ada mainan. Rumah besarnyaaaa! Jom main?"

Dia terus capai mainan dan tak lepaskan botol susu. Demi teringatkan prosedur ini perlukan tangan yang aktif, perlahan-lahan aku terpaksa tarik perhatian dia ke arah mainan dan ambil botol susu. Perkara pelik berlaku.

"This is a bird. Bird! Bird! Bird! Three. Where's three! Three? Circle. Circle. Where's circle. I can't see circle! Circle?"

Gulp!

"Aiman ni speaking ke kat rumah?"
"Aah. Dia sorang je speaking. Saya tak cakap english pun. Dia dari kecil masa saya nak memasak and buat kerja rumah, saya letak dia depan TV. Dia suka sangat tengok kartun disney,"

Sila bayangkan pesakit aku ini bercakap dengan intonasi dan dialek (tapi pelat) sebiji kartun english.

"Okay Aiman! Let us playing. See! I have square, where should I put the square, buddy?"
"Square! Square! Oh no! Wrong! Where's square?"
"Here, see. Oh, I have.. ermm??"
"It's eight! Eight! Oh. Yes! Yes!"

Aku pandang dia. Aku tarik tarik mainan dan letak dekat dengan mata aku sambil mengacah-acah. Aku pegang muka dia supaya padang aku.

No and refuse to make eye contacts.

"Kalau dekat rumah dia banyak bercakap dengan puan tak?"
"Cakap macam ni lah. Kadang faham, kadang tak. Kalau budak sebaya dia kan suka tanya maka ayah macam-macam. Dia lain sikit. Dia tak ada nak tanya saya apa-apa. Kalau main, nak main sorang-sorang. Dia suka kereta. Kalau dapat kereta memang berjam-jamlah dia main,"
"Dia main macam mana ya? Maksud saya dia susun ke? Dia jalankan ke?"
"Dia suka tayar. Kadang-kadang dia tengok je tayar tu. Dia kreatif, kalau dia main kereta, dia letak macam-macamlah atas kereta tu. Contoh tin biskutlah. Kalau tak dapat letak, dia mengamuklah. Dia memang suka mengamuk,"

Suka mengamuk. Jelas.

"Dia bangun, mandi ke apa ke mesti ikut jadual dia tak? Macam kalau mandi pukul 7, mesti nak pukul 7 je?"
"Tu tak perasan pulak. Selalunya dia main je. Kalau tak kena kehendak dia, siaplah, mengamuk,"
"Kalau jatuh, dia menangis tak? Luka ke? Menangis?"
"Tu dia memang berani. Pernah sekali dia terlanggar pintu sampai jatuh bengkak kepala, kita yang menjerit. Dia relaks je bangun berlari semula,"

Oh! Oh! Oh!

"Dia main tak dengan adik dia?"
"Main juga tapi banyak main sendirianlah,"
"Dengan anak-anak jiran?"
"Anak jiran tak faham sangat sebab dia cakap english. Itupun dari jauh je dia tegur,"

Sepanjang sesi klinik, memang nampak ada tak kena, tak kena kehendak dia, Aiman akan tantrum. Dia walaupun dah disedatekan, dia paksa diri tak tidur. Sangat unik sebab aku rasa dia ignore bunyi sekuat alam yang aku dengar pun noise induce kejap walhal tipikal budak memang akan terkejut.

"Dia ada jumpa pediatrik ke? Erm, doktor kanak-kanak?"
"Dulu adalah, masa paru-paru kena jangkitan,"
"Oh. Itu yang sebab penyakit, yang sebab masalah behavior, delay speech?"
"Tak ada pulak,"

Angguk kepala.

Aku takut ini yang berlaku sebenanrnya.

Lecturer aku pesan, we see the patient not only the hearing and balancing. But the whole body; especially the hearing. Any abnormalities, do refer to other specialist. It'a all about patient's sake of life.

I want to refer this patient! Please, I do! 

I can't sleep now because this cute little boy keep flashing in my mind. If my early worry is his problem which might late to be detected (perhaps I'm the right person to be blamed), how about his future when no or delay intervention given? How about his life later on? How?

But in anyway, i don't know how and yes, I'm still a student and a stranger. Stranger. Stranger; at least to this hospital.

Stranger tidak boleh memandai.

Thit is sad. :'(













Wednesday, May 26, 2010

Brighter Sun

Memang sangat aku kalau balik rumah tak akan buka buku. Serius! Kat klinik muka confident je walaupun ilmu tak ada di dada. Muka biar bergaya supaya bila kau tak tahu, patient masih yakin dengan rawatan dengan muka bajet boleh jawab. Aku memang pantanglah kalau duduk rumah kena study. Holooohhh. Duduk rumah, cuti, cutilah!

Lihat bahagian tahun ye adik adik.


Bersediakah aku?

---
Setiap hari masa dalam perjalanan ke Hospital Serdang, akan lalu kawasan berbukit; Lebuhraya Silikon. Kawasan ini memang kawasan UPM dan persekitarannya memang WOW!

Ada satu kelebihan dan keunikan dengan kawasan berbukit ini. Setiap kali aku melalui pagi, matahari sangat bersinar cemerlang. Warna kuning kejinggaan itu adalah satu macam. Satu macam ketenangan yang kalau kau tengok, kau akan terfikir hari-ini-harapan-baru.

Dan bila kau pulang, warna yang sama mengiringi. Cuma kali ini, warna petang. Dan warna ini seolah menjemput kau kembali untuk esok hari yang bakal berulang dengan harapan yang lebih sempurna, lebih gemilang.

Matahari terbenam lebih cantik dari matahari terbit. Namun, bermulanya satu hari adalah lebih baik dari berakhirnya hari itu.

Aku tak tahu kenapa tapi sekarang aku mengimpikan ini, menunggu subuh di atas bukit tu dan menyaksikan sapaan mentari pagi walaupun aku tahu kemungkinan kena halau dengan pengawal UPM sangat tinggi. Hee.

Gila jiwang. Tsk tsk tsk. :')
---

Setiap hari aku berjumpa pesakit kanak-kanak yang comel, baik, cooperate dan semangat bermain. Kau fikirlah bagaimana aku harus manahan diri dari menangis. Aku tahu aku emosi tapi aku mesti bijak sembunyi!






p/s: Sebab aku naik motor, memang tak boleh snaplah moment comel mentari ini.
p/s/s: Mak pesan tidur lewat bangun awal, cepat tua. Wooo! 
p/s/s/s: Ku masih bertanyakan bilakah ia akan diwarnakan semula?


Pesanan Besar: Hanya satu permintaanku, bimbinglah daku menuju restu.

Tuesday, May 25, 2010

Untungkan?

Untungkan ada kakak? Tapi, adik aku untung sikit je ada kakak macam aku. Sebab kalau dia minta tolong memang sangat jaranglahkan aku nak bermurah hati menolong. Ho lah, kau suruh aku ajar kau Fizik, tak ke gila nak dapat ajaran sesat namanya? Heee.

Otak aku bukan geliga okay. Hiks. Tunggulah aku bernikah dengan jurutera esok, tak pun pakar metamatik. Haa, masa tu tanyalah apa sahaja berkenaan nombor. Ewaaah.

Aku balik kerja (kerja?) tadi, dia minta tolong lukiskan dan warnakan kerja pendidikan seni visual dia. Orang bandar ni kerja tuisyen je kot tiap-tiap malam. Aku dulu jangankan tuisyen, kelas pun aku tuang. Hahahha.

Disebabkan dua tiga hari ni agak tertekan mental, jadi aku menerima dengan senang hati walaupun mulut bunyi sikt-sikit eh ni siapa yang nak exam? Yup, masa susah hati ni, saluran nak letakkan tenang adalah konsentrasi ketika melakar dan mewarna. Itu bagi akulah.



Untungkan? Dia balik tuisyen, aku yang tak bersalin lagi baju kurung balik kerja duk tekun lagi mengadap kertas lukisan dan berpuluh-puluh warna. Dia balik bajet nak sambung tapi tertidur sebelah aku. Mak aku haruslah, "Tolonglah siapkan, adik penat tu,"

Dan memang sifat aku buat kerja mesti sampai habis, jadi aku siapkan ajalah.

Untungkan ada kakak?

Esok pagi celik mata, siap!

Nasib dia janji nak belanja aku burger esok. Oit dik, kau kena syukur ye angah siapkan lukisan kau. Angah pun tak pernah hantar kerja sekolah. Lukisan apatah lagi zaman muda muda dulu. Tahu!

Sila bersyukur.


p/s: Aku gurau je, tu pun nak amik hati. Tsk tsk tsk. ;'(
p/s/s: Payahnya nak faham kaum yang satu ini
p/s/s/s: Ini
blog kreatif anak pensyarah aku! Comel je! Antara blog-blog photographer bernaluri comel. Hek.



Pesanan Besar: Padanlah mak aku susah hati dulu kalau aku tidur tak siap kerja, ini yang aku rasa kalau adik aku esok tak siap homework.

Naluri ibu!



Eh, aku esok esok, akan jadi ibu yang baik yang tolong anak buat homework tak? Hahahahha.

Sunday, May 23, 2010

Trial Version


Ini adalah masa PASUM dulu. Zaman sesi bedah bedah tikus. Hohohoho. Bukan aku nak cerita ni sebenarnya. Aku tengah belajar benda baru nak edit template untuk seorang budak yang agak cerewet tapi dia tak nak mengaku dia cerewet jadi aku layankan ajalah. Hahahhahahahah.

p/s: Mati aku kalau budak ni baca. Tapi, aku rasa dia sangat busy, jadi dia tak ada masa nak membaca blog. Ehek ehek. :D

Saya Cuba

Saya cuba buat yang terbaik walau kadang-kadang saya malas sangat. Saya cuba paksa diri saya menjadi sehebat mungkin walaupun saya perlu sentiasa pesan pada diri secara diam, hei awak boleh. Awak boleh! Awak boleh! Saya akan terus berusaha dari hari ke hari. Paksa atau rela, tak mengapa, saya masih ada daya.

Tapi, saya ada masalah besar.

TAPI.

Concern saya tak sama dengan concern orang lain. Ini buat kerja saya terbatas dan saya sedih!





p/s: Saya tak nak gagal, sebab gagal saya bermakna sengsara beberapa pihak.

Pesanan Besar: Jika tidak suka, tak mengapa. Satu hari nanti bila kau ada kuasa, jangan lakukan perkara SAMA!


Saturday, May 22, 2010

Finally!

Akhirnya Jumaat tiba jua. Dan, Sabtu menjelma semula.












Sesak Dada!








p/s: Aku rasa aku satu satunya orang yang balik kelas esok bertambah montel. Orang lain praktikal jadi aktif, penat, letih dan kurang makan. Aku sebaliknya. Frust eh setiap hari menimbang. Adeh.

Thursday, May 20, 2010

Cuba Jawab

Kita ada otak dan kita dikurniakan boleh berfikir banyak benda, dan banyak perkara, dan pelbagai cara. Semua benda mesti ada contoh untuk faham. Okay. Contohnya.

Hari ini hari apa?


a. Hari Khamis
b. Hari yang esoknya Jumaat
c. Hari yang lusanya Sabtu
d. Hari yang semalamnya Rabu
e. Hari yang kelmarinnya Selasa


Mana jawapan yang sepatutnya?








"The way you answer the question doesn't matter. The accuracy is counted,"
~diarisenja





p/s: Saya pelik dengan hospital ni sikit tapi saya kagum gila setiap minggu ada medical conference. Hebat! Ya, saya dahagakan external knowledge. Rasa tadi masuk sama dengar dalam kalangan staff, WOW!

Should I?

When someone really welcoming you to the world you dream for, there's something weird happening. Your heart immediately say.

Oh NO, thanks.

Well, agreement if real subjective, huh?


p/s: Esok ada medical conference. Mari mencari jodoh. Ahahahhahaa.
p/s/s: Sejukkan hati sebab taubat aku mengantuk esok. Olooohhhh! -.-"

Wednesday, May 19, 2010

Time

As for me,
Time is the perfect healer!

Don't you think so, guys?

---
I'm in working environment now. One of my wishes later on; I hope I'll be working with tolerable and respectful intelligent doctor who doesn't feel they owned all the knowledge.

It is not because I'm going to be sad or weak or emotional. No, it won't. But I'm afraid, I'll stand still and FIGHT. That's typical of me which doesn't make situation any better. Duhhh.






Pesanan Besar: Dunia ni luas, kongsi-kongsilah. Tak baik tamak, tak baik berlagak.

Tuesday, May 18, 2010

Tiga Perkara. Eh, Empat!

Benda paling seronok pergi kerja adalah kerana dapat merempit pagi dan petang. Ewaaaah. Kerja tu. Gila suka aku naik motor. Angin laju macam dekat pantai! Memang kembung perut makan anginlah. Eheh.

Pertama
Okay. Sila jangan panggil saya Huda sekarang. Nama saya adalah SYAHIDA. Hahahahha. Terus terasa jelita serta merta bila orang "Syahida, plan apa untuk patient ni?". Bukan takat jelita, terasa diri ini adalah wanita melayu terakhir yang habis sopan santun dan lemah lembut. Awww!

Kedua
Kau lupa ke kau berada kat KL yang tengah bandar mana ada highway satu lane pergi, satu lane balik? Oloh! Apa kau ingat ni Kelantan selamba badak atas highway boleh silap masuk lepas tu buat U-turn kemudian menunggang songsang? Gila. Dah lama hidup?

Tapi. Serius terfikir macam mana Azah boleh fikir dua lorong tu pergi balik. Nasib jalan lengang, kalau tak.. selamaaaaat. Elok Hospital pun depan tu je. Heh.

Ketiga
Lain kali kalau nak isi minyak boleh ingat tak kau letak kunci dekat ruang kosong minyak? Boleh ingat jangan tutup seat sebelum ambil kunci? Hahhahaha. Kan tak pasal pasal jejaka baik hati (Ewaaah) dan tukang isi minyak kena berhenti tepi kedai tolong setelkan, cungkil seat untuk ambil semula kunci?

Lagi haru kalau tak boleh buka sebab kau tak ada kunci lain melainkan itu satu satunya. -.-"

Ke Empat
Hahhahahhahhaahahhahahhahaha. First day lagi dah kena marah. Memang tipikal Huda suka main main okay. Heh.

Tadi En Khary pesan. Buat praktikal tempat orang, jangan lupa diri, jangan sombong, jangan kurang ajar. Jangan lupa daratan sampai rasa tak belajar apa apa dari supervisor lain. Praktikallah dunia sebenar pekerjaan. Ambil ilmu sebanyaknya. Terima kasih, En Khary! Tak kesahlah kalau En Khary suka nak sepak kaki saya. hhehehhee.

Sebenarnya aku tak pernah naik motor sejauh ini selain dari dengan ayah aku. Tadi first time Azah bawa selepas 5 tahun haruslah aku berdebarkan? Dahlah side mirror kiri patah. Tak peliklah habis zikir, habis ayat Quran yang aku tahu aku baca. Habis dua dua, aku menyanyi. Well. Tulah cara aku nak hilang cuak sebab aku boleh berimaginasi negatif sampai aku sendiri tak sanggup nak fikir. Anda boleh mencuba. :')

Oh. Setengah jam perjalanan rasa lama masa pergi, sekejap bila pulang. Psiko kah?






Pesanan Besar: Bila kau rasa kau tiada jalan pulang, kau berhenti sebentar. Tunduk berfikir. Kau ada tuhan!

Sunday, May 16, 2010

Jangan Terkenang Jangan Mengenang

Ayat aku tak tahan kan? Tapi kali ini boleh mengenang dan dikenang dan terkenang. Sempena hari guru ni, oloh common gila buat ucapan. Tukarlah.
---

Masa tadika. Saya budak baik dan berjuruh. Sayalah yang sekolah cari cari sebab kena jadi solo nasyid. Kan saya dah kata suara saya lemak merdu. Dululah. Masa kecil. Sekarang? Hampeh. Saya jugalah yang mendapat johan dalam hafazan walaupun orang suruh baca surah Al-Zalzalah tapi saya ingat surah Al Zalzl;ah adalah Al-Kafirun. Jadi saya baca surah Al-Kafirun dengan tak bersalah sampai habis dan berjaya masa sesi terakhir. Saya menang bawa piala tinggi sebab orang lain jangankan nak baca surah yang disuruh, surah salah pun tak selancar saya. Ehehhehe.

Oh. Saya tak minat piala atau pingat atau seumpamanya. Yup. Semua tu masuk tong sampah. Hahahhaa.

Jadi masa tadika adalah masa kegemilangan saya walaupun saya tak puas hati dapat nombor satu sebab hadiah yang saya nak adalah hadiah nombor dua. Pensil tekan dia cantik. Tsk. :'(

Walaupun begitu, terima kasih kepada guru-guru Tadika Al-Islamiyyah.

Masa darjah satu dua tiga, orang yang selalu tak siapkan bahkan buat pekasam semua kerja rumah pendidikan seni. Sayalah tu. Huh. Apa ingat senang nak melukis poster Cintailah Alam Kita? Ingat senang nak lukis Taman Permainan Saya? Halloolahhh. Saya pantang betul nak melukis melukis pakai cat air segala ni.

Lagi saya pantang kalau kena buat kolaj, tikar dan haa yang esok bawa kentang bawang bendi kita main cop cop. Yang tu pantang sangat nak buat. Malas, tahu? Jadi kalau ada lapan lukisan kena hantar, lapan lapan saya tak hantar. 

Logiklah Pendidikan Seni kau C, Huda. Nasib C. Kalau cikgu bagi E macam kebersihan gigi kau dulu, tak ke haru? Kecik kecik dah fail kan subjek. Hadeii. 

Terima kasih guru-guru Sek. Ren. Kebangsaan Seri Setia.

Tengah tahun darjah tiga, tukar sekolah.

Sekolah baru pun sama. Kalau Bahasa Inggeris tak dapat D, memang bukan Syahidatul Huda. Kalau dapat borderline lulus tu pun dah cukup bagus. Lagi hebat homework tak pernah buat. Datang sekolah awal, pinjam jawapan kawan. Tiru semua. Heh. Kecil-kecil tunjuk perangai tak cantik.

Masuk darjah enam, kaulah manusia buat spoil. Hahahhaha. 10 orang murid harapan 5A dapat pergi kem untuk UPSR. Kaulah salah sorang dari 10 orang tu, tapi hanya 9 dapat 5A. Kau? Buat letih jadi harapan je, nak bau 5A tu memang tidaklah kalau malam exam weh-cerita-malam-ni-best!

Dapat 3A tu pun dah cukup bagus.

Huda... Huda.

Apapun, terima kasih cikgu-cikgu Sek. Keb Taming Jaya.

Naik menegah, nak sekolah asrama. Bukan sebab nak jadi baik. Sebab pengaruh cerita novel remaja Tingkatan 1, 2, 3 di Seri Melur. Rasa cool gila jadi pelajar yang lompat pagar buat parti hari jadi. Ahhahahahha. 

Aah. Masuk menengah, kalau bukan kaki ponteng subjek tak suka, kaki keluar curi beli aiskrim tengah bandar. Kalau kau tak ada tu, adalah kat mana-mana. Paling tidak, kau pergi curi masuk asrama tidur siang. Kalau bab menjawab lebih-baik-tidur-dari-tak-masuk-ilmu, memang nombor satu.

Cikgu geleng kepala. Padanlah tak lepas naik tingkatan satu, degil sangat. Kan dah rugi satu tahun peralihan Bahasa Arab sampai semua orang kena panggil KAK Huda walaupun saya nampak muda remaja. Heh.

Tapi, saya tetap berterima kasih pada semua cikgu di SMU (A) Saniah sebab sayang saya walaupun saya kena cuci tandas guru dan tandas murid lelaki yang bluekkkkk. Terima kasih sebab ajar saya jadi pandai sikit. Sikit je sampai cukup syarat untuk saya dapat masuk sekolah baru yang mahsyur lagi berkualiti. Saya je tidak.

Naik tingkatan 3, tukar sekolah. Perangai hanya berubah seminggu jadi murid paling sopan santun. Kalau buat salah sikit mesti nak minta maaf, eh, saya budak baru maaflah saya tak tahu. Ewaaah.

Habis seminggu juara tak turun prep, kaulah. Juara tidur dalam kelas masa fizik, add math, bio, kimia, kaulah. Juara kena berdiri atas kerusi tak dapat jawab Sejarah, kaulah. Juara tak pernah langsung buat homework, kaulah. Juara kena rotan tak turun jemaah, kaulah. Juara menyelit keluar pagar pergi pasar malam, memang kaulah! Tu belum kira juara pergi sekolah lewat, juara kena sebat, juara kena jemur tengah panas, juara lari tak cukup tanah sebab kena kejar dengan ustaz, semua kau. Oh, juara wanted dan kena diperhatikan selalu gerak geri, kau juga. Kalau dah nama wanted, makin menjadi-jadilah rebellious aku. Hohohoho. JUARA. Heh.

Juara mak kena telefon masa trial SPM, puan anak puan ni add math 9/100, kimia fizik pun gagal, itu juga kau. Ahahaahahhaa. 

Huda.. Huda.

Saya berterima kasih pada semua guru guru terutama warden yang tahan perangai tak senonoh saya dan kekal tanpa jemu mendidik saya ketika menimba ilmu di Maahad Muhammadi (P) KB.

Terima kasih cikgu.

Naik matriks; homework pun jarang buat. Tapi pergi kelas harus bergaya dengan jawapan orang. Lepas tu bila kena selesaikan calculus dekat papan putih, baru ternganga. Hooloh. Pantang betul aku dengan angka. Masuk PASUM, jatuh menjadi-jadi. Nak naikkan pointer semester dua memang tak larat. Memang tak terkejarlah kan kalau Kimia Bio kau A tiba tiba Math kau C.

Aahahahaha. Nasib USM nak terima aku jadi pelajar.

Kepada semua pensyarah sekalian, terima kasih. Terima Kasih. Terima kasih.

Eh, dekat atas aku guna /saya/, ini sudah tukarlah. Eheks.

Kemudian ke USM. Berubah jadi orang yang tak perlu takut kepada handphone tak boleh bawa, lencana mesti belah kiri, kad identiti pelajar haruslah selalu ada, tangan kena kancing bla bla bla. Hehehehe. Masuk USM adalah perkara yang paling manissssssss bila cikgu kau adalah manusia yang merawat kau juga.

Masuk USM kenangan paling indah saya kira dalam proses pembelajaran saya walaupun perangai memonteng kekal ada. Kenangan paling indah walaupun kalau nak kira tak berapa indahlah kan ada masalah imbalance dan ligamen kaki putus. Kenangan paling indah saya sebagai pelajar.

Terima kasih pendidik semua di USM.

NAMUN.

Saya takkan mengecap keindahan di USM tanpa semua jasa-jasa guru dari saya merangkak hingga saya berjalan jatuh kini. Saya takkan mengecap semua ini tanpa didikan ibu bapa saya dan semua guru dari tadika, sekolah, rendah dan  menengah hingga ke asasi dan sini. Saya takkan belajar gagal dan berjaya dan gagal dan berjaya semula tanpa guru ini semua.

Selamat hari guru kepada semua cikgu, ustaz, ustazah, doktor, Prof dan clinician sekalian. Anda memang marvelous. Semoga sentiasa kuat untuk mendidik dan mengasuh, menunjuk dan membetul, menegur dan menyayang!

SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Dan selamat hari guru juga kepada semua pengalaman-pengalaman saya.

Belajar dari pengalaman, ibarat melukis tanpa pemadam.





Untuk kau LELAKI, hayati maksudnya! :')


Lelaki
Siti Nurhaliza



Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran


Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan


Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak


Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati


Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA



Pesanan Besar: Jangan merasa kalah, kerana kau dicipta menjadi JUARA!

Makhluk Mistik?

Hohohoho.

Ini kisah benar yang aku lalui dan bukan rekaan. Okay?

Dulu masa lepas aku kena usung keluar dari OT room dan ditempatkan di wad post op, ada satu kejadian tak berapa nak cun terjadi. Well, ini bukan kali pertama berlaku pada aku, tapi inilah kali pertama yang agak memberi tekanan mental dan perasaan.

Apa yang berlaku?

Masa tu aku rasa lewat malam dah aku berborak dengan rakan katil pesakit kiri kanan depan, sudut kiri kanan depan. Setiap orang dengan penyakit tersendiri. Sebelah aku tumor, depan aku accident, sebelah sana kanser sebelah sana patah tulang pinggang dan dua tiga lagi.

Aku berborak dengan katil depan yang nak dioperasi esoknya. Dia tanya aku mana baik; epidural atau general anesthesia. Aku bagitahu apa yang aku tahu sebab aku ada baca beberapa pro and cons menggunakan kedua-dua jenis bius ini.

Tengah aku bercerita dan gelak gelak, tiba-tiba aku dengar bunyi pintu tertutup. Aku tahu ayah aku dah sampai dari ambil bantal untuk adik aku. Tapi satu benda lain terjadi. Ada sesuatu berlaku dengan perasaan aku. Tak pernah aku rasa takut macam tu atas dunia ni, dan itu berlaku malam itu.

Walaupun aku nampak muka ayah aku, semakin ayah aku dekat, semakin aku rasa tak selamat. Semakin aku takut. Perkara pertama yang aku sebut,

"Ayah, takut. Macam mana kalau angah tak boleh jalan? Macam mana nak gerak. Kenapa angah buat operation ni? Patutnya angah tak buat. Kan dah tak boleh jalan,"

Aku sangat takut dan keliru sampai aku persoalkan semua perkara yang berlaku dalam bilik OT. Kalau dia tak accident, kalau di tak itu, kalau tak ini. Aku sangat takut sampai aku peluk lengan ayah aku dengan pejam mata dan menangis.

Serius.

Ayah bacakan ayat ayat pada air, suruh aku minum. Tak jalan. Sudahnya masa ayah lapkan air itu pada wajah, kali pertama meremang, kali kedua meremang dan ketiga, alhamdulillah. Terus aku terlena.

Esoknya, ayah kata dia sesat masa cari jalan masuk ke wad aku. HUSM, tahu ajalah berliku-liku jalannya. Tapi, perkara itu tak berhenti di situ. Dua tiga lepas tu, kawan aku dimasukkan ke wad medikal kerana denggi dan aku melawat. Sebaik aku masuk lif, perasaan itu datang kembali cuma kali ini aku sudah boleh kawal. Aku hanya balik lari naik atas katil tutup muka dengan selimut dan baca apa yang aku tahu dan ingat.

Kemudian, masih tidak berakhir di situ. Masa minggu final, akulah antara muka yang kau boleh lihat dari pagi hingga petang hingga malam di perpustakaan. Setiap kali balik minggu itu, aku selalu rasa ada orang mengekori aku berjalan pulang selepas melalu kawasan gelap hospital. Itu aku boleh terima. Dia bermain-main dengan bunyi derapan tapak kaki.

Meja study aku membelakangkan pintu. Selalu kalau roomate aku shift malam, aku akan keseorangan dulu. Selalu aku dengar bunyi pintu terbuka dan aku akan, "Hi Rara! Dah balik?"

Bila aku pusing, pintu tertutup kemas. Aku, lepas pada tu, memang akan selalu kuncikan pintu. Takut tu iya, tapi safety nombor satu.

Tadi, aku bagitahu ayah aku.

"Angah rasa, angah tak sihat lagilah ayah. Selalu benda benda pelik jadi,"
"Ada lagi ke? Tak apalah, hujung minggu ayah minta Ustaz Hasrizal buatkan air tawar,"
"Buatlah. Macam susahlah nak balik malam library,"

Oh. Rumah aku ni pun asalnya bekas ladang balak. Jiran-jiran banyak dah bagitahu ayah aku benda benda tak baik berlaku. Tinggal lagi ayah aku tak bagitahu kami adik beradik sebab takut kitorang takut, terutama mak aku.

Rumah ni, penghuninya sikit. Biasalah. Mak ayah aku sejak sejak rumah dua tingkat, diorang banyak lena kat bawah. Malas nak naik turun. Kakak aku kat rumah sewa. Jadi dua bilik kosong terutamanya bilik mak ayah. Bila aku balik, akulah orang yang takkan tidur di bilik aku.

Katil besar, senang sikit nak terbang masa tidur. Jadi, aku suka lepak bilik mak. Hehheheheh.

Cuma yang tak seronok, banyak kali aku tengok ayah aku mengintai. Selalu masa kecil kecil, ayah intai nak tengok kitorang dah tidur ke belum. Memang dulu masa kecil, masa tidur tepat. Jadi, terpaksa berpura-pura lelap. Hinggalah satu hari, memang aku nampak ayah aku memang mengintai.

"Ayah? Kenapa?"

Ayah aku berlalu je.

Aku turun. Aku tengok ayah aku elok je terbaring atas sofa. Lena. Esoknya.

"Ayah naik atas ke semalam?"
"Tak adalah. Kenapa?"
"Angah nampak ayah intai. Angah panggil, ayah terus pergi. Angah turun yapi ayah tidur,"

Ayah senyap. Ayah cerita memang dia selalu perasan orang intai dia kat tangga. Hinggalah satu hari ayah jadi nak marah, ayah naik masa dia rasa orang intai. Dua tiga kali ayah uji sampai memang ayah rasa geram. Ayah naik, adik memang tidur. Along memang tidur.

Ayah masuk bila dia jerkah benda tu. Ayah kata, rumah ni ayah beli. Ayah guna duit halal. Jangan ganggu. Kalau tempat ni tempat dia, rumah tu  ayah punya. Terus ayah tak meremang. Ayah pergi bilik along. Okay. Ayah pergi bilik adik, meremang balik. Ayah jadi geram. Ayah tahu makhluk halus tu main mainkan ayah.

Ayah turun ambil garam bacakan ayat quran. Mana ayah rasa meremang, ayah lempar garam tu. Sampailah tak rasa lagi. Alhamdulillah hingga hari ini.

Bila aku cerita tu tadi, ayah belikan aku buku ini. Aku baru belek belek screening sepintas lalu. Menarik.


---
Ini kerja aku kat rumah. Mahu tak berkumpul lemak lemak? Makan supper dalam bilik. Turun masak telur dan sup ikan. Hehhehehhe. Nasib tak buat kopi. -.-"  Supper tu! Hadei.

Kalau dah balik rumah, telur pun sedap gila okay!


Aku lap meja yang berkurun, dan aku suka gambar aku yang ini. Natural. Ewaaahh!


p/s: Terima kasih pada budak ini juga untuk sajak guru-pada-murid.
p/s/s: Menunggu tetamu besar! Semoga sampai dengan selamat esok ya kamu!


Pesanan Besar: Makhluk halus, makhluk tuhan juga. Cuma dia halus. :)

Saturday, May 15, 2010

Alahai

Tak apa. Malaysia kalah. Macamlah kau tak pernah kalah nak sedih lebih-lebih. Lepaklah beb, harapan masih ada. Buat apalah nak frustlah kan? Relaks. Bertenang.

Tak macam orang ni, dia kata tak nak update seminggu kes frust Malaysia kalah kemudian tiba-tiba cakap sebulan. Lepas tu kau update lagi malam ni apa kes? Ahahahahahahhahahaha. Tipu gila!

---
Ini status FB aku. Kau jangan terasa sebab aku tak maksudkan kau. Ya. Kau.
YM saya adalah dari tingkatan 3 lagi. Jadi, nilaian manusia bertambah didalamnya. Bertambah lagi bila saya aktif menulis diari/blog. Saya tak kisah, tapi boleh tak jangan semakkan keadaan dengan campur peribadi saya? Tak kisahlah kalau saya tulis sedih ke kecewa ke gembira ke apa ke, tapi minta tolong, jangan PAKSA saya jawab peribadi saya terutama perihal kekasih. Tolonglah. Hidup bukan cinta kaum adam aja. Kalau awak berkenan sebab mata saya nampak cantik dalam purdah itu, sila berhenti berangan! Sila! Saya bukan jelita. Saya tidak menawan.
---

Aku bukan nak perasan aku banyak peminat ke apa ke. Tak. Jauh dari minda aku, never cross my mind anyway. Aku suka je kawan dengan semua orang, aku over peramah terutamanya dengan budak. Aku suka hidup dalam dunia budak-budak 3 tahun ke bawah. Jadi, perihal perasan tak terlibat di sini. Aku okay je sesiapa yang add aku dalam laman sosial.

Okay. Fine. Aku tulis blog. Kau add aku thru blog, terima kasih. Pertama, terima kasih baca blog sampah aku ni. Kedua, terima kasih sebab add aku. Yup. Aku suka nak tulis apa yang jadi. Aku happy macam itu. Aku share everything akalu baik kau ambil simpan, kalau buruk jadi pengajaran. Tapi tak bermaksud kau boleh tanya macam-macam sampai aku sesak nafas. Tolonglah. Dulu aku letak gambar aku macam kakashi atau kau-nak-cakap-purdah pun aku tak kisah, aku tak nak reveal diri aku pada mereka yang aku tak kenal.

Tapi kawan-kawan sekolah aku tak approve sebab tak kenal. Itu okay lagi sebab aku boleh hantar private mesej. Yang aku kisah, AKU KISAH, AKU KISAH, AKU KISAH tiba-tiba ramai gila LELAKI add aku dan nak BERKENALAN kemudian cakap MATA-AKU-CANTIK-MESTI-TUANNYA-LAWA hanya kerana gambar itu? Wth? Maaflah, aku tak approve manusia begini dan kalau aku approve kau buat perangai ajak chat tak dan dan, aku tak teragak-agak untuk delete. Okay?

Come onlah. Kau nak suruh aku fikir macam mana lagi kalau orang add aku dan cakap ini? Apa kalau aku muka tak macam Siti atau Maya Karin atau model kau nak rejek aku jadi kenalan kau? Kau tak sudi aku pun tak hingin! Ya Allah, nak marahnya!

Sabar Huda, sabar.

Lepas kau rasa aku cun dan aku post status pelik pelik, mulalah kau korek gila gila kenapa aku sedih? Sebab kekasih eh? Sebab buah hati? Cik abang buat hal? Merajuk? Ceritalah, mungkin saya boleh tolong. Ceritalah! Ceritalah. Ceritalah. Awak akan tenang bila bercerita. Saya pendengar yang baik. 

Ini dah tahap memaksa, okay!

Apa-kau-ingat-hidup-aku-ni-ada-kaum-adam-je-ke?!

Kamu tu siapa? Stranger. STRANGER. Apa ingat senang-senang aku nak cerita peribadi aku dengan entah siapa dari ceruk dunia mana datang? Come onlah. Common sense kot bila dua orang lagi lagi baru kenal pulak tu berbeza jantina ada batasan rahsia untuk bercerita.

Bila aku ignore kau mula nak buzz buzz buzz. (Okay ini bunyi baik pula macam selama ni aku layan. Selama ni aku memang ignore pun kecuali yang betul betul boleh jadi kawan). Kang aku delete kang! Jadi maaflah kau jadi permanently offline. Aku bukan sombong tapi kau yang paksa aku jadi sombong. AKu ada ramai kawan maya sejak dari tingkatan 3; saat aku create YM ni. Dan kekal. Jadi aku belivee kawan maya hanya untuk SAMA jantina sahaja. Lain? Maaf.

Okay bagitahu aku apa maksud ini.


A: Sedih nampak?
B: Sedih? Biasa je.
A: Status tu? Putus cinta eh?
B: Status je kot. Saja je. Entah zaman bila punya status saya tulis tu. 
A: Tipu. Ceritalah. Mana tahu saya boleh tolong.
B: Tak ada apalah. Saya sibuk ni. (Sibuk pukul 3 pagi? Uhuuu).
A: Cakaplah. Kekasih tinggal eh?
B: (Tarik nafas panjang). Saya busy ni.
A: Busy buat apa? Chat dengan pakwe ke malam malam ni?
B: Taklah. Suami. baru nikah 4 hari lepas. Tapi nikah je, duduk jauh. Dia belajar jauh.
A: Oh. Tak nak ganggulah. Salam.


Motif dari awal kau add aku tanya masalah bajet caring? Motif add aku sambil tanya nak berkenalan aku study kat mana bla bla bla? Motif paksa aku cerita hal peribadi? Motif terus offline bila aku kata aku dah bernikah?

Aku bukan sombong tapi aku tahu batas.

Tolonglah betulkan niat! Kalau kau rasa aku cantik, menawan, anggun, jelita sebab gambar aku berpurdah tu, sila berhenti. Apa yang kau fikir tu betul jika kau antonimikan ia. Antonimi adalah perkataan berlawan. Kau rasa aku bijak, cantik, sopan dan alim; aku adalah perkara sebaliknya. Aku tak semulia dan sesempurna yang kau rasa dan aku sedar itu.

Sekian.

Mulut jangan bercakap jika hati tidak menuturkan. ~diarisenja 
Azah kata dia suka quote aku yang ini.

Aku tak kisah kau nak fikir aku apa, kau nak fikir aku macam mana lepas baca ni. Aah. Aku memang poyo, ego, perasan, bajet cun. Memang. Semua tu betul .Sebab tu aku tak hebat mana pun. Perasan je lebih.




Pesanan Besar: Betulkan niat. Betulkan niat. Betulkan niat. Tak kira kau atau aku, niat yang baik menghasilkan pahala percuma walau kau belum memulakan apa-apa.

Thursday, May 13, 2010

Selamat Hari?

Ya. Hari Guru/Teacher's day is on the way. My mommy asked for my help to create a poem. Hayya. Aku ni ada satu penyakit dalam menunjukkan skills jiwang kepada keluarga. Sesak nafas woo nak reka bila fikir mak aku yang akan baca. Mak aku siap minta tolong ajarkan cara baca. Hadei. Kan bagus kalau aku ada jiwa adik aku. Adik aku ni satu hal punya lepak dengan siapa-siapa dia layan berkarya. Dia memang suka gila tiru gaya aku, dari menulis, mengarang, cara perasan, melukis, hobi, title, semualah!

Mungkin dia rasa aku hebat? Ahhahahahhaa. Tapi, tak hebat tiru aku. Tak ada perangai contoh yang wajar diikuti dalam diri aku. Dulu aku tak hantar form dia nak masuk Maahad sebab aku tak nak dia kena attack selalu dengan warden sebab perangai emas aku. Heh. Sebab dia rasa aku cool jadi dia berniat nak tiru gaya hidup aku walhal dekat sekolah dia layak terima title ni, kaulah-manusia-paling-skema. Lagi mahu ada hati mahu tiru penyangak sekolah ini?!

Entah penyakit apa aku ada dalam diri. Aku tak berapa nak gemar parents aku puji aku atau tahu talent aku sebab aku rasa macam selekeh je. Weh serius. Aku macam, entahlah. Abaikan. Terukkan? Huuu.

Jadi, siapa ada atau nak reka sajak cikgu-kepada-anak-murid, aku sangat alu-alukanlah. Sila tolong aku. Hadei. Oh, mak aku nak bacakan hari Isnin ni. Sangatlah suntuk! :'(



p/s: Lagu ini masa aku tengah jatuh cinta suka dengan seorang budak cute tapi rahsia ni. Ahahahhahahahhaha. Sekarang? Tidak lagi. Akukan senang berubah. Ahahahahha. :P
p/s/s: Aimi, keep it silence! Oh BTW, lagu ni antara lagu yang akan kita tarikan Minggu Muslimah kelak. Hahahahhaha.





Pesanan Besar: Selamat hari guru, mak. Selamat hari guru kepada semua emak di dunia juga. Guru pertama adalah ibu!

Wednesday, May 12, 2010

Ajaib?

Sepanjang menonton perlawanan badminton Piala Thomas dan Uber, aku terfikir perihal kejaiban yang selalu diwar-warkan juru ulas sukan.

"Adakah akan berlaku keajaiban sebentar lagi?"

Well. Ini yang aku fikirkan selalu bila aku berhadapan dengan kerumitan. Aku selalu menggunakan kekuatan masa untuk menyelesaikan masalah. Kekuatan masa untuk menenangkan hati. Kalau tak boleh jawab soalan, aku selalu terfikir, adakah dua jam kejap lagi kertas ni akan penuh? Jadi, mahu atau tidak, aku akan terus menulis.

Seperti perlawanan tadi,

"Releks. Aku duk cuak ni, sebenarnya dah ditentukan Malaysia menang ke tak. Tunggu je,"

Jadi, wujudkah keajaiban?


Ya

Aku percayakannya walaupun keajaiban yang diharapkan tak datang tadi. Malaysia masih mampu ke separuh akhir. Itu keajaiban. Hehehhehe.

Dan aku percayakan keajaiban kerana pada aku keajaiban adalah perkataan lain bagi HARAPAN.

Kan?

A B C and Smile!

Hehehehhehe. There you go my list or perhaps list /s/!

Okay. Aku kalau mahu membuat sesuatu supaya stay in track, aku selalu akan buat kira macam list atau jaduallah senang kira. Macam aku buat jadual dulu sehari takkan bercakap pasal certain thing so I did a table and just tanda kalau buat atau tak. So everyday I can see the differences. Err. Kau faham tak? Layankan ajelah.

Untuk list kali ini untuk masa sebulan, lists akan menjadi begini.

1. Perkataan PENAT atau seumpamanya dalam masa sehari.
2. Setiap pagi bermula dengan semangat yang waja.
3. Curiosity, eager to learn!
4. Smile!
5. Making clinical session something to enjoy!

And soon to be updated new lists. Haih. Belum print out lagi.

Ye kawan-kawanku. Kalau ada rasa-rasa nak buat sesuatu luar normal atau agak-agak dah bosan, mari mencuba cara aku. Mungkin hari pertama kedua tak rasa sangat, tapi kalau kau rajin tanda macam aku, Insyallah kau akan rasa motivated hari hari sebab kau nak tengok perubahan. Kau akan nampak dan cakap tak boleh jadi ni! Nanti tanda tak cun!

Hehehehe. Itu kalau akulah. Kau, aku tak tahu!

Aku sangat mahu belajar Sign Language. Hari tu aku tanya kalau belajar secara tak serius, maksud aku bukan yang masuk universiti duduk menghadap, 6 bulan. Hmmm. Hmmmm. Hmmmmm. Aku memang akan masuk kelas ni. Insyallah. Sebelum itu, mari beljar ini!


p/s: Dungun tak hujan sampai hutan terbakar. Aku teringat Kelantan. Kuala Lumpur hujan petang-petang.
p/s/s: Oh Piala Thomas. :'(




Pesanan Besar: Mungkin boleh buat sehari tak MENGUMPAT? Okay, aku cakap pada cermin ni.

Tuesday, May 11, 2010

A Long Journey To Go

Selamat tiba ke rumah. Ini adalah perkara yang pelik bila sampai tidak terus tidur tapi iya, beronline. Macam biasa kalau berada kat rumah akan jadi surirumah sepenuh masa. Oh. Mungkin kali ini tidak lagi? Bermula minggu depan akan merasalah bekerja-tapi-belajar-keluar-lapan-pagi-balik-lima-petang. Lapan pagi tu. Kalau nasib baik kau balik lima petang, kalau tak beranganlah kau nak jumpa petang.

Jenuh rasa mengangkut barang. Heh.

Oh, bersempena nak bekerja ni aku ada terniat nak buat 2, 3 list tapi esok-esoklah aku tulis. Aku tulis tu aku nak bagi panduan juga (ewaaaaaah) pada kawan-kawan aku agar terus bersemangat waja dan kental dan segar-bugar melalui hari-hari berlatihan industri yang bakal atau sedang berlaku ni. Sebab bakal bagi aku maka esok-esoklah ye aku tulis. Eheh.

Okay. Hari ini hari entry berilmu barang sedikit dua. Semalam sepanjang perjalanan aku tak berapa boleh nak tidur. Walaupun perjalanan kali ni cukup berhemah yang sepatutnya aku boleh relek-relek pejam mata terjun alam mimpi, itu tidak berlaku.

Maka tiba tiba aku terfikirkan ciptaan tuhan yang comel ini!


Bayi.
Ya!
Bayi!

Satgi mulalah ada yang merapu fikir entah ke mana-mana. Bukan yang itu ye. Bukan. AKu terfikir hari-hari yang comel bakal berlangsung di klinik dengan kehadiran bayi. Tapi, tak tahulah kalau hospital kali ini tak ada bayi yang banyak eh, ramai. Heh.

Eh. Tadi aku cakap entri ilmiah. Aku terfikir ini semalam, kalau ada baby kat tangan, aku nak rekod setiap refleks dan post dekat blog. Aku nak berkongsi setiap milestone jadi ibu-ibu kat luar sana bolehlah membandingkan serta mendapat ilmu santai secara tidak langsung. Tak peliklah kalau antara subjek kegemaran aku yang buat aku sengih-sengih dulu adalah pediatrik audiologi. Heheheh.

Tiba-tiba aku terfikir tagline blog ni jadi; 

"Blog Seorang Mama,"

Ewaaaaah! Hahahhahaa. 

Okay. Nikmati dulu video di bawah. Punyalah semangat aku nak buat entry pasal ni, sampai rumah terus online cari video; Baby and his primary reflexes.


Setiap bayi yang dilahirkan kedunia, Allah telah menganugerahkan juga refleks. Refleks ni senang cerita kita definisikan dia sebagai tindakan luar kawal. Tak payahlah eh aku cerita pasal otak ni kita bahagi kepada dua ada sistem saraf auto dan sistem saraf periferi bla bla bla? Tak payahlah eh? Aku malas nak recall ilmu yang berada nun terselit di dalam dada. Ahaks.

Bagi bayi, ada dua klasifikasi refleks. Primari dan secondary. Hari ini kita fokus primary, hari esok kita bincangkan yang satu lagi. Tapi tolonglah jangan percaya hari esok aku akan cerita pasal secondary sebab macam peratus nak post pasal itu sangatlah tidak ada. Hahhahah. Penerangannya kompleks aku tak nak beratkan otak aku. Ahaks.

Bagi primary reflexes ni ada beberapa contoh. Berpandukan video di atas, ini adalah antara contoh contoh refleks yang Masyallah, cute sungguh!

1. Moro Reflex
Nama lain adalah startle reflex. Nama Moro ni wujud sebab refleks ini dijumpai oleh pediatrician bernama Ernst Moro. Kira nanti kalau aku jumpa refleks lain, dia akan jadi Huda Reflex. Mungkin? Okay. Refleks ni kau boleh observe dengan kau nampak bayi macam terkejut. Contoh macam baby terkejut masa tidur sebab bunyi pintu berdegang. Haa, tu contoh dia. Biasanya refleks ni hilang selepas dua bulan kelahiran.

2. Gripping Reflex
Juga dikenali sebagai Palmar reflex. Adakah dia dijumpai oleh seseorang bernama Palmar, Wallahu'alam. Kau letak jari kau dekat tangan baby, sure diorang akan genggam. Tapi genggaman diorang ni unpredictable. Genggaman yang kuat tapi tak bagi sign sebab kadang-kadang selamba je diorang lepas. Refleks ni dari baby lahir up to 6 months old.

3. Toe Curling Reflex
Known as Plantar atau Babinski reflex. Cara dia senang aja. Kaki baby macam curl down bila kau sentuh. Macam mana  eh nak explain? Er.. kau tengok je la movie tu. Hee.

4. Sucking Reflex
Kena terang ke?

5. Rooting Reflex
Refleks ni nak assist baby to breastfeeding. Kau sentuh pipi baby dia akan macam kenyit mata (kenyit mata?) lepas tu dia akan ikut ke mana jari kau pergi. Itulah refleks yang bagitahu hai-sayang-nak-susu?! Refleks ni mula-mula luar kawal, bila baby dah biasa, pergerakan ini akan terkawal and no longer named as reflex. Baby tak yang searching searching dah. Dia akan terus pada objek tanpa cari lagi. Wink! Hebat bukan otak?

6. Step Reflex
Walaupun baby tak boleh berjalan lagi, bila kau letakkan kaki bayi ke atas tempat yang rata mereka akan terus buat aksi nak berjalan dengan placed satu kaki ke depan. Ala, aksi berjalanlah tu. Ni pun mula mula refleks, bila dah meningkat umur jadilah voluntarylah. Kalau tak voluntary tak berjalanlah kau dan aku sampai besar. Hehhehe.

7. Fencing Reflex
Nama lain adalah tonic neck reflex. Pernah tengok ShinChan? Haa. Reflex ni baby buat aksi Action Kamen (macam ni ke eja?) Shin Chan tulah. Refleks ini muncul ketika bulan pertama hingga ke bulan ke empat. Bila baby pandang ke kanan atau kekiri, satu tangan akan lurus dan satu akan bengkok. Haa. Macam tulah. 

Action Kamen!

Bukan tujuh je refleks. Ada banyak lagi contohnya swimming reflex, Galant reflex, Babkin reflex dan lain lain. AKu malas terang sebab tak ada dalam video. Hehehhehe.

Heeeeeeee. Sekian Huda melaporkan!




p/s: Agak-agak aku akan berjumpa dengan staf hospital yang comel tak? Ahahahhaaha.
p/s/s: Apsal tajuk aku macam lain macam? Hahahha. Biarkan ajelah.

Pesanan Besar: Bayi itu ibarat kain putih selembut sutera seakan bauan syurga. Warnakan seindahnya.

Monday, May 10, 2010

Mulakan Harapan Dengan Kenangan yang Manis

Macam biasa tajuk harus vogue! Kucing sungguh. Aik? Kenapa tetiba kucing?
---

Rasa macam useless je tunggu bagai nak rak kat USM tapi tak pergi fisioterapi dan tadi surgeon tak ada dek kerana jadi examiner first year dan final year medical student yang berpeperiksaan. Heh. Ayat! Tapi, ada besar punya tapi; Tapi bila jumpa doktor yang comel hapuslah kecewa tu. Hahahhaha. Tiba-tiba.

Buat sejuk hati. Buat jadi penawar juga untuk padamkan cuak kena praktikal di tempat orang. Jadi mari kita berharap semuanya baik-baik aja dengan mulakan harapan dengan kenangan yang manissssss. 

Sebenarnya tak berapa nak manislah kan kalau hari ini punya temujanji bawa khabar tak berapa nak baik. Heh. Dahlah datang lambat buat ortopedik tu macam klinik aku pulak tu dengan tak bersalah macam tak ada apa-apa heh-relek-baru-pukul-1245. Tapi harus bangga walau datang lambat nurse sangat baik hati bagi aku keistimewaan pulak tu dapat nombor staf. 

Terus rasa aku-bukan-student-okay!

Aku tunggu dekat luar sambil macam biasa sengih memanjang. Dah tak tahu nak buat apa, mari kita dapatkan pahala free dengan tersenyum. Okay. Disebabkan aku datang lambat, tak kisahlah jadi pesakit terakhir dirawat. Sangat terakhir sebab doktor tu dah nak blah pergi makan tiba-tiba nurse kata ada sorang lagi sampai muka dia wei-aku-manusia-juga-nak-makan! Hahahhah. Ayat tu aku tipu sebab doktor tu senyum je bila tengok aku sampai terkeluar laa, awak ke?

Mahu tak ingat. Aku rasa aku satu-satunya patient BERUMUR 23 TAHUN yang gigit telinga teddy bear masa nak keluarkan tiub drain darah. Sangat keanak-anakan. Bunyi comel lak sebut anak-anak tapi masa situasi tu, memang tak comel okay!

"Dia bukan nak dengan saya. Saya tak pandai,"

Erk!

"Laa doktor, saya tak cakap apa-apa pun,"
"Tahulah, kesian dia. Dia tak cakap apa pun. Bolehlah doktor, sorang je lagi ni,"

Hahhahahah. bajet tak nak rawat walhal dia dari nak keluar terus duduk semula.

"Prof. X tak ada hari ni. Saya tak pandai sangat,"
"Tak apa. Bukan boleh buat apa sangat pun. Tapi saya nak minta maaf dulu sebab saya tak pergi fisio sebulan. Exam punya hal. Er.. doktor, kenapa lutut saya macam selalu locking and bunyi clicking bila saya force juga nak bend atau nak straight?"
"Locking? Clicking? Tu sign meniscus tear tu,"
"Kan hari tu dah repair? Masa first scope dulu. Tapi kenapa tiba-tiba? Kenapa baru sekarang jadi balik? Ke ada kena mengena dengan saya tak pergi fisio?"
"Saya tak pastilah. Tapi kalau dah macam tu, kena scope semula,"
"Tak naklah. Saya dah trauma dah doktor dengan bilik OT. Cukuplah dua kali,"
"Saya tak boleh cakap sangat. Kena tunggu Prof X juga. Appointment semula minggu depan boleh?"
"Alahai, saya dah nak balik esok. Saya cuti sebulan lebih. Tu pun tak berapa nak sebulan juga sebab attachment kat hospital Serdang,"
"Tak boleh minta sehari balik sini? Kalau biar, bahaya pula. Saya risau juga,"
"Kalaulah Kelantan-KL tu macam Kubang Kerian-KB tak apalah doktor,"

Hadei. Hadei. Hadei. Hadei. Aku rasa masalah kaki aku ni tak ada rupa nak settle je. Sedih eh. Isk isk isk. Bila aku nak boleh berlari semula. Sedih sedih sedih. Baru aku faham perasaan sedih nak buat benda kita selalu buat tapi tak boleh buat.

"Hospital Serdang? Serdang best juga tu. Lama dah saya tak balik Selangor,"
"Apa yang best?"
"Boleh tengok wayang,"
"Wayang je pun. Kelantan lagi bestttttt!"
"Ceh. Lupa asal usul. Hahhahahahahahha. Cuba tengok budak ni sorang makcik, tak ingat asal usul,"

Hahhahaha. Ada sorang makcik sekali dalam tu. Terus sesi klinik jadi discussion KL-Selangor; siapa yang tak lupa daratan? Punyalah aku nganga dengan makcik ni sebab pakaian dia biasa je tapi speaking berhabuk dengan doktor foreigner. Tabik! So, sila jangan menghakimi buku kerana mukanya (facebook?) yang hodoh.

Tak adalah berapa nak lupa KL tapi macam duduk Kelantan ni kena dengan jiwa. Heh. Eleh, doktor tu cakap orang walhal masa sesi lepas dia yang cakap duduk Kelantan lagi seronok dan jimat tinggal lagi tak ada panggung wayang. Bajet aku tak ingatlahkan confession dia tu. Hahhahaha.

"Doktor, saya tanya lagi boleh? Kaki saya ni still rasa senang nak jatuh ada kena mengena dengan wasting muscle ni tak? Ada possibility tak saya boleh balik normal?
"Senang jatuh tu adalah tanda dan nak balik normal macam asal tu payah. Bla bla bla bla,"
"Maknanya saya tak boleh main bola balik? Tak boleh taekwando balik?"
"Baru 3 bulan post op. Insyallah bulan ke enam boleh lari slow-slow. Taekwando? Belt apa?"
"Rahsia. Hahhahahahhahaha,"
"Saya black ada calit putih,"
"First Dan? Waa! Gilalah!"
"Jom sparring dengan saya,"

Ahahahhahahhahaahhaah. Doktor itu membuat aksi comel mahu menumbuk aku. *Dead*

p/s: Tipu gila gelak. Aku cuak sebenarnya kalau kaki aku ni kena tebuk semula. :'(
p/s/s: Apa guna cerita lama masih di jiwa? Bakpo gak? Lirik lagu ni buat aku rindu suara Ustaz Asri.









Pesanan Besar: Jangan rasa letih sebab keletihan itu berbayar andai IKHLAS.