Hohohoho.
Ini kisah benar yang aku lalui dan bukan rekaan. Okay?
Dulu masa lepas aku kena usung keluar dari OT room dan ditempatkan di wad post op, ada satu kejadian tak berapa nak cun terjadi. Well, ini bukan kali pertama berlaku pada aku, tapi inilah kali pertama yang agak memberi tekanan mental dan perasaan.
Apa yang berlaku?
Masa tu aku rasa lewat malam dah aku berborak dengan rakan katil pesakit kiri kanan depan, sudut kiri kanan depan. Setiap orang dengan penyakit tersendiri. Sebelah aku tumor, depan aku accident, sebelah sana kanser sebelah sana patah tulang pinggang dan dua tiga lagi.
Aku berborak dengan katil depan yang nak dioperasi esoknya. Dia tanya aku mana baik; epidural atau general anesthesia. Aku bagitahu apa yang aku tahu sebab aku ada baca beberapa pro and cons menggunakan kedua-dua jenis bius ini.
Tengah aku bercerita dan gelak gelak, tiba-tiba aku dengar bunyi pintu tertutup. Aku tahu ayah aku dah sampai dari ambil bantal untuk adik aku. Tapi satu benda lain terjadi. Ada sesuatu berlaku dengan perasaan aku. Tak pernah aku rasa takut macam tu atas dunia ni, dan itu berlaku malam itu.
Walaupun aku nampak muka ayah aku, semakin ayah aku dekat, semakin aku rasa tak selamat. Semakin aku takut. Perkara pertama yang aku sebut,
"Ayah, takut. Macam mana kalau angah tak boleh jalan? Macam mana nak gerak. Kenapa angah buat operation ni? Patutnya angah tak buat. Kan dah tak boleh jalan,"
Aku sangat takut dan keliru sampai aku persoalkan semua perkara yang berlaku dalam bilik OT. Kalau dia tak accident, kalau di tak itu, kalau tak ini. Aku sangat takut sampai aku peluk lengan ayah aku dengan pejam mata dan menangis.
Serius.
Ayah bacakan ayat ayat pada air, suruh aku minum. Tak jalan. Sudahnya masa ayah lapkan air itu pada wajah, kali pertama meremang, kali kedua meremang dan ketiga, alhamdulillah. Terus aku terlena.
Esoknya, ayah kata dia sesat masa cari jalan masuk ke wad aku. HUSM, tahu ajalah berliku-liku jalannya. Tapi, perkara itu tak berhenti di situ. Dua tiga lepas tu, kawan aku dimasukkan ke wad medikal kerana denggi dan aku melawat. Sebaik aku masuk lif, perasaan itu datang kembali cuma kali ini aku sudah boleh kawal. Aku hanya balik lari naik atas katil tutup muka dengan selimut dan baca apa yang aku tahu dan ingat.
Kemudian, masih tidak berakhir di situ. Masa minggu final, akulah antara muka yang kau boleh lihat dari pagi hingga petang hingga malam di perpustakaan. Setiap kali balik minggu itu, aku selalu rasa ada orang mengekori aku berjalan pulang selepas melalu kawasan gelap hospital. Itu aku boleh terima. Dia bermain-main dengan bunyi derapan tapak kaki.
Meja study aku membelakangkan pintu. Selalu kalau roomate aku shift malam, aku akan keseorangan dulu. Selalu aku dengar bunyi pintu terbuka dan aku akan, "Hi Rara! Dah balik?"
Bila aku pusing, pintu tertutup kemas. Aku, lepas pada tu, memang akan selalu kuncikan pintu. Takut tu iya, tapi safety nombor satu.
Tadi, aku bagitahu ayah aku.
"Angah rasa, angah tak sihat lagilah ayah. Selalu benda benda pelik jadi,"
"Ada lagi ke? Tak apalah, hujung minggu ayah minta Ustaz Hasrizal buatkan air tawar,"
"Buatlah. Macam susahlah nak balik malam library,"
Oh. Rumah aku ni pun asalnya bekas ladang balak. Jiran-jiran banyak dah bagitahu ayah aku benda benda tak baik berlaku. Tinggal lagi ayah aku tak bagitahu kami adik beradik sebab takut kitorang takut, terutama mak aku.
Rumah ni, penghuninya sikit. Biasalah. Mak ayah aku sejak sejak rumah dua tingkat, diorang banyak lena kat bawah. Malas nak naik turun. Kakak aku kat rumah sewa. Jadi dua bilik kosong terutamanya bilik mak ayah. Bila aku balik, akulah orang yang takkan tidur di bilik aku.
Katil besar, senang sikit nak terbang masa tidur. Jadi, aku suka lepak bilik mak. Hehheheheh.
Cuma yang tak seronok, banyak kali aku tengok ayah aku mengintai. Selalu masa kecil kecil, ayah intai nak tengok kitorang dah tidur ke belum. Memang dulu masa kecil, masa tidur tepat. Jadi, terpaksa berpura-pura lelap. Hinggalah satu hari, memang aku nampak ayah aku memang mengintai.
"Ayah? Kenapa?"
Ayah aku berlalu je.
Aku turun. Aku tengok ayah aku elok je terbaring atas sofa. Lena. Esoknya.
"Ayah naik atas ke semalam?"
"Tak adalah. Kenapa?"
"Angah nampak ayah intai. Angah panggil, ayah terus pergi. Angah turun yapi ayah tidur,"
Ayah senyap. Ayah cerita memang dia selalu perasan orang intai dia kat tangga. Hinggalah satu hari ayah jadi nak marah, ayah naik masa dia rasa orang intai. Dua tiga kali ayah uji sampai memang ayah rasa geram. Ayah naik, adik memang tidur. Along memang tidur.
Ayah masuk bila dia jerkah benda tu. Ayah kata, rumah ni ayah beli. Ayah guna duit halal. Jangan ganggu. Kalau tempat ni tempat dia, rumah tu ayah punya. Terus ayah tak meremang. Ayah pergi bilik along. Okay. Ayah pergi bilik adik, meremang balik. Ayah jadi geram. Ayah tahu makhluk halus tu main mainkan ayah.
Ayah turun ambil garam bacakan ayat quran. Mana ayah rasa meremang, ayah lempar garam tu. Sampailah tak rasa lagi. Alhamdulillah hingga hari ini.
Bila aku cerita tu tadi, ayah belikan aku buku ini. Aku baru belek belek screening sepintas lalu. Menarik.
---
Ini kerja aku kat rumah. Mahu tak berkumpul lemak lemak? Makan supper dalam bilik. Turun masak telur dan sup ikan. Hehhehehhe. Nasib tak buat kopi. -.-" Supper tu! Hadei.
Kalau dah balik rumah, telur pun sedap gila okay!
Aku lap meja yang berkurun, dan aku suka gambar aku yang ini. Natural. Ewaaahh!
p/s: Terima kasih pada budak ini juga untuk sajak guru-pada-murid.
p/s/s: Menunggu tetamu besar! Semoga sampai dengan selamat esok ya kamu!
p/s/s: Menunggu tetamu besar! Semoga sampai dengan selamat esok ya kamu!
Pesanan Besar: Makhluk halus, makhluk tuhan juga. Cuma dia halus. :)
2 comments:
oh..rumah famili kami pon cmtu..tp yg bese kene kacau adik2 laki..ayah org ckp, anak2 laki die lemah semangat dri kecik...tapi mmg, slagi xjerkah, slagi tu la xilang..
Oh eh?
Diorang ni macam manusia gak, berani dan takut. :)
Post a Comment