Ayat aku tak tahan kan? Tapi kali ini boleh mengenang dan dikenang dan terkenang. Sempena hari guru ni, oloh common gila buat ucapan. Tukarlah.
---
Masa tadika. Saya budak baik dan berjuruh. Sayalah yang sekolah cari cari sebab kena jadi solo nasyid. Kan saya dah kata suara saya lemak merdu. Dululah. Masa kecil. Sekarang? Hampeh. Saya jugalah yang mendapat johan dalam hafazan walaupun orang suruh baca surah Al-Zalzalah tapi saya ingat surah Al Zalzl;ah adalah Al-Kafirun. Jadi saya baca surah Al-Kafirun dengan tak bersalah sampai habis dan berjaya masa sesi terakhir. Saya menang bawa piala tinggi sebab orang lain jangankan nak baca surah yang disuruh, surah salah pun tak selancar saya. Ehehhehe.
Oh. Saya tak minat piala atau pingat atau seumpamanya. Yup. Semua tu masuk tong sampah. Hahahhaa.
Jadi masa tadika adalah masa kegemilangan saya walaupun saya tak puas hati dapat nombor satu sebab hadiah yang saya nak adalah hadiah nombor dua. Pensil tekan dia cantik. Tsk. :'(
Walaupun begitu, terima kasih kepada guru-guru Tadika Al-Islamiyyah.
Masa darjah satu dua tiga, orang yang selalu tak siapkan bahkan buat pekasam semua kerja rumah pendidikan seni. Sayalah tu. Huh. Apa ingat senang nak melukis poster Cintailah Alam Kita? Ingat senang nak lukis Taman Permainan Saya? Halloolahhh. Saya pantang betul nak melukis melukis pakai cat air segala ni.
Lagi saya pantang kalau kena buat kolaj, tikar dan haa yang esok bawa kentang bawang bendi kita main cop cop. Yang tu pantang sangat nak buat. Malas, tahu? Jadi kalau ada lapan lukisan kena hantar, lapan lapan saya tak hantar.
Logiklah Pendidikan Seni kau C, Huda. Nasib C. Kalau cikgu bagi E macam kebersihan gigi kau dulu, tak ke haru? Kecik kecik dah fail kan subjek. Hadeii.
Terima kasih guru-guru Sek. Ren. Kebangsaan Seri Setia.
Tengah tahun darjah tiga, tukar sekolah.
Sekolah baru pun sama. Kalau Bahasa Inggeris tak dapat D, memang bukan Syahidatul Huda. Kalau dapat borderline lulus tu pun dah cukup bagus. Lagi hebat homework tak pernah buat. Datang sekolah awal, pinjam jawapan kawan. Tiru semua. Heh. Kecil-kecil tunjuk perangai tak cantik.
Masuk darjah enam, kaulah manusia buat spoil. Hahahhaha. 10 orang murid harapan 5A dapat pergi kem untuk UPSR. Kaulah salah sorang dari 10 orang tu, tapi hanya 9 dapat 5A. Kau? Buat letih jadi harapan je, nak bau 5A tu memang tidaklah kalau malam exam weh-cerita-malam-ni-best!
Dapat 3A tu pun dah cukup bagus.
Huda... Huda.
Apapun, terima kasih cikgu-cikgu Sek. Keb Taming Jaya.
Naik menegah, nak sekolah asrama. Bukan sebab nak jadi baik. Sebab pengaruh cerita novel remaja Tingkatan 1, 2, 3 di Seri Melur. Rasa cool gila jadi pelajar yang lompat pagar buat parti hari jadi. Ahhahahahha.
Aah. Masuk menengah, kalau bukan kaki ponteng subjek tak suka, kaki keluar curi beli aiskrim tengah bandar. Kalau kau tak ada tu, adalah kat mana-mana. Paling tidak, kau pergi curi masuk asrama tidur siang. Kalau bab menjawab lebih-baik-tidur-dari-tak-masuk-ilmu, memang nombor satu.
Cikgu geleng kepala. Padanlah tak lepas naik tingkatan satu, degil sangat. Kan dah rugi satu tahun peralihan Bahasa Arab sampai semua orang kena panggil KAK Huda walaupun saya nampak muda remaja. Heh.
Tapi, saya tetap berterima kasih pada semua cikgu di SMU (A) Saniah sebab sayang saya walaupun saya kena cuci tandas guru dan tandas murid lelaki yang bluekkkkk. Terima kasih sebab ajar saya jadi pandai sikit. Sikit je sampai cukup syarat untuk saya dapat masuk sekolah baru yang mahsyur lagi berkualiti. Saya je tidak.
Naik tingkatan 3, tukar sekolah. Perangai hanya berubah seminggu jadi murid paling sopan santun. Kalau buat salah sikit mesti nak minta maaf, eh, saya budak baru maaflah saya tak tahu. Ewaaah.
Habis seminggu juara tak turun prep, kaulah. Juara tidur dalam kelas masa fizik, add math, bio, kimia, kaulah. Juara kena berdiri atas kerusi tak dapat jawab Sejarah, kaulah. Juara tak pernah langsung buat homework, kaulah. Juara kena rotan tak turun jemaah, kaulah. Juara menyelit keluar pagar pergi pasar malam, memang kaulah! Tu belum kira juara pergi sekolah lewat, juara kena sebat, juara kena jemur tengah panas, juara lari tak cukup tanah sebab kena kejar dengan ustaz, semua kau. Oh, juara wanted dan kena diperhatikan selalu gerak geri, kau juga. Kalau dah nama wanted, makin menjadi-jadilah rebellious aku. Hohohoho. JUARA. Heh.
Juara mak kena telefon masa trial SPM, puan anak puan ni add math 9/100, kimia fizik pun gagal, itu juga kau. Ahahaahahhaa.
Huda.. Huda.
Saya berterima kasih pada semua guru guru terutama warden yang tahan perangai tak senonoh saya dan kekal tanpa jemu mendidik saya ketika menimba ilmu di Maahad Muhammadi (P) KB.
Terima kasih cikgu.
Naik matriks; homework pun jarang buat. Tapi pergi kelas harus bergaya dengan jawapan orang. Lepas tu bila kena selesaikan calculus dekat papan putih, baru ternganga. Hooloh. Pantang betul aku dengan angka. Masuk PASUM, jatuh menjadi-jadi. Nak naikkan pointer semester dua memang tak larat. Memang tak terkejarlah kan kalau Kimia Bio kau A tiba tiba Math kau C.
Aahahahaha. Nasib USM nak terima aku jadi pelajar.
Kepada semua pensyarah sekalian, terima kasih. Terima Kasih. Terima kasih.
Eh, dekat atas aku guna /saya/, ini sudah tukarlah. Eheks.
Kemudian ke USM. Berubah jadi orang yang tak perlu takut kepada handphone tak boleh bawa, lencana mesti belah kiri, kad identiti pelajar haruslah selalu ada, tangan kena kancing bla bla bla. Hehehehe. Masuk USM adalah perkara yang paling manissssssss bila cikgu kau adalah manusia yang merawat kau juga.
Masuk USM kenangan paling indah saya kira dalam proses pembelajaran saya walaupun perangai memonteng kekal ada. Kenangan paling indah walaupun kalau nak kira tak berapa indahlah kan ada masalah imbalance dan ligamen kaki putus. Kenangan paling indah saya sebagai pelajar.
Terima kasih pendidik semua di USM.
NAMUN.
Saya takkan mengecap keindahan di USM tanpa semua jasa-jasa guru dari saya merangkak hingga saya berjalan jatuh kini. Saya takkan mengecap semua ini tanpa didikan ibu bapa saya dan semua guru dari tadika, sekolah, rendah dan menengah hingga ke asasi dan sini. Saya takkan belajar gagal dan berjaya dan gagal dan berjaya semula tanpa guru ini semua.
Selamat hari guru kepada semua cikgu, ustaz, ustazah, doktor, Prof dan clinician sekalian. Anda memang marvelous. Semoga sentiasa kuat untuk mendidik dan mengasuh, menunjuk dan membetul, menegur dan menyayang!
SELAMAT HARI GURU, CIKGU!
Dan selamat hari guru juga kepada semua pengalaman-pengalaman saya.
Belajar dari pengalaman, ibarat melukis tanpa pemadam.
Untuk kau LELAKI, hayati maksudnya! :')
Lelaki
Siti Nurhaliza
Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran
Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak
Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati
Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
Pesanan Besar: Jangan merasa kalah, kerana kau dicipta menjadi JUARA!
2 comments:
owh baru tau huda pn penah jaid warga MMP ke?ingatkan saniah je..
satu sekolah la rupa2nya kita nih..
hok alloohh.junior kawe ghupo2nya nyo..SPM taun bape ek?
antara kenangan terindah di MMP.digelar Charlie Angel's sebab 3 sekawan tak penah berpisah
Heee. Aah, pergi sana 3 tahun. SPM 2005.
Hai senior. (Tiba tiba. Hikhik).
Post a Comment