Tuesday, May 18, 2010

Tiga Perkara. Eh, Empat!

Benda paling seronok pergi kerja adalah kerana dapat merempit pagi dan petang. Ewaaaah. Kerja tu. Gila suka aku naik motor. Angin laju macam dekat pantai! Memang kembung perut makan anginlah. Eheh.

Pertama
Okay. Sila jangan panggil saya Huda sekarang. Nama saya adalah SYAHIDA. Hahahahha. Terus terasa jelita serta merta bila orang "Syahida, plan apa untuk patient ni?". Bukan takat jelita, terasa diri ini adalah wanita melayu terakhir yang habis sopan santun dan lemah lembut. Awww!

Kedua
Kau lupa ke kau berada kat KL yang tengah bandar mana ada highway satu lane pergi, satu lane balik? Oloh! Apa kau ingat ni Kelantan selamba badak atas highway boleh silap masuk lepas tu buat U-turn kemudian menunggang songsang? Gila. Dah lama hidup?

Tapi. Serius terfikir macam mana Azah boleh fikir dua lorong tu pergi balik. Nasib jalan lengang, kalau tak.. selamaaaaat. Elok Hospital pun depan tu je. Heh.

Ketiga
Lain kali kalau nak isi minyak boleh ingat tak kau letak kunci dekat ruang kosong minyak? Boleh ingat jangan tutup seat sebelum ambil kunci? Hahhahaha. Kan tak pasal pasal jejaka baik hati (Ewaaah) dan tukang isi minyak kena berhenti tepi kedai tolong setelkan, cungkil seat untuk ambil semula kunci?

Lagi haru kalau tak boleh buka sebab kau tak ada kunci lain melainkan itu satu satunya. -.-"

Ke Empat
Hahhahahhahhaahahhahahhahaha. First day lagi dah kena marah. Memang tipikal Huda suka main main okay. Heh.

Tadi En Khary pesan. Buat praktikal tempat orang, jangan lupa diri, jangan sombong, jangan kurang ajar. Jangan lupa daratan sampai rasa tak belajar apa apa dari supervisor lain. Praktikallah dunia sebenar pekerjaan. Ambil ilmu sebanyaknya. Terima kasih, En Khary! Tak kesahlah kalau En Khary suka nak sepak kaki saya. hhehehhee.

Sebenarnya aku tak pernah naik motor sejauh ini selain dari dengan ayah aku. Tadi first time Azah bawa selepas 5 tahun haruslah aku berdebarkan? Dahlah side mirror kiri patah. Tak peliklah habis zikir, habis ayat Quran yang aku tahu aku baca. Habis dua dua, aku menyanyi. Well. Tulah cara aku nak hilang cuak sebab aku boleh berimaginasi negatif sampai aku sendiri tak sanggup nak fikir. Anda boleh mencuba. :')

Oh. Setengah jam perjalanan rasa lama masa pergi, sekejap bila pulang. Psiko kah?






Pesanan Besar: Bila kau rasa kau tiada jalan pulang, kau berhenti sebentar. Tunduk berfikir. Kau ada tuhan!

4 comments:

aimi said...

hahaha, syahida???

eh nama kita sama.

lupa bayar tol. tertinggal TUL di blakang. syahidatul.

INFINITY said...

Hahhahahahhahhaha. Rasa kekok gila dipanggil SYAHIDA. :P

Ye. Kita kembar.
Aimi Syahida (buang H)
Huda Syahida (Buang TUL dan invert).

Ahahahhaa.

HudaSaffry said...

Nme saya Huda jugak. Happy jumpe orang nama sama! Hehe. Btw, salam ziarah. Lompat2 terjumpe blog ni :)

INFINITY said...

Hehhehehe. Selamat datanglah, terima kasih singgah. TQ2~