Ya. Hari Guru/Teacher's day is on the way. My mommy asked for my help to create a poem. Hayya. Aku ni ada satu penyakit dalam menunjukkan skills jiwang kepada keluarga. Sesak nafas woo nak reka bila fikir mak aku yang akan baca. Mak aku siap minta tolong ajarkan cara baca. Hadei. Kan bagus kalau aku ada jiwa adik aku. Adik aku ni satu hal punya lepak dengan siapa-siapa dia layan berkarya. Dia memang suka gila tiru gaya aku, dari menulis, mengarang, cara perasan, melukis, hobi, title, semualah!
Mungkin dia rasa aku hebat? Ahhahahahhaa. Tapi, tak hebat tiru aku. Tak ada perangai contoh yang wajar diikuti dalam diri aku. Dulu aku tak hantar form dia nak masuk Maahad sebab aku tak nak dia kena attack selalu dengan warden sebab perangai emas aku. Heh. Sebab dia rasa aku cool jadi dia berniat nak tiru gaya hidup aku walhal dekat sekolah dia layak terima title ni, kaulah-manusia-paling-skema. Lagi mahu ada hati mahu tiru penyangak sekolah ini?!
Entah penyakit apa aku ada dalam diri. Aku tak berapa nak gemar parents aku puji aku atau tahu talent aku sebab aku rasa macam selekeh je. Weh serius. Aku macam, entahlah. Abaikan. Terukkan? Huuu.
Jadi, siapa ada atau nak reka sajak cikgu-kepada-anak-murid, aku sangat alu-alukanlah. Sila tolong aku. Hadei. Oh, mak aku nak bacakan hari Isnin ni. Sangatlah suntuk! :'(
p/s: Lagu ini masa aku tengah jatuh cinta suka dengan seorang budak cute tapi rahsia ni. Ahahahhahahahhaha. Sekarang? Tidak lagi. Akukan senang berubah. Ahahahahha. :P
p/s/s: Aimi, keep it silence! Oh BTW, lagu ni antara lagu yang akan kita tarikan Minggu Muslimah kelak. Hahahahhaha.
Pesanan Besar: Selamat hari guru, mak. Selamat hari guru kepada semua emak di dunia juga. Guru pertama adalah ibu!
5 comments:
Tanpamu
Erti hidup ini
Rentaknya
Iramanya
Mungkin tandus
Atau gersang.
Kerana jasamu
Alun lunak suaramu
Sayang kasihmu
Inilah kami
Harapan nusa terdidik.
Genggam erat kata ini
Unggul buatmu guru
Rafak hormat kami
Untuk segala baktimu:
TERIMA KASIH GURU.
p/s: ini sajak yang ada kat kelas hida waktu darjah 3 dulu. karya siapa entah.huu~
ps/s: takpun, guna je sajak famous hari guru: Guru oh Guru by usman awang.:)
TQ Hida! :)
Heee. Kalau Huda edit sikit okay tak?
silakan. sangatlah tak kisah. sebab bukan hida punya. anonymous kot. :)
hahah
i'll keep it silence. Walau hari tergila-gilakan lagu ni kita melalak tengah malam tak ingat dunia sambil golek2 atas lantai...hhaha
Besar tu kena senyapkan nanti jatuh saham. AHhahahha. How's life now?
Post a Comment