Tuesday, May 25, 2010

Untungkan?

Untungkan ada kakak? Tapi, adik aku untung sikit je ada kakak macam aku. Sebab kalau dia minta tolong memang sangat jaranglahkan aku nak bermurah hati menolong. Ho lah, kau suruh aku ajar kau Fizik, tak ke gila nak dapat ajaran sesat namanya? Heee.

Otak aku bukan geliga okay. Hiks. Tunggulah aku bernikah dengan jurutera esok, tak pun pakar metamatik. Haa, masa tu tanyalah apa sahaja berkenaan nombor. Ewaaah.

Aku balik kerja (kerja?) tadi, dia minta tolong lukiskan dan warnakan kerja pendidikan seni visual dia. Orang bandar ni kerja tuisyen je kot tiap-tiap malam. Aku dulu jangankan tuisyen, kelas pun aku tuang. Hahahha.

Disebabkan dua tiga hari ni agak tertekan mental, jadi aku menerima dengan senang hati walaupun mulut bunyi sikt-sikit eh ni siapa yang nak exam? Yup, masa susah hati ni, saluran nak letakkan tenang adalah konsentrasi ketika melakar dan mewarna. Itu bagi akulah.



Untungkan? Dia balik tuisyen, aku yang tak bersalin lagi baju kurung balik kerja duk tekun lagi mengadap kertas lukisan dan berpuluh-puluh warna. Dia balik bajet nak sambung tapi tertidur sebelah aku. Mak aku haruslah, "Tolonglah siapkan, adik penat tu,"

Dan memang sifat aku buat kerja mesti sampai habis, jadi aku siapkan ajalah.

Untungkan ada kakak?

Esok pagi celik mata, siap!

Nasib dia janji nak belanja aku burger esok. Oit dik, kau kena syukur ye angah siapkan lukisan kau. Angah pun tak pernah hantar kerja sekolah. Lukisan apatah lagi zaman muda muda dulu. Tahu!

Sila bersyukur.


p/s: Aku gurau je, tu pun nak amik hati. Tsk tsk tsk. ;'(
p/s/s: Payahnya nak faham kaum yang satu ini
p/s/s/s: Ini
blog kreatif anak pensyarah aku! Comel je! Antara blog-blog photographer bernaluri comel. Hek.



Pesanan Besar: Padanlah mak aku susah hati dulu kalau aku tidur tak siap kerja, ini yang aku rasa kalau adik aku esok tak siap homework.

Naluri ibu!



Eh, aku esok esok, akan jadi ibu yang baik yang tolong anak buat homework tak? Hahahahha.

6 comments:

DarkArtz said...

kau amik tak seni masa form 5 dlu??

INFINITY said...

Of course lah amik. hahahhaha. Kau?

DarkArtz said...

aku amik........
aku wat tajuk tersesat di dalam hutan cendawan........
huhuhuhu.......
pastu yang amali aku buat keris.........
kau wat pe???

INFINITY said...

Samalah yang tersesat di hutan cendawan. Yang tu aku buat pasal bas. Hhehehhehehehe.

DarkArtz said...

kau ada tngkap gambar tak hasil kerja kau dulu???
aku ada tangkap!!!!
jom wat entri tunjuk hasil keje kita jom masa f5 dulu........
hohoho........

INFINITY said...

Sayangnya tak ada, aku dah campak masa kemas-kemas nak balik tak sekolah dah dulu. Hahahahahaahhahahahahah.