Thursday, March 31, 2011

Come To Me Now!

Oh, why you look sad?
Tears are in your eyes,
Come on and come to me now.

Don't be ashamed to cry,
Let see me you through,
Cause I've seen the dark side too.

When the night falls on you,
You don't know what to do,
Nothing you confess,
Could make me love you less.

I'll stand by you,
I'll stand by you,
Wont let nobody hurts you,
I'll stand by you...

~The Pretenders


***

Bagi aku masa untuk melakar cerita. Kadang kala, aku rasa biarlah aku tidak tahu dari tahu yang mengundang pilu. Satu ketika dulu, aku tidak tahu kau ke sini menatap satu persatu baris kata. Hingga satu waktu, aku tahu kau punya masa datang menjenguk membaca. 

Kemudian, hari berganti dan aku lupakan segala. Segala dan semua. Semua dan seterusnya. Namun dalam segala kelupaan, aku setia pada hormat aku coretkan. Lakaran hormat kekal walau dalam ragu curiga. Setiap kerutan kening hanyalah berbeza pada dimensi percaya. Sejuta jalan mengharung lain, hujungnya masih sama. Satu. Dan satu satunya.

Entah. Mungkin ingin sembunyi yang satu itu, satu yang lain terpaksa aku reka. Silapnya ada. Mahu mohon agar jangan salah sangka, sudah jauh merentas masa. Pilihan yang ada, hanya telan semuanya.

Ingin sekali menghulur maaf, namun maaf untuk apa? Ingin sekali menjelas segala, namun atas salah yang bagaimana? Ingin sekali merayu jangan ralat, namun pada yang manakah aku silap? Ingin sekali bertutur aku bukan begitu, namun aku tidak tahu yang manakah yang kau tahu.

Oh.

Pada lain kau. 
Pada pelik kau. 
Pada angkuh kau. 
Pada ego kau. 




Never apologize for showing feeling. 
 When you do so, you apologize for the truth. 
 ~Benjamin Disraeli

Wednesday, March 30, 2011

Surat Untuk Awak, Doktor!

Kehadapan doktor,

Doktor ada muka comel bergaya kalau etika ke longkang buat apa? Alahai doktor, doktor kan dah kerja. Duit gaji ribu raban buat apa? Dekat Malaysia ni, kalau depan nama ada DR., bersusun perempuan beratur nak kahwin dengan doktor. Haaa.. pergilah cari sorang yang cun cantik jelita bijak. Cari, approach dan buat bini.

Tahu?

Doktor,
Saya ni memanglah ramah tamah. Dalam ramah saya, bukan bermakna saya boleh dipijak kepala. Saya ni memanglah sangat ringan tulang. Ringan tulang peribahasa okay. Kalau nak harapkan ringan badan, memang taklah kan. Bila saya dah ringan tulang, yang doktor rajin nak pijak pijak biar patah tu buat apa? Saya buat baik doktor ingat saya nak mengorat doktor? Oh tolonglah! Dan kalau doktor nak ingat macam tu sekalipun, tu bukan tiket doktor nak pijak pijak pijak pijak saya! Tahu?

Eh doktor,
Sebelum saya bertindak lebih drastik, apa kata doktor berhenti buat pasal dengan saya? Apa kata doktor buang semua benda yang berkaitan dengan saya. Seperti nombor telefon saya? Tolonglah reti bahasa saya tak suka! Kang saya cepuk kang! 

Oh saya tak main cepuk cepuk. Saya penampar terus!

Oi doktor,
Saya baik hati. Tapi hati saya bukan sabar jenis tinggi. Haaa. Kang saya buat ikut kepala saya, kena tarik lesen doktor merawat orang tu.

Doktor sayang,
Kalau sexual harassment tu bullshit, maka bullshitlah doktor.

Terima kasih.

Taken here.








p/s: Wuu. Saya rasa bila saya nak tutup satu cerita, saya terpaksa buat cerita yang lain. Now, saya rasa orang yang saya hormat cara pemikiran dia, mula menjauh. Wuu. Tolonglah jangan salah sangka. :'(

Tuesday, March 29, 2011

Awan Kekal Biru



"Huda ni cakap apa semua senyum,"

Aku tak tahu nak ambil itu sebagai pujian atau hinaan sebab deep down aku rasa macam kau cakaplah apa pun kat aku, senyum aku tu bagai petanda kosong.

Aku pun tak tahu nak react macam mana dah masa sekarang sebab aku makin down down down dan down. Aku tak boleh dan tak akan pernah nak jatuh sekarang sebab adalah sungguh bodoh manusia baru usia 24 dah mengalah.

Like hek eleh lemah gila kau!

Berbekalkan kata kata perli pada diri sendiri kalau aku tak reti nak bangun balik memanglah aku seloser loser manusia atas dunia ni, aku cuba bernafas. Perlahan tak apa, janji berjalan. Tapi aku sendiri jadi tak faham the moment aku bangun, saat tu jugalah aku dipijak jatuh.

Sampai sumpah aku benci nak bangun depan mata dia.

"Okay, Huda I nak dengar you explain. Dah biasa kan buat benda ni?"

Tarik nafas. Bina kekuatan. Kumpul semua yang ada dalam otak dada mana terselit celah cerebrum.

"Entah, saya tak tahu,"

Aku chose that answer. Aku pilih untuk dilihat bodoh. Aku pilih alang alang kau nampak aku lembab, hah ambik nak biar kau nampak lagi lembab!

Aku marah. Aku marah sangat. Aku marah sebab aku marah benda yang aku boleh react cool dan tak perlu marah tapi aku nak marah sebab aku marah! Aku marah sebab syaitan banyak sangat. Tapi bila aku nak mula sejuk, marah aku datang balik!

Macam mana aku struggle buat test dekat patient, aku end up nampak lembab. Memang patient taat dan baik hok hek hok hek sikit sikit jah. Tapi sungguhlah tak bermotif bila kau tak ada dari mula sesi terus jump tegur itu ini.

"Saya tengok awak dah lama buat dari tadi tak dapat dapat result. Baik saya buat pulalah,"
"Mesin jam,"
"Ye ke?"
"Hah. Buat lah,"

Arghhh! Paham tak bukan salah aku! Paham tak mesin tu buat perangai tapi masa tu dekat tangan aku. Paham tak aku pun sesak dada juga kalau benda macam ni berlaku depan patient. Bukan aku nak jadi macam ni. Aku jenis kalu, kalau benda buat aku kalut, aku nak eliminate awal awal. 

Tolonglah. Tolonglah. Tolonglah.

Tolonglah.
Tolonglah.
Tolonglah.

Dear Diary,

Saya minta maaf kalau saya fail annoying semua orang. Saya minta maaf kalau saya tak reti buat macam mana saya sepatutnya buat. Saya minta maaf kalau tengah jalan saya lost. Saya minta maaf. Saya minta maaf. Saya minta maaf.

Saya minta maaf kalau tengah tengah masa sekarang saya buat perangai. Sampai satu tahap, saya dah redha nak mengulang satu semester lagi. Saya tak larat setiap hari pergi balik lab-bilik-lab-bilik. Saya tak larat nak pikul beg penuh laptop buku, form, report. Saya tak larat kena berhati hati beg berat dan naik turun tangga. Saya tak larat bila orang tanya mana alat saya pinjam tak bawa pergi klinik. Bukan saya nak datang lewat. Saya dah malas nak datang awal.

Saya tak larat nak kejar semuanya sekarang. Saya betul tak larat. Saya tak tahu macam mana nak minta tolong orang lagi sebab banyak benar dah saya minta tolong. Saya tak tahu macam mana lagi nak pujuk hati saya jangan takut bila tiba tiba telefon lab berbunyi pukul 11 malam. Saya tak larat.

Bila berjalan saya takut, saya telefon mak. Saya tak nak mak saya risau jadi saya buat buat tanya khabar, tapi saya tak tahu macam mana nak pujuk lagi hati jangan takut. Saya rasa nak menyumpah bila saya berniat tinggal beg dekat lab, tiba tiba sampai bilik kunci bilik tertinggal dalam beg. PPSK-Nurani-PPSK-Nurani.

Saya minta maaf kalau kalau Saya penat. Jangan force saya. Tolong jangan...

Saya nak luah juga malam ni. Sekarang saya dah lega. Tak apa. Setiap kali saya balik petang, saya pandang langit. Saya tahu, kalau saya tak kuat, saya tak akan kena lalui semua benda ni. 

***

Pesanku pada langit,
Pada hamparan warna biru tanpa jemu menemani langkahku,
Pada terang cahaya sedikit tidak kedekut pada kekuatan aku minta,
Pada tenang berteman desir angin memujuk hati.

Pesanku pada langit,
Sebiru warna, seindah cahaya,
Adakala kelam hitam mendung,
Sama pada kehidupan,
Jatuh bangun atas bawah.

Pesanku pada langit,
Tidak mampu aku berdiri sendiri,
Tidak juga mampu aku berharap lagi.

Pesanku pada langit,
Pada kepulan awan,
Pada desir angin sopan.

Ada bicara tidak pernah izin aku membencimu,
Sesekali suara membisik ada bersamamu.



Namun setiap kali aku mendongak,
Disebalik indah langit kebiruan,
Aku mencari kepulan awan yang sudi meneman,

Dan aku sedar,
Aku hanya bersendirian...

Monday, March 28, 2011

Review: Nak Yang Ini Boleh?

Dalam banyak banyak buku aku pernah baca, ada satu penulis memang kalau terjumpa buku dia aku akan bersorak gembira dalam hati. Bila baca buku hasil karangan dia, mesti at least ada satu bab akan meleleh air mata. Sedih satu hal. Motivasi satu hal yang lain.

Kalau agak agak kau rasa kau down, aku sangat amat terlalu (hambik nak) galakkan kau baca nukilan Mitch Albom. Baru kau rasa wohoo kenapa orang lain boleh pandang hidup, mati, dunia, miskin, kaya dengan satu padangan positif belaka. Tapi, kau tidak. Kenapa?

Baru kau sedar, besar mana sangatlah beban kau kalau nak banding dengan mereka ini.

So far, ada empat buku tulisan dia yang sungguh menusuk jiwa. Dan dalam 4 buku ini, tiga buku aku dah khatam. And aku berani bet kau akan rasa perasaan yang sama macam aku rasa. Huhuhu. Here are the ranking mengikut apa yang paling melekat dalam hati aku.



Wuuu. Baca buku kisah benar ni habis satu chapter berair mata. Habis satu chapter terusik jiwa. Habis satu chapter, cengeng. Sungguh aku cakap yang ini paling awesome!




Well, this one, aku tak tahu ni kisah benar ke tak. Tapi masa menyelami isi buku ni (cewahhh selam bagai), terus aku rasa rindu. Terus rasa sakitnya perasaan rindu tu. Terus aku rasa, selalu sangat kita lupa orang kesayang depan mata. Bila dah tak ada...




Kisah ni aku tak fikir adalah kisah benar. Tapi garapan cerita ni buat kau berfikir yang kadang kala tanpa kita sedar, tanpa kita kenal, tanpa kita tahu, kita sebenarnya ada perhubungan tidak langsung dengan sesetengah manusia di dunia. Dan ketidaklangsungan ini, adakalanya membawa perubahan besar dalam erti hidup seharian. Worth reading kalau kau rasa bersalah sepanjang hari sebab ayat dalam buku ni aku boleh ringkaskan begini, whatever happens it has reason behind.

And the last yang setakat ini aku masih tak berkesempatan! Wuu, siapa ada buku ni bawa bawalah murah hati bagi aku pinjam okay?!


Have A Little Faith.
Wuuu, siapa baik hati nak bagi aku hadiah? Korang baik hati lagi penyayang kan? Kan? Kan?

Sunday, March 27, 2011

Okay!

Buatlah apa yang kau nak.
Cakaplah apa yang kau suka.
Sembunyilah jika takut peroleh bersama.

Hari ini hari kau.
Esok belum tentu.
Hari ini aku jatuh.
Lusa aku berlari.

Kau nampak air mata.
Kau bertepuk gembira.
Jangan lupa.
Titisan ini akan berbayar dan tinggi harga.

Jangan iri.
Esok aku bangkit.
Dan berlari lagi.

Jangan benci.
Andai dalam larian laju.
Hujung henti tiada kau di situ.





I love my friend's saying.
If you can't handle me at my WORST,
Then you sure as hell don't deserve me at my BEST.

Saturday, March 26, 2011

Bagaimanakah Lagi?

Aku percaya, pada jiwa seorang manusia itu, dalam sehari akan ada sesaat sampai satu rasa insaf tidak kira perihal apapun. Aku percaya, pada rasa insaf itu kadang kala air mata yang mampu memadam bahan neraka mungkin dan boleh dan akan tertitis. Aku percaya, selagi mana tidak ditarik lagi rasa ihsan dalam diri, maka sesaat itu pasti akan datang menziarahi jiwa jiwa ini.

Aku berharap, aku antara yang termasuk dalam golongan menerima sesaat itu.

Setiap kali menjenguk malas ke dalam perpustakaan, tempat pertama akan aku jejak adalah ruang akhbar. Dan kalau aku baca, bukan satu malahan kesemua jenis dan jenama akhbar yang ada. Aku tolak tepi mandarin dan tamil, selebihnya kalaupun tidak aku mengeja satu persatu, selakan helaian demi helaian, pasti.

Tidak perlu terbang melangkah ke Jepun atau Mexico atau Libya. Kau toleh dongak dan jenguk sebentar jendela Malaysia. Pada bahasa bagaimanakah boleh dibanggakan lagi negara ini?

Pada malu bagaimanakah lagi boleh ditunjuk untuk nyawa manusia bayi bayi bertebaran tiada harga?
Pasa hormat bagaimanakah lagi boleh ditabik pada cerita fitnah dalilnya?
Pada sayang bagaimanakah lagi boleh dipalit pada putih wajah hitam jiwa?
Pada kasih bagaimanakah lagi boleh ku beri untuk setiap jauh sasar gerak lakunya?

Aku tidak meminta segala wang ringgit harta benda. Aku hanya pohon didiklah negara ini dengan sejahtera. Jika pincang setiap langkahmu, bagaimana kau mahu kami berlari laju? Mana mungkin ketam yang senget mengajar generasinya bertatih lurus?

Hidup bukan disini sahaja. Lupakah kau pada soal jawab mahkamah nanti?

Hati mari terbang jauh pada perang alam semesta. Serapat rapat ikatan air dan manusia, sekali air mencerlung duka, satu dunia menjerit hiba! Sesekali bumi menuntut bela, satu dunia hilang rasa! Sesekali angin menunjuk benci, tiada air mata mampu lagi kau tangisi.

Tangan tangan kita meranap anugerah, kini merintih bersedih. Tangan tangan kita tidak pajak penuh sayang, maka satu persatu hilang bayang. Pada siapa harus diletak beban? Pada diapa harus dicampak sesal. Tiada siapa mampu menarik masa. Tiada.

Dan jika masih mampu boleh memanggil pulang waktu. Apa perancanganmu? Membina tembok setinggi mungkin maka bila air menghulur salam musuh maka kau boleh ketawa, hey sang air kau boleh buat apa?

Percayalah. Manusia jarang sekali memegang sesal mengekal kesal. Jika pun diberi peluang, bagaimana beringat sekalipun, hujungnya lupa. Atau bagaimana tunduk rendah menatap bumi, syaitan ada peranan biar kau bangkit mendongak langit berzikir angkuh.

Maka pada sesaat insaf yang dikurniakan untuk setiap insan itu kuharapkan agar biar kekal. Kekal.

Kerana aku amat khuatir, pada salam ingat dari semesta adalah salam alamat sebelum Israfil meniup sangkakala.

Friday, March 25, 2011

Hope


Mana mungkin aku ketawa tanpa air mata.
Mana mungkin senyumku tanpa cela.

Engkau hadiahkan aku ruang gelap penuh rindu.
Namun hadir cahaya di satu penjuru.

Pergi kau pergilah jauh.
Aku pasrah rindu bersauh 

Datang dekat ke mari rapat.
Pada cahaya terus ku harap...

Tuesday, March 22, 2011

Shut Up!

I don't play shit and I don't care if you do. But I really want to remind you, if you want to shit around, make sure that people is not me!

I know you're big people, having all those important responsibilities, the name and big sweet little face but please... that humanity thing, common human sense is not go all along the way if you not try to build it!

I don't  care all of your degrees! Thank you. 

Monday, March 21, 2011

Just Another Day


Setelah sejauh ini, kena patah balik semula ke belakang. Bila dah nama patah balik semula ke belakang, haruslah jalannya dah tak ikut A to Z. Jalannya dah ikut suka hati aku kau duduk diam diam bagi aku buat kerja.

Wehuu. 

Berbaloi?

Berbaloi. Memang dari sekolah lah kan tak pernah nak ikut kata orang. Kata ustaz apatah lagi. Kata cikgu disiplin apatah apatah lagi. Tiba tiba bila masuk U, terus jadi budak baik taat nak ponteng kelas fikir dua puluh empat kali.

Ya.

Itulah pentingnya kalau jadi guru kena jadi guru yang dihormati lagi dikasihi dan disayangi. Aku yang kepala batu ni pun boleh jadi secair cair hati. Kalau dulu pantang tercabar mula nak naik darah, sekarang ni senyum kekal walaupun argh!

Sekarang ni, ya masa sekarang ni, aku sangatlah perlukan bantuan bantuan kiri kanan depan belakang atas bawah. Kalau nak harapkan diri sendiri, memang sampai sudah tak siap kerja aku. 

Kalau dulu ikut step buat kerja. Proposal dulu, collect data, analyze, statistik, diskusi. Aku kalau boleh nak jump terus kat diskusi, tapi memang harapanlah.

Jangankan proposal, doktor tak cakap sepatah lagi aku dah collect data. Bukan niat nak derhaka, tapi bak kata Dr. R, inisiatif sendiri. Well, aku rasa aku dah cukup dewasa dengan 24 tahun ni buat benda dulu baru nak tanya. Wohoo. 

Tak. Maksud aku, akal dah boleh fikir macam mana begitu kalau begini dan macma mana begini kalau begitu. Persetankan perasaan sekarang. Kejapkan hati, kuatkan semangat, dan lari.

Jangan nak menggatal tersadung lagi sekali tengah jalan sudah. Tolonglah faham.

Kalau nak cari subjek perempuan, tak berapa lah sangat nak risau. Tapi nak cari jejaka jejaka sekalian ni, hadei. Ada sesiapa yang kalaulah ada baca blog aku ni rasa dia lelaki dan nak tolong aku grad tahun ni, tolonglah lend hand. :')

***

Pagi tadi singgah ortopedik. Biasanya dengan Prof F tak pun Dr. NA. Tiba tiba masa panggil nombor, bilik 12? Apakah? Selama ni bukan bilik 3,4 je ke? Wow! Tak sangka selama ni aku admire cara explanation Prof. F, ada lagi lagi lagi yang boleh buat aku admire lebih sikit. Nanti aku cerita cara dia explain. Aku rasa budak medik sekalian mesti admire gak kat dia.

Tak tahulah kalau dia explain dekat patient tak sama dengan dia explain kat student. Heee. Sekali dekat student, haa you balik sila cari. :P

Terbaikkkk!

Yang tak terbaiknya adalah apabila perjalan sebelum masuk jumpa doktor ada mak muda dengan anak perempuan comel aroud setahun lebih dan nenek cedera. Disebabkan anak dia berona/buat perangai, aku yang bajet rajin terus ambik nota lukis lukis attract attention.

"Haaa.. kucing,miowwww,"
"Itik. kuek kuek kuek,"
"Ayammmm..."

Senyap budak tu. Senyap sebab lukisan aku comel, atau aku yang overexcited aku tak tahulah. Maka berkatalah emak beliau,

"Tengok ACIK lukis, cantikkk,'

Olohhh! Tahulah dah 24, muka pun dah taraf mak mak orang tapi tak yahlah panggil MAKCIK. Hahahhahaha.





Kessssssokkkkk hati!

Saturday, March 19, 2011

Separa Lembab

Pernah tak korang terfikir semakin lama korang belajar, semakin korang rasa ada masalah tu. Macam kalau budak audio, kitorang ada satu sesi belajar pasal tinnitus (bunyi dalam telinga). Lepas belajar, dan dan tu semua orang pun nak adalah tinnitus tu. Heh. Aku pun samalah kan. 

Tapi tinnitus aku ni bila aku ada middle ear disorder which is common.

Sejak sejak aku belajar pasal learning disability, aku rasa aku ada masalah yang sangat besar dengan ingat jalan. Walau dah pergi tempat yang sama sepuluh kali, belum tentu kali sebelas aku tak sesat. Tapi syukurlah aku tak ada masalah pembelajaran dyslexic, masalah dengan nombor walaupun aku lembab dengan angka, dyscalculia, masalah dygraphia dan segala masalah pembelajaran.

Cuma masalah dengan orientasi tempat ni memang signifikan.

Dah masuk tahun empat ni, aku masih tak tahu jalan shortcut pergi pejabat akademik. Aku tahu jalan jauh, dan sampai sekarang walaupun aku berada kat tengah tengah; jalan jauh belah kanan jalan dekat belah kiri, memang tak mungkin aku akan lalu belah kiri melainkan ada orang teman. 

Atau aku end up sesat dalam bangunan 4 tahun aku lalu hari hari. Tapi perangai jalan sorang sorang tak reti ubah, sesat bukan masalahnya. -.-"

Psiko okay! 

Tak payah jalan jauh jalan dekatlah. Lagikan tangga pun pun aku tak ingat mana. Ini bukan dibuat buat. Tak. Aku tak boleh nak figure out langsung kiri kanan depan belakang.

Creditted here.


Jadi tolonglah faham jangan suruh aku baca map. Jangan tanya macam mana nak balik dari Kota Bharu ke USM. Kecuali kau nak end up sesat sampai Wakaf Che Yeh. Yeap. Ni memang berlaku.

Jangan tanya aku punya perasaan. Kadang kadang aku tak ambil pusing. Kalau dah sesat, cari je la jalan keluar semula. Susah apa. Biasanya macam tu. Tapi, kalau dalam ramai ramai aku sorang je yang tahu jalan dan sudahnya tak jumpa juga, memang tamparan yang agak besarlah juga. Sedih. Sedih sebab aku, orang lain lambat. Kecewa dengan diri sendiri tak payah kiralah.

Bukan aku tak cuba, selalu gak kalau aku naik kereta dengan kawan aku perhati betul betul, tapi cukuplah sampai tiga lorong, aku lost. Aku dah tak ingat dah tadi pusing kanan, pastu kiri, pastu?

Okay. Tak payah pergi jauh.

Tadi aku jogging and finally thanks Ya Allah, aku dah boleh melompat satu kaki. Aku decide nak ambil opposite route kemudian ambil separuh pusingan. Aku lari dah sampai hujung jalan aku berhenti, kalau aku lalu sini nanti hujung sekali keluar kat mana?

Tak ke bullshit namanya?

Duduk empat tahun, laluan jogging sekangkang kera je pun, tapi nak ingat jalan memang harapan.

Last week kenduri rumah Riduan kemudian sambung perjalanan kenduri rumah senior. Disebabkan lalu rumah Riduan dulu, maka rumah dia yang harus dituju. Masa laluan balik, aku tak boleh nampak jalan pergi dan jalan balik adalah sama!

Disebabkan masa pergi aku pandang kiri, maka masa balik aku tak boleh nak capture yang pandangan kanan aku adalah jalan bertentangan sahaja dengan kiri tadi.

"Eh, ada kenduri lagi satulah! Jom serbu!"
"Kak Huda, kita dah lalu jalan ni lah,"
"Jadi?"
"Tu lah rumah Riduan,"

Rasa nak lempang diri sendiri!

Okay sekali lagi tak payah pergi jauh. Dalam USM ni je. Pernah ke kau dah pergi bilik kawan kau sepuluh kali, tapi bila kau kena pergi bilik dia sorang sorang dan konon konon kau nak ambil pintu masuk berlainan sudahnya sampai ke tingkat empat kau baru sedar kau masuk BLOK LELAKI?





Aku pernah.

Friday, March 18, 2011

Biar Rebah, Bangun Semula

Sometimes, when we do hoping there will be a bright light waiting ahead, the darkest and gloomy day stay still right in front of us. And to walk pass through that day...


***

Aku terima pasti ada khilaf pada cara kerja, pada kata hati, pada setiap bicara, maka harapan Mac seolah satu ujian pada diri dan perasaan.

Masih ingat permulaan Mac sungguhlah berharap biarlah buat sementara waktu, paru-paru baik baik saja. Kadang kadang, bila fikir balik, apa yang kita harapkan, itulah yang tak dapat kita capai. Allah ingin mengajar erti sabar, erti usaha, erti susah payah dalam senang lenang DIA beri.

Maka satu harapan Mac, sudah tinggal harapan bila awal bulan lagi berasrama di wad sana.

Harapan kedua Mac, semoga perjalanan mengutip data bagi projek tahun akhir dimudahkan. Namun perkhabaran tadi berjaya sedikit sebanyak jatuh sepanjang perjalanan. Adakalanya hati dipujuk biar kuat kerana percaya ulat yang diberi bakal berubah jadi rama rama indah, atau hujan petir di tengah hari, hadiahnya pelangi. Namun semakin dipujuk, semakin meronta ingin biar jatuh biar tidak bangun.




Maka layanlah sebentar kerenah jatuh. Membiar lembut, kalau ingin kau menangis, biar sekarang. Biar sedu sedan itu mampu sekurang kurang beri kau kekuatan. Biar mampu untuk merangkak. Kalau bukan merangkak, moga mampu mengensot perlahan.

Perlahan-lahan.

Sehingga sepanjang perjalanan malam, tidak tahu bagaimana mahu tafsirkan hati dan perasaan. Beban kerja untuk satu semester, harus selesai dalam dua hari. Beban kerja 3 bulan harus selesai dalam masa 2 minggu. Maka berdoa semoga ini hanya mimpi, adalah satu harapan palsu yang boleh diberikan pada diri. Untuk ketika ini.

Bagaimana ingin sekali hati bermimpi, hujungnya pasti tersedar. Realiti tetap mesti tempuh. Pandang papan kekunci kini tiada erti. Mahu mencari sisa mahu dalam hati yang menolak ingin, perjalanan menjadi sukar sesukarnya.

Bukan tidak pernah gagal. Namun membayangkan gagal yang ini. Yang satu satunya ini, serasa tidak mahu tempuh lagi.

Ya Allah,
Tiada yang lebih menyayangiku melainkanMU,
Tiada yang lebih memahamiku melainkanMU,
Tiada yang mampu mambantuku melainkanMU,
Tiada yang lebih setia mendengar rintih tangisku melainkanMU,
Dalam rapuh kaca berderai hatiku,
Ada kekuatan KAU selit disitu...

Semakin dewasa kita, semakin bertambah cara diuji bukti Dia sayang, bukti Dia cinta, bukti Dia jaga. Semakin bartambah usia, corak ujian juga kian unik dan berbeza. Sebagai manusia yang yakin setiap sayang cinta jaga yang berbeza cara sampainnya, maka aku terima. Redha. Walau kadangkala ada ketikanya sedikit persoalan terbit. Istighfar sebaik jalan.

***

Kehadapan diri,
Dalam setiap langkah megah,
Akan ada sekali kau rebah,
Mungkin Dia mahu ingatkan.

Kehadapan diri,
Kalau hidupmu sentiasa senang,
Engkau tidak akan selamanya tahu bagaimana susah,
Dan dalam setiap sukar kau rasakan,
Tidak lebih dari mengajar hargai saat mudahmu.

Kehadapan diri,
Semoga setiap kali usiamu bertambah,
Setiap kali itulah,
Meningkat ilmumu,
Meningkat nilai imanmu,
Meningkat nilai taqwamu,
Meningkat tahap sabarmu,

Kehadapan diri,
Semoga bertambahnya umurmu,
Meningkat selalu senyum di bibirmu,
Dalam susah dalam senang,
Dalam kecewa dan air mata,
Dalam senyum dan ketawa,

Kehadapan diri,
Selamat menempuh 24,
Selepas jatuh bangunmu,
Selepas senang sukarmu,
Semoga yang menanti didepanmu..
Warna warni,
Rama-rama indah,
Pelangi menawan,

Huda,
Selamat Hari Lahir....




p/s: I ask March for sending me my future hubby, but after two of my wishes being declined.... Hmm. Hehehehehe.
p/s/s: Bila lihat Jepun, apalah sangat dengan sukar aku.

Tuesday, March 15, 2011

Obsession

Semua orang tahu kisah tsunami di Jepun dan semua orang bersimpati kecualilah mereka yang Allah dah tarik perasan kasih sayang rasa kasihan dari hati. Aku sendiri tak dapat bayangkan macam mana kalau aku yang ada kat Jepun. Pre dan post semuanya tak seronok.

Sakit. Sedih. Takut.

Tak payah pegi jauh. Cuba ombak dekat pantai Melawi tu naik tinggi sikit. Tinggi sikit je dari biasa, tipulah kalau dalam hati kau tak terdetik sikit pun perasaan gerun. Oh, kecualilah kalau kau bukan manusia. Kau alien. Mungkin perasaan tu tak wujud.

Cuma, satu je tak menarik bila bala bencana semua ni berlaku. Aku bukan kata aku tak percaya. Aku percaya semua kejadian musibah ni, Allah nak tunjuk sesuatu.

But the way Malaysians sangat kreatif, somehow ermmm....

Contohnya masa berlaku kejadian 11 September. Semua orang mula obses dengan nombor nombor, tambah tolak these and those numbers and lead to bla bla bla. Kreatif sangat. Secara jujurnya, aku terkesan jugak mula mula. Macam ohh sebenarnya Allah dah bagi hint lama dah benda ni akan berlaku.

Somewhere from Google Image


Tapi semakin aku membesar, semakin aku rasa the obsessions ni kadang kadang dibuat buat. Dah terang jelas Allah bagi ayat Quran, kenapa perlu tambah darah campur bahagi semua dan kemudian akan berlaku pada sekian sekian waktu tragedinya begini begitu.

Dan yang lagi tragiknya, benda benda pasal nombor ni aku hanya dapat info di Malaysia sahaja. Tak tahulah kalau aku yang katak bawah tempurung, but so far, yes. Only available in Malaysia. Heh.

Credited to Google


And same goes to the Illuminati thing. I would say, orang yang nampak sampai benda sejauh ini wow, kreatif sangat. Aku tak nafikan kewujudan benda benda ni semua, tapi the obsession tu buat aku rasa nak cepuk jugaklah. Benda ni dah bina obsese dan ketakutan yang pada aku tak tentu pasal.

Kalau dah kau sembahyang pun on off, tak ada beza pun kau dengan those thing. Kalau kau jaga iman, jangan dok risaulah pasal Illuminati ke, Freemason ke, apa ke. Yang penting, jaga diri, jada iman, jaga amal. Faham?

Macam ayah aku pernah tegur bila aku sibuk cerita matahari makin dekat, mateor dah nak jatuh, planet dah nak berlanggar bla bla bla. Free free aku dapat tazkirah bila ayah cakap, tok sah duk risau dengan benda luar kawalan kita tu. Yang mati hari hari atas jalan raya lagi banyak dan penting untuk dirisaukan. 

Aku tak cakap ni semua karut marut. Aku sendiri pun tak boleh buktikan yang all those hidden numbers tu salah. But please, do no too attached with this creepy thing bila berlaku musibah, bencana semua.

Time benda besar gembira berlaku, tak ada pulak aku baca all the numbers and its relation?

Heh.

Monday, March 14, 2011

Bangun Duduk Kehidupan

Kadang-kadang, akan ada masa kita stuck. Dan dalam kita stuck itu, kita akan mencari tangan mata bahu hati untuk sekurang-kurangnya melepas luah beban.

I did it too.

Lately, the burden I'm carrying somehow is out of control. It's worsening when it involves emotion. Typical woman anyway. I can't breath. Tak boleh bernafas yang memang physically tak boleh bernafas.

Aku manusia jujur. Maksud aku, aku kalau cakap kalau aku bohong pun, kau boleh tahu aku bohong. Jadinya, pagi pagi hari lagi aku mesej Dr. 

Kita nak pergi bila? Dr., saya dah risau ni, dah mula musim hujan...

Exhausted gila run clinic patient penuh. Sungguh. I got one patient really uji kesabaran hari ni. Tarik nafas. Satu patient, sesak dada tak tahu macam mana nak tolong. Penat badan satu. Penat minda satu. Penat letih benda tak tahu hujung pangkal, satu hal yang lain.

Oh.

Doktor memng baik. Siap pesan, Huda don'worry. Tapi sayang, kalau tak worry lagi bila dah nak masuk tengah bulan tiga ni, hmmm... tak tahulah apa jadi.

Akhirnya, malam ni memang out of control. Memang sudden hard to breath. This is the real stabbing night. Bila esok ada interview kerja, malam ni sumpah rasa hilang diri sendiri. Sangat rasa loser. Sangat rasa, Ya Allah tolong bagi aku bahu nak lepas lelah. Sangat rasa jatuh jatuh jatuh berdebuk.

Tapi, Allah bagi kawan untuk bantu. Allah hantar sahabat untuk saling mengingatkan. Allah tolong dalam susah rasa tak terbangun, ada manis boleh merangkak. Thanks Nad, for the template. I would've really cramp otak tonight. 

And of course for my best friend, Marwan. Sometimes, Marwan annoying, muka blurr. Selalu kena marah dengan aku. Selalu aku naik suara dengan dia. Selalu dengan ayat puitis. Tapi, macam mana marah, kalau aku susah, Marwan ada nak tolong tadah mata, baca hasil taipan aku. Walaupun, kadang kadang tengah sesak aku luah, dia boleh pulak masuk masalah dia.

Tapi tu lah Marwan.

Macam mana blurr, macam mana psiko, macam mana klasik, dia tetap baik.

Dulu, tak adalah coursemate yang aku tak suka melainkan Marwan. Anti benar aku dengan budak nih. Dulu lah. Zaman 1st year. Dia buat lawak macam mana pun, aku akan jeling dia.

Tak pe, Marwan, aku tahu kau baik. Sampai saat ni, kau antara kawan terbaik aku walaupun kalau datang blurr kau tu, aku rasa nak bagi side kick je. Terima kasih sebab saat aku betul betul lost, kau datang hulur tangan. Rajin tanya progression jatuh bangun gagal lulus aku.

Nanti lain kali aku belanja kau nasi ayam goreng sambal pedas gila nak mammmmm...!



Click To Enlarge

p/s: Marwan, terima kasih.

Sunday, March 13, 2011

Friday, March 11, 2011

Lelaki Perempuan

Setelah berbulan lamanya, aku insaf jua untuk pergi ke fisio semula. Itupun kena terima kasih banyak banyak dekat lantai licin bilik TV yang buat aku jatuh dan mula concern semula keadaan kaki. Maka, menapaklah aku ke fisio semula.

Oh tak. Aku bukan nak cerita pasal fisio. Bosan je semua cerita fisio ni. Cuma aku nak cerita benda menarik yang keluar dari mulut fisioterapis aku. Ohooo. Ampun Encik Latiff sebab saya pasang telinga. Saya memang observer dan listener dan stalker berjaya. Tettt.

Aktiviti pertama setiap kali melangkah ke fisio adalah letak hot pad pada lutut. Aku tak tau signifikan dia apa tapi aku kira prosedur tu penting so kaki kau tak cramp tengah jalan. Biasanya aku akan bawa novel/komik tapi selalunya aku tak berjaya nak habiskan satu chapter kerana keadaan sekeliling lebih attractive maka dari aku baca buku, baik aku usha mamat handsome. Eh?

Rabu lepas, aku terdengar dialog ini. Dengar ayat pertama, buat aku nak dengar sampai ayat terakhir. Sayangnya, ada part fisioterapis aku cakap perlahan sangat. Kurang dari 10dBHL (ambik kau nak aku guna term audio) akibatnya, kemampuan aku untuk pasang telinga terbatas.

"Tahu tak lelaki lelaki bersuara lantang lebih setia dari lelaki bercakap perlahan?"
"Oh ye ke? Kenapa?"
"Dia ada alasan dari sudut sains bla bla bla,"

Sakit hati aku sebab aku tak dengar.

"Perempuan bersuara lembut, pendiam, lagi setia dari perempuan yang bersuara lantang,"
"Pulak? Terbalik,"
"Perempuan ni sebab bla bla bla... hormon bla bla. Islam ada cakap pun bla bla bla,"

Arghhh!

En Latiffffffff, baik explain cepat!




p/s: Fuh! Nasib aku lemah lembut sopan santun. Aku memang setia! Eh?

Wednesday, March 9, 2011

You That Will Call Me, Mommy!



If I Had My Child To Raise Over Again


If I had my child to rise all over again.
I’d finger paint more, and point the finger less.
I’d do less correcting and more connecting.
I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less, and know to care more.
I’d take hikes and fly more kites.
I stop playing serious, and seriously play.
I would run through more fields,
And gaze at more stars.
I’d do more hugging and less tugging.
I would be firm less often, and afirm much more.
I’d build self esteem first, and the house later.
I’d teach less about the love of power,
And more about…
The power of LOVE.


~Dianne Loomans.

Bad

This is why I hate being around hospital, ada sesuatu pasti tak kena. Something, something has followed me back.

***

Nadiah and Azah and Ika, how about Rasa Sayang Cinta thing? It works kan the acronym untuk masa exam. Acronym menggedik buat sengih sepanjang OSCE biar stesen sesak nafas rehat 24 minit? Sampa sekarang rasa nak senyum walau sakit dada masih bersisa! Apa ke hal stesen rehat sampai 3 berturutan? Dapat pulak aku tiga kerusi rehat straight. Haih.

Ahahahha. 

OSCE berlalu sebagaimana begitulah. Terlajak berkayak, boleh kayuh pelan pelan. Terlajak jawab OSCE, telan ajalah. Nak bagi excuse pada diri pun tak berapa nak berbaloi sebab kalau nak kira, banyak je extra masa nak study dalam wad tu. Tinggal lagi, kena tarik nafas panjang sikit je. Tapi malas tu lagi besar.

Okaylah ada juga sleepover Nad and Azah demi exam esoknya. Siap boleh update blog sampai tak memasal bangun pagi dapat mesej warning. Ahaaa. terbaiiikkkkkk! Tolonglah faham apa kau rasa bukan aku rasa dan apa kau fikir bukan aku jangka. Nak buat macam mana aku suka benda benda comel, jadi yang aku tulis semua yang comel comel je. Ahaks. Nasib kau pun kadang kadang comel. Euwww.


You Are My Sunshine, my only sunshine.
You make me happy, when skies are grey.
You'll never know dear, how much I love you.
Please don't take my sunshine away

The other nite dear, as I lay sleeping,
I dreamed I held you in my arms.
When I awoke dear, I was mistaken.
And I hung my head and cried.

I'll always love you, and make you happy.
If you will only say the same, 
But if you leave me, to love another,
You'll regret it all some day.

You told me once, dear.
You really loved me
And no one else could come between
But now you've left me
And love another
You have shattered all my dreams.


Setiap kali ingat dialog ini dengan course mates lelaki  mesti nak gelak. Walhal, kadang kadang soalan aku tak ada kena mengena pun dengan apa diorang fikir.

"Eh, kau kenal tak budak X ni?"
"Aphal, kau suka dia pulak ke?"

Psiko habis budak kelas aku. Ahahhaha.

Tercome across dengar lagu kat atas ni actually. Mati mati ingat lagu sweet, sekali lirik sungguh kesian lagi hampeh. Tak ada motif sebenarnya aku tulis. Aku tak dapat tidur, dan hujan, dan chest tight. Terima kasih. Harap harap malam ni lena. Amiin.


Okay. Babai.

Tuesday, March 8, 2011

Inilah Yang Selalu Membuatkan Engkau Lain

THIS ENTRY WILL BE FULL OF PICTURES AND WORDS. TQ~



This is a loooong story of 6 days being warded. Phewww. Masuk wad dah biasa, tapi di wadkan kerana asthma adalah luar biasa. Asthma kali ni sangat menakutkan kerana kad pengenalan hilang di saat oksigen nyawa nyawa ikan mulalah buat muka simpati saya nak nebulizerrrrrrr!

Thanks to the above persons and Nadiah and Azah untuk semua jengkaut jentera mengambil barang Nurani-7U-4TD. Datang satu beg, balik 6 beg.. terbaik.

So, mereka yang ada bronchial asthma, meh dengar cerita ini. Ambik pengajaran. Eh? Seminggu aku batuk dan selsema sampai setiap malam memang sengsara. Last sekali kahak/sputum dah berwarna kuning namun masih degil hinggalan satu hari, tengok kuku okay biru. Jalan kaki pergi A&E ambik nebulizer dua kali. Peak flow meter (dia kira kapasiti udara dalam paru paru anda kot), 250. As according to the doktor kacak muda belia  nombor satu (tapi dia blurr okay), dia tak tahu jawapan. So supervisor dia kata, ini tak okay.

Terbaik pergi A&E baju kurung!


2 kali nebs (Nebulizer tu kat atas gambarnya), doktor kata dalam dua tapi dia suruh balik dulu tapi kalau tak okay kena datang. Of course aku tahu tak okay. Tapi, masuk wad adalah no way! 

Balik rehat tak sanggup jalan, tak sanggup tunggu ambil ubat, tak sanggup makan, tak sanggup cakap, tak sanggup buat apa pun melainkan rehat. Bangun petang rasa selamat dan sungguh mengagumkan siap boleh main badminton. Ye anak anak, pesakit asthma jarang yang sedar diri. 

Sometimes, you just have to bear with the pain right? Lemaklah guna alasan sakit memanjang.

This is what happens when youR lungs is actually holding another disease rather than asthma alone. I think I get this coughing and runny nose from my patient. But, I couldn't remember which session do I really infected. Whatever.

So, I knew I was going to be admitted. Maka aku rajin pergi basuh baju sambil tunggu pukul 10 sebab bajet 10 malam semua manusia berkot putih sudah kembali ke asrama. 

Bad thing happened bila aku jatuh atas lantai licin menangis melalak kat situ sebab tak boleh bangun lepas tu malu sendiri bila kawan medik approach. Bodoh. So, aku rasa tak memasal aku kena ambil appointment tulang balik! Ergh! 

10 30 arrived but still macam pasar berkot putih A&E dan kena tolak masuk dengan wheel chair? Nasib baik doktor yang merawat adalah doktor kacak nombor dua. Hahahahhahaahaha.

Note my right hand.

Note my right hand again.
This thing will happen bila lungs kau tak clear. AKu tak tau nak cakap tak clear macam mana sebab aku rasa aku okay, tapi doktor kacak nombor dua kata.. hmmm tak bagus tak bagus. Agak frust juga sebab rasa ketat sikit je but he told me that my lungs ada lagu comel lagi. Okay tu tipu. Paru paru aku ada bunyi dan tak bagus.  

I've read few things. Asthmatic person can hear their wheezing sounds without any aid to hear that. That's call wheezing sound, heh? But, when you're no longer can hear that, but stethoscope does, they call it ronchi. Ahhh, kau google lah tak pun tanya kawan kawan medik kau. Ni aku baca sendiri, salah betul belakang kira. 

So, my case I assumed he heard the ronchi. Note back my right hand. What happen?

Now, after nebs didn't help, the kacak doctor gave me becotide; steroid drugs. In the simplest words, it helps to reduce the inflammation of you air way. Nak betul betul, google. So, the doctor decided to give me this steroid together with the third neb, perasaannya? Tuhan je yang tahu.

One thing I hate nebulizer is it increases my hear rate. I can even feel my heart pumping faster and it's around 150/min. My head throbbing and I couldn't cough without pressing my head. It's too painful. And when it's the third time, I asked Jazimah (my medical friend) what happened? 

Well it just the side effect.

Unluckily, doktor kata masih tak okay. He sent me for chest x-ray and decided for the forth nebulizer. At that time, it was 2.30 am already. I was really exhausted but the doctor was too kind, therefore I still managed to smile though I prefer sleeping. And the forth, asthma didn't turn any better. In fact, they straightaway sent me to ward. Hahahhaa.

But the best thing is, you just need to rest on the bed, and the nurses will bring you. Hehehhee. 

Like this. Hehheehe.
And this.

Oh, bila kau tak jalan dengan nebulizer, becotide, dan injection apa aku lupa, maka siaplah hidung kau dapat extra oksigen. -.-"

Aku kena masuk wad 6 hari. The first 3 days, diorang memang monitor semonitornya. No drugs taken, just monitor the vital signs and 4 hourly sedut salbutamol. Aku frust gak ah sebab doktor kata dalam sehari dua. Bila masuk hari ketiga duk lagu tu, peak flow kekal 250 (we should get 350 at my age), bunyi kekal ada, batuk pun, tidur malam rasa nak bangun lari cakap kat nurse nak nebs, tapi tahaaaaaaaaaaaaaaaaan. Monitor kan. Tsk! 

Bertahan gila ego sebab setiap pagi aku nak cakap, well I'm okay dude. Padanlah muka sendiri. So the third day, inilah lauk kau setiap hari. 

Steroid!
Hari keempat, mulalah bukan salbutamol 4 hourly but nebulizers. Tak sengsara mana tapi sengsara tang mulut tak sedap, hear rate increase and penat. Penat menyedut. Tapi yang comelnya, dapat perasan pakai nebulizer klasik yang seingat aku last aku pakai darjah tiga.

Comel. Mask pun keras semacam. Nak sedut kena tekan. Nostalgik abis.
Ada juga masa masa datang sedih. Walaupun dikelilingi doktor kacak dan med students handsome, sedih kekal ada. Sebab bukannya kawan boleh ada dua puluh empat jam kat situ, makanya ada masa bosan. Tapi, aku ada si comel ini.

Hi. I'm Loyie!
This teddy bear is the most efficient teddy bear to sleep. Korang jangan tengok Loyie ni as a normal teddy bear. Ni la teddy yang tolong cover chest aku dari teruk dapat asthma walaupun tak basuh 6 tahun. That's why I need him wherever I go. (Oh, nak juga letak HIM instead of HER. Gatal!)

Tak ada kerja conteng tangan. Bosan!


Best group discussion sepanjang zaman. Study group kat wad okay!

Well. Pujuk hati juga sambil cakap, siapa yang Allah sayang sampai macam ni dalam susah belajar, susah thesis, susah nak OSCE, susah presentation, tup tup unexpected kena pula warded 6 hari. Memang kalau nak kira sesak nafas, tak bernafas dah. Tapi ingat balik ada hikmah, walaupun patutnya time ni sedar diri baca buku nak OSCE sat gi tapi kekal taip blog! Tak. Bila malam sampai, sayu datang. Orang lain boleh study, aku dok gasping air sesorang.

But, it has it own promises. Ada. Tak senang sekarang. Senang nanti. Pujuk hati, sebab tu Huda yang ini lain. Padahal cengeng malam malam.




Aku suka pemandangan dan warna petang dari tingkat tujuh ni. Warna ni buat aku rasa aku masih hidup. :')



And finally back home with all the drugggggsssssss! At least I can say bye bye to the ward now! Lega.

Oh doktor diagnos aku with Acute Exacerbation Bronchiol Asthma secondary to the Community Acquired Pneumonia.

"Prof. D, apa benda tu?"
"Ala.. namanya gah. Infection je padahal,"

Hahahahhahaha! 



***

Ada satu kejadian paling lawak aku rasa dalam hidup aku sepanjang aku di clerk oleh medical student. This one guy (kena letak handsome gak ke? Hahahhaa), aku selalu nampak dia, I mean he always hanging out with the person I know. So, I just smiled at him and he came nearer to my bed. I looked at his name tag and tried to recall do I really have his FB? Stalker tak aku? :P

Hmmm. They said this one name. But I don't really know who's his name. (Harapnya dia tak baca. Amiiinnnnn! Heee.)

"Kak sakit gapo?"

Aku ingat dia melawak tapi aku jawab je la.

"Buat gapo loni?"

Rasa macam nak sekeh tapi jawab lagi.

"Student sinilah,"
"Oh padan macam pernah nampak,"

Tiba tiba nurse letak dua bekas ada details specimen kena fill in; kahak/sputum. Aku pelik.

"Ni untuk apa eh? Kenapa Huda kena buat ni?"
"Ohhhhhhh.... ni untuk investigation,"

Dengan rasa tak bersalah dan taubat aku ketawa terbahak-bahak buat tak cukup oksigen lagilah. Tapi sumpah mamat ni blurr siap boleh tarik muka kenapa aku gelak. Oh, aku letak ni, sebab situasi ini sangat comel, dan senyuman dia pun comel. Hahhahhaa.






"Laaa... kalau takat explain macam tu, Huda boleh explain!"


HAHAHHAHA!






p/s: Last sekali dia explain dengan jayanya.  Kawan kawan saya semua pandai, comel pulak tu. Hahhahaha.

Monday, March 7, 2011

The 6th Day

Finally I'm discharged. Oh Allah, thanks for still letting me breathing freely. 
















BIG SMILE. :)

Wednesday, March 2, 2011

It's March Already

Hey hey hey Nadiah, bila mahu ada new entry? I nak tiru the dear March thing. Thank you.

***

Dear March,
Oh, it's March already? Oh!

Dear March,
I'm going to be 24th in your month. What did I do in this 24 years I have, I don't know. Some good some bad. Some sweet, some bitter. Some energetic, some tired. Some cries. Some smiles.

Dear March,
Having you in this life, make me ponder. Should I happy, because I'm going 24? Or should I sad, because I'm already reaching 24? I don't know.

Dear March,
I hope, this March goes smoothly. I hope my thesis goes well. I hope my health, becomes better. I hope, I'm going to gasp for the air less frequent. I hope, I can run faster, jump higher. I hope, and always going to hope. Because having hope makes my life meaningful. Well, without hope our life becomes meaning less and less. Don't you realize that?

Dear March,
When my parents in their 24th, they already have my sister. And I? I do wanna baby or perhaps babies. I love kids. But truth to be told, holding a baby in my arm is not going to be any easier when the baby is mine. I mean mine, MINE. The responsibilities that I'm holding right now, sometimes unbearable. Therefore, hoping for a new one is a big NO.

But Allah has planned something better beyond my imagination. Hey, HE is the best planner, isn't him? So, I wanna baby in my hand. Eh? :P

Dear March,
I'm stone headed, but soft hearted. I'm rock girl, but cry baby. I'm easily give up but hardly lose! So, please bear with me and please let April, May, June, July, August, September, October, November, December, January and February know that I hope all of them also to be kind with me until I meet another March. Insyallah. Insyallah. Insyallah if I'm still alive.

Dear March,
I will always write to you, or to myself so I'll always remember things I should or shouldn't do. And it's enough for now.

Dear March,
Thank you for coming again. Your visit make me realize that I'm now a year older, and near to death. Your visit remind me to be more mature, patient, helpful, kind, loving, caring and lot more all the positive attitudes!

Dear March,
I have a request to make. Could you please send me a future hubby?












Thank you my dear March. And of course thousand extra thanks if you can fulfill my last request. Hehehe.
Okay, bye bye!

Tuesday, March 1, 2011

Letter [2]

Dear myself,

This is a future reminder letter.

You gonna be a teacher. A teacher to your kids or to the real students. I know you don't mind but I wanna remind you again and again so you won't forget. The important thing that you've promised to yourself are you're not going to be an annoying one. And of course, no lying.



Thank you.