Pernah tak korang terfikir semakin lama korang belajar, semakin korang rasa ada masalah tu. Macam kalau budak audio, kitorang ada satu sesi belajar pasal tinnitus (bunyi dalam telinga). Lepas belajar, dan dan tu semua orang pun nak adalah tinnitus tu. Heh. Aku pun samalah kan.
Tapi tinnitus aku ni bila aku ada middle ear disorder which is common.
Sejak sejak aku belajar pasal learning disability, aku rasa aku ada masalah yang sangat besar dengan ingat jalan. Walau dah pergi tempat yang sama sepuluh kali, belum tentu kali sebelas aku tak sesat. Tapi syukurlah aku tak ada masalah pembelajaran dyslexic, masalah dengan nombor walaupun aku lembab dengan angka, dyscalculia, masalah dygraphia dan segala masalah pembelajaran.
Cuma masalah dengan orientasi tempat ni memang signifikan.
Dah masuk tahun empat ni, aku masih tak tahu jalan shortcut pergi pejabat akademik. Aku tahu jalan jauh, dan sampai sekarang walaupun aku berada kat tengah tengah; jalan jauh belah kanan jalan dekat belah kiri, memang tak mungkin aku akan lalu belah kiri melainkan ada orang teman.
Atau aku end up sesat dalam bangunan 4 tahun aku lalu hari hari. Tapi perangai jalan sorang sorang tak reti ubah, sesat bukan masalahnya. -.-"
Psiko okay!
Tak payah jalan jauh jalan dekatlah. Lagikan tangga pun pun aku tak ingat mana. Ini bukan dibuat buat. Tak. Aku tak boleh nak figure out langsung kiri kanan depan belakang.
Creditted here. |
Jadi tolonglah faham jangan suruh aku baca map. Jangan tanya macam mana nak balik dari Kota Bharu ke USM. Kecuali kau nak end up sesat sampai Wakaf Che Yeh. Yeap. Ni memang berlaku.
Jangan tanya aku punya perasaan. Kadang kadang aku tak ambil pusing. Kalau dah sesat, cari je la jalan keluar semula. Susah apa. Biasanya macam tu. Tapi, kalau dalam ramai ramai aku sorang je yang tahu jalan dan sudahnya tak jumpa juga, memang tamparan yang agak besarlah juga. Sedih. Sedih sebab aku, orang lain lambat. Kecewa dengan diri sendiri tak payah kiralah.
Bukan aku tak cuba, selalu gak kalau aku naik kereta dengan kawan aku perhati betul betul, tapi cukuplah sampai tiga lorong, aku lost. Aku dah tak ingat dah tadi pusing kanan, pastu kiri, pastu?
Okay. Tak payah pergi jauh.
Tadi aku jogging and finally thanks Ya Allah, aku dah boleh melompat satu kaki. Aku decide nak ambil opposite route kemudian ambil separuh pusingan. Aku lari dah sampai hujung jalan aku berhenti, kalau aku lalu sini nanti hujung sekali keluar kat mana?
Tak ke bullshit namanya?
Duduk empat tahun, laluan jogging sekangkang kera je pun, tapi nak ingat jalan memang harapan.
Last week kenduri rumah Riduan kemudian sambung perjalanan kenduri rumah senior. Disebabkan lalu rumah Riduan dulu, maka rumah dia yang harus dituju. Masa laluan balik, aku tak boleh nampak jalan pergi dan jalan balik adalah sama!
Disebabkan masa pergi aku pandang kiri, maka masa balik aku tak boleh nak capture yang pandangan kanan aku adalah jalan bertentangan sahaja dengan kiri tadi.
"Eh, ada kenduri lagi satulah! Jom serbu!"
"Kak Huda, kita dah lalu jalan ni lah,"
"Kak Huda, kita dah lalu jalan ni lah,"
"Jadi?"
"Tu lah rumah Riduan,"
Rasa nak lempang diri sendiri!
Okay sekali lagi tak payah pergi jauh. Dalam USM ni je. Pernah ke kau dah pergi bilik kawan kau sepuluh kali, tapi bila kau kena pergi bilik dia sorang sorang dan konon konon kau nak ambil pintu masuk berlainan sudahnya sampai ke tingkat empat kau baru sedar kau masuk BLOK LELAKI?
Aku pernah.
No comments:
Post a Comment