Friday, March 18, 2011

Biar Rebah, Bangun Semula

Sometimes, when we do hoping there will be a bright light waiting ahead, the darkest and gloomy day stay still right in front of us. And to walk pass through that day...


***

Aku terima pasti ada khilaf pada cara kerja, pada kata hati, pada setiap bicara, maka harapan Mac seolah satu ujian pada diri dan perasaan.

Masih ingat permulaan Mac sungguhlah berharap biarlah buat sementara waktu, paru-paru baik baik saja. Kadang kadang, bila fikir balik, apa yang kita harapkan, itulah yang tak dapat kita capai. Allah ingin mengajar erti sabar, erti usaha, erti susah payah dalam senang lenang DIA beri.

Maka satu harapan Mac, sudah tinggal harapan bila awal bulan lagi berasrama di wad sana.

Harapan kedua Mac, semoga perjalanan mengutip data bagi projek tahun akhir dimudahkan. Namun perkhabaran tadi berjaya sedikit sebanyak jatuh sepanjang perjalanan. Adakalanya hati dipujuk biar kuat kerana percaya ulat yang diberi bakal berubah jadi rama rama indah, atau hujan petir di tengah hari, hadiahnya pelangi. Namun semakin dipujuk, semakin meronta ingin biar jatuh biar tidak bangun.




Maka layanlah sebentar kerenah jatuh. Membiar lembut, kalau ingin kau menangis, biar sekarang. Biar sedu sedan itu mampu sekurang kurang beri kau kekuatan. Biar mampu untuk merangkak. Kalau bukan merangkak, moga mampu mengensot perlahan.

Perlahan-lahan.

Sehingga sepanjang perjalanan malam, tidak tahu bagaimana mahu tafsirkan hati dan perasaan. Beban kerja untuk satu semester, harus selesai dalam dua hari. Beban kerja 3 bulan harus selesai dalam masa 2 minggu. Maka berdoa semoga ini hanya mimpi, adalah satu harapan palsu yang boleh diberikan pada diri. Untuk ketika ini.

Bagaimana ingin sekali hati bermimpi, hujungnya pasti tersedar. Realiti tetap mesti tempuh. Pandang papan kekunci kini tiada erti. Mahu mencari sisa mahu dalam hati yang menolak ingin, perjalanan menjadi sukar sesukarnya.

Bukan tidak pernah gagal. Namun membayangkan gagal yang ini. Yang satu satunya ini, serasa tidak mahu tempuh lagi.

Ya Allah,
Tiada yang lebih menyayangiku melainkanMU,
Tiada yang lebih memahamiku melainkanMU,
Tiada yang mampu mambantuku melainkanMU,
Tiada yang lebih setia mendengar rintih tangisku melainkanMU,
Dalam rapuh kaca berderai hatiku,
Ada kekuatan KAU selit disitu...

Semakin dewasa kita, semakin bertambah cara diuji bukti Dia sayang, bukti Dia cinta, bukti Dia jaga. Semakin bartambah usia, corak ujian juga kian unik dan berbeza. Sebagai manusia yang yakin setiap sayang cinta jaga yang berbeza cara sampainnya, maka aku terima. Redha. Walau kadangkala ada ketikanya sedikit persoalan terbit. Istighfar sebaik jalan.

***

Kehadapan diri,
Dalam setiap langkah megah,
Akan ada sekali kau rebah,
Mungkin Dia mahu ingatkan.

Kehadapan diri,
Kalau hidupmu sentiasa senang,
Engkau tidak akan selamanya tahu bagaimana susah,
Dan dalam setiap sukar kau rasakan,
Tidak lebih dari mengajar hargai saat mudahmu.

Kehadapan diri,
Semoga setiap kali usiamu bertambah,
Setiap kali itulah,
Meningkat ilmumu,
Meningkat nilai imanmu,
Meningkat nilai taqwamu,
Meningkat tahap sabarmu,

Kehadapan diri,
Semoga bertambahnya umurmu,
Meningkat selalu senyum di bibirmu,
Dalam susah dalam senang,
Dalam kecewa dan air mata,
Dalam senyum dan ketawa,

Kehadapan diri,
Selamat menempuh 24,
Selepas jatuh bangunmu,
Selepas senang sukarmu,
Semoga yang menanti didepanmu..
Warna warni,
Rama-rama indah,
Pelangi menawan,

Huda,
Selamat Hari Lahir....




p/s: I ask March for sending me my future hubby, but after two of my wishes being declined.... Hmm. Hehehehehe.
p/s/s: Bila lihat Jepun, apalah sangat dengan sukar aku.

2 comments:

Nadiah said...

Hadiah umur 24 -> hati tabah dan kuat, insha Allah. Semoga sume yg terbaik!

P/s: Tak tido lagi sebab rasa macam khud akan post kat blog. Oklah nak tido dah haha saiko2.

INFINITY said...

Nad,hahahhahaha. Ni dah masuk tidur tapi tak boleh tidur. Pastu bangun semula, online. Psiko. :P