Tuesday, March 15, 2011

Obsession

Semua orang tahu kisah tsunami di Jepun dan semua orang bersimpati kecualilah mereka yang Allah dah tarik perasan kasih sayang rasa kasihan dari hati. Aku sendiri tak dapat bayangkan macam mana kalau aku yang ada kat Jepun. Pre dan post semuanya tak seronok.

Sakit. Sedih. Takut.

Tak payah pegi jauh. Cuba ombak dekat pantai Melawi tu naik tinggi sikit. Tinggi sikit je dari biasa, tipulah kalau dalam hati kau tak terdetik sikit pun perasaan gerun. Oh, kecualilah kalau kau bukan manusia. Kau alien. Mungkin perasaan tu tak wujud.

Cuma, satu je tak menarik bila bala bencana semua ni berlaku. Aku bukan kata aku tak percaya. Aku percaya semua kejadian musibah ni, Allah nak tunjuk sesuatu.

But the way Malaysians sangat kreatif, somehow ermmm....

Contohnya masa berlaku kejadian 11 September. Semua orang mula obses dengan nombor nombor, tambah tolak these and those numbers and lead to bla bla bla. Kreatif sangat. Secara jujurnya, aku terkesan jugak mula mula. Macam ohh sebenarnya Allah dah bagi hint lama dah benda ni akan berlaku.

Somewhere from Google Image


Tapi semakin aku membesar, semakin aku rasa the obsessions ni kadang kadang dibuat buat. Dah terang jelas Allah bagi ayat Quran, kenapa perlu tambah darah campur bahagi semua dan kemudian akan berlaku pada sekian sekian waktu tragedinya begini begitu.

Dan yang lagi tragiknya, benda benda pasal nombor ni aku hanya dapat info di Malaysia sahaja. Tak tahulah kalau aku yang katak bawah tempurung, but so far, yes. Only available in Malaysia. Heh.

Credited to Google


And same goes to the Illuminati thing. I would say, orang yang nampak sampai benda sejauh ini wow, kreatif sangat. Aku tak nafikan kewujudan benda benda ni semua, tapi the obsession tu buat aku rasa nak cepuk jugaklah. Benda ni dah bina obsese dan ketakutan yang pada aku tak tentu pasal.

Kalau dah kau sembahyang pun on off, tak ada beza pun kau dengan those thing. Kalau kau jaga iman, jangan dok risaulah pasal Illuminati ke, Freemason ke, apa ke. Yang penting, jaga diri, jada iman, jaga amal. Faham?

Macam ayah aku pernah tegur bila aku sibuk cerita matahari makin dekat, mateor dah nak jatuh, planet dah nak berlanggar bla bla bla. Free free aku dapat tazkirah bila ayah cakap, tok sah duk risau dengan benda luar kawalan kita tu. Yang mati hari hari atas jalan raya lagi banyak dan penting untuk dirisaukan. 

Aku tak cakap ni semua karut marut. Aku sendiri pun tak boleh buktikan yang all those hidden numbers tu salah. But please, do no too attached with this creepy thing bila berlaku musibah, bencana semua.

Time benda besar gembira berlaku, tak ada pulak aku baca all the numbers and its relation?

Heh.

No comments: