Monday, March 21, 2011

Just Another Day


Setelah sejauh ini, kena patah balik semula ke belakang. Bila dah nama patah balik semula ke belakang, haruslah jalannya dah tak ikut A to Z. Jalannya dah ikut suka hati aku kau duduk diam diam bagi aku buat kerja.

Wehuu. 

Berbaloi?

Berbaloi. Memang dari sekolah lah kan tak pernah nak ikut kata orang. Kata ustaz apatah lagi. Kata cikgu disiplin apatah apatah lagi. Tiba tiba bila masuk U, terus jadi budak baik taat nak ponteng kelas fikir dua puluh empat kali.

Ya.

Itulah pentingnya kalau jadi guru kena jadi guru yang dihormati lagi dikasihi dan disayangi. Aku yang kepala batu ni pun boleh jadi secair cair hati. Kalau dulu pantang tercabar mula nak naik darah, sekarang ni senyum kekal walaupun argh!

Sekarang ni, ya masa sekarang ni, aku sangatlah perlukan bantuan bantuan kiri kanan depan belakang atas bawah. Kalau nak harapkan diri sendiri, memang sampai sudah tak siap kerja aku. 

Kalau dulu ikut step buat kerja. Proposal dulu, collect data, analyze, statistik, diskusi. Aku kalau boleh nak jump terus kat diskusi, tapi memang harapanlah.

Jangankan proposal, doktor tak cakap sepatah lagi aku dah collect data. Bukan niat nak derhaka, tapi bak kata Dr. R, inisiatif sendiri. Well, aku rasa aku dah cukup dewasa dengan 24 tahun ni buat benda dulu baru nak tanya. Wohoo. 

Tak. Maksud aku, akal dah boleh fikir macam mana begitu kalau begini dan macma mana begini kalau begitu. Persetankan perasaan sekarang. Kejapkan hati, kuatkan semangat, dan lari.

Jangan nak menggatal tersadung lagi sekali tengah jalan sudah. Tolonglah faham.

Kalau nak cari subjek perempuan, tak berapa lah sangat nak risau. Tapi nak cari jejaka jejaka sekalian ni, hadei. Ada sesiapa yang kalaulah ada baca blog aku ni rasa dia lelaki dan nak tolong aku grad tahun ni, tolonglah lend hand. :')

***

Pagi tadi singgah ortopedik. Biasanya dengan Prof F tak pun Dr. NA. Tiba tiba masa panggil nombor, bilik 12? Apakah? Selama ni bukan bilik 3,4 je ke? Wow! Tak sangka selama ni aku admire cara explanation Prof. F, ada lagi lagi lagi yang boleh buat aku admire lebih sikit. Nanti aku cerita cara dia explain. Aku rasa budak medik sekalian mesti admire gak kat dia.

Tak tahulah kalau dia explain dekat patient tak sama dengan dia explain kat student. Heee. Sekali dekat student, haa you balik sila cari. :P

Terbaikkkk!

Yang tak terbaiknya adalah apabila perjalan sebelum masuk jumpa doktor ada mak muda dengan anak perempuan comel aroud setahun lebih dan nenek cedera. Disebabkan anak dia berona/buat perangai, aku yang bajet rajin terus ambik nota lukis lukis attract attention.

"Haaa.. kucing,miowwww,"
"Itik. kuek kuek kuek,"
"Ayammmm..."

Senyap budak tu. Senyap sebab lukisan aku comel, atau aku yang overexcited aku tak tahulah. Maka berkatalah emak beliau,

"Tengok ACIK lukis, cantikkk,'

Olohhh! Tahulah dah 24, muka pun dah taraf mak mak orang tapi tak yahlah panggil MAKCIK. Hahahhahaha.





Kessssssokkkkk hati!

No comments: