Friday, April 30, 2010

Cendawan

Apa perasaan kau bila kedua-dua evaluator memandang tepat ke mata kau memberikan khabar berita hanya kau satu-satunya gagal dalam OSCE?

"Awak nak markah macam mana?"
"Kalau boleh saya tak nak kena viva. Tapi saya tak naklah kalau saya lulus sebab kesian,"

Menunduk habis tahan panas mata.

"Bila awak ada untuk kami adakan viva (borderline lulus)?"
"2, 3, 4 dan 5 saya pergi UKM, ada conference. Lepas tu saya balik USM semula, ada appointment ortopedik,"

Tahan air mata.

"Saya nak menangis boleh?"
---

I have no point explaining! I did this before entering the room to be evaluated.

Autumm in USM! Sangat teruja aku melihat semua ini!






---
Dulu masa aku tingkatan satu, aku selalu ikut balik rumah kawan-kawan. Satu hari, aku balik kampung kawan aku. Sebab teruja adalah ada sawah. Sebab tak teruja, ada pacat.

Aku kan mesra alam, mesra bayi, mesra kanak-kanak. Dekat kampung dia, ada banyak budak. Dan budak-budak ni bawak aku merayau-rayau petang tunjukkan buah katak puru yang masam, petik pauh ringan (ringan sangat ke mangga tu?), ajak aku tarik lembu, ajak aku cari pucuk paku, ajak aku mana-manalah yang diorang sempat tarik tangan aku.

Aku layannkan aja dengan satu syarat!

"Lepas ni kita pergi sawah!"
"Okayyy!"

Maka ke sawahlah kami. Aku rasa masa tu aku budak bandar sangat! Heh! Aku jumpa banyak cendawan besar-besar alam jadi dengan teruja aku jerit banyak gila cendawan. Dan haruslah budak-budak itu bersama melayan kejakunan aku. Salahkan Selangor sebab tak ada bendang ye.

"Jomlah kita petik cendawan ni. Boleh masak!"
"Jomm!"

Gila bangga aku bila beramai-ramai mengutip cendawan besar tapak kaki. Masa tu entah apa aku fikir mak diorang akan masak dengan cendawan tu. Memang semangat gila aku kutip. Oh. Sekejap je, sebab lepas tu aku menjerit ada paaaaaaaaaaaaaaaaaaaacat! Jadi aku duduk jauh-jauh dengan jantung berdegup bagai nak pecah rayu diorang balik masa diorang gila sangat mengutip!

Aku teringat kisah tingkatan satu bila aku terpandang cendawan ni tadi. Tapi cendawan yang itu lain dengan yang bawah ni!

Sekepul cendawan. Heh?

Maka akhirnya kami pulang dengan dua plastik cendawan dan haruslah yang bangga lebih tu aku!
.
.
.
.
.
.
.
.
.


"Ya Allah! Bawak balik cendawan TAHI LEMBU ni buat apa???!"

Okayyyy. Fine!

Thursday, April 29, 2010

I Slept at Eight and Now I Wake. I'm Too Scared coz I Dream Bad!

Aku rasa sebab aku tidur dengan marah tu yang jadi macam ni. Serius aku bangun lepas mimpi buruk dan sambung tidur balik, mimpi buruk juga. Dah kau tak sembahyang Isyak lagi, lagi mahu wonder kenapa mimpi tak baik?

---
Ada satu set jenama Nestle, dia bagi kira macam big present macam tulah. Dalam tu penuh dengan coklat dan air dan makanan brand dialah senang cerita. There were Fifah and I coming back from lecture I guess and we stop at this transparent wrapping chocolates. Dalam mimpi tu, beberapa minggu lepas kami boleh ambil je hadiah tu so this time kitorang ambil je lah dan bahagi-bahagikan.

Macam tu lah.

Kemudian datanglah seorang pelajar perempuan.

"Korang memang tak belajar adab eh? Ambil barang sesuka hati,"

I was like feeling damn guilty so the only thing I could do, seeking forgiveness.

"Maaf sangat. Tak apa, hadiah tu tak berusik pun. Saya dan Fifah letak semula okay?"

Disebalik itu ada seorang pensyarah, I knew him! I could remember his face. The only thing left, his name? Pensyarah tu, doktor gigi/dental. Tapi dalam alam realti, macam bukan. Dia tengok aku yang bermuka bersalah dan aku macam tak suka kalau aku nampak bersalah walhal ada penjelasan. 


"No. Doctor, past few weeks, we had ermm,"
"Cakap english pun salah, lagi nak cakap? Berlagak je student-student macam awak ni?"


Hah? Merah padam muka aku! Macam kalau terspeak out english adalah perkara biasalahkan? Aku memang dapat rasa dalam mimpi aku sangat nak marah sampai aku bangun sikit punya pening. Yang bertambah nak marah bila dia mengajar aku jadi macam tak ada mood. Tu tahan lagi. Aku duduk sekali dengan Azah yang lembut dalam class. Masa kelas habis, dia jalan mendekati Azah. Motifff?


"Awak ada sakit ke?"
"Err?"
"Saya bla bla bla. Ni saya prescribekan awak ubat,"


He gave Azah two syringes; different in size with clear fluid inside. Aku macam wow! Doktor gila! Memilih baik dengan sesetangah pelajar! Masa tu mula aku say loud, ni pensyarah apa entah! Orang support anak murid, dia?

Aku marah sampai aku terbangun. Tengok jam, 1030 malam. 

Tidur balik!

---
Aku berjalan balik dari perpustakaan. This time, I'm not in USM. I was in UM; PASUM. What a memory. I was walking lonely in a perfect dark. Oh! I could remember the breezes. I could remember each lamp at every corner. I could remember the loneliness accompany me in every steps.  I could remember everything back there.

Memang bila nak exam, tempat aku adalah di library. Pagi petang malam. Aku tak tahu mana datang berani, untuk aku jalan seorang diri. Tiba-tiba 2 ekor anjing terlanggar aku, kemudian keluar 2 lagi, make it 4! All of them, memang gila menyerang aku; gigit, kejar! Aku menjerit ketakutan. There was a guy, Chinese guy tried to help but then he just simply leave me! Aku cuak sampai aku terbangun!

Allah!

Kerling jam, 1207 pagi.

---

Still belum 2 pagi. Pejam mata semula. Sebelum tidur, aku baca paper online, kisah Aminurrasyid. Aku tak ada komen  sangat hanya terfikir. Kalau dah banyak sangat jenayah, susah nak timbang kecil besarnya. Jadi, tu aku rasa penyebab masuk ke dalam mimpi aku.

By that, I could see a young girl, around my age I guess. (Around my age can consider girl ke? Ehek ehek!). Dia telah disahkan bersalah atas tuduhan kematian seorang bayi dan dikenakan hukuman gantung sampai mati.


"Okay X, awak ada kata-kata terakhir?"
"Macam mana pun mahkamah kata saya bersalah. Itu dusta! It was an accident. It was an accident! I t was an accident! It WAS...."


Zapp!

Terus aku terbuka mata! Astaghfirullah! Kerling jam, 145 pagi. Bangun! Allah!

I can remember that girl's face full of hope. I know that the girl was asking last hope to the parent that she was accused for being their daughter's murderer. I can even remember her innocent face. The only thing, I can't figure it out what her face look alike.

I'm too scare so I wake up, dan menulis ini! Sebab masih fresh so aku ingat satu-satu. Oh. Sejurus kita bangun tidur, kita ingat 90 peratus mimpi. Lima minit selepas itu, 70 peratus and it's decreasing over a time. 

Ya. Aku tahu mimpi buruk jangan cerita. Tapi, selagi aku tak luah, it's haunting me! I have OSCE tomorrow and I don't even touch a single word!



p/s: Aku memang gilakan? Saja cari pasal dengan hati. The more it hurts, the more I play hard! Aah. Sengaja aku cari orang-orang yang dah memusnahkan ikatan dulu kala! Bravo Huda. That's how you train your heart! So better move on with it as long as it build up your SABAR stronger!
p/s/s: Kalaulah tak kerana hormat, dah lama aku melenting! Kenapa memilih sukar untuk difahami?
p/s/s/s: Aku lihat gambar senior bergraduasi, tiba-tiba hati jadi cair. Setiap manusia datang dan pergi. Jadi, tolong jangan pergi dengan benci. Aku melihat setiap satunya bersama kenangan tersendiri. Oh hati!


Pesanan Besar: I know I love YOU but what happen to my heart lately? O Allah the almighty, help me!

Wednesday, April 28, 2010

Hi Awak!

Tajukentryharusmenipudanmengundangwau!Sangatcomellahtajuk.Ceh!


Hold my hand, friend.
I'm too far behind!






p/s: Karakter kartun apakah ini?
p/s/s: Ya. Macam biasa aku mengantuk ketika kuliah berlangsung lalu terhasillah permainan aku-lukis-kau-teka. Heh!



Pesanan Besar: Susahnya memahami dan sukarnya berusaha memahami bila tak difahami. DIA, adalah tempat terbaik mengadu simpati!

Tuesday, April 27, 2010

Hari Sadis!

Budak yang sangat easily distracted to everything. Tak boleh fokus lebih dari sejam tapi kalau aku buat benda lain fokus lebih sejam orait je. Apakah? Perasaan yang senang gila bertukar. It is me. It is seriously me.

Oh. Semalam bumi Kubang Kerian telah berhenti menjadi sauna percuma. Syukur Ya Allah. Hujan! Hujan! Hujan! Bila dah hujan, lain pula yang aku fikir. Nampak dunia sana satu macam menarik, maka aku tinggalkan meja study menuju ke taman hujan. Ewaaaaah! Ayat!

Dari luar aku ambil gambar ke dalam bilik!

Panas aku dengan diri sendiri. 4 hari berfoya-foya, bila tadi satu perkataan biasa guna pun tak keluar dari otak mulalah aku rasa nak hampuk semua meja kerusi dalam dewan tu. Gelik pelik woh soalan semester satu boleh keluar tadi. Tu satu hal. Hal yang lain, aku nak merapu apalah weh kalau dalam nota tiga point tapi markah dalam exam sepuluh? Tu kira baik sepuluh. Yang tiga puluh markah aku boleh buat gila, lima belas minit terakhir shift soalan? Wallaweyh! 

Tak nak jadi audiologis boleh tak? Jadi suri rumahtangga je. Aci?

Sadis lagi tadi, sebelum keluar bilik hati aku dah terdetik, ubat pencil aku ni nazak dah. Disebabkan aku guna pensil mekanikal 0.7mm, maka sukarlah aku mendapat bekalannya saat terdesak. Huh! Dan dan tulah kan elok aku nak hitamkan kertas soalan objektif aku, terus pensil tak boleh guna.

Terima kasih atas detikan hati yang meyempatkan aku mencapai sebatang pensil kayu! Ergh! Pensil kayu, pensil mekanikal, pen dua batang, pembaris pemadam, kad matriks, IC dan slip exam dan blah pergi dewan. Hari ni tak bawa pensil case gabak sebab aku dah agak apa yang aku rapukan hari ini, tak perlukan extra pen atau extra pensil atau apa-apa extra! Ergh lagi!

Mari tambah kesadisan tadi. Aku tak sangkalah budak medik yang exam sekali hari ni masa dia lain dengan aku. Tipu. Ak tak terfikir pun budak-budak yang sibuk menelaah itu ada budak selain PPSK. Dan memang trend aku datang exam betul-betul bila dah panggil masuk, maka bila orang masih kekal menelaah aku jadi pelik, gila awal aku hari ni?

Lalu aku teruskan membelek nota. Aku dengar bunyi gamat dan boleh aku terfikir, aik, orang nak exam ni dia boleh buat funfair pula. Sehinggalah! Sehinggalah! Sehinggalah aku terdetik menjenguk dewan. Perghhh! Orang dah mula menulis.

Awatlah bijak bistari Huda oi! Budak medik start 230 dan kami 215. Haih! Memang aku rasa nak menyumpah juga tapi masuk dewan haruslah cool dan lemparkan senyuman paling manissssss kepada pensyarah yang dah sibuk-sibuk bertanya, mana Huda? Cehhh! Muka jangan cuak. Senyuman harus kiut! Heh!

Kita tinggalkanlah kenangan buruk skrip jawapan aku tadi dengan gambar-gambar yang berjaya merosakkan tumpuan aku. Oi Huda, sekarang kau nak salahkan hujan pula? Dulu marahkan panas? Tak reti nak bersyukurkah?

Kalau tak kerana exam, aku dah mandi hujan dah! Eh, bukan kau dah bertapa tengah hujan ke ambil gambar ni sambil batuk batuk?

I loveeeee rainy day! I feel blessed. But the thunder and storms?! Oh! Oh! Oh! Trauma!

 Aku geram kamera aku tak nak fokus pada titisan air comel tu jadi aku letak tapak tangan aku kat belakang as a trick but there you go! Degil!

Selamat datang, hujan! Saya rindukan tidur kamu!

1, 2 ,3 snapppp!


 Pun masih tidak dapat snap titisan itu! Huh!

Jadi mari berjiwang dengan gambar seterusnya! Hhahahahahha.







Click on the pictures to enlargelah ye!


اللهم إنى أسألك حبك وحب من يحبك والعمل الذى يبلغنى حبك
Allahhumma inni asaluka hubbaka wahubba man yuhibbuka wal amalallazi yuballighuni hubbaka..

Ya Allah, sesunguhnya aku mencintaiMU dan mencintai sesiapa yang mencintaiMU dan pekerjaan/perbuatan yang membolehkanku untuk mencapai cintaMU.






p/s: Aku rasa nak makan buah kiwi weh!
p/s/s: Oh! Penerbit eksekutif Majalah Tiga Mohd Said Abdullah Thani sudah ke Malaysia. Oh! Teringat kenangan zaman tingkatan dulu gila nak jadi wartawan berputik semula. He replied my emel just now and stil remember me! Adakah boleh aku menukar cita-cita sekarang?

p/s/s/s: Sumber doa tu dari ustaz blog ini.


Pesanan Besar: Lillahita'ala Huda!

Sunday, April 25, 2010

Takut!

Sekarang, setelah bermain 4 hari satu benda saya nak jerit.


SAYA TAKUT! 

Home?

Tak ada kerja aku study tapi buat benda lain. Serius aku tak boleh nak concentrate. Apa nak jadi dengan aku tak tahu. Taubat esok sehari suntuk aku kena bertapa kat library. Main-main kuat sangat!

Jadi aku buat test dari FB which memang aku sangat suka benda benda psychology ni. Tinggal lagi aku rasa tipu gila explanation dia untuk certain things. Hee. Kau kalau melukis semangt gilalah kan Huda tapi kalau study? Nota pun jadi drawing blocklah kan! Heh

The questions are:


Click to enlarge.

And here goes my ugliest home. Hehehe. The senget and leper car with oh macam tu eh rounded tayar? Taman bajet tersusun tapi bila lukis macam hutan belantara. Muka haruslah ayu dan cute dan sopan dan ada muka masa depan! Alololo. Kolam macam erk? 

Tapi imaginasi aku kena ada bangku tu aku dan bayangkan oh nanti petang petang buat cekodok pisang sambil makan dengan keluarga sambil tengok kolam dan anak-anak berlari-lari di taman. Wah! Angan angan!




And here goes my answers:



Click to enlarge!

And tadaaaaaa, the explanations tipu! :P

Click to enlarge


1. Aku teragak-agak? Hahahaha. Bolehlah kot tapi tipu, memang ye.
2. Freedom lover (pencinta kebebasan? Ke apa?) and strong. Well again, I just always pretend I'm stronger. That's all, that's it. I have no other choice anyway.
3. Shy and reserved? Tipu!
4. Yeah! I always need friend! And you!
5. Ambitious? Yesssssss!
6. When it comes to love, I shut myself? Oh! Lagi tipu. Aku bagitahu je aku suka siapa. Hahahhah. Dia suka aku ke tak, belakang kira.
7. Difficult to win my heart? Oh no! It's an easy as A B C. Kalau tak, tak adalah aku senang jatuh cinta suka orang kan? Hahahahha.
8. Keep feeling deep inside. Lagi tipu! Aku jujur dan berterus terang orangnya. Ewaaaah!
9. Plans and idea in my mind? Perhaps yes but it always uncontrollable. I'm bad in time management. Wuu.
10. Strong personality and like to command. Strong personality no comment but like to command oh! Oh! Oh!
11. Influence and control people. (Buruk betul kan perangai aku rupanya!)
12. Flower and long for love. Yeps. With LOVE I'm ALIVE!
13. THE NEXT TWO, NO COMMENT!



Mari gelak besar. Hhahahahhahahahhahha. Eh gelak besarlah! HAHAHAHHAA.

Saturday, April 24, 2010

Warkah Seekor Kucing

Assalamualaikum WBT.

Nama saya biarlah rahsia, cukuplah kenali saya dengan perkataan kucing. Dan warkah ini akan lebih panjang dari biasa. Ya, saya seekor kucing. Saya kirimkan warkah ini kerana saya sedang bersedih hati dengan keadaan yang Allah takdirkan untuk saya. 

Protective Mother

Saya merupakan seorang ibu untuk 4 anak-anak saya yang comel. Anak-anak saya sungguh lincah dan sangat aktif. Saya susukan mereka setiap hari dan sekarang sudah masanya mereka memulakan kunyahan untuk makanan pejal. Terima kasih kepada penghuni blok ini kerana ada yang menyediakan frieskies untuk anak-anak saya. Terima kasih tak terhingga.

Dalam banyak-banyak penduduk blok ini, saya perasan seorang gadis yang sungguh takut dengan saya. Setiap pagi bila dia melewati saya dan anak-anak, saya terpaksa bertindak protektif dengan mendengus kepadanya, dan dia akan serta-merta berhenti dan bercakap dengan saya bersama wajah kasihan. Saya kira dia takut dengan makhluk jenis saya.



Pagi tadi, ketika saya bermain dengan anak-anak saya, menghabiskan waktu pagi yang ceria dengan mereka, gadis ini datang lagi. Saya kira dia teruja melihat suasana itu. Saya perasan dia kemudian masuk ke dalam bilik dan keluar semula bersama kamera. Keadaan itu menggugat keselamatan saya dan anak-anak saya jadi saya terpaksa menjadi protektif semula.


Saya nampak dia galak mengambil gambar. Setelah hampir lima minit, saya rasa dia dan kamera tidak membahayakan kami sekeluarga. Jadi saya biarkan dia menikmati harinya sendiri dengan menikmati kami bersuka ria.



Saya ada terdengar dia dan kawan-kawannya bercerita perihal saya yang terlalu menjaga setiap langkah si comel saya. Saya dengar mereka berbicara mungkin kerana ini kelahiran pertama saya, maka sikap saya jadi begini. Salah. Saya mahu mereka tahu mereka silap. 

Apa yang berlaku malam ini, barangkali dapat membetulkan persepsi mereka bahawa setiap ibu tidak kira SIAPA atau APA sangat menyayangi dan mahukan zuriat mereka selamat tidak kira kelahiran ke berapa si comel ini.

Tadi, saya terasa sesuatu yang tidak kena dengan kandungan kedua saya. Saya rasa sakit dan saya tahu masanya tiba. Perit itu terus kekal sehingga lahirlah kelahiran kali kedua. Adik kepada empat ekor anak saya yang lain. Yang bongsu ini lain sikit. Kelabu. Tidak berbelang seperti kakak-kakak dan abang-abangnya.

Namun, takdir Allah itu pasti. Kelahiran ini dipanggil dulu oleh DIA. Hati IBU mana tidak tersentuh melihat anak yang kaku tidak bergerak di sisi. Saya hanya mampu meratapi tanpa suara. Hanya boleh menangisi tanpa air mata.


Saya kemudian ternampak gadis yang sama melalui depan saya. Saya tidak berbahasa dengan bahasanya dan dia juga tidak menggunakan bahasa yang serupa dengan saya. Tapi saya yakin, interaksi sesama insan di bumi tuhan. Saya panggil dia. Saya panggil dalam nada sayu. Saya tahu dia dengar kerana dia menoleh.

Dia tampak terkejut. Terkejutlah. Hati saya lebih terkejut menangisi kehilangan anak sendiri. Saya dengar dia menyuruh saya sabar. Saya dengar dia berkata akan bantu saya. Saya dengar dia menyebut akan mengebumikan anak saya sebentar lagi. Saya dengar dia berkata dia pergi bukan untuk tinggalkan saya tapi mencari peralatan. Saya dengar dia berkata dia akan kebumikan dengan elok, jika tidak, arwah anak saya akan digigit semut dan dibuang ke dalam tong sampah sebagaimana layaknya SAMPAH.


Saya tidak sanggup meskipun saya hanya seekor KUCING dan bukan MANUSIA.


Saya mungkin bukan ibu yang baik kerana tidak menemani saat pengebumian anak saya. Bukan saya tidak mahu, tapi saya tidak sanggup. Saya masih terasa peritnya melahirkan jadi saya memilih untuk hanya melihat dikejauhan.


Saya masih ingat saat anak saya diambil. Saya masih nampak jasad yang kaku itu. Saya masih terbayang detik nyawanya tiada. Saya hanya seorang IBU yang lemah yang kematian zuriatnya. Bagaimana saya ratapi, dia tidak akan pulang untuk melihat dunia bersama saya. Dia tidak akan bersama saya untuk saya lindungi dia ketika dia membesar. Dia bahkan tidak sempat untuk kenyang dalam dakapan saya.


Pergilah. Pergi. Ibu redha pemergianmu. Pertemuan kita mungkin singkat, namun saat ibu kendong kamu hinggalah kamu ibu lahirkan akan terus kekal, sayang.



Kudrat ibu sebagai seekor kucing tidak memungkinkan ibu untuk mengebumikan kamu. Ibu bangga dengan manusia yang bernama IBU. Mereka sangat beruntung kerana mempunyai AKAL. Mereka beruntung kerana punya sifat dan kudrat untuk menakluki dunia. Mereka punya kekuatan untuk mengebumikan anak mereka sendiri. Bukan seperti ibu yang mungkin mengakibatkanmu DIBUANG seperti SAMPAH. Ibu bukan manusia, sayang. Manusia yang ada kaki dan tangan untuk mengebumikanmu yang MATI TANPA PINTA. Manusia yang punya kecerdikan

Pergilah. Kasih sayang ibu, utuh. Ingatan ibu, kukuh.


Ibu berterima kasih pada manusia yang miliki akal, kerana menghadiahkan ibu kubur kamu. Sekurang-kurangnya ibu tahu KE MANA JASADMU PERGI. Sekurang-kurangnya ibu tahu KAMU BUKAN DIBUANG SEBAGAI SAMPAH.



Kalau ibu yang HANYA seekor kucing ini menyayangi kamu dan mahukan yang terbaik untuk kamu. Kalaulah ibu yang hanya kucing ini mahukan kamu sentiasa membesar depan ibu, mereka yang manusia ini pastinya langsung tak akan pernah terlintas MEMBUNUH ZURIAT MEREKA. Ibu yakin IBU-IBU manusia pasti lebih hebat kasih sayangnya. Mereka pasti akan pastikan ANAK YANG MEREKA KENDONG SEMBILAN BULAN SEPULUH HARI itu untuk hidup dengan gembira dan bahagia dan sihat dan selamat. Mereka akan pastikan BAYI YANG MEREKA LAHIRKAN BUKAN DI DALAM TONG SAMPAH layaknya. Mereka akan belai zuriat mereka dengan tangan yang penuh cinta dan pasti tidak biarkan LALAT MENGHIDU ATAU SEMUT MENGGIGIT ATAU ANJING MENGGONGGONG! Anak mereka akan berada dalam dakapan hangat seorang ibu dan BUKANLAH MERANA DALAM DINGIN MALAM BERSELIMUTKAN ALAM KESEORANGAN.

Ibu yakin mereka tidak akan melakukan perbuatan kejam itu kerana MEREKA SEORANG MANUSIA BERAKAL, sayang!





Tulus ikhlas dari ibu yang selalu menyayangi kamu,
SEORANG SEEKOR KUCING.

Friday, April 23, 2010

Sahabat itu Lain dari Kawan

I'm wondering, I'm not saying I good or humble or mulia or whatever, but I just feel like somehow unfair.

Kenapa bila aku buat semua nampak salah? Kenapa bila orang lain buat, okay aja? Kenapa bila kawan aku cakap, punyalah nak naik suara punya tinggi walhal dia nak bagitahu kebenaran? Kenapa bila aku explain balik suara mula turun tapi belakang lebih tinggi. Kenapa cakap maaf, kalau masih nak rungut merungut? Kenapa bila takluk keadaan tak apa, bila orang lain tak boleh?

Kenapa?

Orang lain nak pandai juga, orang lain ada pilihan juga. Orang lain ada deria rasa juga. Orang lain ada apa yang kita rasa juga. Kenapa nak penting diri? Kenapa bila buat salah masa minta maaf muka sangat innocent dan berlemah hati tapi bila aku buat salah nak ampunkan tu punya senang tapi impak sebelum betul betul dapat ampun punyalah kena makan hati berulam jantung?

Kenapa bila ada kepentingan cari aku tapi bila tak ada, buat aku ni kecil besar kuman? Kenapa? Kenapa bila perlukan pertolongan aku senyum bagai tak nak lepas tapi bila aku perlukan, alasan tinggi menggunung? Kenapa? Kenapa dengan aku kau memberitahu sahabat baik begini, tapi dengan dia kau memberitahu tentang aku yang lain pula? Kenapa penuh alasan padahal terus terang lebih mulia? Kenapa bila memerlukan tidak sama sebagaimana diperlukan?

Ya. Kamu pandai. Tapi aku belum terlalu tidak bijak untuk menilai. 





p/s: Seringkali niat baikku disalahanggapkan.

Pesanan Besar: Ada ketika melupakan yang sakit sakit lebih membahagiakan! Ingat, kadang kala bahkan selalunya kita membuat perkara yang sama yang kita tidak suka tapi kita LUPA.

Please Don't!

Click to enlarge

PLEASE DON'T KILL THE BABIES! THIS IS NOT THE ADVERTISEMENT LIKE: PLEASE DON'T KILL THE PARROTS, OR DON'T KILL THE ORANG UTANS, OR DON'T KILL THE CATS!

THIS IS HUMAN! HUMAN! HUMAN!

PLEASE DON'T! 

Anda mungkin selamat di dunia, tapi ingatlah hidup bukan di dunia sahaja.



p/s: Bayi membuatkan saya tersenyum sepanjang hari dan adalah melampau membunuh sumber senyuman saya ini! Saya benci!
Pesanan Besar: ALLAH lagi BENCI!

Thursday, April 22, 2010

Maafkan Saya

I'm too sleepy to concentrate during lecture! Salahkan ubat selsema yang buat aku sleeeeeeeeepy! Oh! Oh! Oh!


Kau melukis ni kau tak sleepy pula Huda?


Adakah aku patut tukar kerjaya menjadi kartunis? Heh!

Wednesday, April 21, 2010

Kan Dah Kata!

Oh. Aku baru balik dari klinik pelajar. Standardlah kan. Huda, ingat puasa mulut. Ingat. Ingat. Ingat! Memang sengsara jawab exam okay hari ini. Kepala memang tak sempat angkat, tangan memang tak sempat nak letak untuk berehat, batuk memang tak sempat nak cover-cover lah. Dalam aku tak sempat nak berkhayal pun tak cukup masa, kalau aku berkhayal?

Hoh. Cuba kau bayang 20 minit terakhir, 2 soalan bernilai 20 markah each tak siap lagi. Tulisan memang dah kalah tulisan doktorlah. Memang kalau nak tulis communication, comm yang belakang pakai tarik je. Cool habislah dapat tulis macam tu. 

Segala cara duduk dah aku duduk. Tipikal aku, duduk je dekat kerusi buka kasut dan bersila. Sungguh tak menarik. Memang hampeh!

Disebabkan batuk yang melarat, maka semalam terpaksalah aku lupakan niat bertapa di perpustakaan. Dan tidur yang selalu terjaga sebab terlalulah suffer dengan batuk. Dan.. dan.. dan bangunlah aku dengan kadar yang maksimum lewat.

Serius aku fikir aku ni nak exam ke tak? Gila lepak tak study siap boleh bantai movie lagi? Dan disebabkan itu, aku bersarapan pukul 730 malam semalam. Hebat.

Sebab aku keluar makan sorang-sorang, aku bawa nota dan pensil. Sampai meja makan, sesi beramah tamah dengan orang yang ambil menu. Macam geli lak aku nak tulis pelayan.

Sambil aku study dan tunggu makanan, ada satu famili; suami isteri, anak lelaki dan perempuan berusia kurang dari lima tahun. Punyalah diorang teruja aku bawa nota kat kedai makan sampai ternganga berdiri sebelah aku pandang.

Aku senyum dan layankan aja.

Aku memang tak boleh kalau study dekat tempat yang senyap. Memang tak boleh. Kalau boleh aku nak stuDy dekat kafe, background noise tu buat aku nak concentrate. Kalau senyap buat aku nak tidur, paling tidak berkhayal. Heh. Jadi, dekat gerai makan aku punyalah study tak pandang-pandang.

Sepanjang aku mentelaah, dua beradik ni duduk berlari menjerit ketawa yang tahap semangat punya suka. Mula-mula aku layankan aja kecomelan bunyi ketawa. Ketawa budak-budak bunyi dia indah satu macam okay. Tapi bila lama-lama dan sampai tahap jerit, terus terdetik dekat hati aku.

"Mak kata orang ketawa-ketawa sangat kejap lagi menangis,"

Aku jadi nak pandang mak ayah dia sebab biarkan. Memang sepatah pun tak bunyi suara. Dah kalau sampai tahap berlari dan menjerit-jerit kira memang mana-mana mak ayah takkan duduk senyap ajalah kan. Sebab dia macam dah melawan norma adab tatasusila dan sopan. Aku angkat kepala dan pandang, berkebetulan diorang pun tengah tengok aku, jadi aku senyum dan angguk kepala.

"I bet budak ni menangis kejap lagi,"

Gila jahat instict tapi itu aku rasa. And right after aku fikir macam tu, budak ni jatuh terlanggar kerusi, keropok dalam plastik habis berterabur dan yup, she was crying louder! Punyalah mengamuk-ngamuk salahkan abang dia. 

Yang tu okay lagi. Aku cuba cari suara mak ayah dia dalam keriuhan tu.

"Dah. jom balik,"

Finally mak dia bersuara. Tapi, aku pelik sebab budak tu menangis nak mula menengking-nengking mak dia.

"Tak. Umi tak marah eh keropok jatuh. Meh umi dukung. Umi tak marah!"

What?

Jadi salah siapa kalau anak ada masalah behavioral problem? Ya. Aku belum jadi ibu tapi aku rasa melampau kot budak kurang dari lima tahun menengking-nengking yang walhal memang dia yang patut dihukum tapi pengajaran tu dilenyapkan bila emak dia menafikan salah!

Whattt?

Dalam psikologi kanak-kanak pun ada ruang untuk hukumanlah kan.






p/s: Dulu kalau exam, memang aku adalah orang yang akan duduk kerusi paling depan. Ya. Aku paling tua dalam kelas. Sekarang tidak lagi. Aku jadi orang nombor dua. Heh.
p/s/s: Nik kata aku belum matang. Aku tua pada usia sahaja. Itu memang mangkuk kan?
p/s/s/s: Setiap kali aku balik malam dari library, aku mesti dengar bunyi banyak tapak kaki berjalan belakang aku tapi bila aku paling, tak ada orang pun. Aku berhalusinasikah?

Pesanan Besar: Allah suka orang berusaha kuat tapi orang yang kurang usaha, Allah tetap bagi nikmat. Nak dustakan apa lagi?

Tuesday, April 20, 2010

Soalan Exam Yang Sempoi


Tipu. Ini soalan tag dari Puteri Serigala, si Haida. Cool gila serigala dapat title puteri. Heh. AKu nak keluar sarapan ni. Sarapan pukul 710 malam woo. Tapi tak apa, aku jawab dulu sat.

---

1. Apa yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda?
Aku buat bodoh je. Buat gila cool padahal nangis nangis dalam tandas. Hoh. Aku akan mengadu pada orang yang paling rapat dengan aku. Aku tak akan berniat membalas dendam, aku hanya ingin bercerita. Mulia lak aku rasa.

2. 6 orang dihati anda?
a. Mak
b. Ayah
c. Adik
e. Along
f. TBS team
g. Kawan-kawan dekat USM

Tujuh boleh tak?

3. Anda rasa anda kacak comel?
Cute aci tak?

4. Single or taken?
Taken or single?

5. Blog yang mana anda suka?
Blog aku. Hahahha. Siapalah nak suka blog aku melainkan diri aku sendiri.

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Tertakluk kepada tahap keperluan untuk rush. Biasanya lambat macam mana pun, katil dan meja kena in order.

7. Lagu yang terakhir anda dengar?
Biarlah rahsia. En ni memang tajuk lagu. Biarlah rahsia, Siti.

8. Last text message
Dari Ika: "Kak Hud, kejut aku pukul 530 esok deh,"

9. Last phone call?
Mak aku pagi tadi kejut bangun pukul 5. Gigih mak aku kejutkan aku bila nak exam walaupun selalunya memang aku dah bangun pun. Heh.

10. Hari terakhir anda menangis?
Hari-hari. Hahahhahha. Entah, aku dah lupa.

11. List 5 warna kegemaran anda?
Hijau.
Hijau.
Hijau.
Hijau.
Hijau.

12. Orang yang terakhir anda ber'YM' ?
Anak Proffesor aku.

13. Game yang anda paling suka ?
Congkak. Selipar tiga. Huh. Memang aku juaralah.

14. Adakah anda peminat MCR?
My Chemical Romance? Er.. When I was a young boy, my father took me into the city, to join the blade  parade. Or, I don't love you, like I did, yesterday!

Aku minat semua benda. MCR ke, ORL ke, AUDIO ke, USM ke? Semua!

15. Ape perasaan anda masa jawab tag ini?
Lapaaaaar! Lapar tu perasaan ke?

16. Anda rasa tag ini best?
Biasa je. Hahahhaha.

17. Tag lagi 10 orang.
Aku tak ada 10 orang, aku sorang je. :P

---

Aku nak jawab yang ini jugak!

soalan 1 : 3 names in your massage inbox yg latest.
1. Ika
2. Fadzli
3. Izza

soalan 2 : Your main Ringtone.
Tipikal bunyi telefon. Kring kring kring. Serius weh!

soalan 4 : Who was the last person you went out with? where?
The marvelous friends. Padang. Hahahha. Kira bintang.

soalan 6 : The last thing u did.
Batuk. Tidur. Batuk. Tidur. Batuk.

soalan 7 : 3 of your everyday favorite items.
MP3. Laptop. MP3.

soalan 8 : The color of your bedroom.
Desa ni warna cream tapi barang aku almost semua warna hijau. Jadi hijaulah.

soalan 9 : How much money in your wallet now?
RM 94.50


RM 50.00 tu Prof Din punya. Heh. Tak terbeli lagi mainan!

soalan 10 : How's life
Cool! Well, up and down. That's why we call it as LIFE!

soalan 11 : your favorite songs..
Apapun yang terjadi, Berjalanlah tanpa henti.

soalan 12 : What will you do next weekend?
Kaji cerita. Baca nota dan berklinikal. Hoh.

soalan 13 : When was the last time you saw your mum.
Sedihnya soalan. Sedih. Sedih. Sedih. Mak, nak balik!

soalan 14 : where is she now?
Perhaps school or tengok TV kat rumah?

soalan 15 : when was the last time you talked to your parent?
Pagi tadi, "Angah dah bangun?"

soalan 16 : Who is the last person that talked with you last night?
Roomate?

soalan 17 : where did you have dinner last night?
Kat depan laptop dengan batuk menggila. Tak hebat langsung makan Nasi Goreng Kampung dan batuk.

soalan 19 : Last thing you borrowed from your friend.
Handycam and camera. Shooting.

soalan 20 : Who is your bf/gf or husbad/wife?
You. Ambik kau. Semua yang baca adalah bf dan gf aku. Hahahhaha.

soalan 21 : what do you feel now?
Lapar aku kata!

soalan 22 : wanna share with who?
Sesiapa yang boleh bagi aku kenyang sekarang!

soalan 23 : who knows your secret?
ALLAH knows!

soalan 24 : they keep your secret?
Sure!

soalan 25 : Are you angry with someone?
At this moment? NO.

soalan 26 : what do you order at McD?
Ayam KFC. Hahahhaha.

soalan 27 : The last time you felt so sad..
Last week I guess.
---

Dah le. Nak gi makan!

Jap. Aku pelik ni. Setiap kali nak exam dari kecil sampai besar memang jangan harap aku nak bawak pencil case. Cukuplah dengan pensil pen pemadam pembaris yang diikat dengan getah. Tapi kali ni?


Motif bawa pita pelekat? Ubat kulit? Kabel kamera? Pendrive? Stapler dan dawai kokotnya? Weh. Nak jawab exam ke nak pergi kelas pendidikan seni Huda?





Pesanan Besar: Bila rasa tak cukup nafas ni, barulah nak ingat mati selalu. Tipikal manusia sungguh aku!

Monday, April 19, 2010

Masih Ingatkah?

Entah aku mabuk apa, aku rasa nak baca balik diari aku hari ini. Gila tak secret diari post kat blog. Apa ke nama diari macam tu?

Ni sebab aku rasa kesihatan aku sangat merosot sebulan ni. Sangat merosot. Merosot sampai semalam tidur kat padang, Pae tanya aku kenapa wheezing breathing? Lepas tu tengah tidur tiba-tiba siap sebut nama Allah. Aah, itu tandanya tak cukup oksigen. Tapi macam wah Alhamdulillah sebut nama Allah masa dalam unconcious state. Sebab alam sedar sokmo sebut shitlah kan bila benda tak best terjadi. Bila tersedar baru, Astaghfirullah. Apa kau ni Huda!

Tulisan kat bawah ni, masa kena nangis malam-malam sebab kaki sakit. Wuuu.

Click to enlarge ya sweetheart. Tapi tak yah enlarge pun tak apa, macam malulah pulok. P.O.Y.O!

Syahdu pula teringat balik zaman susah mengadu sendiri. Bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian. Tapi tak berapa nak senang lagi ni. Heh.



p/s: Sedih study kat library dan kena tahan batuk sebab takut mengganggu. Sungguh sakit! Sebulan dah ni weh!

Pesanan Besar: Susah sangat nak bersyukurkan? Allah benci tahu! 

Mari Mengira Bintang

Ini impian Aimi. Berbaring di padang dan mengira bintang. Haida dan Pae telah mengabadikan malam ini (aku rasa dah pagi kot) agar menjadi kenangan untuk kita kenang bila kita sama-sama akan memulakan langkah keluar dari tempat ini, tempat kita mula bersua.

Kawan adalah antara makhluk terpenting dalam hidup aku selain keluarga. Kerana, mereka mereka inilah yang mewarnai setiap langkah aku ketika sedih mahupun gembira. Tanpa syarat. Tanpa syarat. Tanpa syarat.
---

Okay. Enough said. Heh. Asyik nak bersedih je. Tak cool langsung! Pukul 11 lebih malam hingga tertidur pukul 2 pagi di padang. Mujur tak sampai subuh esok. Apa jadi tiba-tiba buka mata orang tengah sibuk jalan nak gi masjid. Tak pun tak pasal pasal bola sampai kepala. Mahu muka mamai mamai time tu juga terus buat pengsan kes malu. Hahaha.


Teruja gila aimi tunjuk bintang. Aku yang teruja gila tengok, wau! Bintang-bintang berterabur sungguh cun. Tapi kalau benda lain berterabur.. errr?!

Sayaaaaang Haida! Itu kata Aimi. Dan aku jadi mangsa kerana proses tunjukkan rasa sayang di pindahkan kepada aku sebelum kepada Haida. Heh. Aku saaaaaaayang korang walau apapun!

Aku suka malam. Aku suka malam. Aku suka malam. Kerana malam membaca perasaan!


Oh. Itu cincin aku yang baru terjumpa dalam poket. Sungguh kelakar okay aku pakai cincin. Mari kreatifkan keadaan. Aku ni memang jiwangkan?

Aku dedikasikan puisi (puisi?) kepada semua manusia yang bergelar sahabat!

Cool gila rasa dapat baring atas padang selepas tiga tahun duduk USM! Pertama kalinya secara rasmi tengah malam. Selama ni tidur sebab main kat padang je. Heee!

Aku memang tak dapat nak tahan sesal sebab tak bawa MP3. Aku dan lagu ibarat isi dan kuku. Eh boleh ke macam tu? Senang je nak bagi aku senyap, biar aku dengan MP3 ku maka kau akan lihat kesenyapan aku yang asli. 

Aku memang wish gila ada MP3 dan memerhati malam masa ni. Mesti habis layan blues, namun, apakan daya! Kejutan Haida tak bagitahu nak buat apa pergi padang adalah silap. Pertama tak bawa MP3 dan kedua tak bawa minyak Yuyee! Nyamuuuukkksss!

Kesian Pae sebab aku bising tanya macam-macam. Namun Pae tariklah nafas lega sebaaaaaaaaab...!

Finally SLEPT jugak!




p/s: Work harder lah Huda weh! Tapi nak tengok movie dulu! Hehehehe. 
p/s/s: Adakah aku boleh menaruh harapan itu?
p/s/s/s: Aku borak-borak dengan anak lecturer aku sebab aku macam hilang punca lalu dia suruh baca ni. Silalah baca ye sebab ini dari persepsi lelaki. (Kira persepsi lelakilah kan? Sebab dia lelaki dan dia yang suruh aku baca ni. Huuu!). Klik sini.

Pesanan Besar: Allah jadikan malam untuk berehat, tapi aku ingkar malam ini! Astaghfirullah!

Sunday, April 18, 2010

Peraturan

Saya tenung papan kekunci komputer riba dalam-dalam. Sedalamnya. Saya tak tahu nak tulis apa. Adalah sangat pelik kalau saya tak ada idea, tapi itulah yang berlaku. Saya tak ada idea.

Peperiksaan kaunseling buat saya rasa, heh Huda apa dah jadi? Saya tak naklah ralat sangat, tapi itulah yag berlaku. Saya kekal ralat. 

Saya rasa tiba-tiba mula nak mengadu tapi saya kena cepat tangkis perasaan itu. Jangan. Jangan. Jangan. You're strong enough to stand!

Tapikan, saya rasa satu macamlah dengan diri saya sendiri. Ini semua kes kertas kaunselling tadilah! Uhuuuu.. perfectly sad lah. :(

---

Ada orang kata saya perfectionist, ada orang kata saya teliti, ada orang kata saya tak boleh salah sikit. Apapun orang kata, saya hanya tak suka melihat benda tak mengikut spesifikasi saya. Itu aja. Macam kalau saya nampak benda yang tak sama sikit, saya payah nak cakap okaylah. Saya selalu buat balik, kalau dah suntuk sangat barulah, bolehhhhhhhlah. Hii.

Okay. Hari ini saya nak tulis spesifikasi yang mesti saya buat bila menaip yang bukan spesifikasi saya sahaja tapi benda ini perlu untuk penulisan bersifat akademik. Assigments ke, tesis ke, report ke, benda ni mesti patuh. Ini adalah etika dalam menulis. Bersedia untuk menghadam info ye kawan kawan.

1. Saya mesti eja penuh-penuh bila menaip. Kalau anda berchatting dengan saya, atau berbalas emel atau apa saja yang menggunakan medium taipan, saya pasti menaip dengan penuh. Saya tak boleh kalau eja tak penuh ni, saya rasa selekeh. Oh. Kecuali untuk sms, itu sahaja kemaafan untuk taip ringkas. Haaa, korang hantar report pakai taip singkat singkat ke?  

Tulis dalam folder patient adalah tidak dikira okay. Yang tu ada maaf untuk jadikan history: hx, management: mx, assesments: ax etc etc.

2. Setiap kali selepas nokhtah dan koma mesti kena ada ruang/space bar. Ini mesti. Mesti. Mata saya cepat je tangkap keserabutan tak ada space bar selepas nokhtah dan koma. Dia macam, heh, selekeh ni. Okay. Memang saya akan print semula nota saya kalau saya terperasan benda alah ni.

Contoh: Saya balik kampung minggu depan dengan nenek.Nenek datang rumah saya dua minggu lepas dengan Pak Lang,Pak Cik, Pak Teh dan Pak Long.Adik juga ikut sekali nanti.

Heh. memang saya tak berapa nak gemar lihat. Oh, kalau hantar assigments peraturan space bar ini adalah dititikberatkan okay.

3. Saya agak sensitif pada ayat yang bernokhtah banyak. Oh. Pada saya ayat yang bernokhtah banyak ini membawa maksud sesuatu dan memberikan impak yang berlainan pada nada yang saya baca dalam hati. Kerana itu, saya amat jarang nak menulis dengan nokhtah yang panjang kerana orang akan mengesan dengan cepat apa yang saya lagukan dalam hati. Ewaaaaah.

Contoh: Aku ingin selalu memandangmu matahariku..... Bersinarlah terang..... Bercahayalah....

Kan lain rupanya tu. Jiwangnya satu macam. 

Saya nak sambung yang keempat lima dan enam, tapi kawan saya dah ajak saya berbaring tengah padang sekarang. Saya sedang berjiwa kacau!




p/s: Ya! Memang berbaring tengah padang USM sambil mengira bintang. Saya bahagia begini! 

Saturday, April 17, 2010

Putih Mata?

Makan ramai-ramai bergembira macam esok hari yang free dan tak ada exam sangatlah bagus dan release tension kan? Tipu! Releaselah sangat padahal gi makan bawak nota yang diterbangkan oleh angin sebab konon nok baca sambil makan tapi borak aja kerjanya. Haruslah pelayan berkata, adik kertas terbang! Tu kertas terbang! Kertas terbaaaaaaaaaaaaang!

Hoh! Ingat tu Aimi!

X Sup Utara sangat kelakar dan mengikut tema. Semalam, Jumaat pergi minum air sebab rasa nak melepak. Masuk kedai terus rasa berada di dunia khayalan! Apa taknya, lagu semua nasyid. Nasyid satu hal, dia punya pilihan lagu tu, jiwang satu macam. Kasih Kekasih. Impian Kasih. Nur Kasih. Ada satu lagu aku lupa tajuk dan lirik tapi memang pergh, kena batang hidung sebijik weh. 

Sebab semalam Jumaat, jiwang dia jiwang nasyid sampai kau mulalah nak berkaca-kaca mata ingat kisah cinta lama.

Auww! Eh, tu tipu. I suci dari segala cinta cintun ni.

Hari ini, jiwang juga. Tapi jiwang rock kapak. Rock kapak okay! Kapak. Jap, kenapa kapak?

Lagu dan video klip dia adalah sepesen je. Aku tak faham, lagu tahap meruntun jiwa, video klip gaduh gaduh, tapi dalam bergaduh tu, lelaki dan perempuan haruslah duduk sebelah dan pandang langit atau pandang jalan dan termenung.

Motif? Heh!

Ada tu lirik dia keluar ni,

Biar putih mata, jangan putih tulang...!


"Haida, apa maksud biar putih tulang, jangan putih mata?"
"Entah, kau rasa Kak Hud?"
"Aku rasa kira macam kalau kita nak buat sesuatu, kena usah sungguh-sungguh. Kira macam kau dapat ke tak dapat belakang kira, janji kau usaha. Aku rasalah macam tu,"


Ika dengan semangatnya,

"Bukanlah Kak Hud! Dia macam ni, lebih baik perempuan tu mati dari lelaki lain yang dapat perempuan tu! Cuba mu tengok video klip betul-betul!"

Erk? Boleh eh macam tu explain peribahasa? Nilah kalau pengaruh TV kuat sangat. Ewaaaaaaah!







p/s: Esok exam. Esok exam. Esok EXAM! Apsal macam kecik hati je tak ada orang wish aku eh? Hahahhaha. Tipu gila kecik hati.

Pesanan Besar: 

Innalaha Ma'akum! Ma'attaufiq Wannajah Ya Sohibi!

Heh! Tipu!

Aku suka jawab soalan yang aku sendiri tak ada jawapan dengan unexpected jawapan with unexpected ways. Entah. Jadi suka begitu. Nanti orang tak tanya banyak dan aku tak fikir banyak sebab dua dua akan gelak.
---

Dua minggu lepas, para senior kena viva. Oh, viva medik dan audio lain. Viva medik untuk border line (Heh! Kira macam kalau lulus tu 40, kau dapat 39. Gitulah. Any medical students nak explain?), dan viva untuk yang terlampaulah genius markahnya.

Viva audio ni lain. Kau akan diberi seorang patient, maka kau handlelah segala-galanya dari history taking, assessments, explaining result, counselling, referring bla bla bla dalam masa 40 minit. Dan memang cun sangat, dalam bilik ada kau dan pesakit dan distracter kalau kes pediatrik, tapi.. eh silap kena besar kan tapi, TAPI, sebelah bilik ada segala pemeriksa dari segala benua (Tipu. Yang baru ni dari Australia) dan junior yang observe kau buat kerja. No privacy.

Nasib kaulah kan kalau patient buat hal nangis guling guling. Wuuuu!

Maka aku yang tengah kecut perut, tolong risau walhal pergi tengok je, mulalah pucat.


"Huda? Dah sedia tahun depan?"
"Doktor, oh, saya nak jadi benda ni ke bila besar nanti?" (Besar nanti? Tak cukup besar lagi?)
"Jangan nak kata awak nak tukar course sekarang. Kalau awak cakap, saya marah," (Tapi doktor Nik yang comel kekal senyum. Kesimpulan, dia tak marah).
"Saya nak tukar course boleh?"
"Awak ni. Awak nak tukar course apa?"


Senyap. 

"Ermm.. medik. Aci?"

Hahhahahhahahhahahhahahahhahah.
---

Kalau kau perasan kan, mana-mana universiti mesti ada kos major and minor. Kira kalau kau ambil pendidikan, kau major kimia, minor math. Kalau kau ambil engineering, major kau minyak, minor kau besi. (Eh, ada ke besi?). Setakat ni, setakat yang kawan-kawan aku tanya dan kawan kepada kawan-kawan aku kat sini pun tanya benda yang sama. Major minor. Apa ke benda, wallahu'alam.

Aku bajet macam kalau kau tak nak jadi cikgu kimia, kau boleh jadi cikgu math. Atau kalau kau tak nak main dengan minyak, kau boleh jadi tukang besi. Kot. Kotlah kan. Again, any readers yang nak explain (kalau ada le yang baca, aku ni suka syok sendiri).

Jadi, jawapan biasa untuk soalan ini adalah.. jeng jeng jeng.


"Huda, kau ambil kursus apa?"
"Tengok telinga orang,"
"Majorlah tu?"
"Erk! Audiologi, tengok telinga orang. Apa majornya?"
"Ye la tu, major kau audio. Minor?"
"Minor?"
"Yela, minor?"


Senyap


"Medik,"


Sambil minum air aku buat muka tak bersalah dan yakin. Heh!





p/s: Aku ni sikit sikit medik. Sikit sikit medik kan? Hoh! Dah aku tak jumpa kos lain selain medik, dental, health. Dental bunyi tak best sangat nak bawak masuk ayat. Hee. Dan sebab jadi tukang cek orang ni macam kerja yang susah gila, mari kita tak munasabahkan keadaan aku dan kerja-susah-gila ni. :P

Pesanan Besar: Huda, Allah benci orang menipu!

Friday, April 16, 2010

Simbolik

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya MAHU!



Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan!


---

Kami berbincang perihal komunikasi maka keluar ini; Levels of Communication.

1. Verbal
a. Intra verbal: Intonation of word and sound
b. Extra verbal: Implication of words and phrases.


2. Non-verbal
a. Gestures
b. Postures
c. Movements


3. Symbolic

"Kak Hud, simbolik tu macam mana?"
"Erk? Ermm,"
"Ermmm?"
"Macam ni kot. Kau terjumpa aku tengah berjalan seorang diri dengan air muka something,"
"Lepas tu?"
"Lepas tu, handphone aku vibrates,
"


'Kak Hud, mu kenapa? Okay tak? Macam something wrong je? 
Sender: Atikah'


Aci ke jawapan gini? Siapa suruh masing masing skip kelas kan? Tak pun kau duduk atas kerusi, minda kat kat FB? Hahahahahha.

Bajet simboliklah sangatkan?!

Ada kisah perihal gambar ini, haaa.. pergi sini lah ye. Heee.





p/s: Look where are our hands for the first picture! Thanks to who was capturing this moments, it's seriously looks like macam BUDAK RAJIN okay!
p/s/s: Masa sekarang adalah masa recycle semua baju baju yang pakai sekejap. Terima kasihlah pada yang concern baju I, "Eh Kak Hud, baju hari tu kan?" Hahhahahaha.