Saya tenung papan kekunci komputer riba dalam-dalam. Sedalamnya. Saya tak tahu nak tulis apa. Adalah sangat pelik kalau saya tak ada idea, tapi itulah yang berlaku. Saya tak ada idea.
Peperiksaan kaunseling buat saya rasa, heh Huda apa dah jadi? Saya tak naklah ralat sangat, tapi itulah yag berlaku. Saya kekal ralat.
Saya rasa tiba-tiba mula nak mengadu tapi saya kena cepat tangkis perasaan itu. Jangan. Jangan. Jangan. You're strong enough to stand!
Tapikan, saya rasa satu macamlah dengan diri saya sendiri. Ini semua kes kertas kaunselling tadilah! Uhuuuu.. perfectly sad lah. :(
---
Ada orang kata saya perfectionist, ada orang kata saya teliti, ada orang kata saya tak boleh salah sikit. Apapun orang kata, saya hanya tak suka melihat benda tak mengikut spesifikasi saya. Itu aja. Macam kalau saya nampak benda yang tak sama sikit, saya payah nak cakap okaylah. Saya selalu buat balik, kalau dah suntuk sangat barulah, bolehhhhhhhlah. Hii.
Okay. Hari ini saya nak tulis spesifikasi yang mesti saya buat bila menaip yang bukan spesifikasi saya sahaja tapi benda ini perlu untuk penulisan bersifat akademik. Assigments ke, tesis ke, report ke, benda ni mesti patuh. Ini adalah etika dalam menulis. Bersedia untuk menghadam info ye kawan kawan.
1. Saya mesti eja penuh-penuh bila menaip. Kalau anda berchatting dengan saya, atau berbalas emel atau apa saja yang menggunakan medium taipan, saya pasti menaip dengan penuh. Saya tak boleh kalau eja tak penuh ni, saya rasa selekeh. Oh. Kecuali untuk sms, itu sahaja kemaafan untuk taip ringkas. Haaa, korang hantar report pakai taip singkat singkat ke?
Tulis dalam folder patient adalah tidak dikira okay. Yang tu ada maaf untuk jadikan history: hx, management: mx, assesments: ax etc etc.
2. Setiap kali selepas nokhtah dan koma mesti kena ada ruang/space bar. Ini mesti. Mesti. Mata saya cepat je tangkap keserabutan tak ada space bar selepas nokhtah dan koma. Dia macam, heh, selekeh ni. Okay. Memang saya akan print semula nota saya kalau saya terperasan benda alah ni.
Contoh: Saya balik kampung minggu depan dengan nenek.Nenek datang rumah saya dua minggu lepas dengan Pak Lang,Pak Cik, Pak Teh dan Pak Long.Adik juga ikut sekali nanti.
Heh. memang saya tak berapa nak gemar lihat. Oh, kalau hantar assigments peraturan space bar ini adalah dititikberatkan okay.
3. Saya agak sensitif pada ayat yang bernokhtah banyak. Oh. Pada saya ayat yang bernokhtah banyak ini membawa maksud sesuatu dan memberikan impak yang berlainan pada nada yang saya baca dalam hati. Kerana itu, saya amat jarang nak menulis dengan nokhtah yang panjang kerana orang akan mengesan dengan cepat apa yang saya lagukan dalam hati. Ewaaaaah.
Contoh: Aku ingin selalu memandangmu matahariku..... Bersinarlah terang..... Bercahayalah....
Kan lain rupanya tu. Jiwangnya satu macam.
Saya nak sambung yang keempat lima dan enam, tapi kawan saya dah ajak saya berbaring tengah padang sekarang. Saya sedang berjiwa kacau!
p/s: Ya! Memang berbaring tengah padang USM sambil mengira bintang. Saya bahagia begini!
2 comments:
Euwww. Awak memang kawan saya yang manissss Haida. :D
pergh..hebat gak jiwang nya tu...
whatever pn "you are wht you think"
Post a Comment