Saturday, April 17, 2010

Putih Mata?

Makan ramai-ramai bergembira macam esok hari yang free dan tak ada exam sangatlah bagus dan release tension kan? Tipu! Releaselah sangat padahal gi makan bawak nota yang diterbangkan oleh angin sebab konon nok baca sambil makan tapi borak aja kerjanya. Haruslah pelayan berkata, adik kertas terbang! Tu kertas terbang! Kertas terbaaaaaaaaaaaaang!

Hoh! Ingat tu Aimi!

X Sup Utara sangat kelakar dan mengikut tema. Semalam, Jumaat pergi minum air sebab rasa nak melepak. Masuk kedai terus rasa berada di dunia khayalan! Apa taknya, lagu semua nasyid. Nasyid satu hal, dia punya pilihan lagu tu, jiwang satu macam. Kasih Kekasih. Impian Kasih. Nur Kasih. Ada satu lagu aku lupa tajuk dan lirik tapi memang pergh, kena batang hidung sebijik weh. 

Sebab semalam Jumaat, jiwang dia jiwang nasyid sampai kau mulalah nak berkaca-kaca mata ingat kisah cinta lama.

Auww! Eh, tu tipu. I suci dari segala cinta cintun ni.

Hari ini, jiwang juga. Tapi jiwang rock kapak. Rock kapak okay! Kapak. Jap, kenapa kapak?

Lagu dan video klip dia adalah sepesen je. Aku tak faham, lagu tahap meruntun jiwa, video klip gaduh gaduh, tapi dalam bergaduh tu, lelaki dan perempuan haruslah duduk sebelah dan pandang langit atau pandang jalan dan termenung.

Motif? Heh!

Ada tu lirik dia keluar ni,

Biar putih mata, jangan putih tulang...!


"Haida, apa maksud biar putih tulang, jangan putih mata?"
"Entah, kau rasa Kak Hud?"
"Aku rasa kira macam kalau kita nak buat sesuatu, kena usah sungguh-sungguh. Kira macam kau dapat ke tak dapat belakang kira, janji kau usaha. Aku rasalah macam tu,"


Ika dengan semangatnya,

"Bukanlah Kak Hud! Dia macam ni, lebih baik perempuan tu mati dari lelaki lain yang dapat perempuan tu! Cuba mu tengok video klip betul-betul!"

Erk? Boleh eh macam tu explain peribahasa? Nilah kalau pengaruh TV kuat sangat. Ewaaaaaaah!







p/s: Esok exam. Esok exam. Esok EXAM! Apsal macam kecik hati je tak ada orang wish aku eh? Hahahhaha. Tipu gila kecik hati.

Pesanan Besar: 

Innalaha Ma'akum! Ma'attaufiq Wannajah Ya Sohibi!

4 comments:

ieyka said...

aku rasa lirik dia adalah
BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA..
mu silap!!!!!huahahahha

INFINITY said...

Haida: Oh. Oh. Oh. Speechless beb. Speechless! Aku masih kekal takuuuuut. Nasib mu baca dah nota awal, aku kira tiru mu eh esok. :P


Ika: Aah. Memang silap, tapi aku malas betulkan. Biarlah dia di situ menunjukkan kebobrokan mu menganalis makna lagu itu. Hhahahahaha.

Tiba tiba je aku. :p

DarkArtz said...

hahaha, kau yang sebenarnya nak cerita jiwang pas dengar lagu nasyid jiwang tu kan???
kan? kan? kan????

INFINITY said...

Haida: Motif aku dapat kalau buat sawan?

Azahiri: Erk! Aku nak cerita kedai tu ikut tema beb. Jumaat haruslah nasyid agar jiwa bersih suci dan murni nurani. Sebabkan tema dia cinta, maka jumaat adalah nasyid berunsur cinta.

Fuh. Panjang aku explain. :P
Gudlak exam!