Monday, April 19, 2010

Mari Mengira Bintang

Ini impian Aimi. Berbaring di padang dan mengira bintang. Haida dan Pae telah mengabadikan malam ini (aku rasa dah pagi kot) agar menjadi kenangan untuk kita kenang bila kita sama-sama akan memulakan langkah keluar dari tempat ini, tempat kita mula bersua.

Kawan adalah antara makhluk terpenting dalam hidup aku selain keluarga. Kerana, mereka mereka inilah yang mewarnai setiap langkah aku ketika sedih mahupun gembira. Tanpa syarat. Tanpa syarat. Tanpa syarat.
---

Okay. Enough said. Heh. Asyik nak bersedih je. Tak cool langsung! Pukul 11 lebih malam hingga tertidur pukul 2 pagi di padang. Mujur tak sampai subuh esok. Apa jadi tiba-tiba buka mata orang tengah sibuk jalan nak gi masjid. Tak pun tak pasal pasal bola sampai kepala. Mahu muka mamai mamai time tu juga terus buat pengsan kes malu. Hahaha.


Teruja gila aimi tunjuk bintang. Aku yang teruja gila tengok, wau! Bintang-bintang berterabur sungguh cun. Tapi kalau benda lain berterabur.. errr?!

Sayaaaaang Haida! Itu kata Aimi. Dan aku jadi mangsa kerana proses tunjukkan rasa sayang di pindahkan kepada aku sebelum kepada Haida. Heh. Aku saaaaaaayang korang walau apapun!

Aku suka malam. Aku suka malam. Aku suka malam. Kerana malam membaca perasaan!


Oh. Itu cincin aku yang baru terjumpa dalam poket. Sungguh kelakar okay aku pakai cincin. Mari kreatifkan keadaan. Aku ni memang jiwangkan?

Aku dedikasikan puisi (puisi?) kepada semua manusia yang bergelar sahabat!

Cool gila rasa dapat baring atas padang selepas tiga tahun duduk USM! Pertama kalinya secara rasmi tengah malam. Selama ni tidur sebab main kat padang je. Heee!

Aku memang tak dapat nak tahan sesal sebab tak bawa MP3. Aku dan lagu ibarat isi dan kuku. Eh boleh ke macam tu? Senang je nak bagi aku senyap, biar aku dengan MP3 ku maka kau akan lihat kesenyapan aku yang asli. 

Aku memang wish gila ada MP3 dan memerhati malam masa ni. Mesti habis layan blues, namun, apakan daya! Kejutan Haida tak bagitahu nak buat apa pergi padang adalah silap. Pertama tak bawa MP3 dan kedua tak bawa minyak Yuyee! Nyamuuuukkksss!

Kesian Pae sebab aku bising tanya macam-macam. Namun Pae tariklah nafas lega sebaaaaaaaaab...!

Finally SLEPT jugak!




p/s: Work harder lah Huda weh! Tapi nak tengok movie dulu! Hehehehe. 
p/s/s: Adakah aku boleh menaruh harapan itu?
p/s/s/s: Aku borak-borak dengan anak lecturer aku sebab aku macam hilang punca lalu dia suruh baca ni. Silalah baca ye sebab ini dari persepsi lelaki. (Kira persepsi lelakilah kan? Sebab dia lelaki dan dia yang suruh aku baca ni. Huuu!). Klik sini.

Pesanan Besar: Allah jadikan malam untuk berehat, tapi aku ingkar malam ini! Astaghfirullah!

4 comments:

INFINITY said...

Tapi finally right after tu I tidur okay!
Poyolah hang. Hang tukang ambik gambar aku padahal. hehheheh.

aimi said...

i like byk2 1000000x!

INFINITY said...

Hahhaahahahha. Likeeeesss! :DD

INFINITY said...

AKu suka melawat blog lunar! Weh, aku nak jawab tag tapi kau tak tulis nama aku, terbantut aku nak jawab. hahahhahaha