Oh. Aku baru balik dari klinik pelajar. Standardlah kan. Huda, ingat puasa mulut. Ingat. Ingat. Ingat! Memang sengsara jawab exam okay hari ini. Kepala memang tak sempat angkat, tangan memang tak sempat nak letak untuk berehat, batuk memang tak sempat nak cover-cover lah. Dalam aku tak sempat nak berkhayal pun tak cukup masa, kalau aku berkhayal?
Hoh. Cuba kau bayang 20 minit terakhir, 2 soalan bernilai 20 markah each tak siap lagi. Tulisan memang dah kalah tulisan doktorlah. Memang kalau nak tulis communication, comm yang belakang pakai tarik je. Cool habislah dapat tulis macam tu.
Segala cara duduk dah aku duduk. Tipikal aku, duduk je dekat kerusi buka kasut dan bersila. Sungguh tak menarik. Memang hampeh!
Disebabkan batuk yang melarat, maka semalam terpaksalah aku lupakan niat bertapa di perpustakaan. Dan tidur yang selalu terjaga sebab terlalulah suffer dengan batuk. Dan.. dan.. dan bangunlah aku dengan kadar yang maksimum lewat.
Serius aku fikir aku ni nak exam ke tak? Gila lepak tak study siap boleh bantai movie lagi? Dan disebabkan itu, aku bersarapan pukul 730 malam semalam. Hebat.
Sebab aku keluar makan sorang-sorang, aku bawa nota dan pensil. Sampai meja makan, sesi beramah tamah dengan orang yang ambil menu. Macam geli lak aku nak tulis pelayan.
Sambil aku study dan tunggu makanan, ada satu famili; suami isteri, anak lelaki dan perempuan berusia kurang dari lima tahun. Punyalah diorang teruja aku bawa nota kat kedai makan sampai ternganga berdiri sebelah aku pandang.
Aku senyum dan layankan aja.
Aku memang tak boleh kalau study dekat tempat yang senyap. Memang tak boleh. Kalau boleh aku nak stuDy dekat kafe, background noise tu buat aku nak concentrate. Kalau senyap buat aku nak tidur, paling tidak berkhayal. Heh. Jadi, dekat gerai makan aku punyalah study tak pandang-pandang.
Sepanjang aku mentelaah, dua beradik ni duduk berlari menjerit ketawa yang tahap semangat punya suka. Mula-mula aku layankan aja kecomelan bunyi ketawa. Ketawa budak-budak bunyi dia indah satu macam okay. Tapi bila lama-lama dan sampai tahap jerit, terus terdetik dekat hati aku.
"Mak kata orang ketawa-ketawa sangat kejap lagi menangis,"
Aku jadi nak pandang mak ayah dia sebab biarkan. Memang sepatah pun tak bunyi suara. Dah kalau sampai tahap berlari dan menjerit-jerit kira memang mana-mana mak ayah takkan duduk senyap ajalah kan. Sebab dia macam dah melawan norma adab tatasusila dan sopan. Aku angkat kepala dan pandang, berkebetulan diorang pun tengah tengok aku, jadi aku senyum dan angguk kepala.
"I bet budak ni menangis kejap lagi,"
Gila jahat instict tapi itu aku rasa. And right after aku fikir macam tu, budak ni jatuh terlanggar kerusi, keropok dalam plastik habis berterabur dan yup, she was crying louder! Punyalah mengamuk-ngamuk salahkan abang dia.
Yang tu okay lagi. Aku cuba cari suara mak ayah dia dalam keriuhan tu.
"Dah. jom balik,"
Finally mak dia bersuara. Tapi, aku pelik sebab budak tu menangis nak mula menengking-nengking mak dia.
"Tak. Umi tak marah eh keropok jatuh. Meh umi dukung. Umi tak marah!"
What?
Jadi salah siapa kalau anak ada masalah behavioral problem? Ya. Aku belum jadi ibu tapi aku rasa melampau kot budak kurang dari lima tahun menengking-nengking yang walhal memang dia yang patut dihukum tapi pengajaran tu dilenyapkan bila emak dia menafikan salah!
Whattt?
Dalam psikologi kanak-kanak pun ada ruang untuk hukumanlah kan.
p/s: Dulu kalau exam, memang aku adalah orang yang akan duduk kerusi paling depan. Ya. Aku paling tua dalam kelas. Sekarang tidak lagi. Aku jadi orang nombor dua. Heh.
p/s/s: Nik kata aku belum matang. Aku tua pada usia sahaja. Itu memang mangkuk kan?
p/s/s/s: Setiap kali aku balik malam dari library, aku mesti dengar bunyi banyak tapak kaki berjalan belakang aku tapi bila aku paling, tak ada orang pun. Aku berhalusinasikah?
p/s/s/s: Setiap kali aku balik malam dari library, aku mesti dengar bunyi banyak tapak kaki berjalan belakang aku tapi bila aku paling, tak ada orang pun. Aku berhalusinasikah?
Pesanan Besar: Allah suka orang berusaha kuat tapi orang yang kurang usaha, Allah tetap bagi nikmat. Nak dustakan apa lagi?
No comments:
Post a Comment