Tuesday, April 27, 2010

Hari Sadis!

Budak yang sangat easily distracted to everything. Tak boleh fokus lebih dari sejam tapi kalau aku buat benda lain fokus lebih sejam orait je. Apakah? Perasaan yang senang gila bertukar. It is me. It is seriously me.

Oh. Semalam bumi Kubang Kerian telah berhenti menjadi sauna percuma. Syukur Ya Allah. Hujan! Hujan! Hujan! Bila dah hujan, lain pula yang aku fikir. Nampak dunia sana satu macam menarik, maka aku tinggalkan meja study menuju ke taman hujan. Ewaaaaah! Ayat!

Dari luar aku ambil gambar ke dalam bilik!

Panas aku dengan diri sendiri. 4 hari berfoya-foya, bila tadi satu perkataan biasa guna pun tak keluar dari otak mulalah aku rasa nak hampuk semua meja kerusi dalam dewan tu. Gelik pelik woh soalan semester satu boleh keluar tadi. Tu satu hal. Hal yang lain, aku nak merapu apalah weh kalau dalam nota tiga point tapi markah dalam exam sepuluh? Tu kira baik sepuluh. Yang tiga puluh markah aku boleh buat gila, lima belas minit terakhir shift soalan? Wallaweyh! 

Tak nak jadi audiologis boleh tak? Jadi suri rumahtangga je. Aci?

Sadis lagi tadi, sebelum keluar bilik hati aku dah terdetik, ubat pencil aku ni nazak dah. Disebabkan aku guna pensil mekanikal 0.7mm, maka sukarlah aku mendapat bekalannya saat terdesak. Huh! Dan dan tulah kan elok aku nak hitamkan kertas soalan objektif aku, terus pensil tak boleh guna.

Terima kasih atas detikan hati yang meyempatkan aku mencapai sebatang pensil kayu! Ergh! Pensil kayu, pensil mekanikal, pen dua batang, pembaris pemadam, kad matriks, IC dan slip exam dan blah pergi dewan. Hari ni tak bawa pensil case gabak sebab aku dah agak apa yang aku rapukan hari ini, tak perlukan extra pen atau extra pensil atau apa-apa extra! Ergh lagi!

Mari tambah kesadisan tadi. Aku tak sangkalah budak medik yang exam sekali hari ni masa dia lain dengan aku. Tipu. Ak tak terfikir pun budak-budak yang sibuk menelaah itu ada budak selain PPSK. Dan memang trend aku datang exam betul-betul bila dah panggil masuk, maka bila orang masih kekal menelaah aku jadi pelik, gila awal aku hari ni?

Lalu aku teruskan membelek nota. Aku dengar bunyi gamat dan boleh aku terfikir, aik, orang nak exam ni dia boleh buat funfair pula. Sehinggalah! Sehinggalah! Sehinggalah aku terdetik menjenguk dewan. Perghhh! Orang dah mula menulis.

Awatlah bijak bistari Huda oi! Budak medik start 230 dan kami 215. Haih! Memang aku rasa nak menyumpah juga tapi masuk dewan haruslah cool dan lemparkan senyuman paling manissssss kepada pensyarah yang dah sibuk-sibuk bertanya, mana Huda? Cehhh! Muka jangan cuak. Senyuman harus kiut! Heh!

Kita tinggalkanlah kenangan buruk skrip jawapan aku tadi dengan gambar-gambar yang berjaya merosakkan tumpuan aku. Oi Huda, sekarang kau nak salahkan hujan pula? Dulu marahkan panas? Tak reti nak bersyukurkah?

Kalau tak kerana exam, aku dah mandi hujan dah! Eh, bukan kau dah bertapa tengah hujan ke ambil gambar ni sambil batuk batuk?

I loveeeee rainy day! I feel blessed. But the thunder and storms?! Oh! Oh! Oh! Trauma!

 Aku geram kamera aku tak nak fokus pada titisan air comel tu jadi aku letak tapak tangan aku kat belakang as a trick but there you go! Degil!

Selamat datang, hujan! Saya rindukan tidur kamu!

1, 2 ,3 snapppp!


 Pun masih tidak dapat snap titisan itu! Huh!

Jadi mari berjiwang dengan gambar seterusnya! Hhahahahahha.







Click on the pictures to enlargelah ye!


اللهم إنى أسألك حبك وحب من يحبك والعمل الذى يبلغنى حبك
Allahhumma inni asaluka hubbaka wahubba man yuhibbuka wal amalallazi yuballighuni hubbaka..

Ya Allah, sesunguhnya aku mencintaiMU dan mencintai sesiapa yang mencintaiMU dan pekerjaan/perbuatan yang membolehkanku untuk mencapai cintaMU.






p/s: Aku rasa nak makan buah kiwi weh!
p/s/s: Oh! Penerbit eksekutif Majalah Tiga Mohd Said Abdullah Thani sudah ke Malaysia. Oh! Teringat kenangan zaman tingkatan dulu gila nak jadi wartawan berputik semula. He replied my emel just now and stil remember me! Adakah boleh aku menukar cita-cita sekarang?

p/s/s/s: Sumber doa tu dari ustaz blog ini.


Pesanan Besar: Lillahita'ala Huda!

4 comments:

DarkArtz said...

budak medik exam sekali ye tadi???
tak sangka lak diorang exam petang.......
dengar kata dak medik exam pagi........

INFINITY said...

Aku rasa budak medik dah tadi. ke ada budak selain medik?

-me- said...

chantekkkk~~~~^^

INFINITY said...

Cantik? Siapa? Saya? Oh memang.. hehehehhehe. :D