Assalamualaikum WBT.
Nama saya biarlah rahsia, cukuplah kenali saya dengan perkataan kucing. Dan warkah ini akan lebih panjang dari biasa. Ya, saya seekor kucing. Saya kirimkan warkah ini kerana saya sedang bersedih hati dengan keadaan yang Allah takdirkan untuk saya.
Protective Mother
Saya merupakan seorang ibu untuk 4 anak-anak saya yang comel. Anak-anak saya sungguh lincah dan sangat aktif. Saya susukan mereka setiap hari dan sekarang sudah masanya mereka memulakan kunyahan untuk makanan pejal. Terima kasih kepada penghuni blok ini kerana ada yang menyediakan frieskies untuk anak-anak saya. Terima kasih tak terhingga.
Dalam banyak-banyak penduduk blok ini, saya perasan seorang gadis yang sungguh takut dengan saya. Setiap pagi bila dia melewati saya dan anak-anak, saya terpaksa bertindak protektif dengan mendengus kepadanya, dan dia akan serta-merta berhenti dan bercakap dengan saya bersama wajah kasihan. Saya kira dia takut dengan makhluk jenis saya.
Pagi tadi, ketika saya bermain dengan anak-anak saya, menghabiskan waktu pagi yang ceria dengan mereka, gadis ini datang lagi. Saya kira dia teruja melihat suasana itu. Saya perasan dia kemudian masuk ke dalam bilik dan keluar semula bersama kamera. Keadaan itu menggugat keselamatan saya dan anak-anak saya jadi saya terpaksa menjadi protektif semula.
Saya nampak dia galak mengambil gambar. Setelah hampir lima minit, saya rasa dia dan kamera tidak membahayakan kami sekeluarga. Jadi saya biarkan dia menikmati harinya sendiri dengan menikmati kami bersuka ria.
Saya ada terdengar dia dan kawan-kawannya bercerita perihal saya yang terlalu menjaga setiap langkah si comel saya. Saya dengar mereka berbicara mungkin kerana ini kelahiran pertama saya, maka sikap saya jadi begini. Salah. Saya mahu mereka tahu mereka silap.
Apa yang berlaku malam ini, barangkali dapat membetulkan persepsi mereka bahawa setiap ibu tidak kira SIAPA atau APA sangat menyayangi dan mahukan zuriat mereka selamat tidak kira kelahiran ke berapa si comel ini.
Tadi, saya terasa sesuatu yang tidak kena dengan kandungan kedua saya. Saya rasa sakit dan saya tahu masanya tiba. Perit itu terus kekal sehingga lahirlah kelahiran kali kedua. Adik kepada empat ekor anak saya yang lain. Yang bongsu ini lain sikit. Kelabu. Tidak berbelang seperti kakak-kakak dan abang-abangnya.
Namun, takdir Allah itu pasti. Kelahiran ini dipanggil dulu oleh DIA. Hati IBU mana tidak tersentuh melihat anak yang kaku tidak bergerak di sisi. Saya hanya mampu meratapi tanpa suara. Hanya boleh menangisi tanpa air mata.
Saya kemudian ternampak gadis yang sama melalui depan saya. Saya tidak berbahasa dengan bahasanya dan dia juga tidak menggunakan bahasa yang serupa dengan saya. Tapi saya yakin, interaksi sesama insan di bumi tuhan. Saya panggil dia. Saya panggil dalam nada sayu. Saya tahu dia dengar kerana dia menoleh.
Dia tampak terkejut. Terkejutlah. Hati saya lebih terkejut menangisi kehilangan anak sendiri. Saya dengar dia menyuruh saya sabar. Saya dengar dia berkata akan bantu saya. Saya dengar dia menyebut akan mengebumikan anak saya sebentar lagi. Saya dengar dia berkata dia pergi bukan untuk tinggalkan saya tapi mencari peralatan. Saya dengar dia berkata dia akan kebumikan dengan elok, jika tidak, arwah anak saya akan digigit semut dan dibuang ke dalam tong sampah sebagaimana layaknya SAMPAH.
Saya tidak sanggup meskipun saya hanya seekor KUCING dan bukan MANUSIA.
Saya mungkin bukan ibu yang baik kerana tidak menemani saat pengebumian anak saya. Bukan saya tidak mahu, tapi saya tidak sanggup. Saya masih terasa peritnya melahirkan jadi saya memilih untuk hanya melihat dikejauhan.
Saya masih ingat saat anak saya diambil. Saya masih nampak jasad yang kaku itu. Saya masih terbayang detik nyawanya tiada. Saya hanya seorang IBU yang lemah yang kematian zuriatnya. Bagaimana saya ratapi, dia tidak akan pulang untuk melihat dunia bersama saya. Dia tidak akan bersama saya untuk saya lindungi dia ketika dia membesar. Dia bahkan tidak sempat untuk kenyang dalam dakapan saya.
Pergilah. Pergi. Ibu redha pemergianmu. Pertemuan kita mungkin singkat, namun saat ibu kendong kamu hinggalah kamu ibu lahirkan akan terus kekal, sayang.
Kudrat ibu sebagai seekor kucing tidak memungkinkan ibu untuk mengebumikan kamu. Ibu bangga dengan manusia yang bernama IBU. Mereka sangat beruntung kerana mempunyai AKAL. Mereka beruntung kerana punya sifat dan kudrat untuk menakluki dunia. Mereka punya kekuatan untuk mengebumikan anak mereka sendiri. Bukan seperti ibu yang mungkin mengakibatkanmu DIBUANG seperti SAMPAH. Ibu bukan manusia, sayang. Manusia yang ada kaki dan tangan untuk mengebumikanmu yang MATI TANPA PINTA. Manusia yang punya kecerdikan
Pergilah. Kasih sayang ibu, utuh. Ingatan ibu, kukuh.
Ibu berterima kasih pada manusia yang miliki akal, kerana menghadiahkan ibu kubur kamu. Sekurang-kurangnya ibu tahu KE MANA JASADMU PERGI. Sekurang-kurangnya ibu tahu KAMU BUKAN DIBUANG SEBAGAI SAMPAH.
Kalau ibu yang HANYA seekor kucing ini menyayangi kamu dan mahukan yang terbaik untuk kamu. Kalaulah ibu yang hanya kucing ini mahukan kamu sentiasa membesar depan ibu, mereka yang manusia ini pastinya langsung tak akan pernah terlintas MEMBUNUH ZURIAT MEREKA. Ibu yakin IBU-IBU manusia pasti lebih hebat kasih sayangnya. Mereka pasti akan pastikan ANAK YANG MEREKA KENDONG SEMBILAN BULAN SEPULUH HARI itu untuk hidup dengan gembira dan bahagia dan sihat dan selamat. Mereka akan pastikan BAYI YANG MEREKA LAHIRKAN BUKAN DI DALAM TONG SAMPAH layaknya. Mereka akan belai zuriat mereka dengan tangan yang penuh cinta dan pasti tidak biarkan LALAT MENGHIDU ATAU SEMUT MENGGIGIT ATAU ANJING MENGGONGGONG! Anak mereka akan berada dalam dakapan hangat seorang ibu dan BUKANLAH MERANA DALAM DINGIN MALAM BERSELIMUTKAN ALAM KESEORANGAN.
Ibu yakin mereka tidak akan melakukan perbuatan kejam itu kerana MEREKA SEORANG MANUSIA BERAKAL, sayang!
Tulus ikhlas dari ibu yang selalu menyayangi kamu,
12 comments:
walaupun hanya cerita seekor kucing namun setiap bait2 kata amat mendalam maksudnya.menusuk kalbu
tumpang sedih atas pemergian anak kucing itu :(
Nice~ Mesejnya...
Manusia tersebut memang takut dengan kucing~ lol
wau..........
penulisan kau memang cukup2 mengalahkan aku.......
sasteraaaaa.......
Kak Yus: Ini tulisan bersempena kempen yang Huda buat sendiri. Tak sanggup dah tengok mayat-mayat manusia dalam tong sampah megnhiasi dada akhbar! :(
Hakim: Semoga ada pengajarannya. Manusia yang takut dengan kucing tu memang comel. Hahhahaha. Tiba-tiba je. :P
Azahiri: Aik? Mana Kak Huda kau. Ahhahahhahahhahaha. Aku memang berjiwang, kau baru tahu? Hiii.
Aku tengah berkempen ni, sila promote! :D
nanti2 ada la org promote page ni..haha...
btw, tadi terbaca berita...kat johor...pasangan ibu bapa kunci anak umo 2 tahun kat bilik sorang2 selama 17 jam...n then kat US..ibu baling anak 2 org kt atas jmbtn.....semakin melarat ar wey.
TERBAKAR AKU! TERBAKAR!
Jadi binatanglah weiii! Bodoh! Otak letak kat lutut!
Paper mana? Ergh!!
salam sist,
mintak izin link ur blog ya.
tertarik gn poster.
sayangi bayi.
Yeah sure! Sila sila. MARI MEMBANTU!
tuh la....sekarang dah hampir tebalik haiwan berfikiran manusia...dan sebaliknya....
ngeee.. sy salah sorang manusie yg takot kucing.. tp mesej yg ade dalam post ni sangat betol (ayt bm tunggang tebalek. maaf. hehe)
sayangi anak kite! hehe
Lyn Lola: Yeps! Very agree! :D
Post a Comment