Monday, February 28, 2011

Insaf

Kadang-kala, bila aku tengok pada barang-barang yang aku ada, aku jadi takut, insaf. Bila datang saat insaf macam sekarang ni, aku gementar kalau Allah tanya.




"Huda, kau ada banyak pen. Satu tak cukup ke?"







p/s: Takkuuuuuuutttt! :'(

Sunday, February 27, 2011

This? No Way!

Lagu rakyat yang aku tak akan menyanyi untuk anak-anak (pergh ramai tu!) nanti adalah lagu Bangau oh Bangau. Ye, lagu bangau ni!

Ini bangau. Sekian terima kasih.


Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul.
Ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku tak timbul, rumput panjang sangat.
Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumpu kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.
Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau kenapa tak makan rumput?
Mcam mana aku tak makan, perut aku sakit.
Perut aku sakit.

Perut oh pertut kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.
Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi, kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah.
Kayu api basah


Kayu oh kayu kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan timpa aku.
Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan, kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa, katak panggil aku.
Katak panggil aku.

Katak oh katak, kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.
Ular nak makan aku.

Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan?
Memang makanan aku.
Memang makanan aku!



Phewww! Gigih gila nyanyi sambil taip. Kau perasan tak apa yang tak bagusnya dengan lagu ni? Perasan tak? Perasan tak? Perasan tak?

Okay, aku nak kasi annoying sikit.

Perasan tak?
Perasan tak?
Perasan tak?
Perasan tak?
Perasan tak?

Tak?








Sebab lagu ni asyik nak menyalahkan orang je. Huuu. Aku tak naklah anak aku nanti, eh ANAK-ANAK aku nanti salahkan aku bila aku malas masak nasi lenyek campur ayam diorang.

HAHAHAHA.





p/s: Okay, tak lawak.

Saturday, February 26, 2011

Lelah

Lelah sudah, lelah jiwaku.
Lelah sudah, lelah nafasku.
Lelah sudah, lelah lelapku.
Lelah sudah. lelah mahuku.

Satu pergi. Dua pergi. Tiga ke mari. Ke mari dekat. Dekat dan hampir, cepatkan lelahku.

Mana salah?
Mana silap?
Mana ralat?

Bukan kamu. Bukan aku. Maka siapa?

Aku mahu, mahu milikku. Aku mahu, apa usahaku. Aku mahu, yang aku punya. Aku mahu, kerana ku usaha.

Aku sayang, aku hormat, namamu atas takkan ku jatuhkan. Untuk saat ini, mohon dengar bicaraku. Untuk detik ini, mohon ruang masamu. Untuk tika ini, fahami lelahku. Untuk yang hampir ini, lihatlah susahku.

Ke sana ke mari. Tak mengapa.
Ke situ sini. Tetap tak mengapa.
Ke kanan kiri. Juga tak mengapa.

Lelah ini tidak apa. Lelah ini tiada makna.

Aku boleh mati sekarang. Tinggalkan jasad tiada juang. Aku tidak pilih itu, kerana ajarannya bukan begitu. Dalam tawaku, dalam anakku, dalam manjaku, dalam comelku, dalam hodohku, dalam sakitku, juga dalam sihatku, aku mohon yang satu ini. Hanya yang satu ini. Ruang masamu, bantulah aku. 

Lelahku. Fahamilah....
Kerana aku belum mahu mati, tersungkur dalam gelanggang kalah.
Kerana aku belum mahu pergi, meratap dalam gagal gelisah.

Kerana aku pilih bertarung, meski entah bila menang punyaku.
Dan selalu akukan berjuang, kerana itu pilihan yang satu...

Thursday, February 24, 2011

We're Friends!


How can you tell the rain not to fall when clouds exist? 
How can you tell the leaves not to fall when wind exist? 
How can you tell me not to fall in friendship when you exist?

Most people walk in and out,
Most people come and go,
But only few leaves footprints in my heart,
And that few.. is you!


Wednesday, February 23, 2011

Will You Help Her?

Izza, my coursemate is now developing new method of Kendell Toy Test using Malay language. Oh,  Izza, I'm sorry if I spell it wrong. This test simply explained like this; the kid will be given 4 sets of toys, and each set contains of 10 nearly the same phonological sounds. As for example /kapak/, /katak/, /kapal/ and /buku/, /bulu/ and etcetera. So overall, there are 40 toys to complete the task.

Oh again Izza, am I explaining it right? Well, it's like that more or less.

The examiner will condition the patient first by showing it all the 10 toys from the first set. She will say it at the normal conversation level or a bit louder all the toys' names; one toy at each time and ask the children to point it where is the toy. 

If the children understands the task, Izza will slow down her voice; if I'm not mistaken it is around 45dBHL. And all the pointed toys will be recorded in a special form to get the norms among all children before this test can be declared valid.

Oh, before that, to confirm that the children is having normal hearing, they will undergo specific tests such as otoscopic examination; to evaluate the ear canal as well as the eardrum, the tympanometry; to confirm the middle ear status (the condition of its cavity, the ossicles movement as well as the eustachean tube). And last, the play audiometry and/or DPOAE to record the child's hearing.

It's a bit tricky anyway to deal with the pediatric case, as for this the pediatric subject. I helped Izza for two times, and at first, the kid cried all the time thus the tests discontinued. And second, Azzah's sister; Yaya was crying at the first session.

Yaya two years back! So cute!


See her face! Hahahhaa,

One thing when you run the test here, in Kelantan is the dialect barrier and I couldn't help myself laughing all the way long. It's funny anyway.

Here is one of the situations. Izza was putting down the /cili/ and asked Yaya.

"Apa ni?"
"Lado,"

Errrr. She supposed to say it /cili/ but kelantanese call it /lado/.

"Ini cili,"

She frowned. We laughed and I know Izza stuck. I don't lie to kid. And, I'll never do. No matter how silly their questions are, I'll not lie.

"Kak Huda orang Kuala Lumpur. Kak Huda panggil lado, cili. Yaya duduk Kelate, jadi yaya panggil cili, lado. Okay, tunjuk Kak Huda, mana cili?"

Yesss! She pointed it right!

Well, this test is in progress and Izza still need more kids around 3 to 4 year old before this test can be used all around Malaysia. I bet you, this test really help kids who need help. But, it only can be used if Izza has enough kids.

So, whoever read my post and staying in Kelantan preferably Kubang Kerian or Kota Bharu, or nearer, do help her.  Those who has children, sister, cousin around the age mentioned above, are really welcome to join and help.

Well it's not dangerous at all. You can know your child's hearing status with no charge. It's a win-win situation, isn't?

Thanks for reading!



p/s: I can be contacted at hudamustaffar@gmail.com. We need your help.

Tuesday, February 22, 2011

One of The Days

Seperti mana organisasi atau kursus kursus pengajian yang lain, kami juga ada. HARI KELUARGA! Intro nak skema. 

Penangan Hari Keluarga Audio Speech memang mantap sebab sampai hari ni, sakit badan tak hilang lagi. Siap kena minta maaf dengan mak patient lagi kes tak boleh nak melutut sebab sakitnya, WOW! Terima kasih kepada jaket keselamatan yang buat aku hyperactive the whole day!


Hello Safety Jacket! And the kayak!
Salah satu aktiviti adalah berkayak. Aku pernah berkayak sekali je dulu, dekat PASUM dan masa tu aku dengan seorang budak lelaki fizik (aku hayat). Dia dan aku tak ada partner, so that's why. Berkayak dekat tasik PASUM memanglah senang. Tasik okay. Tenang. Selain tasik, dia lelaki. Haruslah yang banyak lagi kuat paddle the water adalah dia. HAHAHAH. 

So this time, aku dengan junior. Sama sama perempuan, dan aku je yang pernah berkayak. Satu aku nak bagitahu kau, berkayak dekat laut lagilah mak aih! Penat gila! Dan bila dah sampai ke tengah laut, tuhan je yang tau takut wooo. Aku memang tak reti berenang. Aku pernah lemas. Dan, lama aku trauma. Tapi kali ni, aku kenalah berani sebab junior aku lagi takut. Kenalah tunjuk senior macho lagi protective lagi cool padahaaaaaaaal....! HAHAHAHA. 

Kan dah terima kasih kat jaket keselamatan. Bila ada orang nak pakai kayak (lepas beberapa round dan terbalik -.-"), aku cari orang lain yang tak penat pula. Kayak kali kedua, dengan junior lagi dan dia berani. Berani sampai aku lak yang takut. So second partner.

Next my dear lecturers came, Prof. D and Dr N. They both were in the same kayak. Oh, kalau berkayak jangan menggatal nak pakai topi dan sunglass/spectacle. Speak mata aku tenggelam dan topi hanyut disebabkan kayak terbalik. Luckily, I found it back or else my mom will gets really angry because if my spectacle lost, this time will be the forth. Phewww!

The third time, I was with Najmi as my junior already tired. (Gila hyper!). This is the best part, dua dua tak sedar diri kaki cedera. Prof. D and Dr N berkayak paling jauh and we beat them so kitorang yang paling jauh. By the time dah sangat jauh siap sampai kena tegur dengan penyelaras permainan lagi aku tanya dia. 

"Najmi, dah jauh dah ni,"
"Kau takut ke?"
"Kalau kau tak takut, aku tak takutlah,"
"Aku tak,"
"Okay,"

Satu lagi perihal kayak dan air. Jangan takut. Dan kalau takut tolonglah bertenang.

"Weh, kalau jatuh sekarang, agak agak kau, aku tenggelam tak?"
"Tak. Safety jacket tu boleh tampung,"
"Kau sure?"
"Ye,"

Sampai je Najmi cakap ya, terus ada ombak dan plupp! Terbalik! Haaaa. Sumpah takut mula mula sebab tengah laut. Tapi bila tahu safety jacket tu memang boleh tampung, memang heavenlah. Dan dan tu nak belajar naik semula kayak tengah laut. Tapi, tak berjaya sebab asal aku naik, kayak terbalik. Bila aku dah naik, Najmi pulak terbalikkan. Ergh!

Pagi sampai petang sampai malam mainnnn je kerja. Paling seronok, tahan ombak. Dah kau pakai jaket tu, sampai ke tengah laut gi tahan ombak. 


Istana SO in the making!

Part bina istana pasir dalam masa 15 minit agak mencabar. But, we made it! Big thanks  for all the crew members dari group satu or better known as SO. 

The SO
And here it is! Oh, SO tu stand for /satu/ dalam bahasa Kelantan. Istana ni tak tahu menang ke tak sebab dia kira overall markah and gues what?? We won the first place! Hahaha. Ironi kan? Kumpulan petama menjadi johan tempat pertama?

Here's the cheer!

Aku Ghoyak So,
Mu Ghoyak So,
SOOOOooooooo...
SO JAH!





p/s: Thank to Speedio Second Year sebab arrange the best ever Family Day! You guys ROCKKKK! 
p/s/s: Sampai sekarnag tak boleh berhenti senyum. :)

Sunday, February 20, 2011

It's Time



I went back from my clinical session and a little bit shocked looking at my door. Well, masa mengundi sudah tiba!

Friday, February 18, 2011

Ladu. What?

Musim mengundi. Fuhhh. Lepas maghrib terus terlentok, dalam pukul 9 ada orang ketuk. Agak hailaweyh dengan muka terpisat pisat, ingat ke kawan datang ketuk pintu. Sekali.....!

"Akak, maaf ganggu..."
"Takpe takpe. Kenapa ye?"
"Akak tengah tidur ke? Ke akak tak sihat?"
"Tak apa. Penat sikit,"

Mujurlah datang polite. Aku rasa bodoh juga soalan aku tanya dia awak ni Pro-U ke Pro M? Tercengang kejap bila dia cakap calon persendirian. Aik, sejak bila USM ada parti BEBAS? Tak. Tak. Aku rasa soalan aku yang bodoh sangat. Haih. -.-"

Whateverlah.

***

Saya sangat gemar makanan berasaskan telur, lada hitam dan serai. Suka sangat. Oh, dan saya gemar kuih muih manis. Sangat gemar sampai kalau buka puasa Ramadhan mak tak beli/buat kuih manis, mulalah nak memuncung. Sebab kalau puasa makan kuih tak makan nasi tak pe. Memang Kelantan sejatilah.

Ada sejenis kuih ni, manis dan pedas. Actually tak adalah pedas, tapi tak tau the best word nak replace pedas tu apa. So, lets guna pedas ajalah.

Kuih ini dinamakan ladu. As for Indian, ladu is sejenis manisan. But, for Kelantanese (I'm not sure wether other places use /ladu/ as well but yeah, I knew it from Kelantan), ladu is err kuih?

Ladu ni mak saya yang kenalkan. Setiap kali nak balik KL, mak akan kirim ladu. Dan saya berani bet, dalam usia muda remaja saya sekarang, hanya ada beberap kerat je yang sukakan ladu. Saya suka ladu sebab rasa dia manis dan pedas. Saya faham kalau orang tak suka ladu kerana dalam banyak banyak kuih atau manisan, ladu mungkin yang paling bawah dalam carta kerana rasanya yang pelik (I would say it is unik anyway).

Saya pernah bagi pada kawan rasa, oh gigitan pertama sahaja beliau sudah berkerut kening dan keluarkan dari mulut segera. Hee. So silalah bayangkan bagaimana uniknya rasa ladu ini.

Orang tak suka ladu kerana rasa dia yang menyengit. Orang tak suka ladu kerana rasa dia agak berempah. Orang tak suka ladu mungkin warna dan rupanya tak secantik kuih lapis atau kuih kuih yang lain. Dan kebiasaannya hanya orang orang tertentu yang akan makan ladu, mugkin kerana suka, mungkin kerana adat orang lama atau mungkin kerana terpaksa.

Kalau dekat bandar KB, senang nak jumpa atas pasar. Tapi kalau dekat HUSM/Kubang Kerian, agak sukar atau aku yang tak tahu kat mana kedai. So, kalau ternampak, sure aku tak lepaskan peluang. Macam hari ini, terjumpa di pasar malam.  Terus, yeay!

Oh. Kau nak tahu kenapa ladu ni aku kata golongan tertentu je makan? Masa aku nak beli tadi, makcik berusia lewat 40-an tegur.

"Adik, adik makan ladu?"

Sengih.

"Aah,"
"Sedap ke?"
"Errr... tak tahulah kalau orang lain. Tapi saya suka je. Rasalah makcik, sedap,"

Macam biasa. Muka kerut sikit.

"Dik, bukan  ke orang makan ladu lepas bersalin ke? Masa dalam pantang?"

HAHAHAHHAHAHAHAHH.



Ni ladu aku beli tadi. Heaven oh!






p/s: Muka aku macam orang lepas bersalin ke? Ergh!

Ayah dan Saya

Beberapa minggu kebelakangan ni agak stress. Stress pasal golfer tu antaranya dan Alhamdulillah minggu depan Insyallah akan menjadi manusia tetap setiap petang ke padang golf. Phew. Harapnya tak ada lagi sukar di tengah jalan.

Dr. Normani kata hero dia kalah mula mula. Terus rasa semangat sikit. TAPI, dia sambung kalau tak kalah mula mula, dia kalah terus. Hahhahaha. Hampreh.

Manusia ni, benar Allah datangkan ujian. Tapi DIA tak pernah tinggal. Ujian tanda dia sayang, di sebalik ujian dia berikan jalan keluar. 

Stress adalah ujian dan setiap manusia ada cara dan jalan tersendiri bagaimana mahu dia hadapi tekanan. Stress boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Tolonglah faham bila masa kau stress dan bila masa stress kau melampau. Takkanlah muda muda dah nak ada darah tinggi kan?

Wuu.

So, untuk aku.. ada dua perkara yang sangat berkesan untuk hapuskan stress. Walaupun, stress ni boleh datang balik tapi okaylah dari tak ter-release langsungkan.

Eh kejap. Kalau stress aku suka tidur, so kira ada tiga.

Dua yang pertama adalah sila bagi aku seorang bayi atau toddler atau kanak-kanak. Nak dapat bayi bukan senang. Kalau kat Kelantan ni, kena telefon Azah cakap nak bermalam kat rumah dia. Rumah dia ada paling kurang empat orang kanak kanak; seorang bayi, seorang toddler, dua 4 and 5 year old. 

Heaven.

Tapi bukan selalu boleh ada bayi sebab bayi bukan ada merata-rata boleh beli dekat supermarket. Makanya, hobi kedua aku melukis mewarna. Duduk 4 jam tak bangun pun tak apa. Okay, aku tahu skil mewarna aku sangat buruk.

Oh, kalau kau cakap okay pun aku cakap buruk. Sebab tengah tengah mewarna, boleh juga bengang? What-the-heck?

Cuti maulidur rasul ajak Aimi dan si manis Pah teman cari drawing holder/stand. Tak kira. Nak jugak. Nak jugak. Billion, KBMall dan Kampung Seni tengah bandar KB. Mula nak tarik nafas hampa. Tiba tiba terjumpa cikgu lukisan 6 tahun lepas.

Sengih dia aku cakap nak beli sebab oh come onlah, senang kot nak buat benda tu. Dia cakap, payah nak cari orang jual. Dia tunjuk contoh suruh aku ambil gambar drawing holder, dan pergi kedai kayu minta dia tolong buatkan.

Tengok pun tahu senang. Aku boleh buat. Oh berlagak. Hari tu cuti minta dengan ayah, ayah kata okay tapi dia cakap ambil masa sikit.

"Ayah, buatkan angah tempat pegang lukisan tu boleh?"
"Alah, senang je tu,"
"Boleh tak? Angah nak bawa balik Kelantan,"
"Nak buat apa?"
"Makan,"
"Ambil masalah sikit. Nak kena cari kayu, ukur semua,"
"Alaa ayah buat cincai je. Asal boleh pegang kertas and berdiri tak jatuh,"

Tahu apa dia kata? Mana boleh macam tu. Buat kerja kena betul betul, bla bla bla. Oh. Tolonglah faham ayah I sangat teliti, nearly perfectionist! Tapi, dialah ayah yang saya boleh harap sebab hobi dia bertukang, membela ikan, mekanik kereta, kerja kerja elektronik, bercucuk tanam and of course bersyarah. Phewww. Bab bersyarah tu, sedap gak telinga nak dengar. :P

Teliti ayah saya sampai nak buat replika rorok untuk HelathEx ni pun seminggu. Saya kata buat simple je. Dia siap buat kawat besi antara batang rokong, siap cari abu kayu untu tembakau. Alahai ayah.

Hobi beliau sangat membantu setiap kali saya ada kerja Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB), kerja projek apatah lagi menang pertandingan atas nama saya tapi ayah buat. Hek hek hek.

Eh, nak cerita pasal stress dan melalut. So, cuti Maulidur Rasul akhirnya terjumpa drawing stand ni. Sengih sampai pipi walaupun papan tu tak sempat beli. Tak apa, yang ini pun sangatlah happy.

Jadi, mari melukis membuang masa mengurangkan stress!

Kalaulah selepas melukis, semua berus terbasuh sendiri.


This is my stress releaser.

1. Painting
2. Baby

So, I paint a baby or should I say, foetus?




p/s: Tak sabar nak berkayak!

Wednesday, February 16, 2011

Mungkin Dia Permata?


I had this one my dearly friend. I realized that there was one day, I really wanted him to be a part of me. Therefore, I kept waking up in the middle of the night praying to the almighty Allah... I asked,

Please make him closer to me.
Please make him my one and always.
Please make him the only him.
Please make him to take care of me.
Please make him to love my kids.
Please make him stay still beside me.
Please make him my partner,
When we'll getting older.

Later on, I realized. I wanted him because of something. I wanted him for granted. I wanted him for what he had. That's my big mistakes, choosing wrong person and wrongly to be chosen.

But Allah gives something else in my dream, to smile...


Allah has taught me something. Never repeat whatever I already did. Sometimes, we do learn faster when things happen to us, don't we?  

I knew, sooner or later the one that will be mostly hurt, will be me. So, I leave it to HIM, because HE is the best planner. The best guardian and guidance.

It's a big decision for me, but worth to be taken. So, I took it and what's left is happiness.






p/s: And I realized this very important thing. When what you did were all wrong, the only people will never leave you are... your parents.

Tuesday, February 15, 2011

Salam Kekasih

Kadang-kala kita bukan mahu merungut, jauh sekali sengaja mengeluh. Cuma, ralat manusia biasa, terkadang ada lelah yang ingin kita zahirkan. Justeru mengakibatkan orang memandang itu seakan manusia lemah. Lebih teruk, ada yang menoktahkan disebalik keluhan itu sebagai putus asa.

Kau. Aku. Kita. Mereka. Langsung tak pernah terkecuali. Susah payah kita memang ada beza pada tahap dan lama masa. Mungkin pada aku, susah kau sangat ringan. Namun pada kau, ringan itu separuh nyawa terbang.

Maksud aku, tahap dan kadar beza itu tidak sesempurna hukum fizik. Jelas pada teori dan hasil. Susah kau dan susah aku, adalah ujian iman yang masih bersisa agar bertambah teguh. Ujian iman dari tuhan tanda betapa kecintaan dia pada hamba, langsung tidak pernah sedikir pudar. 

Lantas menerima sukar, adalah sama dengan menerima hadiah. Hadiah cinta dari DIA yang lain bentuknya. Harus ingat, ujian bukan semestinya hanya pada sukar dan air mata. Senang dan tawa juga mungkin antaranya. Maka bersederhanalah untuk setiap cerita perasaan.

Aku suka akan kata pujangga ini.

We have no right to ask when sorrow comes, 
"Why did this happen to me?"
Unless we ask the same question for every moment of happiness that comes our way. 
 ~Author Unknown

Fahamkan? 

Namun aku ulang semula. Kerana kita manusia biasa, keluh kesah juga adalah biasa. Masalah kekal masalah, yang bezanya langkah seterusnya.

Normal manusia akan selalu mengikut manusia yang mereka cinta dan wajib ke atas manusia Islam untuk mencintai Allah dan rasulnya. Dan juga, bukankah normal manusia akan perlukan idola? Sesuatu sebagai contoh, agar mudah faham mudah ikut?

Kerana itu, rasulullah dari kalangan kita. 

Pemilihan idola yang betul akan menghadiahkan spesifik kita. Akan memandu mereka, kita, kau dan aku bagaimana bangun tatkala jatuh. Bagaimana berjalan perlahan seterusnya berlari. Sentiasa kekal dalam laju larian. 

Dan bangun semula, bila diuji rebah kembali.

Ini manusia kuat. Ini manusia gigih. Inilah manusia Allah sayang. Inilah manusia Muhammad cinta.





Aku juga tidak tahu mahu ungkap bagaimana. Kerana, hemat aku sendiri, aku manusia lemah. Iman lemah. Kerap naik turun. Kerap mengeluh. Kerap tidak berpuas hati. Selalu pula bersedih.

Namun, istimewa manusia adalah mereka punya hati yang boleh berubah. Perubahan yang semakin baik, Alhamdulillah. Atau perubahan semakin buruk, Nauzubillah. Kerana itu kita mesti selalu berdoa pada Ya Muqallibal Qulub, agar selalu menetapkan hati pada kebaikan. Atau perubahan yang sentiasa ke arah itu.

Kita mudahkan cerita begini.

Kalau ada ketika, hati kau berajuk hiba. Ingat Muhammad itu pernah ada saat sukarnya. Adakah baginda mengalah?

Jika baginda tidak, mengapa harus kita?

Salam Maulidur Rasul Ya Muhammad Habibi Mustofa...








p/s: Umat Islam harus cemerlang. Hari ini mesti lebih baik dari semalam...


Monday, February 14, 2011

Antara Tempat Mencari Jodoh

Thanks to Fatin Sakura untuk karakter kartun ini! Sweet gila walaupun gambar ini aku terlebih putih dan .. Atin, forever I hodoh bila berkaca mata anyway. :P




Euwww. Tajuk nak kontroversi. Tapi sungguh! Dulu aku selalu cakap sweet sungguh keadaan begini kalau berlaku. Tapi bila kena betul betul atas batang hidung aku, memang bukan takat sweet lah. Kelat pekat pahit dah muka aku. Tak tahu macam mana nak act.

Sebagai contoh, aku dapat patient sungguh hyperactive. Bila aku cakap hyperactive, ini bermaksud memang active yang diluar kawalan aku. Bila aku cakap diluar kawalan aku, memang tak cukup tangan kaki otak lah.

Tapi lebih mengkelakarkan okay tak kelakar sebenarnya, lebih rasa oh Huda you're no longer cute and sweet okay bila kena buat macam ni. Sila bayangkan kau tak boleh handle yang lari sana lari sini. Klinik audio ni jenis berwayar sungguh sensitif. Bila patient berlari kau hanya fikir dua benda, patient tersadung dan instruments rosak. 

Tolonglah faham kalau satu instrument rosak, satu klinik boleh berkabung!

Patient lari adalah masalah pertama. Patient yang datang bersama mama yang cantik dan abang yang HANDSOME adalah masalah kedua. Masalah di mana kau tidak boleh lagi nampak sungguh cute lagi sweet lagi sopan santun lagi lemah lembut.

Masalah bila tiba tiba kau tak boleh buat apa maka hanya satu yang terfikir..

"Nana suka lagu apa?!"

Bukan nama sebenar dan tanda seru tu memang menandakan suara aku agak tinggi sebab kan dah kata hilang kawalan.

"Tepuk amai amai,"
"Okay Nana. Jom, kakak nak nyanyi ni! Tepuk amai amai belalang kupu kupu. Tepuk Nana pandai nanti malam mama upah susu. Susu lemak manis santan kelapa muda. Nana jangan nangis, mama buat kerja,"

Sila bayang aku berdiri bersama patient, bertepuk amai amai dengan gaya muka sungguh cute dan DI DEPAN ABANG BELIAU YANG KACAK?

Ergh! Sampai sudah aku tak dapat jodoh kalau orang tengok aku dalam situasi ini. Pheww.

***

Tu satu hal. Ini satu hal. Pesakit membawa anak lelaki berlesung pipit bersama ke dalam klinik. Setelah buat segala macam assesments dan management, tibalah saat pesakit pulang ke rumah.

Oh sempat lagi si ayah datang dekat.

"Dah kerja ke ni?"
"Taklah. Belajar lagi,"
"Lama lagi?"
"Insyallah tahun akhir,"
"Ada kekasih dah?"

Perkataan kekasih sungguh tak boleh blah. Like euww uncle why eh so skema? Namun, aku bukan tersenyum manis sebagaimana aku selalu cakap kan sweet kalau benda macam ni jadi.

Tak.
Tak.
Tak.

Senyum sambil fikir; nak cakap dah ada anak dua ke? Nak cakap dah kahwin ke? Nak cakap, akan kahwin ke? Nak cakap apa?

"Belajar tak habis lagi pak cik,"

Dalam senyum kelat.

"Lambatlah nak tungguh habis belajar gak,"

Ewah ewah ewah. Tak apa pakcik, saya dah suka terlalu ramaiiiiii orang lain. Hee.

Somewhere from Google





p/s: So, I would say antara tempat mencari jodoh adalah KLINIKKKKKKK! Teeetttt!
p/s/s: Far beyond lega when my I-always-stalk-and-admire mentioned he's still single. HAHAHHA. Euwww Gila! Eh, suka hati I lah blog I, hati I. :P

Sunday, February 13, 2011

Tidak Sempurna

Taken from Google


Sometimes, the imperfection completes us. Kan?

Macam aku tak makan kulit ayam, kau pula gemar terutamanya yang rangup. So, kita tak membazir. Walaupun aku selalu bising, sakit jantung jangan salahkan aku!

Macam kau suka mendengar, aku pula banyak cerita. Kalau tiba-tiba satu hari aku diam, kau mesti gusar sambil kata, hari ini kau kenapa? Dan aku akan bercerita semula. Sempurna.

Macam kau suka ketawa. Aku suka menangis. Kalau aku bersedih, kau muzikkan suka. Kalau kau ketawa, aku ingatkan air mata. Tidak sempurna yang menyempurnakan.

Kau tak makan seafood. Aku tak makan sayur. Kau ambil aku punya. Aku ambil engkau punya. Bila kau mahu rasa, aku pesan gatal hidung padan muka. Bila aku tolak sayur, kau cakap tak cukup zat sendiri rasa.

Aku cakap jarang tapis. Tak lama nanti aku sesal. Kau cakap susun ayat, sungguh manis sungguh memikat. Bila sesal engkau pujuk, sambil pujuk engkau pesan. Lepas ni silap aku tegur, perlahan-lahan tirulah aku.

Aku pagi mengantuk. Kau malam berjaga. Kelas pagi, aku kejut. Malam study, engkau ingatkan.

Kalau jatuh, engkau bangunkan. Kalau rebah, aku papahkan.





Kalau nanti, kita tak sekali. Ingatkan ini semua. Tak sempurna kita, saling menyempurnakan...


Saturday, February 12, 2011

Refleks Hidup

Somewhere from Google

Hati kita sangat besar. Sangat besar. Senang cerita, infiniti. Walaupun purata besar sesama manusia tak berbeza sangat, besar yang aku maksudkan ini. Luas lagi dalam maksudnya. Besar tu bergantung pada kau nak pilih sejauh mana besarnya.

Contohnya aku, bukan, terutamanyalah aku. Kalau dah seorang buat benda yang buat aku jauh hati, sampai sudah kau buatlah apapun, stigma memang lekat ketat. Tak ada dah rasa nak buka ruang seinci lebar biar rasa sayang boleh masuk.

Kita lebih memilih untuk stop! Stop it right there. It won't get any wider. Euww, I don't like you! No way I akan suka (I mean baik) dengan you! Okay?!

Nak nak kalau perempuan macam aku ni. 

See. Cuba expand hati. Makin sikit makin sikit. Sikit sikit lama lama jadi bukit. Tak nak, sikit sikit lama lama jadi pizza, atau roti bersalut telur, atau daging panggang black pepper.. slurpp!

Bila ada masalah, kena ada solusi. Macam kalau doktor diagnose tapi tarak management, what-the-heck? Baik tok sah diagnose ye dak?

First. Ehemm. Drum roll. Doa jap.

"Ya Allah, kau berikanlah penulis ni hati yang mudah nak expand rasa sayang, pulak tu kekal. Berilah dia insaf, biar dia menulis dia buat. Amiiin,"

Like, you walk what you talk. Eh, you act what you say? Eh, whatever.



So.

Mulakan dengan orang terapat anda. Jangan cari masa ada benda nak cari. Cari benda untuk dingati ketika bila bila. Aku adalah manusia yang sangatlah payah nak balas mesej, nak angkat telefon. Cuba kau call masa aku tidur, memang harapanlah kalau aku sedar aku nak angkat. No way. Apatah lagi kalau mesej takat tanya, dah makan, tengah buat apa tu?

Anjak paradigma anda. Percaya tak benda paling susah nak buat adalah call mak ayah? Jadinya, awalkan yang itu dulu baru kau boleh rasa berbaloi nak amal kat orang lain. Bukankah family adalah yang terapat yang menerima tanpa syarat. Kalau dengan family pun hampas? Apa cer, bro?

Biasanya budak perempuan memang call parents hari hari (tak termasuk aku) dan call BFF eh BF selang seminit. Apa kata, cari benda untuk mengingati ketika tidak perlu.

Like, eh kawan I bertolak malam ni.

"Bertolak malam ni kan? Have a save journey,"
"Semoga selamat pergi selamat pulang!"

Easy huh? Hanya makan not more that you 10 cent credit pun lah kedekut.




If you don't care people, never expect people will do the same to you too. Treat as what you wanna be treated, dude!

Kita amatlah tersangat gemar menggunakan konsep, euww tak kena atas batang hidung I punnnnn! Like, oh mesir mesir mesir. Kau bung bang bung bang, tapi berapa kerat je yang tadah tangan dalam solat tolong doa?

Okay, tak payah pergi jauh.

Banjir Johor Melaka misalnya. Mungkin kau dengar berita, tapi adakah kau cuba mengingati siapa eh kawan kawan aku ada kat sana? Haa, time to teach you heart to expand a little bit further, dude. Bila ada apa apa berlaku, musibah terutamnya, lets recall who may be involve. From our nearest friend up to whom that you can remember.

Secara tidak langsung hati kita lebih peka, bukan?

Kesimpulan paling pendek kalau kau tak faham apa aku tulis kat atas tu ialah, satu cara nak didik hati lebih penyayang adalah dengan;

"Mengingati mereka pada masa kau tak perlu ingat pun tak apa. Maksudnya, mereka itu ada dalam ingat saat kau susah, apatah lagi saat KAU SENANG!"

Bukankah tidak lengkap iman seorang muslim jika dia tidak mencintai muslim yang lain sebagaimana dia mencintai dirinya?

Friday, February 11, 2011

Sabor

Kau pernah dengar lelaki tak pandai berkias? Manusia jenis cakap straight to the point tak ada seni langsung? Kalau kau bercakap dengan golongan ni pun, tolonglah jangan duk berkias. Namanya nak paham memang harapanlah. Tak pun, kau punyalah bernada sinis, depa betul senduk terima. Hmm. Oh, betul senduk tanya orang Kelantan maksud dia apa.

Aku suka je kalau lelaki macam ni. Senang hidup aku.

Tapi ada masa rasa macam nak bagi pelempang juga la. Nasib sabar lantak kau lah tebal lagi. Huuu.

Kalau kat bawah ni buat perangai macam kat atas tu, tak apa. Sebeb beliau suweeeetttt!

Tolonglah faham anda kacak gila! :')







p/s: THE BIGS at hers, here.
p/s/s: Kalau sengih sampai telinga lepas melewati orang comel, tu suka ke jatuh hati eh? :'P

Thursday, February 10, 2011

Di Tengah Tengah Minggu Stress

Ketika menghadapi minggu yang mencabar, bukan aku sahaja. Ini termasuk rakan-rakan PPSK final year yang lain especially my Atik, Aimi, Pah, Yuni, Haida and those yang aku tak nampak jiwa kacau lagi. Huu.

At first, memang berjanji dengan my best working partner, Syafiq sejak tahun lepas untuk bertanding khat MPI (FesKI) tahun ni. So bila Syafiq kata tengoklah, aku pun tak berapa beria nak masuk. Dah janji, kalau Syafiq masuk, baru aku masuk. Disebabkan balik lewat midterm nak nak bila tak ada kerja buat, terus rasa eh nak masuklah. 

Actually, dah tarikh tutup pun sebenarnya. Tapi, pengelola pertandingan kata boleh, dan dan tu buat and hantar. Memang kerja last minit. Pulak tu tengok pen dah rosak. Semua saiz pen khat rosak. Ergh! Nasib Aimi  ada marker pen (oh tak pulang lagi). Marker pen ya! Marker pen yang berbentuk serong 45 darjah tu!

Maka inilah hasilnya. Tengok kertas kosong sangat, jadilah pokok malas warna-cincai-boncai. 




Disebabkan tak ada kerja lagi, terus rajin pandang laptop nak mengarang bagai. Macam biasa, mengarang tengah jalan lepas tu malas. Lepas dapat cerita lain, mengarang lagi. Sampai sudah tak habis cerita. Maka, hantar karya yang pernah buat untuk blog Rakan Masjid tentang cerita ini.

Ingatnya nak hantar beberapa karya yang lain, tapi.. jiwaaaaaaaaaaaaaaaaaang benar. Jatuh maruah aku nanti. Hehhehehe.

Oh, remember THE BIGS

Pah (aka Mai) kata, dalam minggu hectic macam ni, mesti benda tak disangka sangka berlaku. Aku cakap, entah sebab hari tu masa juri tengok, muka dia masam je. macam tahun lepas. Wuuu.

BUT, We won the first place and the big hamper! Yeeehhhaaaaaa!



Oh, I won the first place for Khat and tempat kedua untuk menulis cerpen. Kat atas tu hadiah dia dan dua sejadah. Dan disebabkan aku menang dua, so aku ada double kesemua buku kat atas except for Bidaah Hasanah. Semua buku yang dua aku bagi pada my LOVELY BEST FRIENDS!

So ada dua sejadah tinggal. Satu warna hijau, maka aku punya. 

Siapa nak yang warna biru, sila angkat tangan!


p/s: Aku serius ni nak bagi.
p/s/s: Oh. Islam Pilihanku tu memang best! Dia pasal himpunan kisah saudara baru. Syok oh! Nak pinjam habaq mai la.

Aku tak baca lagi tapi. Heehehehhe.

Wednesday, February 9, 2011

Dear Diary: I Broke My Promise

Dear Diary,
Saya janji masuk sem baru saya akan kerja kuat. Saya akan selalu happy bila masuk klinik. Saya akan jumpa patient dengan semangat. Saya akan siapkan diari patient sebelum balik dari klinik macam mana lewat pun. Saya akan usaha sungguh sungguh supaya saya dapat guna semua mesin dengan cekap. Saya akan buat report yang paling sikit supervisor saya akan tandakan salah.

Saya belajar banyak benda dengan semangat macam ni. Walaupun patient saya menangis. Walaupun patient saya pelik pelik. Walaupun saya hampir give up tengah jalan. Walaupun saya masih terkial kial guna softwares, walaupun saya selalu tak dapat catch up dengan kelajuan supervisors saya, saya gembira. Saya bersemangat masuk klinik.

Saya buat baju baru supaya sama macam semangat saya. Demi Allah, perasaan jumpa pesakit macam ni tak pernah ada selain dari semester ini. Dan demi Allah, inilah semester yang saya tak sabar nak tolong pesakit pesakit saya sendiri bila saya berjaya grad.

Dear Diary,
Saya tulis ni bukan saya mengeluh. Cuma, saya takut. Saya selalu pesan pada diri, just follow the flow. Macam mana susah pun, saya mesti boleh. Allah tak uji di luar mampu. Walaupun ada kawan kawan saya yang dah hampir habis collect data untuk projek penyelidikan mereka, saya tetap pesan supaya bertenang. Saya tahu, kalau saya takut saya tak boleh buat kerja. Kalaupun saya boleh buat kerja, kerja saya tak akan efektif.

***

Atas tu tulis masa betul betul BETUL LOST! Macam biasa, bila sesak dada serabut mesti nak tidur. Baring atas katil, cuba cari lelap, yang tinggal hanya sebak dada.

Makin naik tahun, makin lapang masa, tapi dada terus sesak. Kadang kala, rasa mahu balik ke tahun dua. Biar assigment bertimbun, biar kelas berturutan dari pagi sampai petang kadang sampai malam. Biar kena ke hulu hilir Murni-Nurani-Library! Tak apa. Kena tegur dengan supervisor balik cengeng, kena marah dengan patient pun TAK APA!

Jangan lengang begini. Kerja bersusun tapi sumpah tak ada mula. Tak boleh mula.

Mula semester dah ajar hati jangan ada dengki. Kawan sudah mula collect data, hati tak kisah sikit. Sungguh tak rasa apa. Appoinment dengan doktor hanya postpone dan sekarang sudah lebih sebulan pun masih tak apa. Masih boleh pujuk hati. Sungguh tak tipu.

Selalu nak pergi jauh dari USM tak berani sebab temujanji. Nak pergi fisio pun tak berani, takut lewat. Nak makan pun kadang kala tunggu dulu, takut tak sempat kejar. Tunggu lama atas tangga pun boleh didik hati sabar sabar sabar.

Saya sangat sayang pengajar saya. Sangat kagum dan menjadi idola. Sangat pemurah, baik hati, mudah senyum, suka melawak. Saya tak pernah jumpa guru begini sepanjang hayat saya belajar. Sebab tu bila jadi benda benda macam ni, sikit pun dalam hati saya tak simpan.

Tapi ralat mula bila kawan tumpang risau sebab langkah pertama pun entahkan bila boleh diambil. Tapi, saya yakin diri saya work well under pressure. Memang nanti muka saya serabut, nanti emosi saya cepat nak angin, eh semua orang stress macam tu kan?

Tapi saya suka kerja yang macam itu. Kerja yang buat saya energetik. 

Cuma kali ini, saya deal dengan manusia. Bila deal dengan manusia, kena ikut jadual waktu, ingin, mahu, selera, bantu mereka. 

Tadi memang betul betul saya dah tak ada daya sebab takut saya agak memuncak. Saya lost. Saya ada benda kena buat tapi saya tak boleh mula. Saya nak grad tahun ini. Saya dah cukup tertekan fail clinic disebabkan panic attack. Kalau boleh saya tak nak berulang lagi sebab tu sem ni saya ajar bertenang. Tapi, terlalu bertenang tidak bagus.

"Dr. R, ada masa tak?"
"Ye Huda?"
"I need your help. Saya betul betul lost sekarang,"

Tak pernah saya buat confession yang saya memang lost. Bila doktor ini bercakap, tak ada benda yang timbul melainkan kagum.

"Huda, awak belajar satu benda baru kali ini, kan?"

Angguk.

"Okay. Sekarang kita tulis satu satu masalah dan macam mana nak selesai,"
"Saya perlukan permission,"
"Then you need a letter, contact," 

Panjang saya cakap. Dia bagi saya jalan. Dan saya memang orang yang bukan boleh sabar. Sungguh tidak. Saya tenung jam. Baru 3 petang. Saya yakin pukul 4 saya boleh siapkan.

"Saya boleh siapkan dalam pukul 4 . Tapi doktor janganlah tunggu,"

Saya kejar benda saya kena buat. Dalam masa sejam, saya kena baca folder patient, telefon untuk emel, fotostat 100 salinan. Kerling semula bilik Dr. R. Masih terbuka. Lari pergi library untuk komputer.

Library guna sistem baru. Nak pinjam kena daftar. Librarian bagi sejam untuk mula. Saya berjaya siapkan surat. Dua bahasa. Saya savekan dekat desktop. Saya baca semula untuk final check. Tarik nafas hampir lega. Buka emel, attach files. Out of sudden, komputer black out.

Tengok jam, oh sejam berlalu. Dah selesai renew untuk jam berikutnya. Buka desktop. Kosong. Search file 'golf', kosong. Tengok recent document, kosong.

"Oh, once computer shut down, all the files will be automatically deleted,"

Allah.
Allah.
Allah.
Allah.
Allah.

Hanya kurnia sabar ya Allah untuk masa ini. Terngiang-nginag bicara Dr. R.

"Even you work fast, when others don't, thing still won't goes well,"

Dari library sampai bilik dah tak peduli. Air mata tak berhenti turun. Sebak bukan sebab surat hilang sangat. Sebak sebab marah pada diri sendiri. Lagi marah sebab tak tahu apa nak dimarahkan.

***

Dear Diary,
I'm sorry. I promise I won't cry this semester. 
But.... 
I just did....

Monday, February 7, 2011

Pediatric Case, Beware!

Orang orang yang dekat dengan aku, pasti tahu aku punya hati yang kalau dengan budak meleleh leleh cair. Itu belum lagi tahap melting jumpa budak area lapan bulan yang pantang diagah mulalah nak mengekek ketawa sampai keluar air liur. Wuuu!

Kalau jumpa kes pediatrik memang aku akan jadi antara mereka yang senyum lebar. Dan aku juga yang akan termenung sedih, kalaulah tiba tiba ditakdirkan pesakit menangis in the middle of the session.

Handle pediatric case ada beberapa cabaran. As for medical students, mereka berdepan dengan manusia yang sama namun struktur yang membezakan. Aku maksudkan perbezaan ini kerana mereka mungkin berdepan dengan vena atau arteri yang sama, jantung yang sama, kaki tangan badan yang sama, cuma dalam saiz yang berbeza. Dan semakin kecil saiz, sukarnya semakin bertambah.

Dan untuk bidang aku, when it comes to pediatric case, they're literally the boss of the session. If they have poor attention, you're the one who need to be faster. If they're easily to get boring, you're the one who need to be creative. If they're afraid of stranger, you're the one who need to be on-the-spot family. If they're scare of the machines, you're the one who need to make it as enjoyable as possible. If they're crying, you have the possibility to be a clown just to create a smile.

And yeah, I did! I always did!

In this world, I can say it falls into two categories of health workers.

1. People who enjoys what they're doing and they're happier to have it more. Or,
2. People that have been forced to, therefore they struggle every single day. 

If you not fall either of these two, just consider yourself as a plain boring worker.

Back to the topic.

Setiap bila mula lihat senarai pesakit, benda pertama tengok adalah umur. Dan itu tidak bermakna dalam kalangan kes pediatrik, semakin tua usia semakin mudah. Tidak. Mungkin ada, bukan kesemua kes sesenang itu.

Of courselah yang pertama adalah ilmu/KNOWLEDGE. Adalah tidak patut handle sesuatu perkara jika tidak ada ilmu tentangnya. Contoh, perkembangan bayi bermula dengan menguatkan kepala termasuklah vision dan hearing, kemudia upper body seperti meniarap. Diikuti lower body untuk duduk dan merangkak dan terakhir lower limb untuk mula berdiri berjalan dan berlari. Adalah tak berguna berikan kanak kanak satu tahun dengan permainan LEGO sedangkan permainan ini dicipta untuk meningkatkan keupayaan fine motor and perceptual skill. Apalah guna kau latih fine motor skill walhal gross motor skill tak terbina lagi? Seperti juga kau main peek-a-boo/chiiikucakkk aa dengan patient umur sebulan? Apakah?

Bayangkan kanak-kanak kecil. They can't hear but they can't tell! They have  thing to complain, but how will we know? How? The only way left is OBSERVE.

They maybe a cry baby since born. But out of sudden, they cry more than it supposes to. Or, they start to be a loner hmmm.. something wrong may had happened. So see the CHANGING.

This is the best part or I would say the easiest part. Kids at two years old should be able to point at their body parts when asked but your patient can't. Or she should speak at 2-3 word phrases but your patient still babbling? Mungkin ada sesuatu yang tak kena bila tidak sebagaimana sepatutnya. COMPAREkan dengan range normal, and if significant, rule out any possibilities!

I repeat, pediatric is NOT EASY! And as adult afraid of strangers, they are also but double in amount. Or perhaps, triple! Build rapport, build rapport, build rapport, build rapport! When they are COMFORTable enough with you, only then you can work! Hey, they're human too. They want to be trusted and to trust!

And last but not least, do it with your heart. Kids are not looking at your beauty or handsome face. They're looking more than that. Your sincereness when with them. Your pure heart during the session is the most beautiful picture of you and that's what they're looking for. It's LOVE.

And LOVE creates TRUST! Trust that can help you to obtain the result. So they will help you to help them.

Remember these. Help pediatric case with;
1. Knowledge
2. Observe
3. Change
4. Compare
5. Cormfort
6. Love
7. Trust

***




There is a great deal of difference between an eager man who wants to read a book and a tired man who wants a book to read.  ~G.K. Chesterton

Sunday, February 6, 2011

This Is?


AWESOME! 
With hot juicy banana... slurpppp!






p/s: Benda senang macam ni retilah buat. Cuba suruh buat udang masak lemak cili api tak pun ikan patin gulai tempoyak? Hahhaha.

Darkness



"When it is dark enough, you can see the stars,"
~Charles Austin Beard







p/s: This is the only light needed by the photophobic people like me to read novel, before sleeping.