Beberapa minggu kebelakangan ni agak stress. Stress pasal golfer tu antaranya dan Alhamdulillah minggu depan Insyallah akan menjadi manusia tetap setiap petang ke padang golf. Phew. Harapnya tak ada lagi sukar di tengah jalan.
Dr. Normani kata hero dia kalah mula mula. Terus rasa semangat sikit. TAPI, dia sambung kalau tak kalah mula mula, dia kalah terus. Hahhahaha. Hampreh.
Manusia ni, benar Allah datangkan ujian. Tapi DIA tak pernah tinggal. Ujian tanda dia sayang, di sebalik ujian dia berikan jalan keluar.
Stress adalah ujian dan setiap manusia ada cara dan jalan tersendiri bagaimana mahu dia hadapi tekanan. Stress boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Tolonglah faham bila masa kau stress dan bila masa stress kau melampau. Takkanlah muda muda dah nak ada darah tinggi kan?
Wuu.
So, untuk aku.. ada dua perkara yang sangat berkesan untuk hapuskan stress. Walaupun, stress ni boleh datang balik tapi okaylah dari tak ter-release langsungkan.
Eh kejap. Kalau stress aku suka tidur, so kira ada tiga.
Dua yang pertama adalah sila bagi aku seorang bayi atau toddler atau kanak-kanak. Nak dapat bayi bukan senang. Kalau kat Kelantan ni, kena telefon Azah cakap nak bermalam kat rumah dia. Rumah dia ada paling kurang empat orang kanak kanak; seorang bayi, seorang toddler, dua 4 and 5 year old.
Heaven.
Tapi bukan selalu boleh ada bayi sebab bayi bukan ada merata-rata boleh beli dekat supermarket. Makanya, hobi kedua aku melukis mewarna. Duduk 4 jam tak bangun pun tak apa. Okay, aku tahu skil mewarna aku sangat buruk.
Oh, kalau kau cakap okay pun aku cakap buruk. Sebab tengah tengah mewarna, boleh juga bengang? What-the-heck?
Cuti maulidur rasul ajak Aimi dan si manis Pah teman cari drawing holder/stand. Tak kira. Nak jugak. Nak jugak. Billion, KBMall dan Kampung Seni tengah bandar KB. Mula nak tarik nafas hampa. Tiba tiba terjumpa cikgu lukisan 6 tahun lepas.
Sengih dia aku cakap nak beli sebab oh come onlah, senang kot nak buat benda tu. Dia cakap, payah nak cari orang jual. Dia tunjuk contoh suruh aku ambil gambar drawing holder, dan pergi kedai kayu minta dia tolong buatkan.
Tengok pun tahu senang. Aku boleh buat. Oh berlagak. Hari tu cuti minta dengan ayah, ayah kata okay tapi dia cakap ambil masa sikit.
"Ayah, buatkan angah tempat pegang lukisan tu boleh?"
"Alah, senang je tu,"
"Boleh tak? Angah nak bawa balik Kelantan,"
"Nak buat apa?"
"Makan,"
"Ambil masalah sikit. Nak kena cari kayu, ukur semua,"
"Alaa ayah buat cincai je. Asal boleh pegang kertas and berdiri tak jatuh,"
Tahu apa dia kata? Mana boleh macam tu. Buat kerja kena betul betul, bla bla bla. Oh. Tolonglah faham ayah I sangat teliti, nearly perfectionist! Tapi, dialah ayah yang saya boleh harap sebab hobi dia bertukang, membela ikan, mekanik kereta, kerja kerja elektronik, bercucuk tanam and of course bersyarah. Phewww. Bab bersyarah tu, sedap gak telinga nak dengar. :P
Teliti ayah saya sampai nak buat replika rorok untuk HelathEx ni pun seminggu. Saya kata buat simple je. Dia siap buat kawat besi antara batang rokong, siap cari abu kayu untu tembakau. Alahai ayah. |
Hobi beliau sangat membantu setiap kali saya ada kerja Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB), kerja projek apatah lagi menang pertandingan atas nama saya tapi ayah buat. Hek hek hek.
Eh, nak cerita pasal stress dan melalut. So, cuti Maulidur Rasul akhirnya terjumpa drawing stand ni. Sengih sampai pipi walaupun papan tu tak sempat beli. Tak apa, yang ini pun sangatlah happy.
Jadi, mari melukis membuang masa mengurangkan stress!
Kalaulah selepas melukis, semua berus terbasuh sendiri. |
This is my stress releaser.
1. Painting
2. Baby
So, I paint a baby or should I say, foetus?
p/s: Tak sabar nak berkayak!
No comments:
Post a Comment