Saturday, February 26, 2011

Lelah

Lelah sudah, lelah jiwaku.
Lelah sudah, lelah nafasku.
Lelah sudah, lelah lelapku.
Lelah sudah. lelah mahuku.

Satu pergi. Dua pergi. Tiga ke mari. Ke mari dekat. Dekat dan hampir, cepatkan lelahku.

Mana salah?
Mana silap?
Mana ralat?

Bukan kamu. Bukan aku. Maka siapa?

Aku mahu, mahu milikku. Aku mahu, apa usahaku. Aku mahu, yang aku punya. Aku mahu, kerana ku usaha.

Aku sayang, aku hormat, namamu atas takkan ku jatuhkan. Untuk saat ini, mohon dengar bicaraku. Untuk detik ini, mohon ruang masamu. Untuk tika ini, fahami lelahku. Untuk yang hampir ini, lihatlah susahku.

Ke sana ke mari. Tak mengapa.
Ke situ sini. Tetap tak mengapa.
Ke kanan kiri. Juga tak mengapa.

Lelah ini tidak apa. Lelah ini tiada makna.

Aku boleh mati sekarang. Tinggalkan jasad tiada juang. Aku tidak pilih itu, kerana ajarannya bukan begitu. Dalam tawaku, dalam anakku, dalam manjaku, dalam comelku, dalam hodohku, dalam sakitku, juga dalam sihatku, aku mohon yang satu ini. Hanya yang satu ini. Ruang masamu, bantulah aku. 

Lelahku. Fahamilah....
Kerana aku belum mahu mati, tersungkur dalam gelanggang kalah.
Kerana aku belum mahu pergi, meratap dalam gagal gelisah.

Kerana aku pilih bertarung, meski entah bila menang punyaku.
Dan selalu akukan berjuang, kerana itu pilihan yang satu...

No comments: