Wednesday, March 31, 2010

Fobia


Cuba bagitahu macam manalah saya tak fobia nak memandu kereta semula. Ini berlaku ketika hujan lebat, tengah bandar KB yang pesat dan ketika traffic light berwarna merah dan kereta ini di hadapan barisan.

Semua orang hon! Bukan marah sebab kereta tak bergerak. Tetapi nak bagitau, hai cik adik! Tayar kereta you pecaaaaaaah! Hoh!

Rasa macam nak putus nyawa okay terpaksa bagi signal kecemasan. Kereta bergerak seperti putus kaki perlahan-lahan ke kiri dan kereta-kereta disebelah yang bagaikan kilat terus bertukar bagaikan kura-kura.

Mujur semuanya masih ada perasaaan simpati!

p/s: Lelaki kan suka buat ayat, ooo.. padanlah, perempuan yang bawa! Rasa macam nak lempang! Aku tak nafi, ya, kami lemah gemalai. Tapi kau bukan orang yang layak nak terjah terjah gitu. Kalau tak nak membantu, sila jangan mengutuk! Kami perlukan masa. Masa. Masa. Ya! Masa untuk hebat!
p/s/s: Aah. Lesen aku tidak berguna. Tak apa, esok-esok aku cari driver sorang yang bawa ke mana sahaja aku mahu pergi dan teman ke mana sahaja aku perlu pergi. Aci? Heh.

Cool! Cool!


All these things are killing me! 

Dead! -.-"

p/s: Dear all batches SPEEDIO. I love you! Ma'a taufiq wannajah! Ewaahhh!

Tuesday, March 30, 2010

Biru Ada Pada Langit

Pandang atas. Pandang kanvas langit. Pada ukiran awan putih. Bagaikan dakwat. Lukisan tiada cela. Pandang langit. Pandang lagi. Pandang langit. Rasakan angin. Pejamkan mata. Nikmatinya nada suara ketenangan. Hayati melodi dari tuhan. Hayati. Itu perkataan, bukan nama.

Tarik nafas panjang. Jangan lepaskan selagi kau tak rasa dada penuh dengan bekalan oksigen. Tarik hingga kau rasa sakit. Tarik semaksima dada mampu.

---

Aku rasa mahu menyorok. Bersembunyi dalam alam nyata hingga ada yang menyentuh bahuku, hai! Mari jalan bersama.

Aku tarik nafas panjang. Aku terima segala hentaman. Sekalipun terjelepuk jatuh, terpukul terpelanting jauh. Meski mahu menjerit bukan begitu! Bukan begitu! Bukan begitu. Bukan! Bukan! Bukan!

Suara sehingga dada belum terzahirkan. Tipu. Telah. Pada telinga yang turut sama memikul beban bahkan lebih pahit. Tidak adil menumpang berat disitu, maka berjalanlah jauh. Jauh. Tanpa henti. Pada jalan kehidupan. Kehidupan ini.

---

Bangkit!

Berat dugaan bererti ringan beban masa depan!

---

Pandanglah langit. Kekal biru. Warna biru kekal di situ. Malam ini, bulan datang menumpang sinar Menghadiahkan langit malam yang bukan biru, namun kelam pekat dalam gelap, untuk terus tersenyum. Mampu tersenyum. 

Manis. Semanis hatimu. Pandang langit. Bulan disitu. Aku rindu. Kamu. Kamu. Kamu. Kamu. Kamu.

Tempat menumpang lelah, bercerita payah.


p/s: HIM.


Monday, March 29, 2010

Earth Hour

Aku tak kata aku bangkang, lagilah aku tak kata aku tak sokong ke apa ke. Aku cakap bagus je semua ni. Dulu masa first year akulah semangat gila gila pergi tengok movie tu semua.

Tu dulu. Manusia berubah, aku pun sama. Cara pemikiran aku berubah.

Bergelap satu jam. Aku rasa lagi bagus kalau kempen "Mari Kita Menutup Aircond Setiap Hari Sejam Lebih Awal,"

Ada berani?







p/s: Aku percaya kalau kempen yang aku rasa bagi faedah lebih dari bergelap sejam setahun tu tak akan berjaya. Manusia mana boleh nak bersusah payah ni! Heh. 

Saturday, March 27, 2010

Bila Nak Sedar?

Umat Islam sentiasa boleh!

---

Aku tengok meja cari moodlah kononnya. Alahai exam sangatlah nyawa nyawa ikan, tapi aku buat apa aja. Aku pandang tenung senarai un-done list buka mata luas-luas. Kau tengok eh gambar kat bawah ni.

Meja baru memang sangat kecil. Aku kalau study, meja gabak library tu pun belum tentu cukup. Adeh!

Aku teliti to-do-list aku tu. Haih! Macam ada benda kurang aja. Puas tenung terus nampak, jadi dengan lafaz Bismillah (biar kekal lama sikit sedar diri dalam hati), aku ambil marker (mesti mahu merahlah kan, semangat!) dan tulis.

Siap ada love lagi okay! Punyalah nak pupuk rasa cinta!

Kekal. Kekal. Kekal. Kekal. Kekal. Mac dah nak berlabuh pergi Huda oiiiii!

p/s: Tegur menegur itu baik. Manusia lupa, jadi saling mengingatkanlah jalan terbaik. Terima kasih eh. :)

Friday, March 26, 2010

Sama dan Lain

Two same pictures but different meaning; only if you can see it.






Sekarang cakap, oh tak payah, fikir, kau nampak apa?

p/s: Please my dear friend. Please keep it strong. Your tears are mine!

Heh!

Ceh!

Aku pergi fisio tadi dan latihan hari ni agak heavy sikit. Heavylah kan bila aku keluar dari bilik pemulihan tu dan berehat sekejap dekat foyer, asal nak berjalan sikit muscle contraction. Hilang macho aku bila dahi kerut kerut sambil gelak gelak. Heh.

Masa aku fisio, ini berlaku.

"Syahidatul Huda, datang sini. Haaa. Tengok, saya dah hafal nama awak,"
"Eleh. Selepas 3 sesi. Apa barang nak bangga. Hiii,"

Bla bla bla.

"Kalau ikut disiplin profesional saya, saya suruh pakai seluar pendek. Saya tak puas hati kalau tak nampak lutut tak lurus!"
"Laa. Tak apalah. Saya sinsing yang kanan ni,"
"Tapi itulah, bila berdepan dengan pesakit melayu perempuan,"
"Okayyy!"
"Ingat! Jangan bengkok lutut. Kalau bengkok kena sinsing. Lurus masa angkat beban. Ingat... jangan?"
"Ya. Tahu. Bengkok lutut,"


Heh. Aku gelak je sebab fisioterapis gantian ini comel. Kot.


"Okay. Mula. Saya ni disiplin. Sekali saya tengok awak bengkok, saya suruh pakai seluar pendek masa fisio. Saya payah percaya orang. Jadi jangan hilangkan kepercayaan saya bila saya percaya awak luruskan masa angkat beban. Okay?"
"Okayy bos,"


Aku tabik dia. Saja melawak. Dengan muka bersungguh-sungguh dan semangat dan azam yang kental lagi jitu, aku mulakan bebanan pertama dengan lafaz bismillah beserta tarikan nafas yang panjaaaaaaaaaaaaaang. Alolah heh. Bajet!

"Ingat luruskan lutut okay. Saya payah percaya orang sebab tu saya tak kahwin lagi,"

Motifffff???! Nak cakap perempuan sukar dipercayailah tu. Sekeh kang! Hahahhaha.

p/s: Tapi aku rasa fisioterapis sukan sangat cool dan fun dan enjoy lah walau masyallah garangnya mak aih!


Wednesday, March 24, 2010

Comelkan?

This one doctor was making a joke with me while I'm totally in pain.

"Habislah awak, kurang dahlah mas kahwin, kaki ada parut jahit,"
"Apsal pulak? Makin tinggilah. Kaki saya ada dua skru!"

I didn't know who was laughing louder but I could see his forehead wrinkled while 'ha ha ha'! Yes! Aku menang!

Terus Jauh

Aku...

Merangkak.
Merangkak.
Merangkak.
Merangkak.
Merangkak.

Tulisan yang bertambah besar itu menggambarkan betapa aku memerlukan pergantungan. Tulisan yang bertambah besar menunjukkan aku semakin lemah dan terus lemah, semakin jauh dan menjauh dari semangat. Bukan. Bukan apa yang kau rasa aku salahkan. Tak. Bukan itu.

Tapi sesuatu. Dalam hati.

Jangan kau tanya apa sebab aku, aku sendiri terasa kosong. Kosong yang seperti kau rasa kau tak disayangi dunia, lalu kau dibiarkan hah! Buatlah apa kau nak buat, kau tak pedulikan AKU, maka kau pedulikanlah diri sendiri.

Itu cukup buat aku menangis. Hati aku menangis menangis tanpa suara atau rupa atau keduanya.

Syaitan! Pergilah jauh jauh! Pergilah! Pergilah!

p/s: Jaga hati. Jaga hati. Jaga hati. Sampai saat itu nanti. Kalau gembira, kau zahirkan. Kalaupun tidak, kau akan mengerti, itu taqdir. :)

Monday, March 22, 2010

Selamat

Pic creditted to Google Search

Saya jumpa bayi. Saya agak dalam umur enam tujuh bulan. Dia boleh duduk dalam kerusi budak-budak, head and neck support yang sangat bagus serta suka makan timun. Kau bayangkan bayi yang tembam, tanpa gigi cuba mengunyah. Comel bukan? Comel!

Kaki bayi dan tangan bayi paling saya suka tengok. Jari kaki kecil macam anggur. Tangan comel yang sangat merata mengutip benda.

Saya ingin mendakap ciptaan kecil itu sehingga mereka berasa selamat. Dan saya juga ingin didakap untuk terus rasa selamat.

Oh. Saya juga suka jari bersih saya dikunyah bayi. Muka yang sangat semangat itu sungguh mententeramkan!

Kenapa saya cerita ini? Ya. Saya tengah stress. Dan stress saya hilang dengan bayi bernama Ryan dekat kedai X Sup Utara yang menjadi bualan tapi sup dia masin gila. Pada sayalah.

Punyalah saya stress sampai 'aku' pun jadi 'saya'!

p/s: Kala senja itu tiba, ku termenung sendirian. Terasa diriku ini, jauh dari rahmatt tuhan. Dosa yang aku lakukan menerjah ruang fikiran. Masihkah ada untukku keampunan?

Hadirkanlah rasa itu semula Ya Allah. Lelah aku begini.

Saturday, March 20, 2010

Mereka Bukan


Mereka bukan adik beradik atau sekurang-kurangnya bukan saudara mara. Itu tanggapan aku dan aku rasa aku tidak silap. Tapi mereka pastinya dari satu keluarga yang sama. Satu ciptaan yang serupa. Satu keperluan kehidupan yang tiada bezanya.


Mungkin tiada akal, tapi punya KASIH SAYANG!

Nurani. Blok B. Kucing yang selalu kejar aku setiap kali aku bangun tengah pagi.

Kau? Ada kasih sayang? Aku? Ada? Kita? Ada?



p/s: Kau ada susunan gigi yang cantik untuk terus tersenyum. Jangan lokek okay?

Bebelan

Kalau seorang manusia boleh berjalan 1 km dalam masa sejam, berapa jam yang diperlukankah untuk berjalan sejauh 5 km?

Matematik mudah bukan? Jawapan?

Kalau kau jawab 5 jam. Aku tak cakap salah. Tapi aku percaya kau bukan manusia. Kau robot. Manusia ada rasa penat. 

PENAT.

Friday, March 19, 2010

Here!

Siapa yang perasan, perasanlah aku di sini. Ya. Dunia berubah. Cuaca berubah. Manusia berubah. Kerana aku manusia, aku juga mungkin berubah.

Hari ini. Selamat tinggal wordpress, dan selamat datang kembali Blogspot.

Jangan tanya kenapa. Tolong jangan. Aku mahu sentuh cakerawala oksigen luar, yang bukan ada engkau. Aku hanya perlukan ruang, untuk bernafas dalam. Kerana aku bosan. Aku muak dengan perasaan. Kau bagi harapan. Aku kuatkan. Kau hancurkan. Aku tidak mahu bermain api, kerana aku petrol. Selagi aku belum mampu jadi air, lebih mulia aku beredar dahulu.

Eh. Aku cakap apa ni?

Bosan yang tiada asbab.

Oh. Selamat Hari Lahir Aku! Selamat hari lahir Diari Senja di rumah baru juga!


Gaza Night!

p/s: Hati, tolong jangan salah faham bila anda mula merasa rindu. Tolong!

Monday, March 8, 2010

Dairi ACL (2)

17 Feb 2010.

Ada orang melawat aku beberapa hari tapi kat luar sebab tak tahu nama penuh aku. Jadi dia tak masuk wad. hahahhaa.


Ingat nak mandi lepas solat subuh. Dr. bius pun cakap operation petang. Memang tak sedap rasa tinggal katil kosong kalau orang buat baik; pagi-pagi nurse kemas katil dan attendan hantar makanan. Tak sedap kalau tak dapat ucap terima kasih. Mungkin bunyi poyo, tapi nak buat macam mana, dah azali gitu.

Entah bila tertidur semula tak perasaan. Yang perasan nurse masuk bilik kejut aku bagitahu bilik bedah dah call untuk skru lutut. Cool tak bunyi?

Kalut nurse. Letak baju bilik OT dan topi ke apa namanya nak tutup kepala.

"Kenapa pagi? Semalam Dr. kata petang,"
"Entah. Prof. Faisham panggil nak buat awak dulu. Ni kita kena turun, x-ray lutut awak. X-ray lama hilang,"
"Okay. Tak nak naik kerusi roda eh. Kalau saya jalan lagi cepat,"


Nurse sengih sebab dah tahu aku tak nak naik benda alah tu. Hahahahha. Well. Aku tahu x-ray lutut aku tak hilang tapi ada kat PKP. Disebabkan kes aku loncat dari kes 5 ke kes pertama, mental aku belum sedia dan sangat kalut bila semua benda yang kena settle, aku dapat turn pertama.


Tunggu dekat luar bilik bedah. Air cond dia masyallah. Sejuk woh. Dan sekali lagi disebabkan aku loncat kes, folder semua tak ada. Bila pandang papan bilik OT, lega aku kes nombor dua rupanya.


"Syahidatul Huda?"
"Aah,"
"Jom. Naik atas katil. Kita nak masuk OT dah,"


Aaaaa! Satu family aku ingat petang jadi mereka sedang bersenang lenang di rumah tamu. Diorang kalut sebab tiba-tiba jadi pagi. At least, at least bagilah aku jumpa family aku dulu.


Allah mendengar suara aku sebab sebelum kena sorong masuk, mak ayah sempat datang. Leeeega! Aku nampak Dr. Husam datang dekat. The time's coming. Wallaweyh!


"Assalamualaikum. How are you?"
"Waalaikumussalam. Fine but scare,"


Dia ketawa. Katil disorong masuk dan ramai manusia aku rasa aku nampak. Dr. Husam sangat lawak bila dia melawak dengan nurses dalam bahasa pelik. Dia guna bahasa Inggeris dan nurses campur-campur. Aku tak tahulah siapa yang faham siapa tak.


"Don't harm her. She's my dear patient,"


Aku boleh senyum je sebab aku cuak tapi sempat juga aku melawak.


"I told you I'm lucky right?"
"Alhamdulillah. Sekarang duduk, boleh?"


Sangat comel okay bila foregner cakap melayu.  Dan yang tak okay bila team OT ni sama dengan team OT 6 bulan lepas dan mereka kenal aku! Argh!!! Yang nurse lelaki siap boleh cakap eh, masuk balik? Apa aku nak respon. Cesss. Terasa ternoda eh. Hahahhahaa.


Aci tak aku dah baring atas katil dah tengok lampu lampu yang menakutkan, aku duduk.


"Nak pergi toilet dulu boleh tak?"


Satu OT ketawa. Aku rasa bongoklah pulakan bila pergi toilet pakai kain selimut. Hahahhaha.


"Nanti bila ubat bius habis, saya tak leh pergi toilet. Sakit. Saya tak nak pakai catheter,"


Mereka sangat comel sebab ketawakan aku tapi bagi juga aku pergi masa semua orang sibuk-sibuk set up mesin semua.


Bius epidural ni (aku bajet yang baca, kalau adalah, tak tahu eh. Aku ni hari-hari jumpa budak medic, sampai cakap pun bau ubat. Heh. Lemaklah tu perumpamaaan). Bius epidural adalah bius dekat tulang belakang, kalau ambil SPM sains, dekat lumbar 2 ke 3. Aku lupa. Aku kena duduk dan peluk bantal supaya betuk badan berbentuk 'C'.


Jangan cakaplah banyak mana aku takut sebab memang aku sangat takut tapi aku tetap senyum untuk tenangkan hati yang nak pecah. Ada satu doktor handsome, Dr. Radzeli kalau tak silap nak shift mind aku dari fikir proses bius epidural. Dia ajak aku berborak tapi aku bet dia pun tahu dia tak lepas nak berborak dengan aku time tu.


"Ni kaki sebab main futsal kan?"
"Aah. Ergh!!! (cucukan pertama),"
"Ramai laki handsome tak? Mesti ramaikan?"
"Erghh. Ada. Eh tak ada! Semua perempuan! Erghh!"
"Sakit ke? Laa. Janganlah gigit bantal, sakit dia,"


Hahahahhaa. Adakah aku patut jawab? Memang aku tak boleh jawab sebab aku dah gigit bantal dan aku dapat rasa ubat bius cantik straight pergi kaki aku sampai aku tak boleh buat apa-apa lepas tu. Maka bermulalah segala proses letak elektrod (ke?) untuk jantung, kepit baju tangan untuk nadi, cuff untuk tekanan darah, masukkan air dan sebagainya.


"You're a strong girl,"


Senyum.


"No. I'm not. I have to. That's the only choice I have. Dr. Husam, can I ask something?"
"What?"
"Are you sure I'm not going to feel the pain? My right shoulder seriously in pain now. I can feel the doctors touch my leg. I'm scare I'm going to feel the pain, Dr,"
"No you won't. You'll feel all the pressures but not the pain. Trust me,"
"I'm scare,"
"Okay. Now tell me in what position your left and right leg,"
"My right leg is now bending and the left, lying still,"


Dr. Husam selak sikit kain penghadang untuk tunjuk kaki aku dan memang kaki aku bukan dalam posisi yang aku jawab tadi. Tiba-tiba aku sedih dan air mata aku cantik je keluar. Aku rasa satu OT pelik sebab aku menangis tiba-tiba. Tak adalah sampai mengongoi ke apa, just keluar air mata. Diorang tak tahu kenapa aku menangis sebab aku tak rasa nak bagitahu. Yang diorang fikir, aku sakit ke? Kenapa?


"Now, you trust me?"
"What if I say, I'm not? I'm sorry I'm too scared,"


Dr. Husam tetap senyum dan ambil jarum kemudian tekan pada lengan aku. Setiap kali dia tekan, dia tanya sakit tak. Aku angguk. Lepas dua tiga kali, dia buat perkara yang sama pada kaki kiri dan memang aku tak rasa langsung. Terus aku senyum tapi aku rasa nak menyumpah sebab mata aku terus berair. Ceh!


"Kenapa sedih ni?"


Senyap.


"Tutuplah radio, lagu sedih sangat (aah. Doktor sangat cool sebab operate sambil dengar radio),"
"Prof. Faisham, Dr. Azman tak ada eh?"
"Dr. Azman cuti. Patient Dr. Azman dah sebut dah nama doktor dia,"


Hahhahahaha. Aku rasa nak gelak je bila surgeon jawab gitu. Aku salute sangat Dr. Azman macam aku salute Prof Din dan Dr. Rosdan, tapi dia tak ada dalam OT room kali ni. Huuu.


Radio ditutup dan memang masa tu lagu tengah sedih pun. Hampeh. Oh. Aku bukan nangis sebab sakit ke  lagu kat radio sedih ke apa. Aku jadi terfikir macam mana kalau aku buat bukan masa cuti. Semua budak medik yang aku kenal yang tengah posting ortopedik masuk sama. Bila fikir rasa sangat sedih tu datang melampau-lampau sampai air mata aku tak nak berhenti. Aku jadi fikir, kalau aku tolak diorang dari observe, mesti diorang sedih. Tapi kalau aku bagi? Entahlah. Tak ada kerja aku fikir benda ni dalam bilik OT.


"Nurse, tolong lapkan air mata saya boleh? Tak best air mata keluar,"


Senyum dan lepas tu,


"Dr. could you please wipe my tears,"


Hahahahhahahahha. Touching tak? Siapa suruh Dr. bius tu duduk dekat dengan aku. Nurse busy, terpaksalah aku  minta tolong Dr. pula. Tak selesa woh mata berair. Hee. Tapi, frankly speaking, team ini sangat cool dan ceria dan baik hati.


Tak lama nurse sumbat hidung aku dengan oksigen. Hahhahaha.


"Ubat tidur ke?"
"Tak lah oksigen je,"
"Saya tak nak tidur,"


The moment aku kata aku tak nak tidur, masa tulah terus gila mengantuk aku rasa. Dan memang Dr. Husam bagi ubat tidur sebab dia suruh aku pejam mata. Dia kata dia nampak aku pucat dan holding breath like in pain which is not, jadi dia decide tidurkan aku. Punyalah degil aku tak nak tidur, aku lawan juga sampai nurse bagitahu aku lawan dari tidur.


Tapi dalam masa aku lawan tak nak tidur, aku rasa tiba-tiba pekak. Serius. Aku rasa semua orang keep moving in silence. Macam dalam movie. Lagilah aku takut. Tapi aku paksa juga jangan tidur. Jangan tidur. Jangan tidur.


Bila aku buka mata.


"Wake up? Just close your eyes,"


Geleng kepala.


Pergh!! Aku tertidur juga walau sekejap. Dan sangat cantik bila aku buka mata Dr. tengah gerudi kaki aku. Ye. Aku dengar dan aku nampak dekat skrin tepi.

Lepas ubat bius habis dan sakit tengkuk 6 jam kena lying still dan menangis-nangis sebab nak muntah tapi tak boleh dan tak dapat nak muntah!

Bersambung!

Sunday, March 7, 2010

Diari ACL (1)

Aku cakap aku nak tidur, tapi macam biasa aku tak terasa nak tidur. Kalau aku terasa pun aku macam nantilah tutup mata. Teruk sungguh.


Aku tahu sangat poyo untuk posing macam ni dalam wad!

Eh?

Okay. 16 Februari adalah tarikh yang bersejarahlah kot selain hari-hari yang lain sebab aku akan menjalani rekonsruksi ACL. Rekonstruksi buat pertama kali dan arthroscope buat kali kedua. Skema habis.

Penjelasan rekonstruksi ACL telah aku hurai panjang dan lebar di bawah, maka kali ini aku mahu cerita perihal pengalaman pahit manis tapi paling banyak masin. Eh?

Sungguh sangat bersyukur buat masa cuti kerana aku segan berjumpa dengan mereka mereka yang aku kenal. Jumpa dalam wad boleh tahan lagi tapi kalau jumpa dalam bilik OT (Bilik Bedah), aku rasa aku tak boleh nak terima. Nanti aku cerita. Kita jalan ikut flow.

16 Februari aku kena admit ward untuk monitor. Yep. Aku ada asthma. Aku dah bersyukur bila doktor terima rayuan aku untuk monitor sehari instead of dua hari. Tak lalu aku nak duduk wad lama-lama. Karang aku lari macam kes yang sudah sudah.

Petang aku terbangun. Doktor kejutkan untuk ambil darah dan pasangkan IV line (aku rasa betul dah ni aku eja). Macam biasa, doktor akan cakap sakit sikit tapi aku dah cemuh dah kena ambil darah sampai aku jadi enjoy tengok jarum masuk dalam tangan aku. Kali kedua, doktor kata nak ambil darah nadi sebab nak cek oksigen, aku sengih. Dia cakap yang ni sakit lagi tapi aku rasa macam adventure tengok doktor cari urat nadi tak jumpa. Sakitlah seposen tapi okay lagi kot.






Dua dua gambar lama sebab tangan kanan. Gambar baru tak ada.

Kalau student terutamanya kalau kawan kawan aku nak buat, aku boleh still lepak lagi kot. Fahamlah perasaan orang belajar.

Petang sikit nurse ajak turun bilik x-ray untuk x-ray dada. Kalau ada asthma, sebelum sorong masuk bilik OT sangatlah banyak prosedurnya.

"Jom,"

Nurse tarik kerusi roda.

"Kalau tak nak naik ni boleh?"
"Naik ni lah, nanti letih,"
"Tak nak. Bolehlah kalau Huda nak jalan kaki,"

Habis seposen dah muka aku buat dan syukur dia tak paksa aku. Nurse dah faham dah kot. OK. Aku malu nak naik kerusi roda, jadi?

Petang sikit Anesthesia (doktor bius) panggil aku. Berjodoh sungguh aku nak jumpa doktor yang sama bius aku dulu. Iranian male doctor, Dr. Husam. Kalau tak silap.

"Assalamualaikum. Hai,"
"Waalaikumussalam. Meet you again, Dr,"
"How are you?"
"Really fine!"
"How's asthma?"

Hebat tak Dr. ingat aku dengan penyakit aku sekali walaupun dah enam bulan lamanya. Hehhehehhee.

"I'm on epidural (bius separuh dan kau akan sedar sepanjang masa) or GA tomorrow (totally tidur senang cerita)?"
"Which one do you want?"
"Epidural. I'm afraid to sleep. I'm afraid of the pain more right after I open my eyes. Can I be on epidural?"
"Sure. Actually, its epidural anyway,"
"Yeay!"
"Do you want any sleep pill tonight? So, you can rest well,"
"No. I don't think so. Last arthroscope, they gave me that pill but I manage to sleep at 3 am, Dr.,"

Dr. ni sangat comel dan gempal. Dia senyum je bila aku buat muka atau aku jawab sebab aku rasa jawapan aku sangatlah jawapan budak kecil. Aku rasalah.

"Well, you'll be the case five tomorrow. Maybe around 5 pm. If you're lucky, it will be at 2 pm,"
"Aaa? Do you think any possibility that my turn will be postponed, Dr?"
"Insyallah. Everything will be OK,"
"I hope I'm lucky tomorrow,"


Membaca jambatan ilmu. Kononnnnn!

To be continued!