Sunday, March 7, 2010

Diari ACL (1)

Aku cakap aku nak tidur, tapi macam biasa aku tak terasa nak tidur. Kalau aku terasa pun aku macam nantilah tutup mata. Teruk sungguh.


Aku tahu sangat poyo untuk posing macam ni dalam wad!

Eh?

Okay. 16 Februari adalah tarikh yang bersejarahlah kot selain hari-hari yang lain sebab aku akan menjalani rekonsruksi ACL. Rekonstruksi buat pertama kali dan arthroscope buat kali kedua. Skema habis.

Penjelasan rekonstruksi ACL telah aku hurai panjang dan lebar di bawah, maka kali ini aku mahu cerita perihal pengalaman pahit manis tapi paling banyak masin. Eh?

Sungguh sangat bersyukur buat masa cuti kerana aku segan berjumpa dengan mereka mereka yang aku kenal. Jumpa dalam wad boleh tahan lagi tapi kalau jumpa dalam bilik OT (Bilik Bedah), aku rasa aku tak boleh nak terima. Nanti aku cerita. Kita jalan ikut flow.

16 Februari aku kena admit ward untuk monitor. Yep. Aku ada asthma. Aku dah bersyukur bila doktor terima rayuan aku untuk monitor sehari instead of dua hari. Tak lalu aku nak duduk wad lama-lama. Karang aku lari macam kes yang sudah sudah.

Petang aku terbangun. Doktor kejutkan untuk ambil darah dan pasangkan IV line (aku rasa betul dah ni aku eja). Macam biasa, doktor akan cakap sakit sikit tapi aku dah cemuh dah kena ambil darah sampai aku jadi enjoy tengok jarum masuk dalam tangan aku. Kali kedua, doktor kata nak ambil darah nadi sebab nak cek oksigen, aku sengih. Dia cakap yang ni sakit lagi tapi aku rasa macam adventure tengok doktor cari urat nadi tak jumpa. Sakitlah seposen tapi okay lagi kot.






Dua dua gambar lama sebab tangan kanan. Gambar baru tak ada.

Kalau student terutamanya kalau kawan kawan aku nak buat, aku boleh still lepak lagi kot. Fahamlah perasaan orang belajar.

Petang sikit nurse ajak turun bilik x-ray untuk x-ray dada. Kalau ada asthma, sebelum sorong masuk bilik OT sangatlah banyak prosedurnya.

"Jom,"

Nurse tarik kerusi roda.

"Kalau tak nak naik ni boleh?"
"Naik ni lah, nanti letih,"
"Tak nak. Bolehlah kalau Huda nak jalan kaki,"

Habis seposen dah muka aku buat dan syukur dia tak paksa aku. Nurse dah faham dah kot. OK. Aku malu nak naik kerusi roda, jadi?

Petang sikit Anesthesia (doktor bius) panggil aku. Berjodoh sungguh aku nak jumpa doktor yang sama bius aku dulu. Iranian male doctor, Dr. Husam. Kalau tak silap.

"Assalamualaikum. Hai,"
"Waalaikumussalam. Meet you again, Dr,"
"How are you?"
"Really fine!"
"How's asthma?"

Hebat tak Dr. ingat aku dengan penyakit aku sekali walaupun dah enam bulan lamanya. Hehhehehhee.

"I'm on epidural (bius separuh dan kau akan sedar sepanjang masa) or GA tomorrow (totally tidur senang cerita)?"
"Which one do you want?"
"Epidural. I'm afraid to sleep. I'm afraid of the pain more right after I open my eyes. Can I be on epidural?"
"Sure. Actually, its epidural anyway,"
"Yeay!"
"Do you want any sleep pill tonight? So, you can rest well,"
"No. I don't think so. Last arthroscope, they gave me that pill but I manage to sleep at 3 am, Dr.,"

Dr. ni sangat comel dan gempal. Dia senyum je bila aku buat muka atau aku jawab sebab aku rasa jawapan aku sangatlah jawapan budak kecil. Aku rasalah.

"Well, you'll be the case five tomorrow. Maybe around 5 pm. If you're lucky, it will be at 2 pm,"
"Aaa? Do you think any possibility that my turn will be postponed, Dr?"
"Insyallah. Everything will be OK,"
"I hope I'm lucky tomorrow,"


Membaca jambatan ilmu. Kononnnnn!

To be continued!

6 comments:

Nana said...

aku dtg lawat ni.

INFINITY said...

Awal gila Nana. Hehehhehe.

Nana said...

kan dh kata, nak lawat kalau kau pindah mana pun..

:.Yus.: said...

salam..

meet u again here ^__^

INFINITY said...

Yeay! Hahahha. TQ Kak Yus. :)

INFINITY said...

Nana: Salute ah kat ko! :P