Wednesday, March 31, 2010

Fobia


Cuba bagitahu macam manalah saya tak fobia nak memandu kereta semula. Ini berlaku ketika hujan lebat, tengah bandar KB yang pesat dan ketika traffic light berwarna merah dan kereta ini di hadapan barisan.

Semua orang hon! Bukan marah sebab kereta tak bergerak. Tetapi nak bagitau, hai cik adik! Tayar kereta you pecaaaaaaah! Hoh!

Rasa macam nak putus nyawa okay terpaksa bagi signal kecemasan. Kereta bergerak seperti putus kaki perlahan-lahan ke kiri dan kereta-kereta disebelah yang bagaikan kilat terus bertukar bagaikan kura-kura.

Mujur semuanya masih ada perasaaan simpati!

p/s: Lelaki kan suka buat ayat, ooo.. padanlah, perempuan yang bawa! Rasa macam nak lempang! Aku tak nafi, ya, kami lemah gemalai. Tapi kau bukan orang yang layak nak terjah terjah gitu. Kalau tak nak membantu, sila jangan mengutuk! Kami perlukan masa. Masa. Masa. Ya! Masa untuk hebat!
p/s/s: Aah. Lesen aku tidak berguna. Tak apa, esok-esok aku cari driver sorang yang bawa ke mana sahaja aku mahu pergi dan teman ke mana sahaja aku perlu pergi. Aci? Heh.

2 comments:

DarkArtz said...

aishhhh, jangan cakap gitu pada lelaki.......
bukan semua laki gitu......
kan???
apapun, nak tanya......
cemana leh jadi gitu???
langgar botol ke??

INFINITY said...

Entah. Wonder jugak sebab kitorang tak perasan sejak bila. Tahu tahu kereta senget dan orang hon bagitahu.

Bukan semua tapi almost semua. Hahahhaa. AKu guna sistem penggenapan okay! :P