Thursday, April 1, 2010

SLEEP!

I need my sleep back! Please! 

Saya  mahu tidur. Sekarang pukul 2 pagi. Saya dah baring punya lama atas katil. Saya dah paksa pejam mata kuat-kuat. Saya dah selesai buat terapi berapa round dah untuk dapatkan tidur. Saya dah gelapkan bilik, the perfect black dah! Saya terkebil-kebil dalam gelap. Saya pejam, buka, pejam, buka. 

Saya betulkan posisi bantal. Saya betulkan selimut yang jangan harap saya nak pakai sebab selimut adalah hiasan katil sahaja. Saya dah bangun baring atas lantai. Masih tidak berjaya. Saya tukar baring atas katil semula. Masih sama. Saya ulang tiga kali. Saya nak tidur! Saya perlu tidur!

Saya sempat bermain dengan bayang-bayang. Saya standbykan laptop jadi cahaya dari cooler pad membenarkan saya bentukkan bayang-bayang dari tangan saya jadi burung, labah-labah, arnab, tangan baby dan segala bentuk yang saya reti. Saya dah habiskan berapa artikel majalah. Saya dah baca doa tidur banyak kali dah.

Saya letih dengar bunyi gerakan jarum saat jam milik roomate saya yang pulang meninggalkan saya sorang sorang dalam bilik. Saya letih mendengarnya kerana saya terpaksa mengira berapa lama masa saya rugi termenung atas katil demi lelap.

Jadi. Saya bangun, on laptop dan taip ini dengan harapan kejap lagi saya letak kepala atas bantal, saya akan terus masuk ke alam mimpi.

SAYA. MAHU. TIDUR!

p/s: Mesej. Tak. Mesej. Tak. Mesej. Tak. Tak payahlah. Lain jadinya kang. Huh!

4 comments:

tronx013 said...

salam.. saya tak perlu buat terapi macam kak huda.. dah tidur sebelum sempat nak buat ritual... kadang2 tengah baca buku pun tertidur dah tak sempat baca doa.. huh.. kat kampung memang macam ni... suasana sepi peh!! syok tidur... hee preparation otak untuk study katakan.. hmm..

INFINITY said...

Adik Fadzli, Kak Huda terapi kaki bukan terapi tidur. Hee.

Ni naj jeleskan saya ke apa? Tak baik tau. Hahahhaha. :PP

DarkArtz said...

kak huda???
hohoho..........
kak huda, kak huda try push up sampai letih.........
dah letih senang tido........
huhuhu.......

p/s: best gak panggil kak huda..........

INFINITY said...

Ko jangan nak mengada-ngada jadi macam Fadzli tu nak panggil panggil aku kak. AKu terasa tua okayyy! Hahahaha.

Push up le sangat, biar malam tu aku dapat asthma terus tiduuuuuuuurrr tang bangun bangun. Hahahahha. :P