Friday, March 19, 2010

Here!

Siapa yang perasan, perasanlah aku di sini. Ya. Dunia berubah. Cuaca berubah. Manusia berubah. Kerana aku manusia, aku juga mungkin berubah.

Hari ini. Selamat tinggal wordpress, dan selamat datang kembali Blogspot.

Jangan tanya kenapa. Tolong jangan. Aku mahu sentuh cakerawala oksigen luar, yang bukan ada engkau. Aku hanya perlukan ruang, untuk bernafas dalam. Kerana aku bosan. Aku muak dengan perasaan. Kau bagi harapan. Aku kuatkan. Kau hancurkan. Aku tidak mahu bermain api, kerana aku petrol. Selagi aku belum mampu jadi air, lebih mulia aku beredar dahulu.

Eh. Aku cakap apa ni?

Bosan yang tiada asbab.

Oh. Selamat Hari Lahir Aku! Selamat hari lahir Diari Senja di rumah baru juga!


Gaza Night!

p/s: Hati, tolong jangan salah faham bila anda mula merasa rindu. Tolong!

No comments: